♥~TAJ MAHAL~♥ Kubu cinta terakhir

SEORANG gadis, Anita, ketika itu sedang jatuh cinta di Agra. Negeri di bahagian utara India itu tidak sama seperti tempat-tempat lain di dunia.




Bagi Anita, agaknya itulah pengalaman pertama dia dipukau oleh keindahan, mistik dan keajaiban dunia. Tetapi gadis itu bukannya melayangkan jiwa untuk berteleku kepedihan demi seorang lelaki. Dia hanya mencuba untuk merasakan cinta, di tempat di mana cinta diraikan dan diingati - Taj Mahal.

Ternyata tiada kata-kata yang mampu mengungkapkan perasaan waktu itu. Kesunyian adalah segala-galanya. Orang tertinggal dan larut dalam diri sendiri sambil mata dan hati menjadi semakin cair. Apa yang ada di depan Anita adalah sebuah binaan agung yang tidak akan ada lagi salinan keduanya di mana-mana pun.

Penuh kontradiksi. Binaan sebesar itu sebenarnya dibangunkan dengan berjuta-juta sentuhan kecil. Maksudnya ialah ketelitian pada setiap kubik-kubik kecil yang disertakan di situ.

Semuanya, dari awal hingga akhir adalah satu kerja seni luar biasa yang waktu ini tidak lagi terjangkau oleh imaginasi manusia. Apa lagi untuk membangunkan sebuah binaan lain yang dapat menandinginya.

Ini kerana, akan ada kekurangan yang membezakan antara Taj Mahaj dengan binaan-binaan lain. Taj Mahal hadir bersama cerita-cerita kasih sayang, kepedihan hidup, ketamakan kuasa serta kebusukan hati manusia.

Pautan emosi-emosi itulah yang memberi nyawa kepada Taj Mahal. Memang, yang diingat orang hanyalah cinta antara dua insan yang membolehkan binaan itu tersergam. Kisah-kisah lain tenggelam oleh putik-putik cinta tersebut.

Shah Jahan dan Mumtaz

Tahun 1631 bersamaan dengan tahun ke-1040 Hijrah, pada suatu hari yang panas dan kering, Mumtaz sarat mengandung kali ke-14 dan menunggu waktu untuk melahirkan anak. Dia berusia 38 tahun. Tetapi, ketika itu, ada perkara yang tak kena dengan kandungannya.




Tiba-tiba kita membayangkan suasana jadi cemas. Shah Jahan dan Mumtaz melupakan permainan catur yang sedang dinikmati. Darah terus menerus keluar tanpa henti dan membuatkan Mumtaz semakin lemah. Doktor-doktor yang dibawa waktu itu juga tidak mampu melakukan apa-apa.

Di hujung nyawa ketika itu, Mumtaz kemudiannya membisikkan sesuatu kepada telinga suaminya. Pertama, Mumtaz meminta agar Shah Jahan memelihara cinta abadi mereka dan berjanji untuk tidak berkahwin lagi.

artikel penuh di KOSMO...

*masih adakah cinta seperti ini???