WOW!

salam semua....

skang ni sah² lagu shahir af8 "kebahagian dalam perpisahan"tengah hangat popular kat corong² radio.... tv... kat youtube pun semestnya.... ramai dok cari n main lagu ni.... kan...kan...kan...




tapi entah kenapa kan... dari mula aainaa dengar lagu ni dari awal kuar lagu ni... aainaa mesti teringat kan kumpulan muzik lama.... kumpulan pe? ehehhehe... kumpulan WOW.... kenapa ek? sebab aainaa rasa muzik lagu shahir tu cam muzik zaman kumpulan ni... ehehhee... terutama nya masa chorus lagu shahir tu... ehehhehe.... itu dari pendengaran aainaa la... orang lain aainaa tak pasti la plak.... masing² ader pandangan dan pendapat sendiri.... dah alang² tu meh kita layan lagu popular kumpulan WOW ni "engkau yang satu".... enjoy!




Engkau Yang Satu (Wow)

Saatku rindu padamu
Seru ku seru namamu bertalu
Rimbunan rindu yang bertemu
Menjadi lembaran cintaku
Ku serah kepadamu

Bila ku sebut namamu
Damai di ruang hatiku ini
Ku seru namamu bertalu
Menjadi lembaran kasihku
Ku serah kepadamu

Engkaulah yang satu
(Engkaulah dewiku)
Mustika kalbuku
Kasih dan rinduku oh
Hanyalah padamu
Engkaulah kasihku
Tiada duanya
Biar jadi hamparan
Kasihku padamu
Tanpamu siapalah aku


*erm...camne?


Pontianak balai polis???

BETONG: Kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang yang dikaitkan dengan pontianak didakwa sering mengganggu anggota dan pegawai polis bertugas pada waktu malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baru Betong di sini, sejak sebulan lalu. Ia berlaku beberapa hari selepas IPD berkenaan berpindah ke lokasi barunya iaitu kira-kira dua kilometer dari Jalan Kuek Huat Wee bersebelahan Stadium Betong, April lalu. Betong terletak kira-kira 150 kilometer dari Kuching.



*sekadar gambar hiasan


Sejak itu, satu demi satu kejadian menyeramkan dialami anggota bertugas apabila mereka mendakwa ternampak wanita misteri dalam lokap di IPD baru berkenaan.


Malah, kejadian itu berlarutan beberapa hari selepas itu dengan anggota lain turut mendakwa melihat kelibat lembaga terbabit ‘menyamar’ rakan setugas mereka.


Menurut sumber, lembaga terbabit kelihatan berlegar-legar di IPD itu namun tidak menjawab apabila ditegur.


“Wajahnya sama dengan seorang anggota bertugas di sini. Apabila ditegur untuk diberikan tugas seperti diarahkan pegawai atasan, ‘anggota’ terbabit hanya mendiamkan diri,” katanya.


Beliau berkata, anggota polis berkenaan hanya menyedari jelmaan itu selepas menghubungi rakannya untuk memaklumkan tugas yang perlu diselesaikan.



*sekadar gambar hiasan


“Kejadian seumpama itu kerap berlaku sejak IPD berpindah ke sini. Ada anggota polis memberitahu ketika bertugas pada waktu malam, mereka diganggu seorang wanita yang menjelma dengan berpakaian serba putih dan berambut panjang.


“Malah, ia turut dilihat berada di kerusi pegawai atasan dan ada anggota hampir pengsan apabila mereka disergah makhluk halus itu,” katanya.


Dalam kejadian terbaru minggu lalu, seorang anggota penyiasat hampir pengsan dan terpaksa melompat dari tingkap dua bangunan berkenaan selepas melihat lembaga itu berdiri di depannya.


“Ketika itu, saya hendak keluar dan mengunci pintu kaca di pejabat. Tiba-tiba saya nampak seseorang berlari di belakang saya. Saya nampak jelas menerusi pintu kaca dan terus beristighfar.

untuk berita penuh...HMETRO


Cinta dan Bulan Kelahiran

salam hujung minggu semua....
hari ni aainaa nak share pasal sifat percintaan seseorang berdasarkan bulan kelahiran.... mungkin ader kebenaran dan ader yang tidak....j om kita lihat apa sifat anda... eheheheee... suka² je k.....^_^




Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya
cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.


Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.

Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.

Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.


November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.


Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu...(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan

*sekadar suka²...jangan amik serius k...^_^


Benarkan Saya Pergi Ayah

salam pagi sabtu semua....
pagi² ni belek² email...dan terbaca email ni...elokla rasanya aainaa kongsikan dengan anda semua...semoga dapat memberikan sedikit ilmu untuk kita bersama...(wah! skema nya ayat ni...) jom kita baca sesame.....^_^


***************************************

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata
"Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".

"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"


Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

Petang dan Entri ku....

salam petang khamis semua...

erm...hari ni hari mendung je sepanjang hari...alhamdulillah...sejuk skit...bila petang² ni bosan la plak...nak update pe ek petang² ni...erm...puas dok pk dari tadi ni....esok cuti wesak...sah ramai yang nak balik kg tu...so berhati-hatila untuk mereka ek....pandu cermat jiwa selamat...wah cam iklan penaja pe je ek...




erm...emosi hari ni...agak stabil...ok jek...takmo sedih² dah...aktiviti hujung minggu...ader kenduri kawin anak sepupu la...so berkenduri la kita ye....ehehheee.... lagi pe ek....erm angah aainaa balik cuti...die pun dah lama tak balik kg...last balik rasanya raya cina kot...uhuhuuhu....

bila petang² camni kan best kalo dapat makan goreng pisang...memang dah lama tak makan ni,...ABC pun...erm...nyum...nyum...sedap....g pasar malam pun best ni...tapi cam malas la plak...so kita merapu je la petang ni ek...ehehhee...sape yang membaca ni jangan la plak pening ye...ini nama nya entri di kala aainaa kebosanan...




merapu je la apa yang terlintas d pkran ni...hhehheee...takmo pening²...enjoy ajek k...so kepada semua yang manyambut hari wesak...selamat la ye....sesape yang bercuti...selamat bercuti jugak....jaga diri leklok waktu cuti ni....wah! terasa cam nak raya la plak... isyh...jangan mengarut aainaa...okla ek...jumpa lagi di entri akan datang....assalamualaikum....=)


Emosi Tak Stabil......


tatkala ini.......



......OTAKKU PENAT......

.....BADANKU LETIH.....

.....JIWAKU SEDIH.....

.....EMOSIKU SENTAP.....

......HATIKU MENANGIS......





*tatkala ini emosi ku ini memang tak stabil....perkara kecik jek tapi emosi nye lebih²...pada sesape yg berkenaan...sorry.....


Gelagat TEJA dan TJ...comel...♥

salam pagi isnin semua...

pagi ni just entri santai-santai dan cuci mata... ehehhee... cuci mata apa la tu ek.... aainaa kan memang suka kucing dan ader bela banyak kucing kat umah ni... dan bersilih ganti kucing nya.... yela ader yang lari...ader yang mati kan....


baru ni ader lagi 2 ekor anak kucing baru di lahirkan...ni dah besar sikit...dah pandai main²...bergurau....comel....sempatla aainaa snap pic dua ekor ni...nama ape? ahahhahaa...tak tau nak letak nama pe...satu TEJA dan sekor lagi TJ....sebab pe? sekor jantan dan sekor lagi betina...ehehhee...jom layan pic ni...

















ENJOY!!!!!!

*comel...comel...comel...♥


Sinar Juara Af8 SHAHIR

salam pagi Ahad semua...

walau semua dah tulis pasal sape juara AF8....aainaa nak tulis jugak...hehehe...walau agak lambat kan....maklum la tak de astro kan...layan kat tenet je la....seperti yang semua sedia maklum...SHAHIR merupakan juara baru AF8...seperti yang aainaa jangka...berdasarkan pengamatan aainaa, selepas tersingkirnya die aritu...fenomena Shahir mula memuncak....dan akhirnya...TAHNIAH untuk Shahir...


pada malam final SHAHIR telah membawakan lagu Biru Mata Hitamku dan Kebahagian dalam Perpisahan [lagu baru].....naib juara pula adalah ADIRA membawakan lagu Tiru Macam Saya dan Ku Ada Kamu[lagu baru]... manakala nombor tiga adalah membawakan lagu DAUS Dokter Pakar Cinta dan Kenapa? [lagu baru]... keempat MAULANA dengan lagu Susun Silang Kata dan RSVP [lagu baru]...dan kelima sudah semestila IWAN membawakan lagu Relaku Pujuk dan V.I.P[lagu baru]


antara lagu² baru mereka ni yang mesra telinga bagi aainaa semestinya la Kebahagiaan dalam Perpisahan[shahir], Ku Ada Kamu[Adira] dan V.I.P[Iwan]...yang lain...kurang skitla...ini just pandangan aainaa la...


apapun TAHNIAH untuk semua pemenang...dan bila dah jadi juara ni jangan la lupa diri dan jasa peminat... jaga tingkah laku....ingat kuasa peminat tu kuat....dan kerana peminat juga la anda berada di tahap ini





Kebahagiaan dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..


*Tahniah sekali lagi untuk semua pemenang.....^_^


Happy Birthday FAIRUZ SELAMAT!!!!!

....Sehari dalam sebulan....

....Sebulan dalam setahun....

....Setahun dalam bingkisan masa yang panjang....

....Detik indah menjelang hadir....

....Hari indah mu kini menjelma....

....Hadirnya ia bukan di paksa....

....Tapi hakikat juga ketentuannya....

....Moga ia merubah segalanya....

....Yang indah bertambah indah...

....Yang mulia bertambah mulia....

....Detik dan hari itu tetap milikmu....

....Moga Yang Esa merahmati harimu....








"SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE-25 ENCIK MOHD FAIRUZ BIN SELAMAT"


dari sahabatmu di kejauhan
NUR AAINAA KHAIRUNNISA BINTI AHMAD


TAG datang LAGIIIIII......♥

salam pagi sabtu semua....

pagi ni jenguk blog...baru perasan aainaa di tag oleh cikCheximm...ehehhee....layankan je...jom kita lihat sape yang kenaaaaaaa....^_^




1. Apa tindakan anda bila dengar bunyi kilat dan petir?
kalo tetiba je ader petir tu memang terkejut la....tapi wat bese je la....

2. Reaksi anda bila ada orang mengutuk anda?
bergantung pada sape yang kutuk tu....kalo kawan sendiri akan tanya sendiri kenapa kutuk belakang...tapi selalunya akan diamkan diri jek.....

3. Reaksi anda bila terjumpa dengan artis kegemaran anda?
reaksi ek? kawan² slalu cakap aainaa takde perasaan...camne tu? paling kuat pun senyum jek...takde la exited sangat sampai sanggup berebut semata² nak bergambar ke apa...paling koman pun tengok dari jauh je....=)


4. Maxis or celcom. Which one ur refer?
Maxis....sebab mula² pakai hp thn 2001 memang pakai maxis...masa tu 200 lebih kot satu starter pack tu...uhuhuu....kalau tukar no pun still maxis....setia kan.....;p

5. Nyatakn 3 bad habit anda.
bad habit? erm..suka memendam kot...pastu susah nak marah orang walau pun sakit ati yg teramat...mudah terasa tapi tak pandai nak tunjuk....uhuhuuu....

6. Apa yang akan anda lakukan jika org lain sibuk mengenai hal anda.
isyh....rimas kekadang...terasa semua gerak geri di perhati...tak salah nak sibuk tapi berpada-pada la....=)

7. Adakah anda mempunyai ramai peminat?
aahahahaaa...takde rasanya....

8. Apa reaksi anda bila terkentut kuat/busuk di khalayak ramai?
erk.....seingat nya takde lagi kot....uhuhuhuu...


RANDOM QUESTION ABOUT YOUR RELATIONSHIP


1. State the date u have declared with ur first couple?
erm...aainaa penah couple ke?

2. Adakah anda akan terus berhubung dengan bf/gf anda sekiranya clash?
erm...susah nak cakap ek....bergantung pada keadaan kot....

3. Apa yang akan anda lakukan sekiranya merindui bf/gf anda?
erm apa ek....wat tak tau kot....ahahhahahaaa....;p
4. Adakah anda mempercayai bf/gf anda seratus peratus?
bergantung pada keadaan dan situasi.....

5. How ur first date with ur first couple?
penah ke masalah nya....lalalallaaaa....^_^

6. Adakah anda rasa bf/gf anda pandai memujuk?
erm...tiada jawapan untuk itu....;p
7. Apa reaksi & tindakan anda bila bf/gf anda menghabiskan kredit utk org lain?
duit die....biarla...wat pe nak marahla...lain la kalo kdt kita..uhuhuu...

8. What are u going 2 do if ur besties have a relation with ur ex?
erm....ok je kot...asal jangan putus dulu sebab die...ok je kot.....

9. Adakah anda menelefon bf/gf anda bila disuruh?
tengok situasi....kalo penting...mungkin....

10. Apakah reaksi anda bila bf/gf anda masih berhubungan dengan ex mereka?
ok je kot asal tak lebih²...=)

PERINGATAN!!!!! SAPE RAJIN NAK WAT..... SILA LA YE..... I OK JE...^_^

*ehehheeee... siap sudah....yang part atas ok g nak menjawab... yang bawah tu jenuh pk jawapan...;p

Kenangan Abadi Achik Spin


salam semua....

kali ni aainaa nak citer pasal VCD Kenangan Abadi Achik Spin 1998-2010 ~20 lagu-lagu terunggul Kumpulan SPIN dalam 1 Album!~... masa mula di khabarkan FMC akan mengeluarkan album ni memang semangat giler nak cari album ni.... yela... sebab ader antara nya lagu² yang pernah di rakamkan oleh arwah tapi tidak di pasarkan....


1st day (10 may 2010) album di pasarkan aainaa dah semangat giler g cari... ahahahaaa... konfem² la takkan sampai lagi kat area luar kl kan... akan makan masa gak... seme kedai masuk ni tanya tuan kedai tu ader tak lum lagi albumnya... last ader satu kedai tu cakap... eh bukan kedai tu cakap.. pekerja die cakap mungkin 2,3 hari baru akan sampai...okla...


2,3 hari selepas tu, bila online fb... ader je yang update yang dah dapat kan cd nya.... uhuhuu... sungguh jeles ok... hanya mampu menahan sabar.... aainaa plak malas nak g cari lagi.... sebab tau... konfem² takkan ader lagi kan...lagipun alang² aie (gitaris spin) cakap VCD nya akan kuar minggu kedua... baik tunggu VCD... leh tengok videonya sekali kan... ehehehee... mak pun leh join layan....=)


maka hari ni dengan semangat nya aainaa g cari VCD nya kat kedai yang sama aainaa cari cd Rock Leleh aritu kat KUANTAN PARADE... masuk² je dah nampak CD nya.... terus tanya adik tu VCD nya ader tak.... adik tu pun terus amik kan... yesss! akhirnya dalam genggaman....=)

ok aainaa review skit pasal VCD k... dalam ni ader 2 cd dan ader 5 unrealeased track iaitu lagu DALAM INGATAN, SATUKAN RINDU, RELA, SEORANG KAWAN dan SEJUTA MAAF.... termasuk lagu baru SPIN - ENGKAU YANG KU CINTA dan rakaman terakhir arwah bersama nana CARI KETENANGAN.... sape² just nak dengar lagu nya leh la dapatkan CD nya... sape² yang nak tengok v.klip leh la dapatkan VCD nya....e heheheee....=) lagu SEJUTA MAAF memang best!

VCD1

1. Cari Ketenangan (RAKAMAN TERAKHIR) (DUET BERSAMA SITI NORDIANA)
2. Dalam Ingatan (UNREALEASED TRACK)
3. Satukan Rindu (UNREALEASED TRACK)
4. Rela (UNREALEASED TRACK)
5. Utusan Rindu
6. Dekat Di Sayang Jauh Di Kenang
7. Hadirlah Mustika
8. Janji Kita
9. Nadia
10. Insan Ku Sayang Kini Menghilang

VCD2

1. Engkau Yang Ku Cinta (LAGU BARU)
2. Sejuta Maaf (UNREALEASE TRACK)
3. Seorang Kawan (UNREALEASED TRACK)
4. Tiada Beza Di Sisi Nya
5. Malam Semakin Dingin
6. Nista
7. Di Mana Janjimu Dulu
8. Di Selubung Rindu
9. Engkaulah Ibu
10. Mengusung Rindu





Sejuta Maaf - Spin

Entah mengapa rasa sayang padamu
Dengan kejujuranmu membuatku merindu
Oh kekasih...
Tiada sepatutnya ku nyatakan
Untuk menyatakan perasaan
Walau aku telah punya teman
Yang setia

Waktu sunyi ku membicara
Membuai daku yang terlena
Hingga tak dapat ku menolak
Kehendak nya

*Sejuta maaf oh kekasih
Sekiranya kau menanggung segalanya
Daku hanya insan lemah
Yang hanya berserah resah
Dan rasa gelisah

Kali ini ku melaluinya
Walaupun payah untuk mengerti
Atau mungkin menyintai keduanya
Jika terpaksa
Perasaan yang membelenggu
Membuatku seakan membisu
Gelisahku membilang waktu
Sepi tanpamu


Justify Full*Sedang melayan lagu² dalam album ini tatkala menaip entri ini.....^_^


Kenapa Perlu Begitu????

salam pagi Jumaat semua....

entri ini cuma secebis luahan hati.....

Benarlah kata orang....teman ketawa ramai dan mudah dicari....tetapi teman tatkala bersedih boleh di bilang dengan jari... kenapa ek? susah ke untuk menghargai mereka-mereka di sekeliling anda yang menyayangi kamu? kenapa hanya akan mencari dan menghargai seseorang itu pabila sudah hilang dari pandangan mata? kenapa hanya mencari pabila kamu di dalam kesusahan??




kenapa die boleh menghargai kamu seadanya....sedangkan kamu kadangkala hanya antara sedar dan tidak sahaja tentang kehadiran die.... Kenapa mudah melupakan dia pabila melalui detik-detik kejayaan...di mana kamu bilamana dia memerlukan kehadiran kamu di sisi?


video


TERPALING BERSERI - ANTZ

Dalam gelita malam tak berbayang
Ku terpanggil untuk membayangkan
Wajahmu seketika tiba-tiba
Bersinar kembali singgah dikerdipan mata

Dalam kilauan memercik dipandangan
Senyumanmu jelas dipandangan
Bagaikan membawa kelapangan di dada ini
Yang masih lagi rasa bersalah

Membiarkan kau merajuk pergi
Tanpa seulas kata mereda hati
Sedangku sedari marahmu api menjulang
Yang bisa terpadam dengan air kesabaranku

Sekalipun marahmu marah yang terbit
Dari cinta yang teramat dalam
Sedalam sanubarimu

Kesalku pula yang tak terucap
Betapa aku gagal memberkas
Kau cahaya yang menghiasi hariku
Yang paling berseri dalam hidupku semalam



*maaf dengan kehadiran entri ini....menulis dikala emosi tidak stabil.....

Super Junior....????

salam petang khamis....

semalam pas dok jelajah youtube layan video² wonder girls....ari ni berjangkit plak layan video super junior...sape super junior tu? ala...tak salah aainaa baru² ni dorang ader datang wat konsert kat malaysia kan....ehehhee....




sedikit info pasal group ni yang sempat aainaa google...Super Junior (Korea: 슈퍼주니어), atau lebih dikenal dengan SJ atau SuJu (Korea: 슈주), merupakan sebuah grup musik R&B yang berasal dari Seoul, Korea Selatan. Anggotanya berjumlah 13 orang yaitu Leeteuk, Heechul, Han Geng, Yesung, Kang-In, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Ryeowook, Kibum, dan Kyuhyun. Album perdananya ialah SuperJunior05 (TWINS), dirilis pada tahun 2005....tarian dan nyanyian sangat harmoni....

v.klip² mereka sangat menarik...ehehehe....terminat kejap....;p ni antara v.klip yang dok ulang aainaa tengok...happy je...n membuat ku tersenyum walau pun tak paham pe maksudnya.....=)





*sangat menarik....=)


Tizz Zaqyah cari semula Nur Amina dalam diri

JENAMA Tiz Zaqyah semakin dikenali tetapi ia tidak pernah membuatkan pemilik nama itu berasakan dirinya sudah terlalu hebat, jauh sekali mendabik dada.

Lebih daripada itu, Tiz atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Abdul Razak, 21, tidak pernah terlintas menjadikan dunia hiburan sebagai batu loncatan untuk mencari orang berpangkat atau VIP.


"Saya mahu orang mengenali saya sebagai Tiz Zaqyah, seorang pelakon yang menjual bakat lakonan. Sebab itulah saya berusaha membina nama daripada mutu lakonan. Saya bersyukur kerana setakat ini, usaha saya mula menampakkan hasil. Tapi ini semua baru permulaan dan saya kena berusaha lebih keras.


"Bagi saya, setiap pelakon ada tanggungjawab untuk menaikkan nama hiburan dan begitu juga diri saya. Saya muda lagi dan laluan masih jauh dalam dunia seni ini," katanya selepas sidang media penyampaian hadiah kepada artis dan pembaca Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) di Sri Kembangan, kelmarin.

Kata-kata Tiz itu boleh diterima pakai kerana dalam sekelip mata, namanya menjulang tinggi ke awan gara-gara siri Nur Kasih. Belum kering populariti di kaca TV, Nur Kasih kini dipindahkan pula ke layar perak sentuhan pengarah Kabir Bhatia.


Malah kejayaan Tiz meraih gelaran Pelakon TV Wanita Popular sudah cukup kuat membuktikan dia memperoleh populariti melalui lakonan dan bukan publisiti murahan.


Hakikatnya, keberkesanan watak Nur Amina, seorang gadis kampung yang patuh kepada suruhan agama seakan-akan menjerat Tiz apabila peminat menyamakannya dengan kehidupan sebenar.


Sukar untuk mereka menerima hakikat kehidupan sebenar Tiz yang sudah tentu berbeza kalau dibandingkan dengan Nur Amina. Malah ada sentimen yang cuba memburuk-burukkan peribadi Tiz dengan penyebaran gambar sosialnya di Internet.

Namun, kuatnya populariti Nur Amina menyebabkan semua itu tidak dipedulikan peminat dan hilang ditiup angin.

artikel selanjut nya sila ke HMETRO

*sangat menantikan filem ni....^_^


Anne Ngasri mohon sah lafaz cerai kali ketiga

salam pagi khamis semua...

hari ni online then cam biasa la aainaa baca paper online nak amik tau perkembangan dunia semasa kan...duk klik sana sini....aainaa terbaca la satu artikel ni...erm....sungguh tak sangka kan...yela sebelum ni nampak bahagia...tapi tup² bercerai kali ketiga rupanya....ini artikel nya....




"Anne mohon sah lafaz cerai kali ketiga

KUALA LUMPUR - Abdul Wafi Hassan, suami pelakon terkenal Naszriah Ngasri atau lebih dikenali sebagai Anne mendakwa telah melafazkan cerai sebanyak tiga kali terhadap isterinya dengan lafaz cerai terakhir dibuat pada akhir Mac lalu.

Perkara itu dinyatakan peguam syarie, Mohd. Hamidullah Che Hassan yang mewakili Abdul Wafi semasa kes permohonan pengesahan lafaz cerai itu disebut di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Permohonan pengesahan lafaz cerai itu difailkan Anne pada 16 April lalu mengikut Seksyen 55(a) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.





Kes itu bagaimanapun disebut buat kali pertama semalam di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.

Anne, 26, dan Abdul Wafi, 29, masing-masing hadir di mahkamah secara berasingan. Anne ditemani ahli keluarga termasuk ibu bapanya manakala Abdul Wafi pula bersama seorang teman.
"

untuk artikel penuh sila ke laman web KOSMO

*macam² dunia sekarang...asyik dengar pasal penceraian jek.....ermmm

Wonder Baby vs Wonder Girls

salam hari selasa....




rasanya demam wondergirls ni dah lama melanda malaysia kan... ehehhee.... aainaa baru ni je nak melayan nya... ahahha... ketinggalan keretapi sungguh... tapi bila layan video kat youtube ni.... aainaa lagi tertarik dengan video wonder baby ni... caya lah... seme tariannya die hafal... memang tabik arrr.... budak² kan mudah mengikut n hafal.... ni aainaa kongsikan video nya...




ni plak sorang mamat ni...walau pun badan besar tapi badan nya lembut bila menari lagu ni...ehehhe...salute la....punya la hebat penangan wonder girls ni...ehehehe....layankan jek....^_^





*jom layan.....~~~

~...♥♥♥....Inilah Cinta....♥♥♥...~

salam tghri semua.....

tetiba tengah hari ni duk senyum je.... walaupun kaki ni sakit..... ini seme penangan 'inilah cinta'... aainaa bercinta ke? takde maknanya.... tapi dalam kesakitan ni tetiba dok senyum je layan v.klip inilah cinta dari akim ni... story line die menarik dan happening ... lokasinya plak cantik²... bila tengok seronok jek... comel...comel...comel....^_^




jom layan sambil tersenyum.....





Inilah Cinta – Akim AF7

Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta

Chorus
Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta

Ulang Chorus

Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia

Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta



*best²....!

Rahsia Salleh Yaccob


salam pagi selasa semua...

pagi ni nasib malang skit buat aainaa..jatuh dari tangga pas kuar bilik air pagi tadi...uhuhuuhu....sakit kat kaki kiri ni sebab bergesel ngan tangga ngan jatuh plak kaki kiri ni berlipat kan.....uhuhuhu...buruk nya jatuh....bengkak gak la kaki kiri ni....ni pun dah mula berdenyut-denyut ni...aderh.....ok lupakan pasal kesakitan.....

sebenarnya aainaa nak citer pasal apa yang aainaa baca kat paper UTUSAN online tadi.....jom kita baca....


"SEBILANGAN besar daripada kita akan ketawa besar setiap kali menonton filem Madu Tiga arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Dalam lakonan bersulam humor itu, banyak mesej mengenai cerita benar lelaki yang berkahwin tiga diceritakan.

Kepada yang tiada pengalaman ini, ia meninggalkan seribu tanda tanya apakah sampai begitu sekali kehidupan lelaki yang memiliki isteri lebih daripada satu?

Kisah lelaki kahwin banyak ada pertaliannya dengan seorang individu ternama tanah air yang sering menjadi bahan usikan rakan ketika di konti radio.

Dia bukanlah lelaki asing bagi kita. Setiap pagi dia menceriakan pagi kita dengan telatah lucu semasa bersiaran dengan Raja Azura atau Kak Ungku dan Krill (Khairil Rashid) di konti Sinar FM.



Lelaki bernama Salih Yaccob tidak takut berterus-terang dengan masyarakat yang dia mempunyai isteri lebih daripada satu!

Biar sekalipun kisah dia kahwin banyak sering dijadikan bahan usikan, namun lelaki berusia 49 tahun dan ayah kepada 11 orang anak hasil daripada empat perkahwinan tidak pernah berkecil hati.

"Saya tidak pernah berbohong kepada isteri apabila ingin berkahwin lagi. Walaupun bagi wanita bermadu itu pahit, saya bersyukur kerana ketiga-tiga isteri saya menerima ketentuan hidup ini.



"Dari segi hukum Islam seorang lelaki boleh berkahwin sampai empat orang tanpa kebenaran isteri. Tetapi menghormati undang-undang syarie yang ditetapkan, saya meminta izin isteri setiap kali ingin berkahwin lagi."

untuk selanjut nya sila ke UTUSAN online.....


Kenapa 2 Bungkus?

salam hari Isnin semua....
mari kita mulakan minggu baru dengan semangat 1Malaysia... yeay!!!! (cam kenal plak ayat ni....uhuhuhuu....;p)





semalam masa lepak-lepak dan termenung sorang² dalam bilik sambil layan cd tetiba teringat kandungan msg ngan member yang sorang ni yang baru lepas makan maggie goreng 2 bungkus.... agaknya kenapa lelaki kalau makan maggie mesti dua bungkus? sebungkus tak cukup ke? ada ke perempuan yang makan maggie sampai 2 bungkus?




Aainaa selalunya kalau makan maggie paling kuat pun sebungkus je....itu pun belum tentu abis...kalo nak kasi abis pun kene wat kuat sikit.. takpun wat keringla....kalo tak memang tak akan abis punya dan akan di kongsi dengan orang lain la jawabnya... pastu kalau aainaa makan maggie mesti nak kene masak dulu....tumis bawang, cili padi siap..ehehhee..cam ngajar masak la plak...ehehheee...;p




bila bercakap pasal maggie ni...waktu paling kerap aainaa makan maggie semestinya zaman blajadulu... uhuhuu.... setiap kali dapat duit loan n kuar shopping beli barang keperluan, maggie mesti termasuk dalam senarai barang yanga akan di beli dan akan di buat stock...besela bekalan tatkala kekeriangna nak makan di luar atau dah takde barang nak di masakkan...maggiela pasti menjadi pilihan...kan..kan..kan...

*tapi ader yang cakap tak elok makan maggie ni...dan ader yang cakap ok jek....


TAG 2 in 1 dari missKeyyah

salam pagi isnin semua...

wah pagi² ni dah kene TAG ni.... tag kali ni aainaa dapat dari miss Keyyah lagi... ehheheee... thanks Keyyah sebab rajin TAG aainaa.. ehehehe.... jom kita jawab soalannya....;p






1. Apa yang bermain di fikiran kamu sekarang?
dok memikirkan nak menyiapkan TAG si keyyah ni...lalalallalaaa....;p
2. Apakah nama samaran kamu?
erm...aainaa ader nama samaran ke ek? aainaa je rasanya....

3. Berikan 3 orang yang kamu sayang.
Ibu bapa, adik- beradik, semua kawan²....^_^

4. Panggilan untuk si dia.
si dia? sape tu? aainaa ader si dia ke?

5. Hadiah yang kamu impikan dari seseorang yang istimewa.
erm...apa ek...tak terpk lagi la....uhuhuuu
6. Blog mana yang kamu suka visit?
blog yg ade entri baru + blog sahabat² saya....

7. Tagkan kepada 15 orang rakan blogger kamu.
sape yang rajin nak wat laa...silakan....


****************************************************



ini plak TAG kedua dari si KEYYAH...rajin betul si Keyyah ni kasi aainaa TAG ni...hehehee...TQ la ye sebab mengingati aainaa ye...ehehhehee...kasi² la slalu...=)

award nih perlu di tag kepada 20 orang blogger..banyak nya...erm...amik la sape yang sudi nak amik...leh tak camtu? leh jek....lalallaaaa.....;p



GURU...tanpa didikan mu siapalah kami...

salam hari minggu semua...=)

Seperti umum di ketahui tanggal 16 mei setiap adalah HARI GURU yang disambut diseluruh dunia.....setiap tahun juga tak lupa untuk diri ku mengucapkan selamat hari guru untuk bekas² guru yang masih berhubung...




tema hari guru tahun ni "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA".... sememangnya guru pembina dan pembimbing anak bangsa dan selamanya akan terus begitu...tanpa seorang guru, siapalah antara kami hari ni....mereka yang membantu mencorak dan membentuk kami² menjadi seorang yang bijak pandai dan berilmu...terima kasih kami ucapkan...jasa mu tidak ternilai....




jika sebelum ni aainaaa selalu ucapkan selamat hari guru kepada guru² sahaja....tapi tahun ni agak teruja sebab ader di antara sahabat² aainaa dari zaman sekolah rendah, sekolah menengah dan zaman aainaa di kolej kini merupakan seorang guru...antara nya Zafirah, Fizah, wanie, azie, syikin, pa'an, kak ros...mereka kini semua merupakan seorang pendidik kini...tahniah dan selamat hari guru semua....

untuk semua guru² di MALAYSIA

"...SELAMAT HARI GURU DAN TERIMA KASIH CIKGU...JASA MU AKAN DI KENANG HINGGA AKHIR NANTI...INSYAALLAH..."