Jangan Ucap Selamat Tinggal

salam semua....

haluuuuu... hehehee... post baru je..terus "jangan ucap selamat tinggal"... mengapakah? ehehhehee... takde papela... tetiba malam semalam duk teringat kat lagu ni.... giler lama tak dengar lagu ni... tak salah lagu ni zaman aainaa sekolah rendah kot... sangat membangkit kan kenangan dan memberi makna ok....kumpulan ni pun kalo wat acapella sangat best! sangat best kan lagu ni.... jom layan.....




Jangan Ucap Selamat Tinggal

Ku mencari, Ku mencari
Apakah salahku
Kau buat ku termenung seorangan
Dalam diri sangsi, Akhirnya begini
Perpisahan tak kuduga

Ku mengerti, Ku fahami
Keputusan diri
Biar saja aku sebegini
Permintaan terakhirku, Jangan kau lafazkan
Simpan saja kata-kata

Jangan diucap selamat tinggal
Jangan kau ucap selamat tinggal
Jangan diucap selamt tinggal
Kepadaku...

Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada
Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada

*layan..........

Selamat Hari Lahir Cik Nurul Faiza Mohd Zain!

Nurul Faiza Mohd Zain...mengenali nya pertengahan tahun 2002 masa mula masuk ke kelas praDip kt kolej dulu sampai la skang....pejam celik pejam celik....tak sangka dah kenal hampir 8 tahun...sekejap je masa berlalu....


alhamdulillah persahabatan kami masih kekal sehingga ke hari ini....walaupun dah bermacam-macam yang kami lalui...dari satu kelas masa praDip...kemudian satu rumah masa Dip....macam² perkara telah kami lalui bersama...dari umah apartmen ke umah teres....dari umah bocor...ke umah blackout...dari lepak depan umah sampai lepak kat kedai beger....dari BTN asas...sampai BTN lanjutan....dari tak join pape jadi ajk utama untuk projek FIESTA MERDEKA 2005....

dari tak rapat...jadi rapat...kemudian gaduh...pastu rapat balik...apa yang tak penah kita lalui sama² masa zaman serumah dulu....sanggup angkut budak satu umah ulang kali ngan kete semata² nak g tengok final af2 kat kedai sepupu abg bawah...then masa af3 sanggup jalan kaki g kedai rahmat semata-mata nak tengok final....


kalo bulan puasa plak...tiap² hari tukar menu....pkl dua tu dah bincang nak masak pe...g kedai beli barang...then masak ramai² tuk berbuka...wat karipap ramai²...then pass kat jiran²... sangat seronok....pastu yang penting kita sewa kete g piknik...masak ramai² menu yang nak d bawa....ehhehehee....dan juga majlis BBQ sempena perpisahan ngan lecturer enImran Hamidi...

bila dah abis study kita tak putus camtu...masih lagi berhubung...dan ku berkunjung ke tempat kelahiran mu di Taman Soga, Batu Pahat....mula² nak lepak 3 hari je....last² sampai 5 hari duk kat Batu Pahat tu..ehehee....seronok....


setelah hampir bertahun lama tak jumpa....kita jumpa lagi tahun lepas kat kl masa nak g wat surprise kat ida sebelum dier bertolak ke india....dan last kita jumpa masa kenduri enFarah awal bulan aritu....ehehhehee....

semoga persahabatan yang terjalin selama hampir 8 tahun ini akan terus kekal selama-lama nya....insyaAllah...

SELAMAT ULANGTAHUN KE 26 CIK NURUL FAIZA MOHD ZAIN...SAYA SAYANG KAMU SAHABATKU...^_^


semoga keberkatan dariNYA sentiasa bersama kamu...amin....

dan AL-FATIHAH jugak untuk arwah papa....

Pesanan Penunggang Kepada Penunggang

salam....
hari ni dapat satu email yang agak menarik dan terpanggil untuk di kongsi bersama...

******************************



Salam Sumer
Aku seorang penunggang motor kapcai ditengah bandaraya
sejak berbelas tahun yang lalu

Hampir setiap hari aku menyaksikan kemalangan yang melibatkan motosikal, yang ngeri, separuh ngeri, agak ngeri dan kekadang tak menggerikan langsung.

Anda juga penunggang motor seperti saya?
meh kita berkongsi tips dan pesan memesan


"PESANAN UNTUK PENUNGGANG MOTOSIKAL"

1. Jangan ber SMS semasa menunggang - membahayakan anda dan menyusahkan orang lain.

2. Jangan merokok semasa menunggang - habuk rokok ko pernah masuk mata aku, pedih woooo...

3. Jangan berteduh daripada hujan didalam terowong laluan motorsikal - selalu kacau aku nak konar baring

4. Jangan berhenti kencing ikut suka ati ko jer - peliharalah malu anda

5. Jika memboncengkan awek, jangan raba meraba atas motor - ni pesan khas utk geng yg selalu pakai jaket terbalik tu. jika awek anda duduk dibelakang, pastikan tangan beliau di parking dengan betul. Perbuatan anda ini boleh menyebabkan orang dibelakang tidak memotong dan seterusnya jadik jem giler..

6. Jika sedang memakai kain pelekat dan menunggang RXZ, pastikan kain tersebut telah ditindih secukupnya sebelum memulas minyak - pernah sekali tu sorang pakcik ni buat show, biru adik beliau nampaknya

7. Jika berhenti dibawah jambatan kerana hujan, tinggal motor anda di tepi jalan dan bawalah diri anda sahaja berteduh, jangan duduk atas motor. - bahaya woo, dah 2 orang kawan aku takdan raya kerana dirempuh kereta lain yang tak perasan

8. Jangan membuat wheeli semasa jalan jem - free jer kena sumpah

9. Jangan parking motor betul-betul kat depan pintu masuk masjid pada hari jumaat - pikirkan orang lain sama la wooiii... lepas sembahyang jumaat tu, berasak-asak orang nak keluar, apahal lak ko gi parking motor ko menghalang jalan. Nak kena toreh tayar ker?

10. Sentiasa bawak duit sekurang-kurangnya rm25, tarak kalu, tayar pancit kalu sendiri mahu ingat

11. Jika anda aweks, jangan la pakai seksi sangat semasa menunggang motosikal - kasihani mereka yang belum mampu tu.. aku pun kekadang tak sampai hati nak potong awek-awek seksi ni... biar la aku ikut jer kat belakang mereka

12. Jangan cilok sana, cilok sini - shukcaya marah krana menyusahkan orang bawak keta, aku tambah - sedar diri, awak tu motor, kena himpit karang, kalu keta, calar jer, kalu motor ...haaa boleh jadik arwah oooo...

13. Lalu dekat kawasan rumah orang malam2 jangan perah minyak korang macam orang lain pekak...ada yang kena baling ngan botol atau tong sampah..please take noted. aku tambah, jangan ingat ko jer gengster tau...


14. kalo bwk motor tu dan ada space kt tepi jln tu sila-silalah memandu di tepi tu yer. jgn nak bwk slow2 tgh2 lane. anda kecik je dimata pemandu kenderaan lain dari kete kancil smpi la ke lori treler 18 tayar. cakap nanti kene lenyek kang marah. dan berpada2 la bawak motor tu. Aku tambah - sayangilah motor anda kalau pun anda tak sayangkan diri anda.. kalu kebetulan aku lalu situ, sapa susah? aku gak susah nak kena tolong angkat..

15. jangan dok belah ekjos, asyik memekakkkkkkkkkkkkk jerlah , aku tambah - ko ingat best sangat bunyi ekjos ko yang memekak tu, kalu time sakit gigi, memang aku kasi lastik ko ??

16. Pastikan semua lampu depan dan belakang sumer nyaler - aku tambah - kita tak langgar orang, orang pulak langgar kita.. jadi pastikan kita sentiasa boleh dilihat..

17. Jgn la langgar lecak..nnti kena aku kt sebelah tgk bwk moto ni..busuk n kotor tau x... aku tambah - korang tak tahu berapa dalam lubang dalam lecak tu, jadik cubalah elakkan SELEPAS tengok kiri kanan dan belakang, bukan cilok terus masuk jer..

18. Jangan meludah semasa bawak motor terutama kalau dok mengunyah sirih. Aku penah kena..abis baju aku ngan motor aku . aku tambah - brengsek luu mamat..

19. Pakai jaket yang berwarna terang, jangan lupa kasi signal sebelum membelok atau berhenti, hormat-menghormati sesama pengguna jalanraya yang lain... aku tambah - kita semua bayar roadtax tauuuu....

20. Jangan mengasapkan ekzos, peliharalah alam sekitar, muka dan lubang hidung orang lain. aku tambah - ko nak banyak asap, gi la keja dengan jabatan kesihatan, hari-hari buleh buat fogging..

21. Sentiasa check spocket, rantai dan brek anda, pastikan tensi nye okey. - aku tambah, jangan sampai ko kena brek pakai kaki plak

22. Pakaila helmet yang berkualiti skt..jgnla pakai helmet cap ayam, aku tambah -jangan lupa ikat talinya. kita pakai helmet untuk keselamatan diri sendiri BUKANNYA sebab takut polis atau JPJ

23. Parking d tempat yg sepatutnye. Janganlah parking kat tempat keta pulak ye - aku tambah - sedor la diri ko tu yop..

24. kalo bw moto, esspecially berdua (sorg satu moto), jgn la dok bersembang tgh2 jln....kalo korg nk brborak, benti la kat kedai kopi...g borak2 sapai runtuh kedai kopi tu...da la block jln aku, pastu g bw moto bersaing...ape??ko ingt ko ade share ke wat jln tu...kang aku sodok dr blkg br taw (xpsl2 tuduh sodomi plak)...wakakaka

25. kepada penunggang2 motor (utk jarak jauh), pastikan korang bwk tiub spare, pump, spanar serta pembuka tayar utk mengelakkan anda ditemani mak lampir ketika tiub anda bocor diatas highway....


26. jangan bawak slow di line paling kanan sewaktu jammed sebab penunggang moto blkg nak potong susah.. Guna line kiri... Contoh di jalan kucing tiap2 pagi..

27. pastikan anda memasang disk brek dpn..kalo xde gi kedai motor suh dia pasang....kalo ko pakai brek drum tu, alamatnya sekilo baru la motor ko berhenti @ motor ko dihentikan oleh kenderaan lain ketika emergency break berlaku

28. Kalo nak nyelit antara kete masa tgh jem tu, bwk la slow2.... nt x psl2 jd cam aku langgar side mirror org smp terkulai - aku tambah - pastu pandai plak buat muka tak bersalah

29. jgn polish seat, nt brek tercampak kedepan..pgg kuat2 kat handle tu..oki punyer.. - aku tambah - pastikan kedua-dua tangan berada di handle ketika membrek

30. kalau ade orang macam nak melintas, cepat2 slowkan motor, boleh jadi orang tu gila dan selamba melintas walau dah nampak kita laju.. - aku tambah - walapun dia tu guru silat yang ada ilmu kebal

31. lagi satu jangan suka tail-gating especially atas highway


32. jangan tekan "horn" betul2 sebelah orang, especially "horn" yg dah dimodified supaya jadi kuat. kalau terperanjat boleh jatuh tu, tak pun mati heart attack terus kalau ade sakit jantung. - aku tambah - nanti tak pepasal jer ko dituduh membunuh tanpa niat

33. kepada penunggang dan juga pembonceng tolonglah, tolong jgn berbual2 sesama sendiri semasa anda di jln raya..kalau penting sgt nak kena ckp gak ni, tlg berhenti kat tepi jalan...bila anda berbual sambil memandu fokus anda lari..jadi bl fokus anda dah lari anda xkan sedar anda dimana..huhu - aku tambah - penting sangat ke ko ni sampai ko kena berbual sambil naik motor.


34. kalo masa jalan jem tolong laa bawa motor di sebelah laluan kiri (untuk yg kurang konfiden) sebab anda akan menyebabkan motor2 lain jem sama kalo ikut lorong kanan - aku tambah - sedor lah diri kita weh

35. sentiasa pasang side mirror kiri dan kanan (supaya anda tak perlu menoleh ke belakang untuk menukar lorong dan juga untuk memastikan jarak motosikal anda selamat dr kenderaan laju di belakang -aku tambah - side mirror tu bukan untuk kegunaan bersikat rambut atau bergincu

36. belilah baju hujan..paling cikai pun givi punya....nt xde la korang dok bermesyuarat kat bwh jambatan time hujan....

p/s: jgn beli yg baju hujan kuning tu.....kang x psl2 ada org offer ko berlakon cite dark water 4.....

**********************************

*sekian dulu entri kali ni...selamat berhujung minggu...^_^


Jam Tangan

salam hari khamis...


wah rasa cam lamanya dh tak update blog... padahal baru dua hari jek tak update... ehehheee... takde idea la nak update pe...


tadi aainaa belek-belek pic kat fb... pastu terperasan la kengkawan aainaa ader yang pakai jam tangan dan ader yang tak.... datang plak idea nak wat pasal topik ni... "Kenapa ader yang suka pakai jam tangan dan kenapa pula sebaliknya"....


kadang² aainaa terfikir juga... kenapa anda pakai jam? sebab keperluan atau sebagai aksesori semata- mata untuk berfesyen.... yela skang ni jam tangan skang ni kan dah ader macam² patern dan design... dah macam² fesyen... kekadang seseorang tu ader banyak jam dan macam² rupa.... kan...kan...kan...


kalo aainaa plak... aainaa pakai jam sebagai keperluan... memang dah biasa camtu dari dulu kot... walaupun zaman skang ni dah ader hp untuk tengok masa... jam tangan tetap menjadi pilihan aainaa... kenapa? senang kot... yela... dah terletak kat tangan kan... ehehhee... aainaa plak seorang pemakai jam di tangan kanan... aainaa kidal ke? eh takla... tak tau la kenapa... aainaa lebih selesa pakai kat tangan kanan... kalo pakai kat tangan kiri rasa cam pelik jek... tak selesa pun ye gak... ehehhee...^_^

*anda pula camne?

♥.....Panggil Namaku....♥


salam semua...salam malam selasa....ehehehehee...^_^

hari ni hari isnin... esok hari selasa.... ehehhee.... apa da aainaa melalut ni... sebenar takde pape sangat yang aainaa nak coretkan... cuma tetiba aainaa terfikirkan nama sendiri... nama penuh aainaa "NUR AAINAA KHAIRUNNISA"... mak dan arwah abah yang kasi...


masa dulu² masuk sekolah bila cikgu tanya nama... aainaa jawabla... nama saya NUR AAINAA KHAIRUNNISA... cikgu pun cakap panjang nya nama.... ku hanya mampu tersenyum.. pernah jugak ustazah tanya tau tak apa makna nama kamu ni... jawab la dengan jujur masatu.... tak tau ustazah....;p

pastu balik umah mula la tanya ngan mak ngan abah pe maksud nama aainaa ni... pastu mak cakapla.... NUR tu maknanya CAHAYA.... AAINAA tu SI CANTIK MATA... KHAIRUNNISA tu maknanya SEBAIK-BAIK WANITA.... owh kira nya makna sepenuh nya NUR AAINAA KHAIRUNNISA tu CAHAYA SI CANTIK MATA SEBAIK-BAIK WANITA la...owh baru ku paham...ehehhe....

dah elok dah nama mak ayah kita kasi nama kan...cantik je penuh makna lagi tu...syukur alhamdulillah....jadi sahabat² ku semua...apakah makna di sebalik nama² anda semua?? share² la ye...ehehheee...

*sejak kebelakangan ni aainaa cukup suka layan lagu ni..ehehhee...suka lirik die....^_^




Panggil Namaku - Heliza Helmi

Kalau kau sedang kecewa
Atau hatimu berduka
Kau perlu teman di sisi
Tuk mencurahkan hati
Segala semua kekesalanmu

Panggil namaku
Aku kan datang
Sahabat di suka dan duka

Lupakanlah sejenak
Segala beban problema
Kita nikmati kebersamaan
Hapuskan semua duka
Ketawalah gembira
Bersama teman curahkan rasa

Kalau kau ingin mengadu
Bilapun kau perlu aku
Ku selalu ada disini
Tuk mencurahkan hati
Segala semua kekesalanmu

Panggil namaku
Aku kan datang
Sahabat di suka dan duka

Lupakanlah sejenak
Segala beban problema
Kita nikmati kebersamaan
Hapuskan semua duka
Ketawalah gembira
Bersama teman curahkan rasa

*****************************************************


Santau

salam hujung minggu semua...

santau... skang ni makin banyak plak aainaa dengar citer pasal santau menyantau ni... isyh.. kenapala mesti ader lagi perkara² seperti ni.... ingatkan zaman dah moden... negara dah maju... maka pemikiran masyarakat kita makin matangla dan semakin maju... rupanya makin kolot rupanya... makin penuh hasad dengki lagi ader... sabar je la....


ni ader sikit info pasal santau ni yang sempat aainaa google untuk kita kongsi sama² :-

Santau merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.

Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman . Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca , serbuk Ipoh , bisa besi , dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah , pitam , pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.

Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.


info ni plak aainaa dapat dari sini

Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dijadikan panduan bagi mengenal pasti samada seseorang itu terkena racun atau santau. Pada kebiasaannya, akan mangsa racunmenderita serta-merta seperti berlakunya muntah darah. Mangsa santau mengambil masa lama menyebabkan mangsa tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nenas. Ini adalah kerana mangsa santau amat sensitif kepada limau nipis dan nenas.

Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:

-Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.

-Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.

-Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.

-Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.

-Lenguh seluruh anggota badan.

-Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.

-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

-Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.

-Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.

-Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak- kanak tersebut.

-Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.

-Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.

-Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.


Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:


-Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.

-Hilang daya ingatan.

-Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.

-Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.

-Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.

-Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.

-Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.

-Terjadinya kanser dan ketumbuhan.

-Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.

Amalkan membaca 3 kali setiap lepas solat dan baca 1 kali sebelum makan atau minum:


*pergh!!! risau plak bila baca info² ni...apapun sama² kita doakan kesejahteraan kita bersama supaya terhindar dari semua perkara² yang tak elok ni....yang penting dekatkan diri kepadaNYA...insyaAllah...=)


♥...Wedding Farah & Faizol...♥ (Karaoke)

salam hari Jumaat semua sahabat² ku.....


erm... sebenarnya entri kali ni 1st time nak upload video kat blogspot ni... ehehheee... teruja pun ader.... padahal video ni dah share pun kat fb... tapi nak gak share kat sini... ehehheee.... kira video ni sebahagian pada kenduri FARAH & FAIZOL ni... eheheee...^_^


sebenarnya video ni rakaman nyanyian kawan aainaa Nurul ngan Angah die masa kenduri aritu.... family dorang ni memang suka karaoke... 3 lagu gak la Nurul nyanyi.... mula² tu lagi 'Selamat Pengantin Baru'... masa lagu ni sebenarnya Nurul kene tarik nyanyi... ehehheee.... lagu kedua 'Kehebatan Cinta'... Nurul duet ngan Angah gak.... aainaa terlupa nak rekod... dah nak abis baru teringat... dapatla skit..... lagu last plak lagu 'Dua Insan'.... ha yang ni aainaa rekod full ok... ehehheee...;p

video
Dua Insan - Nurul & Angah

yang pasti nya time mereka nyanyi memang menjadi tumpuan... ehehheee... sore mantap ini dua orang artis jemputan dibawakan khas dari BP... Farah yang tengah makan beradap pun siap leh toleh ni bila perasan suara nurul nyanyi... ehheheee.....

video
Kehebatan Cinta - Nurul & Angah

*wah! rindu mereka² ini.... tahun depan kita ke BP plak ek... mak Nurul siap pesan g suh turun BP... insyaAllah....=)

♥...Wedding Farah & Faizol...♥ (Part3)


salam semua...

entri kali ni untuk sambungan seterusnya pada hari persandingan kenduri aritu ek... ehehhee... sorry makan masa plak nak abiskan pasal kenduri ni... takde kerajinan n keadaan tak mengizinkan lah.... erm... takpe² ini bahagian last dah ni...ehehheee...;p


di hari persandingan...tinggal kami berempat...^_^

ehehhee...majlis persandingan diadakan pada 14/03/2010 bersamaan hari ahad... kenduri bermula seawal pkl 12 tghri... kami bertiga (aainaa, nurul, uda) yang dah siap ni terus turun bawah lepak jap.... pastu makan jap.... pastu baru naik bilik pengantin n snap apa yang patut ngan pengantin perempuan....


takmo kaco pengantin ngan kawan² dier yang lain... aainaa ngan kawan yang lain pun turun ke bawah wat apa yang patut... dah cam tuan umah pun ader... duk ke hulu ke hilir wt keje...(wat keje ke masalah nya...;p)... duk menyibuk lagi ader... ye arr.. duk bergambar je keje nya... kat khemah nak bergambar... tengah panas pun nak bergambar...ehehheee...;p


pengantin lelaki sampai lebih kurang pukul 1 lebih kot... aainaa pun tak pasti sangatla... ehehhee... yang pasti masa pengantin baru duk atas pelamin tu... kami bertiga terus sibuk nak amik gambar... kameraman ok... so jalan... dah la susunan ikut dan je... ahahhaa... dengan kompang kat tepi tu tak berhenti lagi... uhuhuhu... mengegarkan gegendang telinga sungguh... nasib lagu² nya best....


bila dah selesai sesi renjis merenjis... menepung tawar... sesi karaoke pun di sambung kembali... kali ni kawan aainaa cik Nurul sangat teruja nak menyanyi... ehehhehee... siap duet lagi tu ngan angah dier... siap jadi tumpuan plak tu... bagus².... siap aainaa rakam ni... ehehhee... sempat satu lagu je.... yang sebelum tu terlupa nak rakam....


lepak²... borak²... majlis pun berakhir pukul 4 petang... alhamdulillah semua nya berjalan lancar... majlis nya cukup meriah... cuacanya plak sangat baik... tak hujan... tetamu yang hadir memeriahkan majlis juga sangat ramai....


untuk kawan aainaa FARAH :

♥..SELAMAT PENGANTIN BARU FARAH & FAIZOL..♥

*selamat sudah sorang lagi kawan ku ke jinjang pelamin....entri akan datang aainaa upload video kawan aainaa nyanyi plak k..=)

♥...Wedding Farah & Faizol...♥ (part2)

salam....

entri ni adalah sambungan pada entri sebelum ni... uhuhuu.... pada 13/03/2010 bersamaan hari sabtu berlangsungla majlis akad nikah antara NurDiana Noh (Farah) & Faizol di kediaman keluarga Farah di Bandar Tasik Puteri... (wah ayat cam skema je ni dah kenapa...)


kami berlima...lagi 3 tak dapat hadir...kalo tak lengkap satu umah....=)

Pengantin lelaki tiba sebelum pkl 3 tak silap... masa tu aainaa kat atas kat bilik pengantin... so tak perasan la masa nya... tapi lebih kurangla... dalam pkl 3 camtu tok kadinya pun sampai... majlis berlangsung lebih kurang dalam pkl 3 lebih... besela... tok kadi kasi ceramah dan pesanan la skit pada pasangan pengantin....


yang takleh blah tu pengantin perempuannya Farah sebelum akad nikah tu leh pulak berborak ngan akak sebelahnya... kalo pengantin lain dah berdebar duk diam jek... ehehheee... siap ktorg tegur baru duk diam... ehehheee....;p


setelah upacara penyerahan wali kepada tok kadi di lafazkan oleh abah.... maka majlis akad nikah pun di mulakan.... mula² tok kadi suh Faizol test lu... ok ke tak.. lepas tu baru mula.... alhamdulillah... dengan skali lafaz je Farah & Faizol kini sah sebagai suami isteri... TAHNIAH kawanku!!!!


selesai upacara akad nikah... majlis penyerahan mas kahwin dan pembatalan air sembahyang pun di adakan.... time ni la pengantin kene dera ngan ktorang.... suh cium tangan lama² la.... cium dahi lama² la... posing camtu la... camnila... kami² la yang meriuhkan keadaan.... ehehehheee...;p





sementara para tetamu menjamu selera dengan hidangan laksa lemak dan laksa penang... kami kat dalam umah ni sakan bergambar kat dalam umah... sambil makan kuih² yang ader... pengantin pun duk lepak ngan ktorang... ehehhee...;p



*update tuk majlis persandingan nantila ek... pening kepala plak ni..... uhuhuu...;p

♥...Wedding Farah & Faizol...♥ (part 1)

salam semua...salam hari selasa....

wah sudah agak lama aainaa tak update blog ni... dekat seminggu jugak la kan.... kemana aainaa menghilang... takde kemana nya menghilang... aainaa ke kl menolong kenduri kawin kawan aainaa masa belajar dulu... agak lama la aainaa kat sana... aainaa la yang paling awal sampai.. dan aainaa la orang yang paling lewat balik... dah macam org penting la plak gayanya... ahahhaaa...;p


aainaa turun kl 11/03 khamis... naik bas pkl 9.30 pagi... sampai dalam pukul 1 lebih tak silap... lepak jap kat pekeliling tu sementara tunggu kawan aainaa jemput... (lepak la sangat kan...huhuuu...) pastu terus balik umah die kat bandar tasik puteri,rawang.... malam tu ader tahlil dan solat hajat skit...


esoknya ari jumaat turun kl plak g amik uda kat pejabat die kat jalan semarak rasanya.. mindef kat jalan semarak kan... ehehheee...;p pastu terus gerak balik rawang plak... so dah ader geng... takde la ku keseorangan.... bila dah jumpa tu macam² la citer kuar.... dari yang terdahulu sampai yang terkini.... hari jumaat takde la bz sangat n takde apa yang di wat just lepak² je dan borak²...


esok nya hari sabtu hari yang di nanti sebab ader lagi dua orang kawan akan sampai... sorang dari putrajaya dan sorang lagi dari perlis.... dua² sampai pagi sabtu tu... dan pagi tu jugak teman kawan aainaa g amik sireh n bunga hiasan atas katil... on the way balik tu plak jem plak dari pekan rawang tu menghalan ke bandar tasi puteri sebelum masuk highway.... nasib sempat sampai umah sebelum sebab mak andam dah nak sampai untuk make up pengantin.... sebab petangnya majlis akad nikah.... eheheheheee...;p


*erm....sambung nanti ek...takde idea la plak...uhuhuuhu....;p

....Matahari....

salam semua...

semalam aainaa ader terima satu email bertajuk matahari.... mulanya aainaa ingatkan lagu matahari yang agnes monica tu nyanyi... bila buka je.... rupanya ramalan ku salah belaka... ehehheee... tapi kandungan email ni sangat menarik untuk di kongsikan bersama....

*********************************

Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope


Matahari dari dekat (5,000 KM)


Sebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu?

Jibril : sebesar kurma...

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh
lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya
tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk
berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa
disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja
itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri.

SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam" (Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya" (Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya" (Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah" (Al-Hadith)


*Subhanallah... Allahuakbar... maha suci Allah.... sudah cukupkah amalan kita untuk melarikan diri dari kepanasan api neraka???

Niyang Rapik + Novel + Buku

salam di minggu baru....

apa nak diciterkan kali ni ye... oh ye.. aainaa dah tengok filem NIYANG RAPIK.... not bad la... takde la seseram mane... bese² je... tapi jalan citer ok... takde la membosan kan.... sinopsis citer ni aainaa sertakan kat sini :


" Niyang Rapik bermula dengan kematian Zack (Fizz Fairuz) akibat busung setelah pulang daripada kampung Niyang Rapik. Kematiannya membimbangkan rakannya yang lain yang turut serta dalam kajian sejarah di kampung terbabit. Helmi (Kamal Adli), Saiful (Zed Zaidi), Zizan (Shaheizy Sam) dan Amir (Awal Ashaari) bercadang kembali ke Niyang Rapik untuk memulangkan kerambit lama yang diambil sewaktu melakukan projek tahun akhir kajian peninggalan sejarah di sana.


Kerambit yang diambil arwah Zack dikhuatiri menjadi penyebab kepada kematiannya, namun setelah memulangkan pusaka tersebut kepada tuannya, mereka masih diganggu pelbagai kejadian aneh. Kehadiran Laila (Liyana Jasmay) anak kepada Tok Neram (Nasir Bilal Khan) seakan misteri kerana tingkah lakunya tidak lagi seceria dahulu.

Keadaan menjadi semakin huru hara, anggapan mereka tersasar. bukan kerambit menjadi punca. Kesilapan silam kembali menghantui. "



selain g tengok wayang... sempat gak la singgah POPULAR cari novel.. amik kau... 2 novel skali aainaa rembat.... nampak gayanya akan bermula la marathon novel malam ni... ehehheee...;p lagi satu sempat gak amik satu buku doa² ni... kecik n comel... senang nak bawa kemana-mana...=)


rasanya itu je yang ingin di kongsi...jumpa lagi...assalamualaikum...^_^

Ada Apa Dengan WARNA

salam hujung minggu semua....

ada apa dengan WARNA? kita selalu di kaitkan dengan warna....warna dan personaliti...warna dan emosi...warna dan tarikh lahir...dan macam² la...zaman skang ni pun ader kajian pasal warna-warna la..dan ader yang berkata...kalo hidup ni putih je takde warna...tak ceriala...sebab seme nya sama jek...takde kelainan....tapi bila terlampau banyak sangat warnanya serabut plak rasa...uhuhuu...


aderh...apa yang aainaa melalut ni...isi utamanya aainaa nak citer pasal warna-warna pilihanku...bila orang tanya aainaa suka warna apa..mesti aainaa akan jawab BIRU...memang tak di nafikan itu warna feveret aainaa dari dulu lagi...mata ni akan mudah tertarik dengan sesuatu yang berwarna biru...cam laut ngan langit....sangat menenangkan....

tapi bila berkait dengan warna baju....tak banyak rasanya baju aainaa yang berwarna BIRU....semua warna ader rasanya....campur²...tapi yang paling banyak warna merah dan coklat....terutamanya kalo tshirt...ehehheee...aainaa pun tak tau kenapa...uhuhuu...;p


mungkin apa yang warna disuka tak semesti nya di "apply" kan (apa bahasa aainaa guna ni??) pada kehidupan seharian kita kan...Warna hanya kegemaran..tak semestinya kita suka pada satu² warna...seluruh kehidupan nak dikaitkan...betul tak...kalo tak takkan ader la "hidup yang penuh warna-warni"...kan.....

aainaa nak kongsi kan juga kat sini rahsia di sebalik warna² kehidupan..ehehheee...

* MERAH

Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

* BIRU

Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.

* KUNING

Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.


* HIIJAU

Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.

* KELABU
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.

* HITAM
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

* COKLAT
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.


* UNGU
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.

* PUTIH
Warna putih diertikan sebagai warna yang suci, bersih dan netural. Perlu banyak warna putih disektar kita untuk menghilangkan sifat jemu kita, aura putih terdapat di atas kepala sebagai pusat kehidupan akal dan spiritual kita.

*BIRU - melambang kan ketenangan yang sempurna...fuh!