mudah untuk membina...tapi untuk mengekalkan......

salam semua...

wah panjang nya tajuk kali ni... huhuuu... kenapa la agaknya ye...... macam ni... umumnya dalam sesuatu hubungan... tak selalunya indahkan... kadang kala pasang.. dan kadang kala akan ada surutnya... ada kalanya manis dan ader kalanya suram.... tak kirala dalam perhubungan apa pun... persahabatan... percintaan.... kekeluargaan dan lain²...


hakikatnya memang mudah untuk kita membina sesuatu hubungan itu tapi agak sukar untuk mengekalkan nya... betul tak? sudah semestinya dalam sesuatu perhubungan itu pasti akan ada pelbagai halangan dan dugaan yang dilalui... tak kirala sama ada dari luar mahupun konflik dari dalaman... dan godaan dari 'anasir-anasir jahat'....

mungkin juga ada yang kurang senang dengan hubungan itu..dan mungkin juga hanya kerana sedikit salah faham..hubungan akan menjadi renggang... benar kata orang sekarang ni semuanya mudah... segalanya dihujung jari anda... hubungan jarak jauh misal nya... mak ayah nak berinteraksi dengan anak² meraka yang belajar di luar negara misalnya... mereka boleh berinteraksi melalui pelbagai cara... telefon.. nak canggih skit email... trend skang laman sosial....


benar memang semudah itu menjalinkan sesuatu hubungan... tapi tak semua mereka² ini jujur dan ikhlas... tapi ade juga mereka ni benar² jujur dalam berkawan... setakat ni alhamdulillah aainaa jumpa mereka² yang jujur... TQ seme...

bagi aainaa... secanggih mana teknologi yang digunakan untuk berhubung... perkara asas nya tetap kejujuran dan keikhlasan... kalo tak... agak susah untuk bertahan sesuatu perhubungan itu... dan kepercayaan jangan lupa... sama penting...^_^


*pernah terdengar seseorang berkata "...kalau kita sudah dapat kawan yang baik....jangan lepaskan dan jagalah baik²..."...=)

0 comments: