Ada Apa Dengan WARNA

salam hujung minggu semua....

ada apa dengan WARNA? kita selalu di kaitkan dengan warna....warna dan personaliti...warna dan emosi...warna dan tarikh lahir...dan macam² la...zaman skang ni pun ader kajian pasal warna-warna la..dan ader yang berkata...kalo hidup ni putih je takde warna...tak ceriala...sebab seme nya sama jek...takde kelainan....tapi bila terlampau banyak sangat warnanya serabut plak rasa...uhuhuu...


aderh...apa yang aainaa melalut ni...isi utamanya aainaa nak citer pasal warna-warna pilihanku...bila orang tanya aainaa suka warna apa..mesti aainaa akan jawab BIRU...memang tak di nafikan itu warna feveret aainaa dari dulu lagi...mata ni akan mudah tertarik dengan sesuatu yang berwarna biru...cam laut ngan langit....sangat menenangkan....

tapi bila berkait dengan warna baju....tak banyak rasanya baju aainaa yang berwarna BIRU....semua warna ader rasanya....campur²...tapi yang paling banyak warna merah dan coklat....terutamanya kalo tshirt...ehehheee...aainaa pun tak tau kenapa...uhuhuu...;p


mungkin apa yang warna disuka tak semesti nya di "apply" kan (apa bahasa aainaa guna ni??) pada kehidupan seharian kita kan...Warna hanya kegemaran..tak semestinya kita suka pada satu² warna...seluruh kehidupan nak dikaitkan...betul tak...kalo tak takkan ader la "hidup yang penuh warna-warni"...kan.....

aainaa nak kongsi kan juga kat sini rahsia di sebalik warna² kehidupan..ehehheee...

* MERAH

Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

* BIRU

Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.

* KUNING

Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.


* HIIJAU

Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.

* KELABU
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.

* HITAM
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

* COKLAT
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.


* UNGU
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.

* PUTIH
Warna putih diertikan sebagai warna yang suci, bersih dan netural. Perlu banyak warna putih disektar kita untuk menghilangkan sifat jemu kita, aura putih terdapat di atas kepala sebagai pusat kehidupan akal dan spiritual kita.

*BIRU - melambang kan ketenangan yang sempurna...fuh!

2 comments:

FarhanaDr

Kesukaanku.. Biru dan hijau.. Heehee.. :)