Tizz Zaqyah cari semula Nur Amina dalam diri

JENAMA Tiz Zaqyah semakin dikenali tetapi ia tidak pernah membuatkan pemilik nama itu berasakan dirinya sudah terlalu hebat, jauh sekali mendabik dada.

Lebih daripada itu, Tiz atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Abdul Razak, 21, tidak pernah terlintas menjadikan dunia hiburan sebagai batu loncatan untuk mencari orang berpangkat atau VIP.


"Saya mahu orang mengenali saya sebagai Tiz Zaqyah, seorang pelakon yang menjual bakat lakonan. Sebab itulah saya berusaha membina nama daripada mutu lakonan. Saya bersyukur kerana setakat ini, usaha saya mula menampakkan hasil. Tapi ini semua baru permulaan dan saya kena berusaha lebih keras.


"Bagi saya, setiap pelakon ada tanggungjawab untuk menaikkan nama hiburan dan begitu juga diri saya. Saya muda lagi dan laluan masih jauh dalam dunia seni ini," katanya selepas sidang media penyampaian hadiah kepada artis dan pembaca Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) di Sri Kembangan, kelmarin.

Kata-kata Tiz itu boleh diterima pakai kerana dalam sekelip mata, namanya menjulang tinggi ke awan gara-gara siri Nur Kasih. Belum kering populariti di kaca TV, Nur Kasih kini dipindahkan pula ke layar perak sentuhan pengarah Kabir Bhatia.


Malah kejayaan Tiz meraih gelaran Pelakon TV Wanita Popular sudah cukup kuat membuktikan dia memperoleh populariti melalui lakonan dan bukan publisiti murahan.


Hakikatnya, keberkesanan watak Nur Amina, seorang gadis kampung yang patuh kepada suruhan agama seakan-akan menjerat Tiz apabila peminat menyamakannya dengan kehidupan sebenar.


Sukar untuk mereka menerima hakikat kehidupan sebenar Tiz yang sudah tentu berbeza kalau dibandingkan dengan Nur Amina. Malah ada sentimen yang cuba memburuk-burukkan peribadi Tiz dengan penyebaran gambar sosialnya di Internet.

Namun, kuatnya populariti Nur Amina menyebabkan semua itu tidak dipedulikan peminat dan hilang ditiup angin.

artikel selanjut nya sila ke HMETRO

*sangat menantikan filem ni....^_^


0 comments: