Kerana Malaysia vs Denmark

salam semua.....

hari ni konfem² buka mane² paper mesti akan memperkatakan mengenai kemaraan pasukan Piala Thomas Malaysia yang sudah layak memasuki peringkat separuh akhir....aainaa pun tak ketinggalan menyaksikan perlawanan tersebut di kaca tv selama 5 jam...wow...sangat lama ok....dan penantian tu memang satu penyiksaan....sampai aainaa sendiri terlepas menonton SHOWDOWN kat 8tv...so tengok kat catch up tv jela....


menonton perlawanan semalam sememangnya mendebarkan...penuh dengan kejutan...dan yang pastikan semangat perjuangan harmoni Malaysia sangat tinggi....ini yang para pemeninat sukan malaysia inginkan....persaingan yang sengit dan perlawanan yang sangat menarik...semangat berlawan tu memang nampak di setiap pemain malaysia....


dalam banyak² perlawanan semalam...aainaa tertarik dengan gabungan pasangan beregu bidan terjun Malaysia semalam, Mohd. Zakry Abdul Latiff/Hoon Thien How....walaupun baru di pasangkan, tapi semangat berjuang dan keserasian mereka tu membuatkan perlawanan tu nampak menarik dan aainaa sendiri rasa cam nak pecah dada ni tengok aksi mereka...sangat mendebarkan dengan aksi kejar mengejar mata antara mereka....apapun tahniah untuk pasangan ini...walaupun kalah tapi semangat berlawan itu harus di puji....


apapun sekalung tahniah dan pujian harus diberikan kepada pemain perseorangan Hafiz Hashim yang menjadi wira kepada pasukan negara untuk melayakkan pasukan Malaysia ke separuh akhir Piala Thomas...permainan Hafiz Hashim semalam memang cukup baik berbanding hari sebelum nya...di harapkan hari ni menentang china Hafiz dapat memberikan corak permainan yang lebih baik....apapun SEMOGA BERJAYA TEAM PIALA THOMAS MALAYSIA!!!!

antara keratan tentang kemaraan pasukan Malaysia


Hafiz penyelamat maruah Malaysia (Kosmo)

Hafiz wira Malaysia (Utusan)

Malaysia Ke Separuh Akhir Piala Thomas Untuk Bertemu China (MStar)

Hafiz julang negara (Hmetro)

Akhirnya Hafiz bangkit (Bharian)


*mendoakan yang terbaik untuk team Malaysia yang bakal bertemu China.....=)

4 comments:

Shahrul Yusof

Hmmm.. sehari sebelum tu teruk player Malaysia kena bahan dengan 'fans' Malaysia.

Nur Aainaa Khairunnisa

mane tak kene bahan....kalah sebab tak melawan sangat..kalo kalah melawan takdenya fans nak marah atau bahan dorang....

Unknown

memang best..malam sabtu lagi best..klulah dpt gi ke situ lagi best

Nur Aainaa Khairunnisa

yup...kalo ada di lokasi kejadian mesti lagi happening...=)