Bawa kad jemputan beli gula

KUALA TERENGGANU - Khabar gembira buat semua pasangan di negeri ini yang ingin melangsungkan perkahwinan tetapi sukar mendapatkan bekalan gula dalam jumlah yang banyak.



PASANGAN yang mahu melangsungkan perkahwinan di Terengganu perlu menunjukkan kad jemputan untuk membolehkan mereka mendapatkan gula yang diperlukan bagi menjayakan majlis mereka. - Gambar hiasan


Ini kerana, mereka hanya perlu menunjukkan kad jemputan perkahwinan sebelum boleh membeli keperluan tersebut di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) di seluruh negeri.

Timbalan Pengarah PPDNKK negeri, Abdul Ghani Harun berkata, kad jemputan itu penting bagi memudahkan pihaknya mengagih-agihkan bekalan gula mengikut keperluan majlis.

"Kita tahu, ramai pasangan akan melangsungkan majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah ini dan sebab itu kita sedia bertolak-ansur untuk mengagihkan bekalan gula kepada mereka," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

sumber dari KOSMO

sumber dari UTUSAN

sumber dari BHARIAN

*macam² la skang ni....


4 comments:

kaizen shinobi

pergh.... susahnya nak beli gula sekrang nih...

ades~

Nur Aainaa Khairunnisa

tau takpe....kalo ader pun dapat beli 2 kilo jek...sapa² yg nak wat kenduri tu yg kesian...susah nak beli banyak skali....

SD

rumah aku dah x bergula dah tp rumah kwn aku tu gula kat umah stok untuk setahun...susah nak minum manis, last2 air masak jd pilihan....huhuhuhu

Nur Aainaa Khairunnisa

susah nak cari gula skang....kalo ader pun kat kedai² berdekatan kejap je abis...uhuhuu...