12 sukarelawan MALAYSIA ke Ghaza di bebaskan


2010/06/02

DUBAI: Seramai 12 sukarelawan Malaysia yang berada dalam kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika diserang kelmarin kini selamat dan sedang dalam perjalanan melalui darat ke Amman, Jordan.




Rombongan itu diiringi Duta Malaysia ke Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz, dan pegawai kedutaan yang lain.
Sebelum itu, rakyat Malaysia telah melepasi sempadan Jordan.

"Semua mereka selamat dan berada dalam keadaan baik," kata Abdul Malek ketika dihubungi.

Beliau berkata, semua sukarelawan hanya sehelai sepinggang dan tidak mempunyai pasport.

Semua 12 rakyat Malaysia itu adalah antara mereka yang ditahan oleh tentera Israel yang menyerbu kapal "Mavi Marmara", sebuah kapal Turki daripada flotila kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dijangka tiba di Amman hari ini.
Abdul Malek berkata, Kementerian Luar dan pihak kedutaan akan menyediakan semua persiapan bagi memudahkan sukarelawan terbabit pulang ke Malaysia.

Seorang daripada mereka, Noor Azman Muhamad Samsuddin, memberitahu Bernama melalui telefon, serangan awal pagi oleh komando Israel itu adalah pengalaman yang mengerikan.

Katanya, sebahagian besar penumpang kapal berkenaan tidak menyangka komando Israel akan bertindak ganas sehingga menyebabkan kematian.

"Dua sukarelawan Indonesia juga tercedera dalam serangan itu," katanya.

Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan itu, menyebabkan Israel dikutuk masyarakat


link lain...

Isteri sukarelawan bersyukur semua selamat

Kari isteri tunggu kepulangan jurukamera Astro Awani

Ashwad nyaris terkena tembakan komando Israel


4 comments:

sarah shafie

alhamdulillah..semua selamat..

Long Haffiz Long Hassan

alhamdulillah..semua seelamat..arap misi berjaya la kan//

Nur Aainaa Khairunnisa

alhamdulillah...juga mengharapkan begitu...=)