Kediaman AF8 Berhantu? - Pelajar Cerita Pengalaman Dirasuk


PETALING JAYA: Tidak siapa tahu selama ini kediaman bekas 12 pelajar Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) di Shah Alam, Selangor rupanya berhantu.



Inilah kediaman bekas 12 pelajar Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) di Shah Alam.


Dalam Mingguan mStar semalam akhbar itu melaporkan pelajar-pelajarnya melalui episod seram apabila ada di antara mereka telah dirasuk.

Berita itu bagaimanapun tidak dihebahkan kepada umum atas sebab-sebab tertentu sebaliknya Mingguan mStar berjaya membongkar misteri yang berlaku di sebalik AF8.

Salah seorang pelajar yang dirasuk iaitu Dayang Nor Anum Ahrun atau Anum memberitahu selepas tiga minggu berada di kediaman tersebut, dia melalui satu pengalaman yang menyeramkan.



Anum


Kata Anum pada satu malam ketika berasa kurang sihat, dia mengajak teman seasrama yang juga rakan dalam AF8 iaitu Adira untuk menemaninya ke tandas kerana terasa hendak muntah.

Menurutnya, semasa di tandas mereka terdengar bunyi sesuatu yang agak pelik tetapi tidak menghiraukannya. Bagaimanapun selepas itu Anum terus jatuh dan tidak sedarkan diri.

Sebenarnya ketika tidak sedarkan diri itu, Anum telah dirasuk, meracau-racau selain bertindak agresif.



Maulana


Menurut Muhd. Firdaus Maulana Mohamed atau Maulana yang menyaksikan kejadian itu. Dia mendengar suara Anum berubah menjadi suara lelaki sambil merenung dalam keadaan yang menakutkan.

Sebelum itu salah seorang peserta AF8 iaitu Farina telah bergegas ke hostel lelaki untuk meminta bantuan kerana mereka sudah tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut.

“Setibanya di bilik Anum, kami lihat dia sedang dipegang oleh penyelia asrama, Baha. Anum pula bertindak kasar seperti sedang ‘menurun’. Adira pula nampak tenang dan terbaring di sebelah Anum dalam keadaan yang lemah. Dia hanya mendiamkan diri dan nampak lesu,” kata Maulana.

Dalam keadaan cemas itu, dua lagi rakan mereka Shahir dan Daus memberanikan diri untuk membantu Baha dengan memegang Anum yang sedang meronta-ronta.

Menghuraikan serba ringkas keadaan Anum ketika itu, Maulana berkata, selain bertindak agresif, menjerit dan ketawa, suara Anum juga berubah dan kedengaran seperti suara lelaki.

“Kami dan krew produksi yang lain mula membaca surah Yassin walaupun Anum meronta-ronta, menjerit dan ketawa. Ketika dia menjerit, suaranya bertukar dengan renungan yang menakutkan. Tapi kami tetap membaca surah Yassin tanpa henti sepanjang dia bertindak agresif selama satu hingga dua jam,” akuinya yang takut melihat keadaan Anum yang sangat berlainan daripada kebiasaannya.

Memandangkan Maulana adalah antara lima pelajar yang bertahan hingga ke minggu terakhir, anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu ditanya sama ada dia pernah mengalami sebarang ‘gangguan’ sepanjang 10 minggu berkampung di gudang usang yang diubahsuai itu?

Katanya, dia memang tidak pernah ternampak atau terdengar sebarang perkara pelik namun mengakui lengannya pernah dicuit ketika sedang tidur.



Norman Abdul Halim

Sementara itu bekas pengetua AF8, Norman Abdul Halim turut mengakui tentang kisah seram tersebut.

Kata Norman, kediaman AF8 tersebut sememangnya agak ‘keras’ dan tidak sesuai dijadikan tempat tinggal pelajar program realiti tersebut.

Bagaimanapun kata Norman pihak Astro sebelum itu telah mengambil pendekatan mengadakan majlis doa selamat dan tahlil untuk mengelak perkara mistik daripada berlaku.

Ditanya adakah Norman sendiri pernah berhadapan dengan peristiwa itu, dia menjelaskan tidak pernah mengalami “gangguan” sepanjang mengemudi AF8.

“Sebagai pengetua sudah menjadi tanggungjawab saya untuk turun padang dan melihat sendiri apa yang berlaku kepada pelajar. Selepas melihat sendiri kejadian itu, memang saya aku ada sesuatu yang tidak kena pada kediaman itu,” ujarnya kepada Mingguan mStar.

*sumber dari MstarOnline



7 comments:

miMiE aZiMaSK ^V^

salam singgah 1st timer dari GB.. jom singgah blog mie plak///

miMiE aZiMaSK ^V^

huhuhu menakutkan.... :D kesian diaorang.. dah la kena dok tempat mcm tuh.. pas tuh pulak dalam realiti show... pasti ada yang memendem perasaan sebab kejadian kejadian sebegini...

aainaa

ohh duduk gudang je ke???

iqbalsyarie

wahahaha..taktaw apa-apa..hehe..baca ni,baru taw sikit pasal af.hehehehe

Nur Aainaa Khairunnisa

tu yg macam² peel kuar kat diary tu kot....

Nur Aainaa Khairunnisa

aainaa..a'ah...sebelum² ni pun camtu...

Nur Aainaa Khairunnisa

iqbal...sekurang²nya dah tau la kan...=)