Lagu lesu iringi hukuman mati


KUALA LUMPUR: Nyanyian syahdu bersahutan sepanjang malam hingga awal pagi didendangkan banduan kepada rakan yang bakal menjalani hukuman gantung sampai mati antara nostalgia sukar dilupakan seorang bekas kakitangan Penjara Pudu, di sini.

Kakitangan Penjara Malaysia, Sarjan A Rashid Md Zain, 55, berkata, walaupun sudah lama meninggalkan khidmat di Penjara Pudu pada 1996 berikutan operasinya ditutup, namun pelbagai kenangan pelik dan menakutkan masih bermain di fikirannya sehingga kini. Dia kini berkhidmat di Penjara Seremban mendakwa terkejut apabila mendapat tahu penjara usang berkenaan mula dirobohkan malam kelmarin sebelum mengambil kesempatan melawat lokasi itu semalam.




“Saya benar-benar rasa terharu sebaik menjejakkan kaki semula ke tapak Penjara Pudu berikutan pernah berkhidmat antara 1982 hingga 1996 sebelum ditugaskan ke Penjara Seremban.


“Ketika itu, Penjara Pudu menjadi kediaman rasmi ramai penjenayah berbahaya antaranya, Botak Chin, Jimmy Chuah, Mail Kerbau dan penjenayah terkenal."


“Malah, ketika kejadian dua orang awam, Dr Radzi Jaafar dan Dr Abdul Aziz Abdul Majid ditawan enam banduan reman diketuai Jimmy Chuah selama enam hari, saya antara kakitangan penjara yang menyaksikan sendiri kejadian terbabit."


“Paling tidak dapat saya lupakan kejadian dua banduan bergaduh menggunakan kapak di bengkel pertukangan sebelum salah seorang banduan terbabit hampir mencederakan saya.


“Ketika itu, banduan yang tercedera pada belakang tengkuk bertindak menyembunyikan diri di belakang tubuh saya sebelum rakannya menyerang saya. Namun, saya bernasib baik kerana banduan itu diberkas rakan setugas sebelum sempat kapak terbabit hinggap ke kepala saya,” katanya yang menghabiskan masa hampir satu jam melawat Penjara Pudu terbabit bersama rakan setugasnya, Rosnizam Abdul Rahim.




Menurutnya, dia turut tidak dapat melupakan suara nyanyian ratusan banduan Blok D dari waktu malam hingga awal pagi setiap kali ada antara rakan mereka dijatuhkan hukuman gantung keesokan harinya.


“Nyanyian dari balik jeriji besi itu hanya berakhir apabila proses hukuman gantung sampai mati berakhir dan semua banduan seolah-olah berpesta sepanjang malam menyambung tidur,” katanya.


Menurutnya, dia benar-benar sedih apabila mengetahui bangunan Penjara Pudu yang dahulunya dikenali sebagai ‘Pudoh Goal’ bakal dirobohkan secara berperingkat bagi membolehkan tapak penjara seluas 10 hektar itu dibina pusat komersial.


“Sebaik tahu tembok penjara setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap Jalan Pudu dirobohkan secara rasmi malam kelmarin, saya dan anak tidak melepaskan peluang melihatnya dari dekat. Malah beberapa rakan setugas yang pernah berkhidmat di Penjara Pudu datang menyaksikan kerja meroboh berkenaan,” katanya.

Tidak dinafikan hati saya sedikit terkilan apabila mengetahui penjara Pudu yang berusia 115 tahun ini akan dirobohkan sama sekali. Bukan bermaksud menghalang kemajuan namun ada baiknya sedikit dari bahagian struktur penjara itu disimpan untuk warisan sejarah,” katanya yang akan bersara tujuh hari lagi Beliau berkata, tindakan meroboh dinding penjara yang menempatkan mural terpanjang di dunia sepanjang 384 meter turut dianggap satu kehilangan.


sumber dari Hmetro


9 comments:

Zaidah

tentunyer penjara pudu tu menyimpan 1001 cerita seram, sedih dan memacam lagikan...

Nur Aainaa Khairunnisa

itu sudah semestinya....kalaula di bukukan...konfem dapat sambutan...=)

Unknown

wah...sy tak pernah gi penjara..menarik dan sgt bersejarah!

Latest post: cerita lima ratus

Keyyah

keyyah dah pernah g penjara pudu...mmg sesuai dijadikan muzium..sangat banyak lukisan2 cantik yg ada kat dlm penjara 2...

sedih bila tgk bangunan 2 dirobohkan..

Anonymous

beratus tahun okay.. tinggalan sejarah. mmg x patut. tapi ape ley wat. benda da pon jadi ..

a'ai-university

Nur Aainaa Khairunnisa

iqbal...aainaa pun tak penah....lalu kat luar jek penah...

Nur Aainaa Khairunnisa

keyyah...kan....mesti banyak kenangan kat situ...sangat rugi merobohkan....

Nur Aainaa Khairunnisa

ai na...tau takpe..tinggalan sejarah yg sangat berharga...

Joseph

Penjara pudu...one of the historical place in malaysia..Rsnya tmpt tue lebih sesuai tuk dijadikan tmpt sejarah..xpun tgglkan gerbang je..mcm A famosa