salam pagi sabtu semua...
eh ader yang tdo lagi ke tu? bangun²! ehehheee...sah² arini cuti memang ramai la yang tak bangun lagi...ehehhee...aainaa aainaa...pagi² lagi dah online n mula la baca paper online pepagi hari ni... aainaa tertarik ngan satu artikel kat paper kosmo pasal DUIT TOL...sebut betul² DUIT TOL....bukan DUIT TOYOL ye...
adat ni biasa nya kat johor dan aainaa penah jadi gadis tol...ahahaha...masa tu kenduri kawin kawan aainaa kat KOTA TINGGI...pakcik suh ktorang jadi gadis tol...pakcik cakap bila lagi nak merasa...leh wat kenangan....tapi memang bestla...seronok...meriah je rasa....okla jom baca sama² artikel ni...
IRAMA paluan kompang diiringi selawat memuji-muji Nabi Muhammad S.A.W memecah kesunyian pada suatu petang yang cukup cerah di Kampung Parit Haji Ali Tengah, Muar, Johor.
Saat itu juga sekumpulan rombongan berarak mengiringi seorang lelaki persis pahlawan Melayu melangkah menuju ke rumah pengantin perempuan.
Si jejaka segak berpakaian songket rona coklat yang datang dari Perak pasti ingin terus duduk di atas takhta bersebelahan permaisuri hatinya.
Saat ingin masuk ke pelamin, rombongan tersebut tiba-tiba 'disekat' oleh dua orang remaja perempuan dengan lagak hulubalang istana. Tanpa berkata-kata apa-apa, mereka hanya menadah tangan sebagai tanda meminta sesuatu.
Bagaimanapun rombongan yang disertai oleh 20 orang wakil itu sedikit pun tidak gentar. Mereka sudah bersiap sedia dengan sampul-sampul berisi wang untuk 'disogokkan' kepada remaja perempuan terbabit supaya membuka laluan itu.
Namun halangan itu hanyalah permulaan sekatan. Di depan pelamin mereka berdepan dengan halangan yang serupa. Tapi kali ini empat orang wanita dalam lingkungan umur separuh abad menadah tangan meminta 'tol'. Mereka turut mengusik pengiring pengantin lelaki yang masih muda. Usikan itu disambut dengan gelak ketawa tetamu yang hadir.
Saat halangan itu dibuka, peluh pengantin lelaki mula menitik. Namun, seorang wanita kelihatan enggan bangkit dari singgahsana pengantin malah dia masih setia menghalang muka pengantin perempuan dengan sebuah kipas tangan.
Walaupun sudah diberi sejumlah sampul berisi wang, beliau masih enggan bangun. Sehinggalah nilainya mencukupi RM100 barulah wanita yang di panggil mak andam itu beredar dan memberi laluan untuk majlis tersebut diteruskan.
untuk artikel penuh sila ke KOSMO

***********************************

WAKIL pengantin lelaki menyerahkan wang tol kepada saudara-mara pengantin perempuan.
Saat halangan itu dibuka, peluh pengantin lelaki mula menitik. Namun, seorang wanita kelihatan enggan bangkit dari singgahsana pengantin malah dia masih setia menghalang muka pengantin perempuan dengan sebuah kipas tangan.
Walaupun sudah diberi sejumlah sampul berisi wang, beliau masih enggan bangun. Sehinggalah nilainya mencukupi RM100 barulah wanita yang di panggil mak andam itu beredar dan memberi laluan untuk majlis tersebut diteruskan.
untuk artikel penuh sila ke KOSMO
8 comments:
hehe..tp bukan biasanya kanak2 ke yang diberi tol ni..pnh jgk tgk..
ntah ek...sebab slalu nya kalo kenduri org yg aainaa g...yg duk sebagai tol anak² dara atau makcik²...uhuhuhu...
heee...sgt menarik!isu~heee...
ops.lupa!salam ziarah!!!
pondok cinta
thanks....=)
yup hari tue kat kota tinggi pun saya pernah jadi tol bride gurl...uhhuhuuh paling sket dapat RM1 paling banyak dapt RM10!
hehhehee...paling best tengok reaksi pengantin lelaki bila tak lepas² tol...ehehheee...;p
Hahaha.. Mase pi kenduri kawan aritu bukan kate dua, ku rase ade kot dalam dua puluh orang.. Yang umo 20 lebih ni pn join sekali dok jadi tol.. Dpat laa depa sorang seringgit.. Haha..
ehehehee..tu yg seronok tu hana...tapi sian pengantin lelaki...berpeluh² menunggu...;p
Post a Comment