JAM...Melekit dan Melekat....^_^


salam semua....
hujung minggu bandar kuantan ni abis kene sapu ngan jam ngan roti.... melekit melekat seme aderla.... ahahahhaaa.... kenapakah? besela bila jom heboh datang singgah kat bandar kuantan kan.... buat plak kat tengah² bandar... memang sesak la di buatnya... huhuhu..sabo je la ek... tapi walau jam macam mana pun tetap ramai yg hadirkan... wah! mantap la... ahahahahaa....



cantik lampu dalam dewan tu


26/6 ari tu sama tarikhnya ngan jom heboh tu... pepagi tu dah siap awal².... tapi bukan nak ke jom heboh ye kengkawan.... tapi nak g teman mak g meeting... meeting koperasi tu... waaaaaaaa..... sangat membosankan ok... kalo kat dewan tu ader WIFI ok gak... leh la online kan...kan...kan... meeting tu start pkl 10 lebih kot sebab tunggu Timb. Menteri KPDNKDK....



sempat tu snap pic ngan mak...ehehheee....^_ ^


bila dah siap acara perasmian dan dato' menteri balik... bermula la meetingnya... sah kan minit mesyuarat sampaila cadangan² baru.... hujah itu ini... berdebat itu ini.... org ni tak puas ati... orang tu tak puas ati... last skali pengundian untuk memilih lembaga... ahahhahaa... bukan lembaga beselubung putih... tapi ahli lembaga pengarah yang baru... ehehhehee....^_^



pakcik²...makcik²...uncle²...unty² khusyuk dengar pembentangan....


dah setel dah makan tengahari yang disediakan... aainaa ngan mak pun gerak nak balik... along amik... then aainaa ngan mak singgah jugakla g jom heboh.... senang sekali harung kan... esok² nak datang balik 'bedo'oh' je kata org pahang.... uhuhuhuu... so along tinggalkan la aainaa ngan mak kat jom heboh.... masa tu dah pkl 2 lebih tak silap aainaa... cuaca memang tengah panas la... org pun agak ramaila...



mereka² di jom heboh.....


sebenarnya tujuan sebenar nak ke jom heboh ni bukan nak tengok jom heboh sangat sebenarnya.... tapi nak jumpa kawan aainaa...mizdiela.... sweet tak? kebetulan die dah de turun sini kan... rugila kalo tak jumpa... ehehhee... sampai² je terus lepak kat depan booth hotlink... sementara tunggu diela sampai... aainaa ngan mak layanla tomok yang tengah perform masa tu...



satu²nya pic yg di ambil.....;p


tak lama kemudian sampaila cikDiela kita ni tersenyum² dari jauh... aainaa nampak terus lambai... nasib diela nampak.... lepak² depan booth hotlink tu sambil borak² yang tak cam berborak... sebab duk betul² depan speaker kan... ahahhaaa... port tak strategik betul...;p sambil borak tu layan gak la performance kat depan tu.... uhuhuuu... pastu nampak mak cam dah letih jek... so aainaa minta diri dulu la ngan cikDiela... nak balik dulu... walaupun sekejap je jumpa tapi best... kenangan terindah ok... thanks ye diela...^_^


*thanks sebab sudi jumpa ngan aainaa walau sekejap... dalam lepak lama² tu leh amik satu pic je ngan diela... aduhla....;p


TIKUS Yang Terover Saiz

salam semua....
hari ni aainaa de dapat email dari kawan... agak menarik la...jom kita lihat sesama ek... ekekekke.... sekadar cuci² mata... wah! cuci mata ke? ahahahhahaaa...;p


**************************


Mak ai.. Bapak besar gile tikus ni? Kalau buatkan lauk untuk sorang punya makan, gerenti seminggu pun tak habis baham.... Huhu..... Tapi ada ke yang makan tikus kat sini? Hee.. Lagi gambar kat bawah ni.



amacam? ader berani mau makan??



uhuhuhuu..besarnya...



muahahahhaaa.....



sape yg berani sape yg takut ni???


Tengok tu, saiz pun dah mengalahkan kucing..... Biasa kita dengar tikus takut kucing..... Sekarang ni dah terbalik, kucing plak kecut nengok tikus..... Huhu.....

Terasing Dalam Sepi

salam semua....
wah! tetiba kan 2,3 hari ni kembali mendengar lagu dari kumpulan SLAM....memang agak lama tak dengar lagu² mereka ni...memang mebangkitkan nostalgia betul....kalo sape tak minat kumpulan slam ni aainaa tak tau la kan...masa ni zaman aainaa sekolah rendah ok...eheheh...lama giler...dan SLAM ni pun banyak peminat di Indonesia ok....




sape yang tak ingat pada konsert unplugged kumpulan SLAM pada tarikh 3hb Ogos 1996, di Stadium Negara Kuala Lumpur...betapa hebatnya sambutan kepada konsert terbesar SLAM.... dan kebetulan plak masa ni satu MALAYSIA blackout sebab sistem jana kuasa kat paka meletup...konsert ni tetap success dilaksanakan....

ini antara lagu feveret aainaa dari kumpulan SLAM...jom layan....^_^





Terasing dalam Sepi - Slam

Oh... kekasih apakah erti
Seandainya cinta tiada punca dan arah
Oh... kekasih dalam termanggu
Aku yang terasing menanti pasti
Tak mampu lagi ku mengutip sisa
Di halaman orang
Sedangkan kau hanya tersenyum
Dalam tangis ku... oohh
Dimanakah keikhlasan mu
Saat ku sengsara engkau hanya ketawa
Setidaknya bimbinglah daku
Membina teduhan yang seindah mu
Puas ku memikirkan apa dosa ku
Sering disisih...
Seolah ku tak berharga lagi
Untuk berkasih... ohhh

Makin ku diam
Makin lantang kau sebarkan
Hinanya diriku di sisi mu
Tidakkah engkau menyesal
Kecurangan mu itu menguris hati ku
Setelah kau memiliki mahligai mu
Air mata ku tak bererti lagi
Kasih kau mengertilah
Aku jua inginkan ketenangan
Di serata jiwa ku

Oh... kekasih dalam termanggu
Aku yang terasing menanti pasti... ohh



*keseluruhan lagu² dari kumpulan slam memang best....♥♥♥


Awan berbentuk jenazah

KOTA BHARU - Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam.


BENTUK awan aneh menyerupai jenazah yang sempat dirakam di Kota Bharu semalam.

Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi.

Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut.

"Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugas di balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalan di kem tersebut.

"Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangan supaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazah setinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun dari langit," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selain itu, Mahiran pula berkata, kepulan awan yang berbentuk seperti kalimah syahadah juga kelihatan di atas objek tersebut.

sumber dari KOSMO


Diriku dan Novel ♥


salam hari isnin semua...
harini nak update pasal apa ek kat blog ni? erm... memang takde idea ni..tapi tetiba teriungat yang 2 minggu lepas aainaa ader beli 2 buah novel baru... maklumla... peminat novel kan... masa tu aainaa kuar ngan member sekolah dulu jejalan... sempat la beli 2 novel ni.... masa tu sempat la jugak tengok wayang citer Prince of Persia... walaupun aainaa ni kurang skit la kalo bab² citer epic camni... tapi layan jek.... no hal... tapi serius citer tu memang best.. mantap... bestla... sangat tak terasa waktu berlalu... ehehhee...;p




ok... kat sini aainaa nak sertakan la sekali sinopsis dua² novel tu... dua²nya dh selamat aainaa selamat tamatkan dalam masa dua hari... uhuhuhuu... memang tak dinafikan la novel² tulisan Anis Ayuni n Aina Emir memang best²... sangat layan dan tak membosankan....^_^




*******************************


Saat Kau Kata Cinta - Anis Ayuni
(Hatiku telah lama tertinggal dalam lipatan duka lara)


sinopsis :
Melihat gambar² Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan untuk memceritakan kepada Nuril hal yang sebenar. Bimbang Nuril akan mengambil tindakan dui luar jangkaan. Lalu, 'direlakan' episod cinta anak² sekolah antara dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran.

Takdir menemukan Darwina dan Azril. Lelaki itulah sandarannya untuk membina bahagia. Sedang hatinya diulit cinta, dia bertemu dengan Syafi sewaktu kunjunganny ke United Kingdom. Pertemuan yang tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ader yang merindu.


Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yang dihaap, derita yang tiba. Emosi Darwina menjadi roller coaster apabila Azril rupa²nya berdusta dalam bercinta.

Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak pernah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya Syafi sebagai penyelamat rumahtangga Hijaz dan Nuril?


**********************************


Terbanglah Sayang - Aina Emir
(Cintaku Kepadamu Hanya Tuhan yang tahu)


sinopsis :
Best Friends Forever (BFF)... merupakan ungkapan yang sering diucapkan dua orang teman baik, juga merupakan sepupu berwajah seiras. Serupa tapi tak sama. Inaz dan Fiya atau Shafinaz dan Lutfiya Zahra, yang sering mendapat gelaran 'kembar'; ke mana² sahaja, mereka selalu berdua. Saling menyayangi, saling menolong dan saling bergantung.

Pun begitu, mereka bagaikan sedang dalam pertandingan untuk merebut trofi. Tanpa disedari, perasaan cemburu terbit di sanubari, masing² berentap untuk berada di depan.

Inaz, suka yang rancak dan kecoh, sedang mencari seseorang yang baik budi, menambat gati. Suka kepada yang bertubuh 'tegap'.... asal tidak mengingatkan kepada ayahnya. Dia juga sensitif dan pernah berdepan dengan tekanan. Mampukah Inaz mencari apa yang diimpikan?

Fiya pula, seorang yang pintar, suka kepada 'nature', minat aktiviti lasak, sayang kepada haiwan, sudah pun mendapat teman dan kini berada di depan. Mungkin kera itu, Fiya dan Inaz bagaikan bercakaran.


Munawarah dan Mellisa, teman baik yang cuba menjadi orang tengah, penasihat....mungkin juga pembelot?

Pertemuan Inaz, Fiya, Muna dan Mel...dengan empat orang jejakan di atas gunung lagenda, membawa satu perubahan hidup dan mewujudkan pelbagai soalan dan teka-teki.

Novel ini temukan pembaca dengan pelbagai karakter yang berbeza kerjaya, mendekatkan kita kepada wira² negara, yang mungkin sebelum ini tidak pernah kita kenali, Merasai apa yang dirasai oleh seorang anak angkat yang cuba mencari identiti diri. Siapakah agaknya yang menjadi burung rajawali, penuh perasaan tinggi diri, yang akhirnya terpaksa melakukan tranformasi?

Sukarkah untuk menerima kekalahan dan payahkah untuk meluahkan perasaan? Sama-samalah menyelami dan menghayati kisah suka duka kehidupan mereka yang bergelar insan, yang disusun indah dalam novel Terbanglah Sayang.


******************************


*memang terbaiklah!!!!


Artis bida plat mahal


KUALA LUMPUR: Nombor pendaftaran kenderaan satu atau dua angka yang dilabel sebagai nombor cantik bukan saja menjadi pilihan golongan ternama atau VIP, malah sekelompok selebriti tempatan apabila sanggup membelanjakan sejumlah besar wang semata-mata untuk mendapatkannya.

Semakan Metro Ahad pada laman elektronik interaktif kerajaan mendapati sekurang-kurangnya 10 artis pernah memiliki nombor pendaftaran cantik membabitkan bidaan antara RM300 hingga RM66,500.


Aktres popular, Fasha Sandha memiliki beberapa nombor pendaftaran seperti WSX 28, WPY 111 dan WKG 1984, Asmawi Ani (MAW 1) dan Tiara Jacquelina (TJ 10).


Pelakon drama dan filem, Zul Huzaimy pula menggunakan AGC 515 dan WMM 515, Rozita Che Wan (WQA 93) dan Awal Ashaari (AW 41 dan AFM 41).


Artis berkulit gebu, Zizie Ezette Samad dikatakan pemilik nombor pendaftaran WRY 2121, Azhar Sulaiman MAF 14 manakala AC Mizal, AAC 1.

Selain itu, suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, disahkan memenangi bidaan nombor pendaftaran kenderaan KCT 1.


Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K disahkan memenangi bidaan dengan nilainya RM66,500 mengikut senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, baru-baru ini.




Nama Datuk K disenaraikan dengan nilai bidaan paling tinggi dan beliau antara 193 pemenang bidaan bagi pelbagai nombor pendaftaran KCT dengan nilai antara RM300 dan RM23,500.


Difahamkan, nombor pendaftaran kenderaan berkenaan menjadi pilihan Datuk K disebabkan ia membawa maksud gabungan antara nama beliau dan penyanyi nombor satu negara itu.


Siti Nurhaliza juga pernah menggunakan nombor cantik pada kenderaannya termasuk ABP 2001 pada kereta Proton Waja Auto Premium 1.6 yang dimenangi untuk Anugerah Bintang Paling Popular 2001 anjuran Berita Harian.


Selain itu, penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu didapati pernah menggunakan nombor pendaftaran kenderaan cantik seperti WKF 1, WPT 11, WJA 9966, WNH 9966 dan CAV 9966.


Sementara itu, penyanyi lelaki popular, Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok yang turut menggunakan nombor pendaftaran cantik pada kereta Toyota Caldina miliknya mengakui membuat bidaan.

Namun dia menjelaskan, bidaannya tidak membabitkan jumlah besar kerana mungkin nombor berkenaan tidak menarik pilihan orang lain.


“Tak sampai ribu-ribu pun saya masuk tender tetapi ratusan ringgit jugalah digunakan untuk mendapatkan nombor berkenaan kerana ia memberi makna istimewa kepada saya.


“Saya berasa tidak perlu dijelaskan makna istimewa itu dan didedahkan nombor pendaftaran kereta saya, tetapi nombornya sememangnya sungguh bermakna,” katanya.

sumber dari HMETRO


Saya tak pernah rahsiakan pernikahan


APABILA masalah rumah tangga Lan A to Z diperkatakan ramai, banyak yang ingin tahu bagaimana dengan nasib anggota lain dalam kumpulan paling popular era 90-an itu?

Jika Lan berhadapan dengan tuntutan cerai oleh isterinya, Marcella Shariff setelah mempunyai tiga anak dan tidak lagi popular, bagaimana dengan Jeff dan Chap?



Jeff A To Z


Pancaindera berjaya menjejaki Jeff, yang juga merupakan abang kepada pelakon Zizie Izzette.

Sejak mendirikan rumah tangga pada Mac 2005, ahli kumpulan trio popular tahun 1990-an ini menyepikan diri. Jeff A to Z atau nama penuhnya Ahmad Shahal Jeffrey A. Samad, 35, kini telah dikurniakan dua anak hasil perkahwinan dengan Siti Noradabiah Mat Hassan.

Jeff yang bernikah di Pusat Islam, Wilayah Persekutuan dengan wanita pilihan berasal dari Pasir Putih, Kelantan kini hidup bahagia dengan cahaya mata, Sara Batrysha, 4 dan Harith Armand, 3 tahun.

Siapa sangka album pertama A to Z pertama yang memuatkan lagu Itik Gembo-Gembo pada tahun 1995 yang diadaptasi daripada negeri pantai Timur membuatkan dia jatuh hati dengan orang Kelantan.

A to Z yang dahulunya bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music (M) sempat melahirkan lima album. Kumpulan trio lelaki pertama di negara ini mulainya dianggotai Allahyarham Fendi, Lan dan Jeff sendiri sebelum Allahyarham Fendi yang melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim digantikan dengan anak Saharudin Thamby, Chap.






Bila ditanya tentang perkahwinan yang tidak dihebohkan itu, Jeff memberi alasan sendiri dan menafikan perkahwinan itu dijalan secara rahsia.

“Saya tidak merahsiakannya, kami hanya buat majlis kecil-kecilan di Kuala Lumpur dan Pasir Putih. Begini ceritanya, sejak kecil dulu, kalau ingat saja pasal perkahwinan, ia mesti melibatkan persandingan. Bab bersanding itulah yang membuatkan saya jadi malu. Saya ni kan pemalu.

“Jadi akhirnya saya kena lalui proses perkahwinan itu dan termasuklah bersanding. Itu pun keluarga suruh juga bersanding, kenalah juga saya buat. Itu sebabnya saya tak bercerita dengan wartawan. Kalau saya kahwin sorok saya takkan buat majlis persandingan, betul tak?” kata Jeff.

Lagi pula mengikut perkiraan Jeff sewaktu dia mendirikan rumah tangga zaman kegemilangannya sudah berakhir dan sebab itulah dia beranggapan perkahwinannya itu tidak perlu dihebohkan.

Mengimbau kisah percintaannya, Jeff memberitahu dia berkenalan dengan wanita pilihannya sewaktu majlis ulang tahunnya.

“Kawan saya bawa dia datang ke majlis itu dan di situlah saya kenal dia. Kami bercinta tidak lama, hanya enam bulan sahaja. Lagi pula saya rasa usia pun dah hampir lanjut, jadi lebih baik kami bernikah sahaja,” kata anak muda yang kini berusia 35 tahun ini.

Kini dia menetap di Taman Melawati, Kuala Lumpur dan bekerja dengan rakannya di kedai menjual kereta Perisai Wira di Taman Melati Utama.

“Saya minat dengan kereta dan salah satu jalan untuk mendekatkan saya dengan kereta ialah dengan cara begini. InsyaAllah kalau ada rezeki saya akan buka kedai seperti ini sendiri,” katanya lagi.

Sebagai anak seni yang pernah digilai peminat suatu masa dulu, Jeff merasakan pengalaman menjadi artis sedikit sebanyak membantu dia dalam hal berniaga.

“Saya dah lain sekarang, maklumlah dah berisi, ada yang tak kenal. Tapi ada juga yang kenal. Jadi bila orang dah kenal, senang sikit cerita. Adalah peluang kita nak jual kereta dan ia sebagai satu bonus bagi saya bagi mendekati pelanggan. Saya anggap pengalaman bergelar artis memberi sedikit impak yang positif kepada kita dalam kerjaya sekarang ini,” tambah Jeff lagi.

Darah seni yang mengalir dalam keluarga dan dirinya sendiri bagaimanapun tidak berakhir di situ. Dalam tempoh dia ‘bertapa’ Jeff dalam diam telah menyiapkan sepuluh lagu ciptaan yang diterbitkan sendiri.

Dengan modal sendiri Jeff telah merakamkan lagu untuk album solonya dan dia sekarang sedang berusaha untuk memasarkannya sendiri.

Menurut Jeff dia sering berhubungan dengan Chap dan Lan dan baru-baru ini mereka telah diundang sebuah stesen televisyen di Singapura untuk rakaman program Hari Raya bersama Liena Hangat.

“Bukan saya tak rindu dan saya nak menyanyi semula, tapi saya, Chap dan Lan masing-masing sibuk, jadi kami buatlah haluan masing-masing. Saya masih lagi diundang untuk show dalam sebulan tu adalah sekali. Tapi bukanlah show yang besar, bolehlah melepaskan rindu menyanyi.

“Anak-anak saya nampaknya juga ada bakat menyanyi biarpun mereka masih kecil. Kalau di rumah mereka selalu menyanyi dan di situ saya dah nampak bakat mereka. Tak tahulah nanti, tengoklah, kalau mereka nak jadi penyanyi kalau besar nanti saya tak halang,” katanya mengakhiri perbualan panjang kami.


sumber dari UTUSAN

Layan Video Pagi??? JOM!!!!

salam pagi jumaat semua....
sihatkah anda semua ni? lama tak tanya khabarkan...cuaca skang ni mendung je kan...malam² ujan jek...tu yg syok tdo tu.....heheheheee... kembali kepada tajuk ye kawan².... wah pagi² jumaat ni layan video ni..... ehehheee..... takpe² sekali sekala hilangkan tension... ehehheee.... mula² tu saje suka² tengok..tapi best la plak...... jom kita layan....



sekadar gambar hiasan.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ok ni video nya....




*
*
*
*
*
ok tak???

ni ader lagi satu...



layan.......^_^


*enjoy!!! ceria² di pagi jumaat k...=)

Lagu lesu iringi hukuman mati


KUALA LUMPUR: Nyanyian syahdu bersahutan sepanjang malam hingga awal pagi didendangkan banduan kepada rakan yang bakal menjalani hukuman gantung sampai mati antara nostalgia sukar dilupakan seorang bekas kakitangan Penjara Pudu, di sini.

Kakitangan Penjara Malaysia, Sarjan A Rashid Md Zain, 55, berkata, walaupun sudah lama meninggalkan khidmat di Penjara Pudu pada 1996 berikutan operasinya ditutup, namun pelbagai kenangan pelik dan menakutkan masih bermain di fikirannya sehingga kini. Dia kini berkhidmat di Penjara Seremban mendakwa terkejut apabila mendapat tahu penjara usang berkenaan mula dirobohkan malam kelmarin sebelum mengambil kesempatan melawat lokasi itu semalam.




“Saya benar-benar rasa terharu sebaik menjejakkan kaki semula ke tapak Penjara Pudu berikutan pernah berkhidmat antara 1982 hingga 1996 sebelum ditugaskan ke Penjara Seremban.


“Ketika itu, Penjara Pudu menjadi kediaman rasmi ramai penjenayah berbahaya antaranya, Botak Chin, Jimmy Chuah, Mail Kerbau dan penjenayah terkenal."


“Malah, ketika kejadian dua orang awam, Dr Radzi Jaafar dan Dr Abdul Aziz Abdul Majid ditawan enam banduan reman diketuai Jimmy Chuah selama enam hari, saya antara kakitangan penjara yang menyaksikan sendiri kejadian terbabit."


“Paling tidak dapat saya lupakan kejadian dua banduan bergaduh menggunakan kapak di bengkel pertukangan sebelum salah seorang banduan terbabit hampir mencederakan saya.


“Ketika itu, banduan yang tercedera pada belakang tengkuk bertindak menyembunyikan diri di belakang tubuh saya sebelum rakannya menyerang saya. Namun, saya bernasib baik kerana banduan itu diberkas rakan setugas sebelum sempat kapak terbabit hinggap ke kepala saya,” katanya yang menghabiskan masa hampir satu jam melawat Penjara Pudu terbabit bersama rakan setugasnya, Rosnizam Abdul Rahim.




Menurutnya, dia turut tidak dapat melupakan suara nyanyian ratusan banduan Blok D dari waktu malam hingga awal pagi setiap kali ada antara rakan mereka dijatuhkan hukuman gantung keesokan harinya.


“Nyanyian dari balik jeriji besi itu hanya berakhir apabila proses hukuman gantung sampai mati berakhir dan semua banduan seolah-olah berpesta sepanjang malam menyambung tidur,” katanya.


Menurutnya, dia benar-benar sedih apabila mengetahui bangunan Penjara Pudu yang dahulunya dikenali sebagai ‘Pudoh Goal’ bakal dirobohkan secara berperingkat bagi membolehkan tapak penjara seluas 10 hektar itu dibina pusat komersial.


“Sebaik tahu tembok penjara setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap Jalan Pudu dirobohkan secara rasmi malam kelmarin, saya dan anak tidak melepaskan peluang melihatnya dari dekat. Malah beberapa rakan setugas yang pernah berkhidmat di Penjara Pudu datang menyaksikan kerja meroboh berkenaan,” katanya.

Tidak dinafikan hati saya sedikit terkilan apabila mengetahui penjara Pudu yang berusia 115 tahun ini akan dirobohkan sama sekali. Bukan bermaksud menghalang kemajuan namun ada baiknya sedikit dari bahagian struktur penjara itu disimpan untuk warisan sejarah,” katanya yang akan bersara tujuh hari lagi Beliau berkata, tindakan meroboh dinding penjara yang menempatkan mural terpanjang di dunia sepanjang 384 meter turut dianggap satu kehilangan.


sumber dari Hmetro


Bertudung atas kesedaran


TIDAK lama dahulu apabila penyanyi kelahiran Klang, Liza Hanim menerima tawaran melakonkan watak biduanita Saloma dalam teater P. Ramlee The Musical… The Life, The Love And The Inspiration yang dipentaskan sekitar Oktober 2007, ramai yang mengatakan dia sudah berani tampil seksi.


LIZA Hanim membuat penampilan bertudung di khalayak sebagai juri pada separuh akhir Mentor musim kedua baru-baru ini.


Apa tidaknya, melakonkan watak tersebut Liza harus mengenakan gaun merah pendek paras lutut malah dan dia juga tidak kekok beraksi dengan gaun berleher V tanpa lengan itu.

Dek kerana keberanian itu, ramai di kalangan peminat mula membuat andaian sendiri dan tertanya-tanya apakah itu transisi terbaru dirinya setelah bergelar ibu kepada seorang anak ketika itu.

Masa berlalu, segalanya mempengaruhi pemikiran, hati dan kehendak individu.

Begitu juga dengan pemilik nama Haliza Hanim Abdul Halim, isteri kepada Shah bekas anggota kumpulan Indigo itu. Dia kini memilih untuk bertudung.

Perubahan itu sedikit sebanyak mengejutkan peminat seni hiburan tanah air.

Apa yang pasti, keputusan yang dibuat oleh ibu kepada dua anak perempuan iaitu Marsya Qistina, 7, dan Marissa Qaireen yang berusia setahun lebih itu mendapat keizinan daripada suaminya.

"Tiada paksaan untuk saya bertudung. Saya ikhlas mengenakannya dan Insya-Allah ia akan berterusan," ringkas jawapan yang diberikan penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu.

Bertudung sejak dua bulan lalu, kata Liza, dia sebenarnya telah lama merancang untuk membawa perubahan dari segi penampilan diri seiring peningkatan usia yang kini telah mencecah 31 tahun.

Dua tahun lamanya dia menanam azam namun, baru dua bulan lalu hasrat tersebut dimakbulkan Tuhan.

"Pada April lalu fikiran saya kuat ingin bertudung dan tiba-tiba suatu hari apabila bangun daripada tidur terus hati saya berkata ingin memakai tudung.

"Untuk itu, saya terus berjumpa suami dan meminta keizinan daripadanya. Alhamdulillah, suami saya menyokong dan menyuruh agar saya tetapkan hati untuk terus bertudung selepas ini.

"Saya tidak bercerita tentang hasrat memakai tudung kepada sesiapapun kecuali suami. Emak saya pun hanya sekadar pandang dan senyum saja sebaik melihat saya bertudung.

"Adik beradik juga tidak bertanya kerana mungkin mereka faham itu hak saya," jelas Liza yang ternyata semakin gembira dengan perubahan imejnya itu.

Katanya, tiada sebab lain dia bertudung seperti yang diperkatakan ramai bahawa dia mendapat mimpi dan sebagainya kerana keputusan itu lahir daripada ketulusan hatinya sendiri.

Ada pandangan nakal yang menyebut, apabila seseorang penyanyi wanita yang selama ini dikenali sebagai penyanyi pop, rezeki mereka akan terbatas apabila memilih untuk bertudung.

Kelaziman yang terjadi dalam gelanggang muzik ialah, perubahan imej sedemikian selalunya akan turut membawa seseorang penyanyi itu menukar genre nyanyiannya.

Apakah Liza juga akan tersenarai sebagai penyanyi yang akan mengubah genre lagu nyanyiannya?

Dalam hal ini, Liza sangat terbuka. Dia masih ingin meneruskan kerjaya nyanyian menerusi lagu-lagu berelemen pop dan balada yang merupakan kemampuan utama vokalnya.

Baginya tidak semestinya dengan perubahan imej yang dibawa kini maka dia perlu menukar genre nyanyiannya pula.

"Ketika tidak bertudung dahulu saya memang tidak menolak jika ada apa-apa tawaran yang melibatkan persembahan berkonsep ketuhanan, begitu juga kini.

"Cuma dari segi konsep saya masih mahu menyanyikan lagu-lagu pop dan saya memang tidak dapat lari daripada itu.

"Alhamdulillah, sepanjang tempoh bertudung tawaran nyanyian tidak pernah lekang saya terima," katanya yang mengakui berdebar membuat penampilan pertama bertudung di khalayak pada separuh akhir pertama Mentor minggu lalu.


sumber dari UTUSAN

*alhamdulillah...^_^

Anak Sepupu ku Kawin lagi


salam malam rabu semua...
dah lama rasanya aainaa tak menulis entri ni... kalo ader post pun pendek jek... hujung minggu baru ni agak kesibukan dengan majlis perkahwinan aainaa... dari jumaat malam sabtu sampai la abis kenduri di sebelah pihak lelaki pada hari ahad... anak sepupu aainaa ni perempuan....^_^




baca tajuk entri tu... jangan ader yang salah faham... bukan anak spupu aainaa ni kawin banyak kali... tak!!!! maksud aainaa kali ni anak spupu aainaa lagi kawin... bulan lepas dah selesai sorang... kali ni sorang lagi... bulan depan???? ader lagi 2 orang bakal menyusul... waaaaa.... memang betul la anak sepupu ku kawin lagi... makcik nya???? tunggu dulu la ye....;p



masa akad nikah....pengantin lelaki baca sendiri tau khutbah nikah...=)


anak sepupu aainaa yang kawin ni namanya Nur Liyana.. atau ktorang panggil angah atau yana je.. sebab die anak no 2... beza umo ngan aainaa,die muda setahun je... pasangan nya plak nama sharafuddin... atau panggilannya pudin... dua² ni keje pejabat agama... yang beza nye daerah lain²... ehehheee... pada hari jumaat malam sabtu tu berlangsungla majlis akad nikah... pukul bape? dekat² pkl 11 la... maklum la... cuti sekolah kan... kenyang tok kadi makan kenduri saje.... pasangan selamat di ijab kabulkan dengan sekali lafaz je.... (yeke sekali lafaz??? ermm....)... dah setel semua... cam besela... acara menyerahkan mas kahwin dan membatalkan air sembayang... n bergambar....



acara membatalkan air sembahyang



bergambar bersama ahli keluarga


keesokkannya... berlangsungla majlis persandingan di sebelah pihak perempuan... majlis berjalan lancar dan meriah... ramai tetamu termasuk saudara mara yang hadir memeriahkan dan meraikan mempelai... masa ni la akan jumpa saudara mara yang dah lama tak jumpa kan... mane yang tak kenal... masa ni la baru berjumpa... ehehheee... kan...



pengantin bersama keluarga pihak lelaki


pada hari ahad nya majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki plak... umah pengantin lelaki takdela jauh mana... dekat je... tapi memang seronok... sebab lama tak kumpul ramai² kan... tapi penat gak la.... ehehhee... apapun... alhamdulillah semua nya dah selamat.....



alamak!!! kain tersangkut kat kasut la plak....



seiring dan sejalan...^_^


untuk angah dan pudin

SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT....INSYAALLAH...AMIN....



keluarga pengantin perempuan....aainaa pun de terselit kat situ...ehehehhee...;p


*bulan 7 ni akan ader lagi 2 kenduri kawin anak sepupu ku.....^_^

Tembok Penjara Pudu akhirnya dirobohkan

KUALA LUMPUR - Selepas berdiri teguh selama 118 tahun, tembok Penjara Pudu di sini akhirnya diruntuhkan oleh para pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mulai pukul 10 malam tadi.


ORANG ramai menyaksikan detik-detik tembok Penjara Pudu, Kuala Lumpur diruntuhkan malam tadi untuk membuka laluan kepada projek pembinaan bernilai RM5 bilion.


Kerja-kerja merobohkan tembok penjara setinggi 4.5 meter dan sepanjang 398 meter itu dijangka mengambil masa empat hari.

Peristiwa tersebut turut menarik perhatian ratusan warga kota dengan ada di antara mereka mengambil gambar kenang-kenangan sebelum tembok itu dirobohkan.

Penjara Pudu dibangunkan selama empat tahun dan siap pada 1895 manakala projek pembinaan tembok itu selesai pada 1892.

Operasi meruntuhkan keseluruhan Penjara Pudu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu.

Selepas itu, kawasan penjara seluas 7.6 hektar itu akan dibangunkan menjadi Bukit Bintang City Centre (BBCC) oleh Uda Holdings Berhad.

Projek itu membabitkan pembinaan 1,100 unit kondominium, hotel, ruang pejabat dan pusat komersial dengan anggaran kos RM5 bilion.

sumber dari KOSMO


*wah!!! buat apartment n hotel...ader berani ke yang nak duduk situ tu nanti?


Kerinduan yang tidak padam....♥..SELAMAT HARI BAPA..♥



"YA Tuhanku, kau tempatkanlah Kak Ngah dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh. Semoga Engkau memberi pembalasan kepada mereka yang sanggup melakukan perbuatan zalim kepadnya. Amin." Itulah doa yang tidak pernah lekang dari bibir seorang insan bernama bapa kepada anaknya.

Meskipun tiga tahun sudah berlalu, setiap hari Jazimin Abdul Jalil, 36, tidak pernah lupa memanjatkan doa buat Allahyarham Nurin Jazlin. Itulah rutin yang tidak pernah luput dalam hidup Jazimin, isterinya dan Norazian Bistaman, 38.

Masih segar dalam ingatan seluruh rakyat negara ini bagaimana tragisnya riwayat 30 hari-hari terakhir anak comel, Nurin atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ngah, bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Desa Setapak, Kuala Lumpur itu.

Namun bagi Jazimin, setiap detik yang dilaluinya itu bagaikan semalam berlaku. Apatah lagi beliau akan sentiasa terkenangkan keletah manja anak kedua daripada empat beradik itu.

"Kak Ngah adalah seorang anak yang ringan tulang berbanding adik-beradiknya yang lain. Walaupun ketika itu dia baru berusia lapan tahun tetapi beliau sentiasa menghulurkan apa sahaja pertolongan yang diminta saya dan ibunya.

"Kini keletah itu tidak dapat saya rasai lagi, apabila kebahagiaan kami telah diragut oleh makhluk tuhan tanpa sebab," tambah Jazimin.


Hari bapa terakhir

DOA untuk Kak Ngah tidak pernah putus, malah Jazimin hampir setiap minggu melawat pusara Nurin.


Bulan Jun yang datang dengan meraikan satu hari penting untuk seorang lelaki juga turut menggamit memori Jazimin.

Pada hari minggu ketiga pada Jun tahun 2007 iaitu dua bulan sebelum Nurin pergi buat selama-lamanya, Jazimin didatangi arwah yang menyerahkan sepucuk surat dalam sampul putih.

Sebuah kad ucapan bertulisan tangan berbunyi: 'Selamat Hari Bapa. Khas untuk abah. Sayang abah. Daripada Kak Ngah'.

Pada kad tersebut terlukis gambar seorang lelaki dan wanita bersama-sama empat orang kanak-kanak yang menterjemahkan keluarga bahagia Jazimin.

"Saya dapat merasai keikhlasannya itu. Tetapi saya tidak tahu rupa-rupanya itu adalah kad ucapan terakhir arwah," jelas Jazimin yang kini tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur bersama keluarganya.

Walaupun kes itu pernah menggemparkan negara dan menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar, kini segala-galanya lesu tanpa sebarang khabar berhubung penangkapan penjenayah kejam itu.

Namun, jauh di sudut hati Jazimin beliau menaruh harapan agar manusia berhati syaitan itu ditangkap demi membela hak anaknya.

Jazimin yang bekerja sendiri tidak dapat menggambarkan perasaannya bermula sejak kehilangan Nurin sehinggalah anaknya itu disemadikan.

Bahkan, setiap detik fikirannya tidak pernah padam daripada terus mengingati Nurin. Bahkan, hampir setiap minggu tanpa jemu dia akan menziarahi pusara Nurin untuk melepaskan kerinduannya kepada anak comel itu.


Pertemuan singkat, kasih berpanjangan

Meskipun Adam Haikal Iman hanya pernah melihat dunia dalam masa 12 hari, namun kepada penyampai radio dan pengacara terkenal, Mohd. Faizal Ismail, 34, kehadiran permata hatinya itu cukup bermakna.


SUASANA pilu menyelubungi hati Faizal (kanan) saat terpaksa berpisah dengan anak lelakinya, Adam Haikal yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung

Pengacara rancangan Muzik-Muzik dan penyampai radio Hot FM itu tetap menyimpan kerinduannya kepada arwah anak lelakinya.

"Selepas 11 hari dilahirkan, doktor mengesahkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada jantung Adam Haikal kerana injap yang tidak wujud pada bahagian itu dan peluang untuknya sanga tipis," ungkap Mohd. Faizal.

Melihat kasih isterinya, Norazlina Ahmad Din menyusukan arwah di satu sudut di Hospital Tawakkal, Kuala Lumpur membuatkan hati lelakinya bagaikan direntap. Apatah lagi saat baru sahaja diberitahu mengenai komplikasi yang berlaku kepada anak lelakinya itu.

"Sebagai seorang ayah, pastinya ia sesuatu yang sukar untuk diterima, tetapi saya pasrah terhadap ketentuan itu. Saat mengazankan arwah menjadi kenangan terindah buat saya walaupun kami tidak dapat merasai keindahan dunia bersama dengan lebih panjang," katanya.

Kini Mohd. Faizal meneruskan hidup seperti biasa bersama isteri dan anak sulung, Nurkhairina Iman, 8, walaupun hari-harinya sentiasa merindui arwah yang disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Choh, Rawang, Selangor yang juga kampung halaman isterinya.

artikel penuh di KOSMO




*disaat ini merindui arwah abah....abah...adik rindu kat abah....adik sayang abah....mendoakan abah tenang di sana..ALFATIHAH


Perut Ariel (Peter Pan) keluar keris?

BANDUNG - Ketika senario hiburan Indonesia kecoh mengenai tiga klip video seks yang menampilkan pasangan mirip vokalis kumpulan Peter Pan, Ariel dengan aktres Luna Maya dan Cut Tari, keluarga Ariel pula mengatakan bahawa dia mungkin terkena santau sejak beberapa hari lalu, lapor sebuah akhbar semalam.



GAMBAR menunjukkan Ariel dan Luna Maya semasa ditemu ramah oleh stesen televisyen TVONE di Jakarta pada Isnin lalu.


"Beberapa hari lalu, seorang rakan Ariel memberitahu saya, dari dalam perut Ariel keluar bermacam-macam benda termasuk keris dan batu," kata kakak Ariel, Nazlin Fachridzal kepada wartawan di kediaman penyanyi itu di Jalan Tanjungsari, bandar ini semalam.

Menurutnya, dia mengesyaki santau itu mungkin perbuatan pihak yang dengki terhadap kejayaan adiknya dalam industri muzik.

"Kemungkinan memang ada yang iri dan individu berkenaan mahu merosak imej adik saya di mata umum," katanya.

Tambah Nazlin, dia bukan mahu mencari publisiti murahan tetapi mendedahkan perkara tersebut sekadar untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang keadaan adiknya.

"Selama ini banyak berita yang dilapor mengenai adik saya. Ya, inilah keadaan terkini Ariel supaya masyarakat tahu kejadian yang menimpa adik saya di sebalik kontroversi kes video lucah itu," tambah wanita berkenaan.

Terdahulu, kira-kira 50 orang daripada Front Pembela Islam (FPI) di Kota Bandung, mengadakan tunjuk perasaan di depan rumah Ariel.

Wakil Ketua FPI Bandung, Muhammad Anshori berkata, laporan mengenai klip-klip video seks itu telah memalukan Indonesia di luar negara.

Selain kediaman Ariel bantahan turut diadakan di depan kafe milik Luna Maya di sini.

Luna Maya ialah kekasih Ariel buat masa ini manakala Cut Tari ialah bekas kekasihnya. - Agensi


sumber dari KOSMO

♥....Isteri adalah Anugerah Ilahi....♥


Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu?betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah. "




Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat.

Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri.

* Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan
sarapan untuk suami dan anak-anak.
* Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama
melayan suami bersarapan.
* Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju
anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.
* Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah
terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain.




Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah.

* Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.
* Kemudian kutip kain busuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur.
* Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.
* Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari.
* Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah.
* Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya
membuat kerja sekolah.
* Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat.
* Kemudian angkat kain di jemuran.

Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.

* Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari.
* Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas
pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan
pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
* Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam.

Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah lemah longlai. Bolehlah rasanya nak berehat sikit.




Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali longlai dan langsung tertidur……. tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,

"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali…."

Whatttt???… 9 bulan 10 hari??? …..Beranaaak???…….Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk…!!!

Tiba-tiba~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??"

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,

"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? Cepat jawab Nab, jawab!!!"

"Laaaaa… buang tabiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Apa punya lawak pagi-pagi buta ni….."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh… Nab terkedu beruk, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya hari itu………



*pic ni takde kene mengene...tapi comel la plak...^_^


*Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai untuk anda. Jadi, para suami di luar sana, hargailah isteri anda.


'Awalnya kekok, selepas 10 minit sudah biasa'

Sultan Johor pandu kereta api dari Johor Bahru ke Stesen Kulai

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim menjalani latihan praktikal sempena Kembara Mahkota Johor pada 26 hingga 28 Jun ini dengan memandu sendiri kereta api bermula dari Stesen JB Sentral di sini, semalam.



SULTAN IBRAHIM menjalani latihan praktikal secara rasmi memandu kereta api sempena program Kembara Mahkota Johor 2010 di Stesen JB Sentral.


Baginda yang tiba pada jam 11.30 pagi diberi taklimat oleh pegawai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di bahagian lokomotif kereta api sebelum memandu sendiri ke Stesen Kulai.
Ini adalah kali pertama Kembara Mahkota Johor akan menjelajah ke sebahagian besar negeri ini menggunakan kereta api sejak kali pertama diadakan pada 2001.

Kembara kali ini akan membabitkan laluan keseluruhan 391.3 kilometer dari Stesen JB Sentral ke Stesen Gemas dan kembali ke pusat bandar raya.

Baginda yang mengetuai program tiga hari dua malam juga akan diiringi isteri, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, keluarga, kerabat diraja serta pembesar negeri.

Sultan Ibrahim yang tiba di Stesen Kulai pada kira-kira jam 12.45 tengah hari bertitah, pengalaman memandu kereta api adalah sesuatu yang baru bagi baginda.
“Mula-mula saya rasa kekok kerana tiada stereng dan terus bergerak saja tetapi dalam lima hingga 10 minit, saya sudah biasa. Maksimum saya bawa 30 kilometer sejam walaupun ia boleh sampai 100 kilometer sejam tetapi saya pemandu baru,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, pengalaman menaiki kereta api dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur ketika kecil juga begitu jauh berbeza berbanding sekarang, malah baginda tidak sabar menantikan detik bermulanya program terbabit.

“Saya sentiasa fikirkan tarikh 26 Jun dan tidak sabar mahu dapatkan lesen dan memulakan acara. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar setakat ini,” titahnya.




Kembara Mahkota 2010 akan melakukan persinggahan pada hari pertama di Stesen Kulai membabitkan pelbagai program seperti penyerahan hak milik tanah, penyerahan rumah kepada peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), penyampaian bantuan sara hidup kepada warga miskin, golongan kurang upaya dan anak yatim.

Baginda juga dijadual melepaskan benih anak ikan, menyaksikan pertandingan sukan rakyat dan melawat gerai pameran sebelum berangkat ke stesen seterusnya ke Simpang Renggam.

Sementara itu, kakitangan di Sekretariat Kembara Mahkota Johor sibuk membuat persiapan akhir termasuk menyiapkan kain rentang dan pelbagai peralatan lain.


sumber dari BHarian


Apa Reaksi Anda...????

salam semua.....
entri baru lagi....kali ni saje nak ringan kan otak ni....ahahaha...klako pun ader kesian pun ader...haish....kalo anda plak apa reaksi n komen anda? hahahhaaa...tapi pasal apakah? jom kita baca cerita dari email yang aainaa dapat ni...muahahahhahaaa....;D




***********************************


Kisah Mat dan Minah


name aku Minah aku ade balak name balak aku Mat

kitorang dah lame kenal dah lama saling sayang menyayang kalo lepak same2 pon kadang2 dah naik bosan

tapi satu hari tu kitorang keluar laa jalan2 macam biase tapi aku terase lain macam sket si Mat bawak aku pegi kedai emas die nak beli cincin hadiah untuk kakak die katenye

lpas tu die bawak pegi kedai baju pengantin nak usha2 baju utk kakak die jugak katenye aku pon ikut je laaa tapi si Mat beriyer tanye aku yang mane yang aku paling suka

lpas tu, kitorang pegi kedai bunga Mat beli sejambak bunga ros merah pun untuk kakak die jugak katenye aku pon malas laa nak tanye banyak2 same je jawapan die dari tadi

tak lama lpas beli bunga tuh tibe2 Mat berenti.. dier berdiri tegak memandang ke arah aku.. mukanya agak kemerahan panas kot

tapi die senyum2.. dan tunduk memandang kasut sendiri tibe2 die 'go down on one knee' maka secara automatik aku pon teringat laa lagu avril "i want to see you go down on one knee..marry me today... "




Mat memanggil nameku.. "Minah... " sambil menghulurkan cincin dan bunga ros tadi aku terdiam... . aku terpaku di situ...

perasaanku mula bergelora sudah terbayang pelamin indah tempat kami bersanding tiba2 terbayang keluarga dan anak2 tanggungjawab yang berat terhadap keluarga sudah bersediakah aku... ?

tetapi aku gembira dalam tak sedar, airmataku mengalir perlahan di pipi Mat masih tunduk... die memanggil namaku lagi skali "Minah... "

dalam tangisan kegembiraan aku menoleh ke arah Mat dan pada masa yang sama juga Mat mendongak memandang ke arahku mata bertentang mata.. mat bersuara...

"Laaaa..ni apsal nangis2 nih?? Tetibe je..gile ape?? Dah laaa orang panggil banyak kali tak jawab.. tolong laaa pegang bende2 ni jap..aku nak ikat tali kasut nih..cepat laaa..panas nih..ishhhh..susah btol orang sentimental nih... "

Dan aku pon meraung bagai nak gile malunye aku hampeh ko Mat..bile nak masuk minang nih..??


*******************************

*dah baca? reaksi anda? uhuhuhuu.....^_^


Pengalaman selebriti menerusi Insaf


DARI kanan: Malek, Ziela, Dr. Sam, Badrul Azhar, Othman dan Zulkarnain pada majlis pelancaran buku Insaf...Perjalanan Kami Mencari Tuhan di Kompleks Sri Utusan Bangi baru-baru ini.


DALAM meniti perjalanan kehidupan di dunia ini, manusia sering leka dan alpa dengan kemewahan serta keseronokan yang dikecapi. Diibaratkan sebagai pelakon di pentas dunia, mereka tenggelam dek hasutan hawa nafsu yang sentiasa mengajak manusia ke arah kejahatan.

Kepada mereka yang menyedari tujuan sebenar kehidupan yang merupakan wasilah ke alam kekal abadi di akhirat kelak, sudah pasti ia akan dipenuhi dengan perkara yang baik dan mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Namun, ada juga manusia yang pada mulanya hidup dalam kemaksiatan dan tanpa pegangan agama akhirnya kembali ke pangkal jalan selepas menerima hidayah Allah tidak kira sebanyak mana pun dosa yang pernah dilakukan.

Koleksi pengalaman

Menyedari pentingnya pengalaman yang dilalui oleh individu sedemikian rupa untuk dijadikan pedoman kepada orang lain, maka Utusan Karya Sdn. Bhd. mengambil inisiatif membukukan koleksi pengalaman beberapa individu dengan menerbitkan sebuah buku bertajuk Insaf...Perjalanan Kami Mencari Tuhan.

Dilancarkan pada 1 Jun lalu di Kompleks Sri Utusan, Bangi buku tersebut sememangnya memberi 1,001 kesan kepada mereka yang membacanya.

Objektif utama penerbitan buku itu ialah untuk mengajak pembaca mendekat dan merapatkan diri dengan Allah.

"Mesej itu dipersembahkan melalui cerita-cerita yang memberikan pengajaran yang dilalui oleh para penceritanya sepanjang perjalanan mereka untuk mengubah cara hidup semata-mata mencari reda Ilahi.

"Apa yang menarik di dalam buku ini ialah ia turut memaparkan pengalaman beberapa selebriti yang sudi menceritakan titik tolak kepada perubahan ke arah kebaikan yang dilakukan dalam kehidupan masing-masing," kata Ketua Pengarang Majalah Utusan Karya Sdn. Bhd., Badrul Azhar Rahman. Antaranya ialah jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor, bekas pelakon dan penyanyi terkenal, Noorkumalasari, penyanyi kumpulan E.Y.E, Mohd. Izam Mohd. Arshad atau Izam dan bekas DJ popular, Irwan Shah.


TERDAPAT 34 kisah menarik dan menginsafkan dipaparkan dalam buku ini.


"Saya percaya niat mereka berkongsi pengalaman hanya satu iaitu mengajak masyarakat kembali mendekatkan diri kepada Tuhan, menjadi umat Islam yang terbaik di dunia dan akhirat," kata Badrul.

Pada majlis pelancaran itu juga, Malek, Ziela dan Dr. Sam tidak malu bercerita mengenai kisah silam masing-masing yang jauh tersasar daripada ajaran Islam sebenar.

Sambil mengimbas semula kisah yang dialami satu ketika dahulu, ternyata semuanya tidak mampu membendung kesedihan.

"Alhamdulillah, Allah masih menyayangi saya kerana memberi hidayah untuk kembali menjalani kehidupan sebagai seorang Islam.

"Jika tidak, mungkin sekarang saya sudah semakin hanyut dengan permainan duniawi," ujar Malek yang pernah bergelar jaguh bina badan Asia (Mr. Asia) sebanyak enam kali.

Secara keseluruhan, terdapat 34 kisah menarik dan menginsafkan dipaparkan di dalam buku itu. Antaranya termasuklah kisah keistimewaan orang alim, peristiwa aneh sewaktu koma, mimpi yang menakutkan, keinsafan seseorang selepas ditimpa pelbagai musibah, jenazah alam kubur dan sebagainya.

Cerita-cerita itu pula membawa tema yang amat sesuai pada masa kini seperti masalah pembuangan bayi, maksiat, perebutan kuasa dan amalan ilmu hitam yang membawa kesan buruk kepada individu yang melakukannya.

Majlis pelancaran buku Insaf... Perjalanan Kami Mencari Tuhan itu disempurnakan oleh Malek, Ziela Jalil dan Dr. Sam Rasputin yang lebih dikenali sebagai Dr. Sam. Dr. Sam pernah popular dengan lagu Saya Anak Malaysia satu ketika dahulu.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad, Pengarang Kanan Unit Majalah Umum, Zulkarnain Zakaria, bekas-bekas pengarang Mastika dan wakil-wakil media.

Buku ini dijual pada harga RM9.90 dan boleh didapati di toko-toko buku utama di seluruh negara.

sumber dari KOSMO



MasyaAllah...Cantiknya!!! kan dah jatuh cinta..♥

salam semua....

di sebabkan arini mood aainaa happy...so arini kita mulakan dengan yang indah² je...takmo ader yang mengganggu emosi ini...muahahahhahaa....

wah tajuk entri tu mesti ramai yg tertanya² kan...uhuhuuu...sabar²...rilek²...jangan wat andaian melulu...sabar ek...nak tau apa yg cantik sangat tu sampai aainaa jatuh cinta tu? jom tengok.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






















♥....cantik kan ciptaan ALLAH SWT....♥