Melatah

Assalamualaikum sahabat² semua....
tajuk entri hari ni merupakan permintaan dari seorang teman blog...wah ader permintaan ke? heheeee....;p entri kali ini berkaitan dengan tabiat melatah...apa yang anda semua bayangkan bila memperkatkan tentang isu melatah ni?



"MENCUITKAN hati". Mungkin, itulah perkataan paling tepat untuk menggambarkan gelagat mereka yang mudah latah. Baik kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa, persepsi yang dilabelkan terhadap individu yang mudah latah ini sebagai sesuatu yang menghiburkan dan kelakar....

kita tidak akan `menjauhkan' diri daripada mereka yang latah. Malah giat pulak menyakatnya.. ia diterima oleh rata-rata di kalangan kita sebagai sesuatu yang normal.

pernah sekali dulu aainaa ikut mak g merewang kat kenduri kawin...aderla sorang pakcik ni, umur dalam awal 60an camtu tengah potong daging....tengah-tengah khusyuk wat keje tu, tetiba ader barang terjatuh n pakcik ni terkejut...tak semena-mena pakcik ni melatah sambil mengacu-acukan paeang dier.....risau di buatnya...yela takut apa-apa yang buruk berlaku...nasibla juga latah pakcik tu tak melarat...kalo tak, tak tahula apa yg akan berlaku...

kat sini aainaa lampirkan sekali sedikit info yang aainaa google pasal melatah ni...:-



"Pakar Perunding Psikiatri, Jabatan Psikiatri, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan, Profesor Dr. Mohd. Razali Salleh memberitahu, pakar perubatan juga bersetuju bahawa latah bukanlah tergolong sebagai kecelaruan mental.

Ini kerana ia tidak memudaratkan individu itu sendiri atau orang lain jika dibandingkan dengan lain-lain masalah kesihatan. Menurut beliau, latah sudah sebati dengan jiwa dan budaya masyarakat negara ini hinggakan tiada siapa pun yang menyisihkan golongan ini. latah yang berlaku di kalangan masyarakat Melayu di Asia Tenggara merupakan satu tindak balas secara spontan akibat terkejut dalam bentuk pertuturan atau tingkah laku.

Ia menyebabkan individu terbabit menyebut perkataan atau meniru tingkah laku orang di sekelilingnya secara berulang-ulang. Akibat hilang kawalan pada tingkah laku, individu terbabit akan mematuhi apa saja arahan yang diberi. CBS yang menyerupai latah ini juga terdapat di kalangan masyarakat Asia, tetapi dikenali dengan nama lain.

Latah, boleh berlaku pada mana-mana peringkat usia dan latar belakang sosial. Ia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit kerana tidak memenuhi beberapa kriteria antaranya:

*Tindak balas permulaan yang ekstrem dan berlebihan

*Sejenis variasi histeria - seperti tidak sedar, menerima apa juga arahan orang lain

*Boleh ingat tetapi tidak boleh kawal. Fenomena ini dikenali sebagai post hypnotic suggestion.

Sekalipun tingkah laku orang yang latah secara spontan menjadi hiburan kepada orang lain, tetapi ia menyebabkan individu terbabit rasa terlalu letih, termengah-mengah dan terganggu."



p/s :- kepada sahabat semua...tak salah nak kaco orang melatah ni...tengok situasi, keadaan dan tempat...kadang² aainaa sendiri kesian tengok org melatah ni...penat dorg ni sebenarnya..


8 comments:

Anonymous

cukup suke usik org melatah, hehehe..tp yg x bestnye perkataan yg kuar sume buruk2..bole x tukar pekataan yg molek2 ckit??

Nur Aainaa Khairunnisa

heheeee..memang la kak ummi...nama pun melatah...dorg cakap pe yg terlintas je....bukan dalam kawalan...=)

~boy_Mr.K~

hehehe akhirnya....kuar jgk entry nih hehehe

Nur Aainaa Khairunnisa

itu jek yg mampu aainaa konsi boy....video takdeka boy...huhuu....;p

Cahaya Yang Riang Gembira

Melatah? Heehee.. Nasihat saya.. Haha.. Pada anak2 muda, jgn laa saje2 suke wat2 melatah.. Korang igt nmpk lawak ke? Heehee.. Sbb bila melatah tu once da kene, susah maa mau buang.. Ramai budak2 zaman skunk suke buat2 melatah kan aainaa? Heehee.. =)

Nur Aainaa Khairunnisa

tau takpe....dari suka² la akan jadi tabiat dan terus terbawa²...betul tu hana....

pal7

aina melatah x?
suka dengar org melatah nih..hehe

Nur Aainaa Khairunnisa

tak...aainaa tak melatah..family aainaa setakat ni alhamdulillah takde yg melatah..cuma anak spupu sorg tu melatah....