Assalamualaikum....
sekali lagi entri untuk di kongsi......
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Berat Kan?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. Berat kan ?
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walau pun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian, nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian le...).
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan di biar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan anak adalah syahid kecil. Manakala dosanya juga diampunkan Allah (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggung jawabkan terhadap 4 wanita, yakni: Isteri nya, Ibu nya, Anak Perempuan nya dan Saudara Perempuan nya.
Manakala seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki yakni: Suami nya, Ayah nya, Anak Lelaki nya dan Saudara Lelaki nya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya, cukup dengan 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Taat Suami nya dan Menjaga Kehormatan nya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita, jika taat kepada suaminya serta menunaikan tanggung jawabnya kepada Allah akan turut
menerima pahala seperti pahala orang lelaki pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata pun! Masya Allah... Sayangnya Allah kepada kaum wanita...
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki... kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itu Dia mengangkat martabat kamu menjadi pemimpin... maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya... supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat pulang menghadap Allah dalam keadaan istimewa di sisiNya…
6 comments:
bagusnya info nih..
tq²...sama² berkongsi ilmu..=)
Saya stuju ngan pal.. Hehe.. =p
eleleeeehhhh...ni dah kenapa ikut² ni...erm....cam.....b_ _ _ _ _ _ s la plak....
Wow. A very nice information. Now i know that how important and how god love we woman.
Very nice sharing, you're awesome! :D
same² erin..ilmu kan untuk di kongsi....=)
Post a Comment