Derma Darah

Assalamualaikum sahabat semua....

petang² Ahad ni bosanla plak..... tak tau nak watpe.....


buku derma darah

lepak dalam bilik tadi belek-belekla gambar-gambarlama....terjumpala gambar masa aainaa derma darah dulu...dah lama dah...tahun 2004 rasanya....sekali jek aainaa penah derma darah...kali kedua nak derma darah takleh sebab doc cakap paras hemoglobin aainaa rendah masa tu...so tak dapatla nak derma darah...lepas pada tu memang tak derma darah dah....slalu tak berkesempatan...



semasa derma darah



masa mula² nak derma darah tu ader gak rasa takut...yela pertama kali kan.... ni seme gara² ikut bebudak umah masa belajar dulu....yang serun nya masa nak masukkan jarum yg nak alirkan darah tu...besar tau jarumnya....aainaa memang tak pandang masa nurse tu cucuk....dah sudah cucuk tu baru pandang....

ni ader sedikit info yang aainaa cari tentang derma darah ni...



"Jenis-Jenis Pendermaan

Pendermaan darah boleh dilakukan melalui dua cara, iaitu pendermaan darah penuh (whole blood donation) dan pendermaan secara aferesis (apheresis donation).

Pendermaan Darah Penuh (Whole Blood Donation)

Ini merupakan pendermaan darah yang biasa dilakukan. Darah yang didermakan ini akan diproses di makmal kepada beberapa komponen seperti Plasma, Platelet dan Sel Darah Merah (Packed Cell). Isipadu darah yang diambil bergantung kepada berat badan penderma. Jumlah maksima darah yang diambil ialah 450 ml bagi berat badan melebihi 50 kg. Sekiranya berat badan di antara 45 ? 50 kg, kuantiti darah yang diambil ialah sebanyak 350 ml. Keseluruhan proses menderma darah mengambil masa lebih kurang 30 minit. Penderma darah penuh ini boleh menderma setiap 3 bulan sekali.

Komponen-komponen Darah


Pendermaan Aferesis (Apheresis Donation).

Pendermaan aferesis ialah pendermaan plasma dan platelet, atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan mesin aferesis. Masa yang diambil untuk menderma adalah di antara 30 minit hingga 45 minit bagi Plasma dan 45 minit hingga 75 minit untuk menderma Platelet. Oleh kerana melalui pendermaan aferesis sel darah merah penderma tidak diambil, penderma boleh menderma dengan lebih kerap. Tempoh antara pendermaan ialah setiap 2 minggu sekali."


Pendermaan Aferesis


itu je untuk kali ini.....tak perlu takut untuk derma darah....mungkin dengan sumbangan kita yg tak seberapa tu akan menyelamat kan satu nyawa yg berharga...

4 comments:

Farhana

Hoho.. Ku pn pernah derma darah gak kat pasum dolu.. Huhu.. Sndiri gatal2 kaki msuk ke bilik derma darah.. Wakaka.. Pastu sendiri trgolek2 nak pitam.. Penat gilerrr maa.. Pastu tros selera mkan naik mendadak.. Huuhuu.. =p

Darah kita sama.. A.. Huhu..

Ikutlah seruan krajaan dn sammy vellu.. Dermalah dare.. Wakakaka.. =p

Aainaa.. Thanx for the gambar.. Nsib bek tahi lalat tok siti kamu tak lupe.. Wakaka.. =p

Aainaa Khairunnisa

camner leh sampai nak pitam tu...kan dah disediakan makanan kat situ...aainaa menten jek...siap leh g masuk klas lagi...majoriti derma darah...

gambar tu...tak bape jadila....huhu.....
sama²....=)

pal7

pal xpenah derma darah pun lg..sbb pal pon x cukup darah...lalala

Aainaa Khairunnisa

tak cukup darah? tekanan darah rendah ke?