wayang

salam semua....

bertemu lagi di entri baru...apa pula kali ni ye...hehheee...takde la special sangat...just nak citer pasal aainaa g tengok wayang ngan mak...ngan mak?? hehehee...;p yup ngan mak..memang aainaa slalu g tengok wayang ngan mak...kekadang ngan anak² sepupu...hehhee...;p


My Luvly Mum...cuba teka umo mak bape??

aritu aainaa ader tulis status fb yang mak ajak g tengok wayang..."mak ajak tengok wayang??" hehehee...jangan terkejutla...mak memang sempoi...layan jek..janji citer tu ok dan menghiburkan...nak tau mak ajak tengok citer pe? jeng...jeng...jeng....ADNAN SEMPIT!

dari mula mak tengok iklan citer ni kat tv ni lagi mak ni cam teruja nak g tengok citer ni...pastu mak tengok plak the making citer ni...lagi la mak teruja...selalunya aainaa yang akan ajak mak g tengok wayang...tapi kali ni terbalik plak mak yang ajak aainaa g tengok...hehheee...;p sesuatu perkembangan yang menarik...=)


dalam wayang sempat snap pic sebelum start

bercakap pasal citer ADNAN SEMPIT ni... bagi aainaa memang sempoi la....memang layan la citer ni...lawak...pandangan orang lain aainaa tak taula...ini ader sedikit sinopsis filem ni..:


"Mengisahkan Adnan, seorang mat rempit yang berusia lingkungan 27 tahun. Adnan atau lebih dikenali sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya adalah seorang anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya. Namun dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tidak mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dari keluarga makciknya. Di ibu kota, Adnan tinggal bersama Macha, abang saudaranya dan menjadi tempat dia meluahkan rasa hati. Dia mula hidup di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai mat despacth di sebuah syarikat swasta dan menyimpan perasaan pada bosnya,Nadia.


Nadia dilahirkan dalam keluarga mewah dan stabil dalam kerjayanya. Nadia sering ditemani pembantu peribadinya,Wawa.Wawa adalah teman wanita kepada Bobby dan juga menjadi sahabat pada Adnan. Nadia pernah kecewa akibat putus cinta, menyebabkan Nadia susah dan takut untuk bercinta lagi. Sehinggalah pada suatu hari, rakan-rakannya merancang untuk membuat “reunion party”. Pada mulanya Nadia kurang bersetuju, tetapi Nadia disindir enggan pergi ke reunion tersebut kerana malu tiada teman lelaki. Nadia tercabar dan kebetulan Adnan lalu di hadapan mereka dengan tidak sengaja. Nadia terus menarik Adnan dan terus memperkenalkan Adnan adalah teman lelakinya. Adnan terkelu. Sejak peristiwa itu,pelbagai cerita yang berlaku antara mereka sehinggalah pada satu hari Nadia cedera akibat diserang sekumpulan remaja dan telah diselamatkan oleh Adnan. Nadia mula menyimpan perasaaan pada Adnan. Walaubagaimanapun Nadia tidak pernah mengabaikan kerjayanya sehinggalah Nadia telah mendapat tender kontrak besar dari Datuk Harun seorang usahawan yang berjaya dan telah bertemu dengan Jofri. Jofri adalah rakan Nadia ketika di kolej mempunyai agendanya tersendiri. Jofri menyimpan hasrat dendam pada Adnan untuk memiliki Nadia dan bersubahat dengan Zack bagi membantu rancangannya memisahkan Adnan dan Nadia selain ingin mendapat tender Datuk Harun.


pic ni takde kene mengene ngan filem ni

Namun, Nadia dan Adnan semakin mesra, Nadia berjinak-jinak dengan dunia Adnan sebagai seorang mat rempit dengan niat untuk mengenali Adnan dengan lebih mendalam. Nadia sangat teruja. sehinggalah satu kejadian berlaku di mana Zack telah cuba mengambil kesempatan pada Nadia dan Adnan menyerang sehingga menyebabkan pergaduhan besar. Nadia mula merasa tidak selesa serta memarahi Adnan dan semenjak kejadian itu Nadia mula rasa benci pada Adnan walaupun Adnan cuba memujuk. Nadia mengambil keputusan untuk memecat Adnan selain memaki dan menghina Adnan. Jofri mengambil kesempatan itu untuk menenang dan menceriakan Nadia dengan harapan Nadia jatuh ke tangannya. Namun,segalanya terbongkar apabila Adnan mengetahui Jofri dan Zack bersubahat merancang segalanya selepas Jofri mengupah Zack merompak bag laptop yang mengandungi pelbagai proposal dan dokumen penting untuk tender Datuk Harun. Nadia menyesal mengenali Jofri. Nadia cuba memandang Adnan tetapi Adnan tidak mengendahkannya dan berlalu pergi."


Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan

selamat menonton kepada mereka yang ingin menonton....^_^

4 comments:

FarhanaDr

Sume org kate best.. Heehee..

Nur Aainaa Khairunnisa

jadi...mau tak kepastian nya...silala...
*hana..tak mau komen ke umo mak?