Anugerah Juara Lagu 24 (100110)

salam semua...

100110...selesai sudah malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 24...sangat² mengujakan..dan sangat² berpuas hati..mantap...walaupun persembahan tergendala kejap (bagi yg menonton di tv la) beberapa minit masa persembahan Dato' Jeffrydin....sangat menyentap la jugak...tengah enjoykan masa tu....



tepat 9 malam anugerah juara lagu dimulakan dengan persembahan permbukaaan dari Dato' Siti Nurhaliza menyanyikan lagu yang pernah memenangi anugerah juara lagu yg lepas...kelainan ditampilkan dengan susunan muzik yg digubah semula..sangat menarik...di tambah pula dengan koloberasi bersama Lan....gabungan 2 vokal yg berlainan...unik...

persembahan pertama dimulakan oleh kumpulan estranged yang membawakan lagu Aurora memasukkan unsur koir ke dalam persembahan mereka...persembahan yang kemas dipamirkan dari segi persembahan pentas dan vokal rich pada malam ini sangat baik dan mantap...best!!

alyah meneruskan persembahan dengan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang....perkara pertama yang menarik perhatian aainaa...fesyen baju nya sangat cantik....tak sprti selalu...warna merah sangat kene ngan warna kulitnya...persembahan pertas dari alyah juga sangat menarik dengan penggunaan penari memakai kostum berwarna hitam...unik...vokal alyah pun mantap malam tu...berada ditahap yg terbaik mungkin...


yang pasti persembahan misha memang dinantikan..maklumla artis paling senior yang bertanding dikalangan adik² disitu...persembahan nya dimulakan dengan persembahan deklamasi sajak mengenai percintaan adam dan hawa...satu kelainan..dan sudah pastinya misha seperti selalu tidak menghampakan dengan lontaran vokalnya yang begitu baik...tapi cam ader kekurangan disitu,mungkin persembahan kali ini lebih terkawal...tiada usikan dan pergerakan yang biasanya dilakukan misha...apapun memang best...

hafiz af7 pula mempertaruhkan lagu kejuaraan nya masih jelas...bagi aainaa persembahannya terlalu simple...hanya berbekalkan vokal yang mantap tetapi props dipentas sekadar lampu² bunga tulip...terlalau simple sangat...tak memberi effect..sorry...sekadar pandangan...



seterusnya adalah antara persembahan yang dinantikan semestinya dari kumpulan bunkface dengan lagu situasi...muzik permulaan yang menarik...sangat bernas..tak tau kenapa aainaa suka...hehehee....;p persembahan nya walaupun pada mula nya nampak simple tapi gimik menggunakan ariel dan nurul dari idola kecil sangat mengujakan seterusnya dikelilingi peminat² seumpama sebuah persembahan gig..sangat menarik...ku suka...vokal sam pada malam tu pun baik dan terkawal....


wah!! persembahan stacy memang sangat memukau...dengan tariannya yang mantap dan tak di nafikan kebolehannya...dengan kostum yang sangat wow!!! memang berpuas hati la ngan persembahan stacy...persembahan yang sangat bertenaga berserta vokal yang ditampilkan semalam juga terbaik!!!

persembahan aizat dengan lagu pergi sememangnya penuh dengan unsur 1 malaysia...permulaan dari penyanyi india itu sangat mengasyikkan...di tambah pula dengan permainan alat muzik tradisi cina tu lagi...mengasyikkan..lagu tu dah sedia membuai perasaan walaupun simple tapi bagi aainaa sampai...dilatari pula dengan klip photo² mereka yang telah pergi...sedikit sebanyak berjaya menyentuh emosi penonton...tahniah!!


hujan menerusi lagu aku skandal pula memulakan persembahan dengan menimbulkan suasana yang sangat "old school" sungguh comel dan simple...juga memasukkan sedikit undur ska pada permulaan lagu itu...dan yg menarik perhatian aainaa pada kumpulan pemain saksofon yang menari sangat comel...^_^..persembahan hujan juga menampilkan unsur persembahan ala gig dengan menampilkan sekumpulan penari yang seakan menonton persembahan hujan...vokal mentap dan tetap sempoi...cayalah!!!

tomok pula dengan lagu rinduku terhenti menarik perhatian penonton dengan gimik lakonan bersama diana danielle...phewwiittt!!! susunan muzik pula aainaa rasa cam sedikit aggresif dan sungguh segar dan ditambah pula ngan sedikit unsur dramatik pada persembahan pentasnya dan juga kumpulan koir...simple aje...

Juara mentor 3 Black mempertaruhkan lagu aku rindu sayang kamu memulakan persembahannya dengan lakonan kononnya dari bilik persalinan seterusnya ke atas pentas...seperti biasa,siapa mampu menafikan kemantapan vokal mantap vokal...memang mantap walaupun persembahan pentasnya simple namun sedikit mencuri perhatian pabila penyanyi latarnya diletakkan dikalangan penonton dan memakai baju hitam...seolah² penonton menyanyikan lagu ini bersama...



aainaa sangat tertarik dengan props danpersembahan akim menerusi lagu bengang...persembahannya seolah² membawa kita ke alam fantasi katun...sangat tertarik dengan props dan latar yang digunakan sangat menjadi...dengan permainan ligting nya lagi...sangat kagum...seoalah-olah berada di satu kawasan lain...sangat menarik...vokal akim juga mantap dan terkawal...mengingatkan kepada FT..hehheee...;p best!!!

persembahan dari yuna pula yang membawakan lagu hits nya dan sebenarnya juga berjaya menarik perhatian aainaa..permulaan lagu dimulakan dengan mainan piano kecil itu sangat sweet....yang menariknya..yuna seperti biasa tenang melontarkan vokalnya...seperti bukan berada di pertandingan besar...sesuatu yang simple tapi menarik...tahniah!!!

aizat tampil kali kedua dengan membawakan lagu kau dan aku dengan menampilkan idea kanak² sekolah sebagai penari latar....namun persembahan di penghujungnya sedikit menarik...pabila aizat berlari ke pentas bulat di tengah² penonton bersama seorang kanak²...


persembahan terakhir ini semestinya di nantikan...superman kembali ke pentas AJL walaupun masih belum sihat sepenuhnya..persembahan nya tetap mantap walaupun bertongkat...walaupun pergerakan nya terbatas tapi tetap menarik dengan situasi persembahan pentas oleh penari² latar...cayalah!!! berbaloi...memang berbaloi...gimik terakhir itu menampilkan sheila menggantikan posisinya...tak dapat dipastikan motifnya...huhuuhuu..;p

persembahan penutupnya memang mantap² semuanya...terutama waktu persembaham legend rock search...memang mengujakan....mantap dengan rambut palsu nya....cayalah....!!! begitu juga masa persembahan MUH...mantap dengan penampilan Hazama sebagai vokalis MUH bergandingan dengan Black..memang mantap!!! best!! best!!


persembahan terbaik : Aizat (Kau dan Aku) *walaupun rasa ader yang lain lagi layak
Vokal Terbaik : Black
no.3 : Bencinta (Faizal Tahir)
no.2 : Dan Sebenarnya (Yuna)
no.1 : Pergi (Aizat)

TAHNIAH BUAT SEMUA PEMENANG!!!!


*sekadar ulasan berdasarkan pandangan peribadi aainaa sebagai penonton....
*perasan kebanyakan persembahan kumpulan indie lebih kurang sama..mahu menwujudkan suasana gig dan menampilkan abg² saksofon... weeee****** comel!!!

**credit pic to Mstar Online


6 comments:

FarhanaDr

Suka sangat dengan faizal tahir semalam.. Hoho.. Suka suka suka.. Siti dan Lan pn sama, giler best.. Huhu.. Snang cite sume best laa.. Ahaks.. Tapi kan, prasan tak muka noh mcm TAKUT dn PELIk bila tiba2 ade org dtang mnari kat dpan tu? Hahahaha.. Lawak muka dia.. ;p

~ diana danielle tu pling tak leh blah.. nyampah i.. ooppss.. sorry fans diana danielle..

Nur Aainaa Khairunnisa

perasan je muka noh tu...tapi rasanya itu gimik je...kalo tak..masakan tariannya selari je seme...tapi mantopla semua...

razwan jaafar

pndpdt yg sgt bernas dr aina...hehehe

Nur Aainaa Khairunnisa

hahahaaa..bernas ke wan??? huhuhuhuuu...bese² jek..=)

~RoY @ AzRuL~

betol la aainaa..Hujan tu tiru wat psmbahan mcm Black Eyed Peas.dlm laman Rainger pun dok ajak semua turun Bukit Jalil utk wat psmbhn tu..mmg dah rancang..hampir smua sama..muka terkejut, gerakan sama2..tp, still baik la drp HUJAN..

tp walaupun plhn Roy mmg Yuna, Aizat dan FT akan menang (bdasarkan pengaruh kroni), tp mlm tu mmg Bunkface pun layak dpt sbnrnya..permulaan dgn piano, sgt fantastic! vokal Sam pun cool mlm tu..n idea budak2 IK tu, sgt comel..so, quite disappointed la bila Bunkface tak menang pe2 tmpt pun smlm..huhuhuhu

Nur Aainaa Khairunnisa

roy...heheee...;p aainaa memang mengharapkan bunkface dapat bawa pulang salah satu anugerah tu...tapi tak dapat...takpela..mereka yg dapat tempat memang layak² semuanya....keputusan sudah di ketahui semuanya..^_^