Birthday Girl...Nur Farhana Abdullah...^_^

salam hari minggu...

entri hari ni pun pasal besday wish gak...kali ni besday girl plak...^_^


milik siapakah gadis ini??

Nur Farhana binti Abdullah...sungguh seronok mengenali kamu...mula nya bertegur sapa dan sampuk menyampuk di Yellower FairuzSelamat....beterusan usik mengusik dan kunjung mengunjuk ke blog masing²...berlarutan pula ke Facebook...kan hana kan...

selama kenal hana hampir setahun ni,anak sulung dari 5 beradik ni yang juga bakal doktor ni seorang yang sangatla peramah...ader je cerita atau topik yang akan diceritakan di blognya..skang tengah blaja kat perak...suka berchating ngan cikHana kita ni..slalu jugak berkongsi rahsia hati dengan cikHana ini...sama ada pasal rahsia hatinya mahupun rahsia hatiku... hehheee...teringat pula pada kenangan lalu....


wah! panjangnya pengenalan...sebenarnya entri ni di karang [wah ayat ku sungguh skema] bertujuan untuk mengucap "SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE 23 BUAT CIK NUR FARHANA BINTI ABDULLAH"...

√ semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
√ semoga cepat bertemu pujaan hati
√ semoga jadi anak yang baik terhadap ibu bapa dan along yang terbaik untuk adik² kamu
√ semoga berjaya menamatkan pengajianmu dengan cemerlang dan menjadi doktor yang
berbakti...

erm...apa lagi ek?? dan sebagainya la ek....


selamat untuk kamu ye Hana...AAINAA SAYANG KAMU!

Besday Boy....^_^

salam semua...

entry hari ni just nak wish besday salah seorang kawan aainaa ni....tapi sape die ni? special sangat ke sampai wat entri tuk die ni? erm...takde la special sangat pun...leh la...jangan marah wan...blog aainaa kan...suka la nak tulis pe...meh kita lihat sape la orangnya ni....


sape mamat ni?

mengenalinya en Mohd Razwan bin Jaafar pada hujung tahun lepas di Facebook..berlanjutan ke blog...walaupun baru gak lagi kenal,tapi wan a.k.a wawan ni seorang yang senang untuk berkomunikasi...layan je...


sekepala ngan aainaa walaupun wan muda dari aainaa... boleh di ajak bergurau.... berbincang... mengarut... cayalah wan... apapun... sempena hari ulangtahun kelahiran wan ni aainaa doakan semoga wan akan menjadi seorang insan yang lebih baik dari sebelumnya dan anak yang berbakti kepada ibu bapa.... tak lupa semoga dapat menggapai impian menjadi seorang peguam yang berjaya....insyaAllah....amin...

Selamat Ulangtahun ke 21 Razwan Jaafar a.k.a WAWAN....


jadi anak yang baik ek...^_^

*semoga persahabatan antara kita kekal selamanya....amin...^_^

Pabila Aku Bukan Milikmu

salam semua...

dua tiga minggu ni kita slalu dihidangkan dengan kes saman sana...kes saman sini...terutamanya membabitkan putus tunangla...putus kasihla...bercerai pun nak saman gak ni...agaknya lepas ni kalo putus kawan pun nak saman gak ke? kenapa ni seme perlu terjadi?


sebelum pape aainaa nak minta maaf dulu la ye...kalo komen aainaa ni tak sependapat ngan anda semua...cuma melihatkan situasi skang ni aainaa tengok kan asal ader perselisihan faham atau putus kasih atau putus tunang je..mesti ader yang akan saman...perlu ke sampai camtu? mengapa dulu indah berkasih sayang..bila putus sampai jadi musuh? takleh ke kalo selesaikan cara baik..yela...bila dah masuk dalam mahkamah ni kan segala keaiban akan di paparkan...bukan ke aib tu sepatutnya kita sembunyikan bukannya dihebah kan..seperti petikan ayat ni dari blog ni:

" Seandainya keaiban tadi adalah keaiban orang lain pula, maka itu sudah masuk ke dalam kategori mengumpat dan seperti yang Allah fimankan tadi, perbuatan itu diumpamakan seperti memakan daging saudara kita yang telah mati. Jelas perbuatan ini merupakan punca perpecahan dan perbalahan sesama muslim. Bahkan, seperti juga membuka aib sendiri, membuka keaiban orang lain juga memotivasi orang yang mendengar untuk berkongsi keaiban orang lain yang dia ketahui juga. Maka tersebar luaslah keburukan dan keaiban di dalam masyarakat sehingga terbuka luaslah pintu-pintu kehancuran, fitnah dan perpecahan di dalam masyarakat.

Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda,

"Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat." ( HR Ahmad). "


secara umumnya pendapat aainaa la ye...kalo perkara ni melibat individu yang berpengaruh la kan..benda ni seme nya setel kalo takde orang nak provoke atau cucuk...sebab benda ni akan senyap dengan sendirinya...bila wartawan tanya .. kita kan leh amik sikap berdiam diri...kenapa perlu nak membongkar segalanya? adakah untuk membalas dendam...atau ader motif disebaliknya...apapun sebaik-baiknya carila cara penyelesaian yang terbaik...kalo saman menyaman ini yang terbaik dan mereka puas..teruskanlah...tapi bila dah babitkan saman menyaman ni bukan ke lebih memalukan ke?

yela bila dah naik turun mahkamah kan semua perkara akan di paparkan kepada umum...dari mula sampai akhirnya akan di selidik...tidak kah itu memalukan mereka semua...dari orang tak tau jadi tau...yela mungkin orang akan berkata "cakap senang la...cuba kalo ko yang kene.."..memang betul...tapi tak salah kan kalo kita cuba mencari jalan penyelesaian dengan cara baik dengan tidak mengaibkan mana² pihak...lagi pun itu yang d tuntut dalam islam pun...


firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nûr:19)

Sabda Rasulullah Sallallhu ’alaihi wasallam lagi yang bermaksud:
“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Tidaklah seseorang itu banyak bercakap akan aib orang lain, menyebutkan kesalahan dan mendedahkan aib mereka melainkan orang itu orang munafiq yang terhina. Jadi adalah wajib bagi setiap Muslim, menutup aib saudaranya dan malah hendaklah menasihatkan secara sulit, lemah lembut dan penuh hikmah kerana bimbang saudaranya itu akan ditimpa celaka dengan sebab perbuatannya itu.


jadi marila kita fikirkan bersama dan bermuhasabah diri...yang berlalu biarkan berlalu...

SURAT UTK AYAH... (sedih)

salam semua...
entri hari just nak share satu email yang aainaa terima....mari kita baca sesama...


Kisah ini terjadi disuatu pagi yang cerah… . mungkin tidak begitu cerah untuk seorang ayah yang kebetulan memeriksa bilik tidur anak gadisnya… yg berumur 18thn Dia mendapati bilik itu cukup kemas dan rapi, dengan sekeping sampul surat yg bertuliskan untuk ayah diatas meja bacaan.. perlahan dia mula membuka surat itu…

——————————————————–


Ayahku yg tercinta,

Aku menulis surat ini dengan perasaan sedih dan sangat menyesal. Saat ayah membaca surat ini, aku telah pergi meninggalkan rumah. Aku pergi bersama kekasihku, dia lelaki yang baik, setelah bertemu dia..ayah mesti setuju walaupun penuh dgn tatto2 ganas ditubuhnya,
Dia sudah cukup dewasa walaupun belum begitu tua (aku fikir zaman sekarang 42 tahun tidaklah terlalu tua).

Dia sangat baik terhadapku, lebih2 lagi dia akan jd ayah kpd kandunganku ini. Dia memohonku untuk membiarkan anak ini lahir dan kita akan membesarkannya bersama. Dia punya bisnes perdagangan extacy yang sangat luas, dia juga telah meyakinkanku bahawa marijuana itu tidak begitu buruk. Kami akan tinggal bersama sampai mati memisahkan kami.

Aku yakin bahawa para doktor akan menemukan ubat untuk AIDS jadi dia akan segera sembuh.
Aku tahu dia juga ada perempuan lain tapi aku percaya dia akan setia padaku dengan cara yang berbeza. Ayah.. jangan risau akan keadaanku. Aku sudah 18 tahun sekarang, aku tahu menjaga diriku.

Salam sayang untuk ayahku dan ibuku yg trcinta. Oh ya sebelum aku terlupa, berikan semua teddy bear dlm bilik ku ini untuk adikku yg sgt2 inginkannya… …

—————————-

keadaan si ayah bagaikan nk tercabut jantungnya ketika itu… … ..lalu perlahan2 membuka muka surat kedua surat itu… dgn keadaan terketar2 si ayah membaca… … .


PS: Ayah, .. tidak ada satupun dari yang aku tulis diatas itu benar, aku hanya ingin menunjukkan hal yg lebih mengerikan daripada nilai report kad ku yg buruk. Kalau ayah sudah menandatangani reportku diatas meja, panggil aku ya… Aku berada dirumah jiran sebelah jer… ..


** Don't do this at home **

*pesanan...jangan la wat camni kat mak bapak korang...mau sakit jantung deme seme...isyk...kalo ye pun nak bergurau...bukan gini caranya....pada anak² semua amik ni sebagai joke je ok....jangan plak ti ader yang praktikkan plak....



Di Sebalik Kuntuman Bunga

salam malam minggu semua...

kerap pulak rasanya aainaa post entri semenjak dua menjak ni... hehehee... kebetulan ada idea tu... kita kongsila bersama... sebenar nya entri hari ni kira sambungan pada entri semalam pasal "mat bunga" tu... nak masukkan sekali cam panjang lak... so kita pecah² kan la ek....boleh plak camtu...boleh jek...;p


selepas tengok citer mat bunga tu teringin plak nak tau apa maksud di sebalik setiap bunga yang ader...so aainaa google la...cari sana sini...akhirnya...aainaa jumpa la sedikit sebanyak....jadi aainaa kongsikan bersama anda semua k...jom kita baca sama²...^_^


Carnations
Adalah bunga yang paling dikenali di seluruh dunia. Bunga Carnation selalunya dihargai dan menyenangkan. Ia ada dalam pelbagai warna dan pada asasnya adalah simbolik kepada tarikan cinta


Gerbera Daisies
Dikenali dengan saiz dan kemekarannya yang menawan. Tergolong dalam pelbagai warna – warna yang menonjol, Gerbera Daisies menjadi ‘favorite flower’ untuk menunjukkan perasaan yang ceria. Walau bagaimanapun secara tradisinya bunga ini memberi maksud kecantikan dan kejujuran


Orkid
Dengan fizikalnya yang eksotik, sifat bunga orkid ‘represent rare and delicate beauty’. Keunikkan bunga orkid sebagai pemberian mengekalkan ingatan yang berkekalan kepada penerimanya. Keindahannya tidak dapat disangkal lagi walaupun dijadikan sebagai gubahan hantaran atau bagi ‘arrangement’ sesebuah majlis mahupun sebagai koleksi tanaman anda.



Lily
Dikenali dengan keunikan bentuk fizikalnya yang besar dan mekar seperti bintang serta mempunyai kemanisan haruman tersendiri, bunga lily mempunyai keagungan ‘masterpiece’yang tersendiri. Sekiranya anda mencari bunga yang melambangkan persahabatan dan kesetiaan, bunga lily mempunyai cirri-ciri dan kualiti tersebut. Terdapat dalam pelbagai warna dan jenis, pada asasnya juga melambangkan ketulinan, penghormatan dan sumber aspirasi


Ros
Tiada bunga lain yang dapat menandingi kemasyurannya sebagai bunga pemberian yang paling diminati. Sebagai sumber inspirasi, bunga ros memberikan ingatan yang kuat kepada cinta dan kasih sayang. Untuk mengetahui maksud setiap warna bunga ros ada dihuraikan dalam ‘Maksud disebalik Warna Bunga Ros’


Matahari
Keceriaan warna kuning yang membara serta kuntumannya yang besar, bunga matahari bukan saja mewakili tenaga suria kita malah akan mekar mengadap cahaya suria tatkala langit cerah benderang. Bukan sekadar membawa maksud ‘warmth and adoration’, malahan melambangkan ‘longevity’. Malahan pemberian bunga ini juga dapat menceriakan hari seseorang


Tulip
Dengan memberi maksud ‘being perfect love’, bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan ‘elegant’ dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Bunga tulip dikenali sebagai bunga yang ‘sophisticated’ dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland

wokeh! selamat berkongsi ilmu semua....=)

*bunga pilihan aainaa tulip ngan orkid...ader sape² yang nak kasi? muahahahaa...^_^

mat bunga

salam hujung minggu semua...


ni aainaa tengah layan drama kat tv2 ni...tajuknya "Mat Bunga"...lakonan Remy Ishak...memang lawak arrr...dok gelak je ngan mak....memang sangat taksub ngan bungala.. siap leh hafal dan tau apa makna disebalik setiap bunga tu.... kalo orang tengah merajuk nak kasi bunga pe dan seme... siap leh layan citer hindustan...sangat sensitif tentang hati dan perasan...dalam kata lain jiwang la...nak tdo pun kene tabur bunga atas katil dulu...mandi pun mandi bunga..hehehee...;p

persoalannya disini....wah cam nak berhujah bagai je ni..hheee...;p apa pandangan anda tentang mat bunga ni? ok ke tak ok...adekah merimas kan atau anda ok je dengan mereka ni? dan adakah mereka ni tak nampak "macho" kalo mereka ni mat bunga...mereka ni bukannya "lembut"...sekadar agak "jiwang" je....


erm...kalo aainaa la...aainaa ok je ngan lelaki² yang sebegini...yang memahami keperluan dan kehendak wanita...tapi bukan la nak kata lelaki² lain tak memahami...jangan plak salah faham...tapi seronokla... mereka² ni cam lebih prihatin akan keperluan sekeliling serta sensitif pada persekitaran...tapi kalo terlalu sensitif dan emo payah gak...yela...setiap perkara tu mesti ade pro dan kontra nya kan...ada kebaikan dan keburukannya kan...


apa pun sebenarnya tak kisah la mereka tu mat bunga ke...mat besi ke...mat motor ke dan sebagainyala...yang pentng jadi diri sendiri dan menyenangkan orang lain...barula hepi hidup ini...sekian...

wassalam....

siapa aku???

siapa aku untuk kamu...??? sahabat yang membantu atau selalu menyusahkan? kenapa persoalan ini di timbulkan? ntah... persoalan ini selalu bermain di mindaku....ku cuba untuk memberikan yang terbaik dalam setiap persahabatan yang terjalin....


kadang-kadang diri ini terfikir sendiri, adakah diri ini terlalu menyusahkan kawan-kawanku... bertamu tatkala tidak diperlukan... mengunjungi tatkala tidak diminta... membantu tatkala segala sudah lengkap...


ya...memang di akui.... diri ini punyai kelemahan diri... mungkin kelemahan itu membuatkan kamu semua tidak senang dengan diri ini... maaf andai diri ini tidak menyenangkan kamu... ku akui... diri ini bukan yang terbaik... maaf andai diri ini menyusahkan.....



*mood :- serabut!!!


Bawang Putih

salam semua....
rasanya sudah lama aainaa tak membuat entri mengenai info dan ilmu....


ni la bawang putih bagi sesape yg tak kenal..^_^

hari ini tergerak hati untuk menaip entri tentang bawag putih...kenapa bawang putih? ntahla ek...mungkin sebab aainaa suka makan bawang putih kot....tapi yang sudah dimasak la...tak penah lagi makan yang mentah... tapi aainaa tau ramai juga yang tak suka makan bawang putih ni..kata nya berbau la dan macam²la...itu semua leh di atasi kalo tau caranya....

puas dok google sana sini nak cari fakta² berkaitan dengan khasiat bawang putih ni...banyak jugak yang aainaa jumpa pasal bawang putih ni...tapi setelah di tapis dan dibawa bersidang...akhirnya...ini la antara² manfaat atau khasiat bawang putih...mari kita baca bersama....


salah satu manfaat bawang putih ialah ianya mampu merendahkan dan mengawal kadar kolesterol dalam darah... disamping itu ia juga berfungsi menstabilkan tekanan darah.... bawang putih juga bertindak mengawal dan merencat pertumbuhan sel kanser....

bawang putih juga cukup berkesan untuk merendahkan kadar kolesterol dalam darah.... Jika kolesterol dapat dikawalkan, masalah kegemukannya juga dapat diatasi.... ciri-ciri penyembuhan yang terdapat pada bawang putih dapat membantu meningkatkan tenaga dan kekuatan kepada tubuh badan di samping membantu mengelakkan penyakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi (hypertension).... bawang putih juga boleh dijadikan ubat bagi penyakit sakit saraf, sakit sendi, kutil dan penyakit kulit lain....


pokok bawang putih

di sini ader juga aainaa selitkan sedikit petua yang aainaa jumpa..dikatakan bahawa bawang putih segar yang dicampurkan dengan madu dapat membantu menyembuhkan selesema, suara yang serak dan radang pada kerongkong.... cara memakannya ialah dengan menghancurkannya, kemudian campurkan dengan satu sudu madu.... kacau dan biarkan ia ditempat yang sejuk selama satu jam untuk sebatikan madu dan minyak bawang tersebut...jika ada tanda-tanda untuk dijangkiti penyakit selsema, ambil satu atau dua sudu untuk diminum.... ulangi setiap jam berikutnya....

bawang putih juga sangat bagus untuk penyakit kaki makan air, ketuat, jangkitan-jangkitan kulit dan jerawat. letakkan bawang putih segar yang telah dilecek ke dalam sekeping kain kasa dan sapukan pada kawasan yang terlibat.


jeruk bawang putih...sape suka makan?

inila serba sedikit yang dapat aainaa kongsikan bersama anda....selamat membaca dan manfaatkannya...=)

*persoalannya disini... kenapa bawang putih selalu dikaitkan dengan hantu... kalo letak bawang putih mesti hantu lari... betul ke? sila respon ye...^_^

wayang

salam semua....

bertemu lagi di entri baru...apa pula kali ni ye...hehheee...takde la special sangat...just nak citer pasal aainaa g tengok wayang ngan mak...ngan mak?? hehehee...;p yup ngan mak..memang aainaa slalu g tengok wayang ngan mak...kekadang ngan anak² sepupu...hehhee...;p


My Luvly Mum...cuba teka umo mak bape??

aritu aainaa ader tulis status fb yang mak ajak g tengok wayang..."mak ajak tengok wayang??" hehehee...jangan terkejutla...mak memang sempoi...layan jek..janji citer tu ok dan menghiburkan...nak tau mak ajak tengok citer pe? jeng...jeng...jeng....ADNAN SEMPIT!

dari mula mak tengok iklan citer ni kat tv ni lagi mak ni cam teruja nak g tengok citer ni...pastu mak tengok plak the making citer ni...lagi la mak teruja...selalunya aainaa yang akan ajak mak g tengok wayang...tapi kali ni terbalik plak mak yang ajak aainaa g tengok...hehheee...;p sesuatu perkembangan yang menarik...=)


dalam wayang sempat snap pic sebelum start

bercakap pasal citer ADNAN SEMPIT ni... bagi aainaa memang sempoi la....memang layan la citer ni...lawak...pandangan orang lain aainaa tak taula...ini ader sedikit sinopsis filem ni..:


"Mengisahkan Adnan, seorang mat rempit yang berusia lingkungan 27 tahun. Adnan atau lebih dikenali sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya adalah seorang anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya. Namun dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tidak mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dari keluarga makciknya. Di ibu kota, Adnan tinggal bersama Macha, abang saudaranya dan menjadi tempat dia meluahkan rasa hati. Dia mula hidup di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai mat despacth di sebuah syarikat swasta dan menyimpan perasaan pada bosnya,Nadia.


Nadia dilahirkan dalam keluarga mewah dan stabil dalam kerjayanya. Nadia sering ditemani pembantu peribadinya,Wawa.Wawa adalah teman wanita kepada Bobby dan juga menjadi sahabat pada Adnan. Nadia pernah kecewa akibat putus cinta, menyebabkan Nadia susah dan takut untuk bercinta lagi. Sehinggalah pada suatu hari, rakan-rakannya merancang untuk membuat “reunion party”. Pada mulanya Nadia kurang bersetuju, tetapi Nadia disindir enggan pergi ke reunion tersebut kerana malu tiada teman lelaki. Nadia tercabar dan kebetulan Adnan lalu di hadapan mereka dengan tidak sengaja. Nadia terus menarik Adnan dan terus memperkenalkan Adnan adalah teman lelakinya. Adnan terkelu. Sejak peristiwa itu,pelbagai cerita yang berlaku antara mereka sehinggalah pada satu hari Nadia cedera akibat diserang sekumpulan remaja dan telah diselamatkan oleh Adnan. Nadia mula menyimpan perasaaan pada Adnan. Walaubagaimanapun Nadia tidak pernah mengabaikan kerjayanya sehinggalah Nadia telah mendapat tender kontrak besar dari Datuk Harun seorang usahawan yang berjaya dan telah bertemu dengan Jofri. Jofri adalah rakan Nadia ketika di kolej mempunyai agendanya tersendiri. Jofri menyimpan hasrat dendam pada Adnan untuk memiliki Nadia dan bersubahat dengan Zack bagi membantu rancangannya memisahkan Adnan dan Nadia selain ingin mendapat tender Datuk Harun.


pic ni takde kene mengene ngan filem ni

Namun, Nadia dan Adnan semakin mesra, Nadia berjinak-jinak dengan dunia Adnan sebagai seorang mat rempit dengan niat untuk mengenali Adnan dengan lebih mendalam. Nadia sangat teruja. sehinggalah satu kejadian berlaku di mana Zack telah cuba mengambil kesempatan pada Nadia dan Adnan menyerang sehingga menyebabkan pergaduhan besar. Nadia mula merasa tidak selesa serta memarahi Adnan dan semenjak kejadian itu Nadia mula rasa benci pada Adnan walaupun Adnan cuba memujuk. Nadia mengambil keputusan untuk memecat Adnan selain memaki dan menghina Adnan. Jofri mengambil kesempatan itu untuk menenang dan menceriakan Nadia dengan harapan Nadia jatuh ke tangannya. Namun,segalanya terbongkar apabila Adnan mengetahui Jofri dan Zack bersubahat merancang segalanya selepas Jofri mengupah Zack merompak bag laptop yang mengandungi pelbagai proposal dan dokumen penting untuk tender Datuk Harun. Nadia menyesal mengenali Jofri. Nadia cuba memandang Adnan tetapi Adnan tidak mengendahkannya dan berlalu pergi."


Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan

selamat menonton kepada mereka yang ingin menonton....^_^

Bosan.............

salam semua...


salam malam minggu sahabat-sahabat ku semua...macam mana malam minggu anda semua? happening atau boring....huhuhu...;p malam minggu aainaa??? bosan...... menulis dalam kebosanan....tengok tv...takde citer yang menarik perhatian pun...layan fb jap...pun boring...nak main game...pun boring....apa yang tak boringnya wahai cik aainaa?? huhuu...ntahla ek...


jadi wahai sahabat² ku semua...apa yang anda lakukan pabila diri anda dilanda keadaan boring ni??? adakah anda akan termenung?? melayan perasaan?? layan lagu atau.....TIDO???
rasanya yang last tu mesti ramai yang wat tu...tul tak?? heheee...sudah di agak....atau ade juga di antara anda yang menulis di kala kebosanan...ader idea ke yang datang di waktu² bosan ni?? bukan ke kita selalu buntu waktu² macam tu?


apapun...kalo anda bosan..watla apa yang patut agar dapat menjauhkan diri dari keadaan itu...sungguh tidak best pabila anda berada pada situasi itu....


ok semua...chow! jumpa lagi.....

Hampir Setahun Berlalu

salam semua...

pejam celik pejam celik....sudah hampir setahun berlalu...apa la yang hampir setahun tu ye..huhuhu... dah hampir setahun rupanya aainaa kembali aktif dalam menulis blog ni...


sungguh tak sangka sehingga kini aainaa masih terusan menulis di blog yang penuh dengan warna warni ini...(jangan dilihat pada layout ini yang tidak menggambarkan warna warni)...maksud aainaa entri-entri yang di utarakan penuh dengan warna-warni...yela pelbagai topik yang telah aainaa kongsikan di blog ni...dari ativiti harian aainaa...peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling aainaa ....ilmu-ilmu yang boleh dikongsikan bersama....pasal dunia hiburan dan pelbagai lagi la kan... boleh dikatakan dah ala-ala 1Malaysia la kan...heheee....;p


bermula di dunia blog ini jugala aainaa mula menambah kenalan di kalangan blogger yang akhirnya menjadi sahabat dari mula hingga kini dan insyaAllah akan berterusan sampai bila-bila.... tertutama adik-beradik blogger ku cikNur Farhana Abdullah, enFairuz Selamat dan enAiman Haqimy....(wah apsal cam skema plak penulisan ku kali ni??? belasah je la aainaa)... korang memang menceriakan hari-hari awal kemunculan ku di dunia blog ini...rindu rasanya untuk melepak di "Yellower" fairuz selamat seperti dulu...rindu untuk melihat abgAiman menghentak kepala kat "Yellower" tu...lepak sampai pukul 3,4 pagi...dan menjadikan "malamku kesiangan".... andai dapat diputarkan kembali ke waktu itu...alangkah indahnya hidup ini... tapi kini semuanya telah berubah...mana mungkin kita seperti dulu...masing-masing telah mempunyai komitmen masing-masing...


di dunia blogger ini juga aainaa mula mengenali Boy a.k.a Mat Kimun Mulin...seronok mengenali kamu wahai enBoy...kamu sangat happening...bila mau nyanyi lagi untuk ku??? hehehee...;p tak lupa pada Roy yang sekampung denganku...hehehee....walaupun sekampung tapi tak pernah jumpa pun... seronok berbincang dan berkongsi pendapat dengan kamu tentang topik² yang kamu usulkan....sangat pandai dan bijak dalam memberikan hujah sehinggakan aainaa sendiri sangat kagum dengan kamu....


dan juga sahabat-sahabt blogger yang lain...kak ummi@makdara terdiva... zue... bie dari brunei... ery... aina (sama nama ni)... pal.. atie... feera dan semuala.... dan yang terbaru wawan.... diela dan syera... terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aainaa do dunia blogger ni... teruskan persahabatan ini.... satu memori yang cukup indah untuk dikenang... LUV U ALL la....^_^

*p/s :- sorry seme...ku curi pic kamu² semua....=)


Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Dalam Keluarga

salam semua.....

apa pula kan entri aainaa kali ni??? semalam google bnda lain...lain pula yg dijumpa...aainaa tertarik nak kongsikan topik ni dengan semua...dan nak tau juga la apa pandangan anda semua....adakah ianya benar atau sekadar kajian semata-mata....


bagi pendapat aainaa la...mungkin ader benar dan ada yang tidak benar mengenai kajian ni...semua ni bergantung pada individu tersebut bagaimana nak menangani sesuatu permasalahan dalam perhubungan...tidak kira la dier anak sulung ke...anak tengah ke...atau anak bongsu..yang penting keserasian di antara pasangan itu dan sikap memahami juga menjadi faktor penting dalam sesuatu perhubungan...kan...kan...kan...


jom kita baca tentang kajian ni sesame :-

Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung - Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.


Sulung - Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.


Tengah - Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah - Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.


Bongsu - Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

p/s ;- pada yang ader pandangan tu sila la komen ek....^_^