BERBEZA..TAPI... ISTIMEWA...

Assalamualaikum....

sekali lagi entri untuk di kongsi......


LELAKI



Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Berat Kan?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. Berat kan ?

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walau pun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian, nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian le...).

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA



Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan di biar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan anak adalah syahid kecil. Manakala dosanya juga diampunkan Allah (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggung jawabkan terhadap 4 wanita, yakni: Isteri nya, Ibu nya, Anak Perempuan nya dan Saudara Perempuan nya.

Manakala seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki yakni: Suami nya, Ayah nya, Anak Lelaki nya dan Saudara Lelaki nya.



Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya, cukup dengan 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Taat Suami nya dan Menjaga Kehormatan nya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita, jika taat kepada suaminya serta menunaikan tanggung jawabnya kepada Allah akan turut
menerima pahala seperti pahala orang lelaki pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata pun! Masya Allah... Sayangnya Allah kepada kaum wanita...

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki... kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itu Dia mengangkat martabat kamu menjadi pemimpin... maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya... supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat pulang menghadap Allah dalam keadaan istimewa di sisiNya…

“Berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, telah dipersatukanNya hati kamu semuanya sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya (Ali-Imran: 103). Pada hari itu (kiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri”



Selamat Tinggal Thye dan Adibah Nor

Assalamualaikum....
konsert mentor separuh akhir pertama menyaksikan penyingkiran Thye dan Adibah Nor....



bermakna hanya tinggal Ajai dan chaq, lah dan fira serta mas idayu dan black untuk pusingan separuh akhir kedua minggu depan....

Melatah

Assalamualaikum sahabat² semua....
tajuk entri hari ni merupakan permintaan dari seorang teman blog...wah ader permintaan ke? heheeee....;p entri kali ini berkaitan dengan tabiat melatah...apa yang anda semua bayangkan bila memperkatkan tentang isu melatah ni?



"MENCUITKAN hati". Mungkin, itulah perkataan paling tepat untuk menggambarkan gelagat mereka yang mudah latah. Baik kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa, persepsi yang dilabelkan terhadap individu yang mudah latah ini sebagai sesuatu yang menghiburkan dan kelakar....

kita tidak akan `menjauhkan' diri daripada mereka yang latah. Malah giat pulak menyakatnya.. ia diterima oleh rata-rata di kalangan kita sebagai sesuatu yang normal.

pernah sekali dulu aainaa ikut mak g merewang kat kenduri kawin...aderla sorang pakcik ni, umur dalam awal 60an camtu tengah potong daging....tengah-tengah khusyuk wat keje tu, tetiba ader barang terjatuh n pakcik ni terkejut...tak semena-mena pakcik ni melatah sambil mengacu-acukan paeang dier.....risau di buatnya...yela takut apa-apa yang buruk berlaku...nasibla juga latah pakcik tu tak melarat...kalo tak, tak tahula apa yg akan berlaku...

kat sini aainaa lampirkan sekali sedikit info yang aainaa google pasal melatah ni...:-



"Pakar Perunding Psikiatri, Jabatan Psikiatri, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan, Profesor Dr. Mohd. Razali Salleh memberitahu, pakar perubatan juga bersetuju bahawa latah bukanlah tergolong sebagai kecelaruan mental.

Ini kerana ia tidak memudaratkan individu itu sendiri atau orang lain jika dibandingkan dengan lain-lain masalah kesihatan. Menurut beliau, latah sudah sebati dengan jiwa dan budaya masyarakat negara ini hinggakan tiada siapa pun yang menyisihkan golongan ini. latah yang berlaku di kalangan masyarakat Melayu di Asia Tenggara merupakan satu tindak balas secara spontan akibat terkejut dalam bentuk pertuturan atau tingkah laku.

Ia menyebabkan individu terbabit menyebut perkataan atau meniru tingkah laku orang di sekelilingnya secara berulang-ulang. Akibat hilang kawalan pada tingkah laku, individu terbabit akan mematuhi apa saja arahan yang diberi. CBS yang menyerupai latah ini juga terdapat di kalangan masyarakat Asia, tetapi dikenali dengan nama lain.

Latah, boleh berlaku pada mana-mana peringkat usia dan latar belakang sosial. Ia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit kerana tidak memenuhi beberapa kriteria antaranya:

*Tindak balas permulaan yang ekstrem dan berlebihan

*Sejenis variasi histeria - seperti tidak sedar, menerima apa juga arahan orang lain

*Boleh ingat tetapi tidak boleh kawal. Fenomena ini dikenali sebagai post hypnotic suggestion.

Sekalipun tingkah laku orang yang latah secara spontan menjadi hiburan kepada orang lain, tetapi ia menyebabkan individu terbabit rasa terlalu letih, termengah-mengah dan terganggu."



p/s :- kepada sahabat semua...tak salah nak kaco orang melatah ni...tengok situasi, keadaan dan tempat...kadang² aainaa sendiri kesian tengok org melatah ni...penat dorg ni sebenarnya..


Kenangan di Asrama

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat....sihat?
harap semua baik² hendaknya...=)


budak dorm..ni time outing...baju hostel tu...

aainaa dok terpk, apala yang aainaa nak coretkan kat blog ni....ligat otak ni berfikir....pk punya pk.....akhirnya.....terimbau plak kenangan masa duk asrama masa sekolah menengah dulu... banyak kenangan manis.....=)

macam mana aainaa leh duk asrama? sebenarnya aainaa duk asrama masa form5...masa tu dah bulan 3.....sebabnya,arwah abah aainaa bersara bulan 2 tu, so nak pindah balik Kuantan... aainaa plak malas nak tukar² skolah,lagipun dah nak SPM kan..kalo tukar skolah ti, macam² hal nak setel...nak sesuaikan diri lagi...macam²....lepas berbincang ngan mak dan arwah abah... aainaa pun mohon masuk asrama....dapatla.....


budak form5 Hostel

aainaa mula masuk asrama 01/03/01 tak silap...maka bermula la kehidupan ku sebagai pelajar asrama....aainaa ditempatkan di dorm yg semuanya pelajar tingkatan 5....dan yg paling ramai dalam dorm tu budak kelas aainaa, 5GAMMA...kelas sains teknologi....sains la sangat.... hehheee....so bila ramai sekelas...senangla skit nak blaja...belajar ke ngumpat...hehehee....;p so bila dah duk asrama ni,kenela ikut peraturan² yang di sediakan....


pa'an,syafirul...adik wahid ni tak ingat nama pe

cakap pasal peraturan ni.....nak kata aainaa ni baik sangat tu takdela....jahat sangat tu pun takla... tapi aderla sedikit nakal tu...besela...remaja kan time tu...skang ni? dah matang skit kot...heheeee.....apa xtvt nakal aainaa masa duk hostel dulu? erm....ni yang best nak citer ni.....heheheeeee....sape antara korang ni yg duk hostel skolah menengah yang pernah "FLY" malam? heheheeee...... aainaa penah...masa tu time tgh exam SPM.....masa tu baru abis exam Add math...ader gap panjang sementara tunggu exam Lukisan Kejuruteraan....malam tu ktorg, budak² form5 aspura ngan aspuri merancang nak fly malam...


rakan sekelas..."ILA"

maka....pas maghrib kat surau...kami pelajar² asrama form 5 pun kembali ke asrama dan bersiap-siap nak g enjoy...wah padahal exam tak abis lagi ni.....yg paling best tu akak² dan abang² uppersix pun sama bersubahat tolong cover ktorang...cayalah....=) maka ktorg pun fly ikut jalan belakang.... pergh jalan memang mencabar... yela lalu belukarkan.... hhuuu....akhirnya sampaila ke KFC yang di tuju....maklumla masa tu kat temerloh KFC jek yang ader....tujuan ke situ...abg Long nak blanja sebenarnya...time fly tu ade gak abang² uppersix yg ikut...so pas makan KFC ktorg pun merewang jap la kat bandar n dekat pukul 11 lebih tu ktorg pun balik semula ke hostel.....


ni la akak² uppersix ku (ni masa jamuan akhir hostel)

agak mencabar gak masa nak balik tu sebab nya ktorg nampak kelibat pak guard tengah wat rondaan...puas sembunyi tu...akhirnya ktorg selamat sampai ke aspuri setelah akak upper six tolong buka kan pintu pagar...heheheee.....rasa²nya sampai skang warden tak dapat kesan yang ktorg² ni FLY...heheee...;p

banyak lagi kenangan kat hostel tu...kenangan seram pun ader....lain kali plak aainaa kongsi ek....jumpa lagi...daa....assalamualaikum....

6 perkara Allah sembunyikan

Assalamualaikum semua.....
entri kali ini sekadar ingin berkongsi ilmu bersama anda² semua....=)


"Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam"




*mari kita sama² renungkan dan memperbaiki diri...smoga kita dapat menikmati janji² Allah kepada umatnya...amin....

Tahniah Black dan Thye




tahniah wat Blackm protege Mas Idayu yang layak ke peringkat separuh akhir seperti yang dijangka dengan mata keseluruhan 200 lebih, jauh meninggalkan peserta lain.....



Tahniah juga kepada Thye dan mentornya Adibah Nor yang juga layak ke separuh akhir menewaskan Awie dan protegenya Keena...

keputusan minggu ini seperti ku jangka....suka persembahan solo Black...memang menghiburkan...begitu jugak persembahan solo Thye...menarik...ader campur dikir barat...

Derma Darah

Assalamualaikum sahabat semua....

petang² Ahad ni bosanla plak..... tak tau nak watpe.....


buku derma darah

lepak dalam bilik tadi belek-belekla gambar-gambarlama....terjumpala gambar masa aainaa derma darah dulu...dah lama dah...tahun 2004 rasanya....sekali jek aainaa penah derma darah...kali kedua nak derma darah takleh sebab doc cakap paras hemoglobin aainaa rendah masa tu...so tak dapatla nak derma darah...lepas pada tu memang tak derma darah dah....slalu tak berkesempatan...



semasa derma darah



masa mula² nak derma darah tu ader gak rasa takut...yela pertama kali kan.... ni seme gara² ikut bebudak umah masa belajar dulu....yang serun nya masa nak masukkan jarum yg nak alirkan darah tu...besar tau jarumnya....aainaa memang tak pandang masa nurse tu cucuk....dah sudah cucuk tu baru pandang....

ni ader sedikit info yang aainaa cari tentang derma darah ni...



"Jenis-Jenis Pendermaan

Pendermaan darah boleh dilakukan melalui dua cara, iaitu pendermaan darah penuh (whole blood donation) dan pendermaan secara aferesis (apheresis donation).

Pendermaan Darah Penuh (Whole Blood Donation)

Ini merupakan pendermaan darah yang biasa dilakukan. Darah yang didermakan ini akan diproses di makmal kepada beberapa komponen seperti Plasma, Platelet dan Sel Darah Merah (Packed Cell). Isipadu darah yang diambil bergantung kepada berat badan penderma. Jumlah maksima darah yang diambil ialah 450 ml bagi berat badan melebihi 50 kg. Sekiranya berat badan di antara 45 ? 50 kg, kuantiti darah yang diambil ialah sebanyak 350 ml. Keseluruhan proses menderma darah mengambil masa lebih kurang 30 minit. Penderma darah penuh ini boleh menderma setiap 3 bulan sekali.

Komponen-komponen Darah


Pendermaan Aferesis (Apheresis Donation).

Pendermaan aferesis ialah pendermaan plasma dan platelet, atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan mesin aferesis. Masa yang diambil untuk menderma adalah di antara 30 minit hingga 45 minit bagi Plasma dan 45 minit hingga 75 minit untuk menderma Platelet. Oleh kerana melalui pendermaan aferesis sel darah merah penderma tidak diambil, penderma boleh menderma dengan lebih kerap. Tempoh antara pendermaan ialah setiap 2 minggu sekali."


Pendermaan Aferesis


itu je untuk kali ini.....tak perlu takut untuk derma darah....mungkin dengan sumbangan kita yg tak seberapa tu akan menyelamat kan satu nyawa yg berharga...

Telur Penyu

Assalamualaikum sahabat² semua...sihat? harap sihat sentiasa ok...


telur penyu setelah direbus. tapi mak
rebus separuh masak. sebab mak suka makan
yg camtu....

entri hari ni hanya entri pendek sahaja...sekadar ingin berkongsi...aainaa nak berkongsi pasal telur penyu...siapa di antara anda² semua yang pernah tengok dan makan telur penyu?


isi dalamnya yag dikeluarkan

hari tu masa g bayar bil, mak tetiba cakap mak teringin nak makan telur penyu...so pas g bayar bil aainaa ngan pun g la kat area bus stop kat benteng...kat kedai² situ kadang² ader jual telur penyu....cari punya cari...akhirnya jumpa juga....harga nya takyah citerla...giler mahal....harga untuk 5 biji telur penyu RM 17.....dek kerana mak teringin beli jugak....

meh sini aainaa kongsi kan isi dalam telur penyu ni...heheee.....


kuning telurnya

*aainaa tak makan telur penyu ni.....takleh masukla...huhuu...tapi mak memang suka...mak citer masa mengandungkan kitaorang 3 beradik, mak mesti mengidam telur penyu ni ngan air kopi cina...yg lekat makan telur ni along ngan angah jek...aainaa takleh masuk la....tak suka.....

Tengking-menengking

Assalamualaikum sahabat-sahabatku semua....
sihat hari ni? harap semuanya ok-ok aja ye.....

hari ni aainaa nak citer apa ek....tengah ngadap pc ni tetiba teringat peristiwa semalam kat TMpoint... herm...... camni citernya... semalam aainaa g TMpoint nak g bayar semua-semua bil umah ni....memang seme bil aainaa bayar kat TMpoint senang dan cepat..... seperti biasa bila sampai je kat TMpoint terus ambil nombor giliran.... erm... ramai plak hari ni orang kat TMpoint ni...



tunggu punya tunggu punya tunggu... akhir nya samapi jua giliran ku..... ku hulur la segala bil yg ingin dibayar kepada petugas di kaunter pembayaran tu.. setelah selesai, ku ke kaunter pertanyaan untuk menyelesaikan sedikit urusan... sedang ku berurusan di situ... tiba-tiba...... jeng jeng jeng.... wah cam suspen jek.... tetiba dengar sore pempuan terjerit-jerit marah kat kaunter khidmat pelanggan... erk... kenapa plak ni? kuat plak tu.... isy.... terdiam seketika suasana dalam TMpoint tu... seme mata terarah ke perempuan tu.... yang aainaa dengar perempuan tu cakap

"camni ke awak layan pelanggan? saya tanya awak leh wat tak tau jek... "

lebih kurang camtula...pergh....memang tegang la masa tu... tapi pekerja TMpoint tu tak melawan... hanya diam... kemudian ke belakang mungkin menguruskan sesuatu... tapi perempuan tu masih membebel sensorang.... lelaki yg bersama perempuan tu cam malu jek.... diam dan tunduk jek....



aainaa tak salah kan perempuan tu nak melenting, mungkin salah pegawai yg bertugas tu... tapi tak elok la melepaskan kemarahan sampai camtu sekali... bukan ke dier boleh menegur ngan cara elok... bukan ke orang melayu punya budaya dan adat sopan yang sungguh indah.... tak salah kalo kita berlembut... mungkin dengan cara itu masalah yang timbul akan dapat di selesaikan dengan cara yang lagi mudah dan tanpa kesulitan.... mungkin aainaa boleh memberi kan pendapat berdasarkan apa yang aainaa lihat tapi kita tak tau kedudukan sebenarnya...



walau apapun, berbudi bahasa lah kita di mana jua kita berada....=)


Amik Darah


Assalamualaikum semua…..


Semalam 16/06/09, aainaa teman mak g klinik pesakit luar. Mak ada temujanji untuk ambil darah. Memang prosedur biasa mak semenjak menghidapi penyakit darah tinggi ni.

Keluar dari rumah awal hari ni, sebelum pikil 9 dah keluar terpacak menunggu kat tempat menunggu teksi. Dalam pukul 9.15 camtu dah ader teksinya. Terus je menuju ke klinik pesakit luar. Mak daftar kat kaunter pendaftaran dan terus ke bilik 11 untuk cek mata dulu. Apa kene mengena ek cek mata ngan ambil darah? Ada kene mengena ek? Setel cek mata, mak terus pergi ke bilik 8 untuk prosedur ambil darah. Mak terus beri surat pada pembantu perubatan yang bertugas. Tak berapa lama lepas tu, nama mak pun dipanggil. Mula-mula pembantu perubatan tu cuba ambil darah mak kat lengan, tapi dier tak berjaya mencari urat di situ, lalu dier pun ambil darah mak dekat atas tangan. Mak cakap sakit ambil kat situ, lebam dan bengkak sikit tangan mak. Setel hari ni ambil darah.




Aainaa ngan mak berserta adik kecilku menapak lak g kedai makan depan tu…laparla…tak sarapan lagi. Setelah sekian lama tak makan roti canai. Heheheh… Klakar jek bunyinya… tercapai gak impian. Wah cam impian apa jek. Aainaa… Aainaa. Dah mula la nak mengarut ni. Then kami pun bergerak ke MYDIN. Apa kene mengena? Adik kecilku ini merengek nak buku kaler². Carila kat MYDIN. Aainaa pun sama sempat beli sketch book ngan pensil. Dah lama nak beli ganti yang lama. Dah lama tak melukis. Rindu plak bertandang tetiba….heheheee ayat tak tahan…nak lukis potret sape ek? Erm…. Dah lama tak melukis ni, rasa kekok plak dan skill pun dah berkarat. Wah jauhnya melencong.



tangan mak bila dah sudah amik darah

Dah setel kat MYDIN, mak ajak singgah pasar jap nak beli lauk. Beli la ikan pari (feveretku). Sedapnya masak asam pedas. Nyum…nyum.. beli gak ikan kembung. Sayur plak, beli sayur pucukpaku hijau. Wah lauk syok semalam. Setel seme, g tunggu bas untuk balik umah. Hari ni takde pape kejadian berlaku dalam bas. Alhamdulillah…..setel aktiviti ku hari ni.

Tahniah Chaq dan Fira

Assalamualaikum semua....
entri pendek je untuk kali ni.....

Tahniah buat peserta mentor kumpulan A, iaitu Chaq bersam mentornya Ajai yang layak ke separuh akhir dengan jumlah mata keseluruhan 190 mata....


Chaq bersama Mentornya Ajai

Tahniah juga buat Fira dan mentornya Lah Ahmad turut sama layak ke separuh akhir dengan mata keseluruhan 162 meninggalkan EVO cuma beza satu mata....ku memang jangka fira akan lepas dengan persembahan yang mantap semalam...sorry EVO....


Fira bersama Mentornya Lah Ahmad

Kekejangan Otot

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Bismillahirrahmanirrahim...

"Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.

Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah, limpahkan keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami, sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada kami."



Apa khabar kawan-kawan aainaa semua di hari Ahad ni? Aainaa harap anda-anda semua sihat dan sentiasa di dalam lindunganNYA....amin....

Wah...mukadimahnya...hheheheee...;p Apa la entri aainaa kali ni ek...Hari ni aainaa nak cerita pasal kekejangan otot...Kenapa plak Aainaa nak cerita pasal kekejangan otot ni? siapa antara anda-anda semua pernah mengalami kekejangan otot? angkat kening!!!



Sebenarnya awal pagi tadi sebelum subuh, setelah sekian lama tak kene...tetiba je Aainaa kena kekejangan otot kat bahagian betis ni....adui sakitnya...luruskan kaki pun sakit, lipat pun sama gak sakit.....camner nak buat ni? last² terus Aainaa terus bangun dan terus duduk cam antara dua sujud tu...orang panggil duduk apa tu? bukan bersimpuh kan...Tak kira la apa nama panggilannya...anda-anda semua faham kan camner kan....Bila dah duduk camtu rasa lega skit...dah tak menarik lagi otot tu....tapi bila luruskan balik kaki tu, masih lagi ada rasa sakit tu...Tengah menulis ni pun masih ada rasa kesan sakitnya...Aainaa selalu perasan, Aainaa akan mengalami kekejangan kat betis ni bila cuaca sejuk....Ada kene mengena ke?

Datang rajin pagi² ni....Aainaa pun melayari internet ni...wah ayat...heheee.....cari la sikit info pasal kekejangan otot ni....ini ada sedikit info pasal kekejangan otot untuk di kongsi kan bersama....



"Masalah kekejangan atau cramps seringkali digunakan untuk menggambarkan keadaan kesakitan yang melibatkan kekejangan pada otot tersebut dan selalunya cramps yang sebenar adalah sangat menyakitkan.

Ianya disebabkan pengecutan akut secara tidak terkawal (involuntary) dan selalunya menyukarkan pergerakan. Masalah cramps ini harus dibezakan dengan masalah kelenguhan otot kerana kedua-duanya adalah masalah yang berbeza.

Kelenguhan pula selalunya disebabkan keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan atau kurang rehat dan ini menyebabkan pengumpulan asid laktik di dalam otot berkenaan yang menjalankan aktiviti anaerobik (tanpa oksigen), di mana aktiviti otot berlaku di dalam kekurangan bekalan oksigen kepada otot. Selalunya kelenguhan akan pulih dengan berehat dan ini memulihkan pengaliran darah ke otot berkenaan dan asid laktik yang terkumpul akan dikumuhkan. Terdapat banyak teori berkaitan dengan cramps ini termasuklah keadaan dehidrasi, kekurangan garam mineral (elektrolit) tertentu dalam badan seperti potassium, sodium dan kekurangan karbohidrat atau keadaan otot yang terlalu tegang.

Akan tetapi teori yang lebih popular adalah keadaan keterujaan pada saraf otot-otot (neural excitability) yang terlibat, menyebabkan keadaan cramps tersebut. Otot yang paling lazim dikaitkan dengan masalah cramps adalah otot di bahagian betis, akan tetapi otot-otot di bahagian lain juga boleh terlibat.

Rawatan bagi masalah cramps ini pula termasuklah meregangkan semula otot berkenaan dan menggunakan tuaman ais. Lebih penting lagi bagi masalah cramps ialah pencegahannya dan cara mencegahnya termasuklah senaman yang konsisten dengan meregangkan otot-otot (stretching), membetulkan postur badan dan mengimbangkan otot, conditioning otot-otot untuk aktiviti khusus dan persediaan mental. Cara senaman yang khusus boleh diperoleh melalui latihan dengan jurulatih dan jurupulih anggota atau ahli fisioterapi bagi mengaturkan program latihan dan menguatkan otot-otot dengan cara yang betul. Selain itu imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, dua hingga tiga jam sebelum latihan, pengambilan air dan garam mineral (elektrolit) yang secukupnya juga adalah penting dalam pencegahan cramps.

Pencegahan cramps melibatkan mengekalkan aktiviti otot yang normal sepanjang latihan atau sukan dan pemulihannya sewaktu rehat dengan regangan otot (stretching) dan urutan (massage). Dapatkan rawatan lanjut sekiranya masih berlaku masalah cramps tersebut termasuklah ujian darah untuk memastikan tahap garam mineral (elektrolit) dalam badan anda."

ini saja yang Aainaa nak kongsikan dengan anda sekalian...semoga info yang Aainaa sertakan ni memberi manfaat dan pengetahuan berguna untuk anda-anda semua...kita jumpa lagi di entri akan datang....=)


Permintaan Adik Kecilku

assalamualaikum semua....


suka wat muka camtu kalo nak amik gambo

malam ni sekali lagi aainaa nak coret kan tentang adik kecil ku....dah seminggu Arina kembali menghuni rumahku.....hilang rasanya sunyi 2 bulan yang ditinggalkan....tambah-tambah pula ngan gelagat adik kecilku yang nakal.....dengan mulutnya yang tak henti-henti mengomel....


camni kan comel...

balik kali ni pula banyak pula permintaannya....dari hari pertama pulang sehingga la petang tadi....
hari pertama je dah minta nak makan nasi ngan sup daging...wah demand sungguh adik kecilku ini....baru 4 tahun dah pandai pilih makan....makanya akak nya ini g la ke dapur siapkan apa yang patut...bila dah siap nasib makan banyak kalo tak memang nak kene ni...heheeee...=) garang nya "akak" ni....


teman adik kecilku main kat luar umah

memang penat gak melayan adik kecilku ini.....dah la kuat minum susu....kejap-kejap minta dibuatkan susu.....layankan je la..."akak" ni kan baik...huhuhu...baik ke?


main berseorangan

bila petang plak disuruhnya goreng kentang....amboi...sejak 2 menjak kuat betul adik kecilku ni makan....kalo tak payah sungguh nak suruh dier makan...asyik minum susu jek....ader lagi satu permintaan nya....tengah ku ralit dan asyik melayari internet, tetiba adik kecilku menghampiri ku dan berkata, "kak Aainaa, wat la kek...."...aduish adik kecilku ni tetiba minta aku wat kek la plak...malasnya...aku la tengah mood malas nak membuat kek ni...aku hanya menjawab..."ti la ek bila kak Aainaa rajin kak Aainaa wat ek"....huhuu...


*sekadar gambar hiasan

dah 3 hari rasanya....aainaa tak wat pun lagi.....takde kerajinan la.....takpela minggu depan adik kecilku datang ti aainaa watkan....insyaAllah...=)

siang tadi aainaa ader cakap nak g tdo umah sdara...tapi tak jadi last minit...heheee....kalo tak tak dapat la aainaa online malam ni...heheee...=)

okla jumpa lagi di entri akan datang....

TAG dari Khadijah Kamal aka myluvly CE (di Facebook)

saje nak kongsi kat sini


ni la CE aka Khadijah kamal
teman ku yang sangat comel
(gambar suatu ketika dulu .:klik untuk besar:.)

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

1. Bekas kekasih saya adalah :
ada ke?

2. Saya sedang mendengar :
lagu "kenang daku dalam doamu"

3. Mungkin saya patut:
mengambil sarapan pagi

4. Saya suka :
berada bersama di kalangan keluarga dan sahabat-sahabatku
5.Sahabat-sahabat baik saya :
adalah yang sentiasa bersama saya tidak kira dalam apa jua keadaan dan situasi

6.Saya tak paham :
kenapa ia begitu

7.Saya kehilangan :
ayah yang disayangi....=(

8.Ramai yang berkata :
saya ni seorang yang pendiam (betul ke?)

9.Makna nama saya :
cahaya si cantik mata sebaik-baik wanita

10.Cinta itu adalah :
indah kalau dipraktikkan dengan betul tetapi sakit kalau sebaliknya.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
melakukan kerja-kerjanya.

12.Saya akan cuba :
tetap menjadi diri saya tanpa perlu menjadi hipokrit.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
dari mula sehingga ke akhirnya tanpa henti.

14.Telefon bimbit saya :
adalah model nokia N81 hadiah dari abangku angah.
15.Bila saya terjaga dari tidur :
saya tersenyum dan bersyukur masih lagi bernyawa. alhamdulillah.
16.Saya paling meluat apabila :
ader orang yang mengada-ngada dan hipokrit.

17.Pesta/Parti adalah :
majlis bersuka ria bagi meraikan sesuatu bersama keluarga mahupun sahabat-sahabat.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
kucing kat kedai ikan tempohari. sangat comel dan manja.

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
dari kecil sehingga sekarang dan berharap selamanya.

20.Hari ini :
sedikit pening dan bosan.

21.Malam ini saya akan :
mungkin akan tidur di umah saudara.

22.Esok pula saya akan :
pergi kenduri kawin.

23.Saya betul-betul inginkan :
bersama keluarga saya dan menikmati kebahagiaan di dunia dan di akhirat. amin.

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
muka tidak cukup tidur.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
saya memilih pusat membeli belah. luas mata memandang. =)

26.Makanan Barat atau Jepun :
saya memilih makanan barat.

27.Bilik yang terang atau gelap:
suka bilik yang gelap. akan berasa tenang.

28.Makanan segera adalah :
senang dan sedap.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
"mak, anak-anak kucing mane?"

30.Siapa yang anda mahu Tag?
yang ader di sini.(abaikan ni saje kongsi kat sini)