Selamat Hari Guru

Assalamualaikum...

16 mei setiap tahun kita semua meraikan hari guru...jasa n pengorbanan mereka memang amat besar bagi semua... tanpa kenal erti susah payah, kekangan waktu, penat, kerenah anak murid setiap sorg...macam²...tapi dorg tetap sabar melayan seme ragam....time kasih pada semua guru² yg pernah mendidik anak murid bernama NUR AAINAA KHAIRUNNISA BT AHMAD... tanpa kalian seme mungkin aainaa tak mengenal apa itu ABC...123....
jasa kalian mmg tidak ternilai...time kasih.....aainaa sayang cikgu² seme...w'pun dah tak berhubung, anda semua tetap dalam doa aainaa...


cikgu Asmah K, cikgu Nurhayati, ustzah Normah dan cikgu Asri..
gambar tahun 1996

bermula di Sekolah Kebangsaan Sungai Puteri,Kuala Rompin (1991-1996)...di situlah aainaa mula bersekolah selepas ke tadika...cikgu² yang aainaa masih ingat, cikgu Nurhayati, cikgu Asmah K, ustzh Normah (cikgu nasyid ku), cikgu Asri, cikgu Ramli, Ustz Sam, teacher Gawri, pn Nur Aizun (guru besar masa tu), ustzh noraini, cikgu Bushra, cikgu norehan (cikgu netball)..cikgu² lain maner yg aainaa tertinggal, aainaa minta maaf....bukan tak ingat tapi terlupa nama....

pastu kat Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh..cikgu yg aainaa ingat cikgu Yuhaniz (cikgu math), cikgu umbi selamah (cikgu sains), cikgu Ng Kien Kang(cikgu LK), cikgu linda(warden asrama), cikgu zakiah(warden asrama gak), cikgu Nona (cikgu kimia), cikgu Jazlan(cikgu Fizik), erk....sape lagi ek? erm.....itu je yg teringat....ader yg berlegar dalam kpla ni tapi tak ingat nama..sorry cikgu-cikgu ku sayang...aainaa tetap akan ingat jasa² korg....

dah abis spm...masuk plak kolej....ramai lect yg di sayangi...paling di ingati enJ (khaizir johar)...dier dah jadi cikgu skang....pastu cik Zana ngajar math...seronok blaja ngan dier...sempoi abis....cik Lia....cik Liz, pnFid, uztaz nazri, en Meon, mr Pritam, enImran, enZamri, pnHepizah, pnMas, cik Afni...dorg la yang banyak bantu aku demi mendapatkan segulung diploma....tak jemu² mengadap muka ni bila ader masalah ngan study....jasa anda semua mmg tak terbalas dan tak dapat di hitung dengan jari....hanya iringan doa yg mampu kuhulurkan demi kesejahteraan kalian...aainaa sayang bekas guru² aainaa seme.....


cikgu nurhayati dan cikgu Asmah K masa reunion tahun 2002

Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu

0 comments: