Kain...kain.....



"kain....kain...."

wah...bunyi cam penjual kain la plak ek....kain....kain....

erk....apa motifnya....huhuuu....ini kain pasang yg telah di beli n belum di jahit lagi....
waaaaaaa......banyaknya....malas nya nak jahit....malas nak potong..waaaaaa.....

ini la tugasku kalo dah ada kain pasang berlambak ni....aduhai mak ku rajin sungguh beli kain pasang...yg kene potong n jahit ni diriku jugak....w'pun tak penah blaja jahit baju...tapi dah 3 tahun aku jahit baju kami 2 branak...nasibla dalam kuarga ku hanya aku ngan mak je perempuan...kalo tak mau lenguh aku mengadap kain² ni....

aku malas bab potong memotong ni...malas nak ngukur...kalo dah start jahit ni mmg laju jek....tapi takpe..akan tetap ku tunggu mood kerajinan ku untuk menjahit....huhuuu......

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA


Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh
diamalkan seperti berikut;

i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak


1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

BACAAN

Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas


2. Surah Al-Falaq


3. Surah An-Naas



CARA


1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari


2.0 AYATUL KURSI

BACAAN


Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup
kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak
tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat
memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang
di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui
apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah
meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA


1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca
ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan
niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi
sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf
kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

BACAAN


Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu
salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus,
(5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha
Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak
mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7)
Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap
kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah
memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu,
maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka
dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka
sehingga mereka tidak dapat melihat.


CARA


1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah
kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca
surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil
berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca
kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang
mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil
mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.


4.0 AYAT BERKUBU

BACAAN



Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu
dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad
RasululLah.

CARA


1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian
tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat
ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke
kiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah
sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis
nafas
5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas
dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0 AYAT PENGERAK

BACAAN




Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga

dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA


1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya,
atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan
yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan
yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat
ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan
lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.


Menu Pagi





Kejadian di dalam Bas


kat umah sebelum kuar

aderh...penat tak hilang lagi.....baru balik dari bandar teman mak g klinik wat checkup bulanan.....tunggu bas pkl 9 tadi....sampai bandar tukar bas lagi satu nak g klinik panel angah....sampai la dalam pkl 10.45 kat klinik...dah setel checkup...naik teksi g bandar jap...bayar bil² seme....setel.....


lepak tepi padang sambil makan laici

lepak tepi padang kat masjid jap ngan mak makan buah laici....wah sedapnya buah laici tu...tebal² plak tu isinya...tgh cuaca panas² lak tu..pergh..mmg sedap....then sambung jalan menuju ke pasar nak balik umah...tunggu bas kat situ...on the way tu sempat lagi singgah kedai SSF....g tgk contoh² barang hantaran...ader org minta tlg aainaa watkan hantaran bulan 7 ni...13 hantaran tu...banyak nya...tak taula jadi ke tak...just g tgk² cari idea jek...


tunggu bas nak balik

then sampai pasar g makan jap....dalam 2.30 naik bas.....dalam bas jeng jeng jeng.......apsal tetiba suspen jek bunyinya??????? heheee....dah bayar tiket kat mamat konduktor tu...yang ala²muka cam "seseorg" tu...aainaa duk perhati la keadaan kat luar...panasnya...tetiba.....
terdengar bunyi benda jatuh atas lantai bas...jenguk kat depan...dan ku lihat...........aci yg duk kat depan tu tertiarap kat tengah² laluan dalam bas tu...aci tu pengsan.....seme yg ader dalam bas tu cam tergamam...ader yg dah jerit suruh bawa ke hospital.....mamat konduktor yg ala² muka "seseorang" tu pun kedepan...aku ingat dier nak tolong angkat....rupanya tengok je....aainaa pun ngan beberapa org makcik tolong angkat aci tu naik atas kerusi...dier dah sedar...rupanya dier pening n tetiba pitam....makcik sorg tu tolong sapukan air kat muka n kepala aci tu n bagi dier minum air.....dan keadaan aci tu pun dah stabil...perjalanan bas tu pun di teruskan....mamat konduktor yg ala² muka "seseorang" tu cakap apa ntah kat mak aaainaa tak dengar....heheheee...akhir nya dah sampai dekat umah then turun balik umah....

*moralnya....kalo nak kuar bandar tu jangan biarkan mak or ayah korang kuar sensorang...temankan lah mereka....jangan malu kuar ngan mak ayah sendiri...mungkin masa kuar tu mereka rasa cam sihat...tapi kita tak tau apa akan terjadi....mujurla aci tu takde pape....

Akan Ku Bawa

Assalamualaikum seme....entri baru lagi di pagi hari....

kali ini tajuknya cam nak bawa hati yang lara jek...eh bukan²...jangan salah faham...huhuu....baca sampai abis baru la tau apa yg nak di citer nya k....

setiap kali kuar umah mesti setiap daripada kamu akan ada barang² penting yang akan dibawa bersama...tak kirala kamu lelaki atau wanita kan.... begitu juga ngan aainaa...heheeee...nak tau apa dia? mari kita selongkar handbag aainaa...(wah ader handbag ke????) hhuhuu.....



Yang pertama sekali dan yang amat penting skali wallet ku...kalo takde wallet ni camner nak kuar g memaner....seme duit,kad bank, ic, gambar mak abah ada dalam tu...takde IC kang sia² je kene tahan sbg PATO kang...owh tak sanggup...aku anak MALAYSIA ok...anak jati PAHANG.....;)


dua² masih di pakai..tapi 6600 tu mak pakai...
tapi aainaa yg pegang


Yang kedua penting ader and akan ku bawa bersama semestinya hp ku....harus di bawa....barang keperluanku tu....nak call org...nak sms orang...bosan² leh dengar lagu...nak snap picture lagi...huhuuh.....hp ni angah aku hadiahkan tahun lepas...ader sentimental value ni..TQ angah...wah tetiba...


kesayanganku ni

Aainaa ni sbnrnya gila amik gambar dan bergambar, dan seharusnya kamera ku ini ader bersama sentiasa....w'pun kdg² tak pakai sbb slalu amik gmbr ngan kamera hp ku....namun kameraku ini harus sentiasa dibawa. teringin gak nak pakai kemara yg canggih² tu...yg harga puluhan ribu tu..yg ader lense dasyat² tu...tapi tak mampu lagi....dah ader yg ni pun dah syukur alhamdulillah...=)



earphone ni kenela bawa...kalo tak bawa,bosan² nak dgr lagu camner? tak sukala pasang lagu kuat² guna spaker hp tu....tak puas dengar...hheeee...;p



ini pun penting gak ni...dari zaman kolej lagi benda ni mesti ader dalam beg aainaa...senang kalo tetina memerlukan..aainaa akan sentiasa pastikan panadola akan ader dalam beg...manerla tau kot² tetiba pening ke apa..berguna gak panadol tu....



satu lagi sebelum terlupa...aainaa akan sentiasa bawa thumbdrive aainaa walau kemana saja ku pergi...manerla tau kalo tetiba memerlukan...

wah panjang plak entri kali ni...sekian dulu unutuk entri kali ini....itu je la yang ado dalam beg ku...kalo nak ikut ader lagi, tapi itu je barang² penting...yang lain hanyalah barang² make up ku....okla sampai di sini dulu....

anda² seme plak apa barang yang mesti dibawa bila kuar??????

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

assalamualaikum semua.....
hari ni kita tukar² ilmu k....aainaa dapat email tentang hikmah² ayat Kursi ni...mari kita kongsi sama²....




Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumahsehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, 'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'

'Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu'

Subhanallah. .

p/s : renung²kan...dan selamat beramal.....(wah dah cam prof. Izi plak...)

TAG dari cikFarhana lagi....

For the instruction, add your name on the list and simply spell out your name using the given Japanese letter-translations below.. Tag 6 of your friends and inform them of the Tag.. Have fun..


TRANSLATION:


A-ka F-lu K-me P-no U-do Z-zi

B
-fu G-ji L-ta Q-ke V-ru


C
-mi H-ri M-rin R-shi W-mei


D
-te I-ki N-to S-ari X-na


E
-ku J-zu O-mo T-chi Y-fu




Nama : Aainaa = Kakakitokaka (kenapa klako yg amat?)


6 org yg akan di Tag??

tak mau....=)

.....KUCINGKU.....

assalamualaikum seme....

hari ni aainaa nak citer pasal kucing plak....keluarga aainaa mmg sukakan kucing...dari aainaa kecik sampai dah besar ni....beratus kot kucing yg ader.....huhuu....tapi aderla yg mati, yang hilang....adatla tu....aainaa ni pantang nampak kucing...mesti nak peluk nak cium..huhuu....tapi bergantung pada kucingla...kalo kucing yg kotor n berpenyakit tu, takdela nak peluk n cium...huhuhu...

skang aainaa nak citer tntang kucing² yang ader kat umah aainaa ni...setakat ni ader kat umah ni ader 7 ekor kesemuanya....sebelum ni ader 8 tapi sekor hilang.....kucing² ni seme mkn ikn rebus dengan nasi...kadang² makan makanan kucing...campur² la...

Mari ku perkenalkan kucing² ku....wah cam nak kenal kan pelakon baru plak.....hehheee....



MIKO

ni namanya Miko, kucing paling tua....kucing² lain ni seme anak Miko n cucunya...
wah dah ader cucu...tapi ni nak branak plak ni....perut dah besar tu....satu lagi pasal kucing² ku ni...asal nak beranak je, mesti kene duduk kat dier...duk tepi kotak tu....kalo tak dier kuar dari kotak duk kat kita...seme anak Miko ni aainaa bidankan....wah jadi bidan kucing tau...bukan bidan terjun...huhuu....satu bagusnya Miko ni dier pandai jaga anak...kalo hilang sekor mulala bising mencari...



LION

ni plak kucing aainaa nama nya Lion...knp nama nya lion? sebab warnanya cam lion...huhuu...bantai je...pening nak bagi nama sebenarnya....ini pun dah ader anak ni tapi tak pandai sangat jaga anak...geram kadang²...aainaa ngan mak tiap² hari suapkan anaknya susu....


TIGER

ni plak Tiger...adik beradik ngan lion....tabiat si tiger ni suka gesel kat kaki....mmg manja..


BULAT

Bulat...knp nama bulat....dulu masa kecik mmg bulat ni bulat...tapi dah besar ni jadi panjang...yang menariknya tentang bulat ni mata dier sebelah ader celak...sebelah lagi takde celak.....


COKI-COKI

Ha...ni anak Miko paling muda setakat ni....asalnya 3 ceradik tapi mati 2 ekor kene langgar...degil org tak kasi main kat jalan nak main gak...tinggal la coki² ni sekor....apsal namanya coki²? sebab diriku suka makan coki²...huhuuu...;p


BLACK & BROWN

ni la anak pada Lion tu...baru sebulan lebih...sungguh comel...asalnya 3 tapi tinggal 2....anak kucing tapi minum susu lembu....sangat manja...dengar je sore mak laju je g kat pintu sangkar dier....kalo camtu lapola tu nak susu......

sekian dulu entri kli ini...jumpa lagi di entri akan datang...wasslam...

Syurga Cinta dan Window Shopping

wah...teruja sungguh nak tgk citer syurga cinta ni...setelah di rancang ngan mak....g la tgk tghri tadi ngan mak...wah dating ngan mak ni....my mum mmg suka tgk wayang ni...dier pun sama teruja nak tengok filem ni....suka sangat dier kat haziq tu......


kat umah sebelum kuar

dekat pkl 11 dah kuar umah g tnggu bas...dalam 11.30 ader bas...sampai bandar terus gerak g Megamall....mula² ingat nak tgk kat panggung star je...dekat ngan umah...tapi pk dah lama tak g mega..menapak la skit ke sana...xcersice di tghri..sampai mega sebelum pukul 12....cek tiket...then terus masuk panggung pkl 12.05.....wah semangat ni.... ingat tak ramai orang...yela maklumla...citer camni kan kadang² org tak bape minat....lagi plak hari orang berkerja.....waktu tayangan pertama plak tu...skali masuk...hampir separuh panggung utama tu penuh....ader yg datang ngan kawan²...pakcik makcik pun ader....



citer pun dah mula....teruja ni...sambil makan popcorn..mataku terus fokus ke layar..melihat adegan demi adegan....dari mula sampai separuh jalan citer penonton tak habis² ketawa tgk lakonan haziq tu....mmg berbakat adik kecil tu....ader je yg mencuit hati...tak kurang juga Awal masa mula² nak memikat cikgu Syuhada...macam² kaedah digunakan, pakai jubah, suruh ikmal amik tuisyen ngan cikgu Syuhada, yg klako tu masa pertama kali solat kat umah cikgu Syuhada...member gelabah tak tau solat..haziq gak penyelamat....

dah masuk separuh masa terakhir...wah cam main bola la plak....hehheee...banyakku bergenang airmata...mula² kat part dorg kat tempat main kete masa Syuhada cakap "Kdg2 Allah sembunyikan matahari, Dia dtg kn petir dan kilat.. kita tertanye2 kemane hilang nye matahari.. rupa2nye Allah memberikan kita pelangi"...ntah kenapa masa ni sebak plak rasa....terlebih emosi kot...mungkin gak disebabkan alunan muzik ketika itu..sungguh syahdu....bergenang lagi masa awal terpaksa sahut cabaran untuk putus ngan Syuhada depan kawan² dier w'pun hati dah sayang...sedih wooo....sian Syuhada..waaaaaaaaaaaaa....bergenang lagi masa awal menyesal wat camtu kat Syuhada...masa Awal nangis dalam kete....very touching...waaaaaaaaa...sian Awal....

part paling suka masa ending dier...so romantik...Awal nyanyi sambil main piano nak pujuk Syuhada....pastu melutut melamar Syuhada jadi wife dier...suka².....ending yang best!!!!!! tak puas plak...nak g tgk lagi.....dari 10 aainaa kasi 9...cayalah....




snap...snap...n snap..=)

abis tgk g jejalan jap...ptg baru balik umah...=)

RINDU

wah...pagi² dah rindu ni....rinndu kat sape la aainaa ni...hehehhee...;p
sebelum tu assalamualaikum seme....


bebudak aspuri SMKT dorm DESTINY

aainaa nk mula merepek pagi² ni....macam² boleh kita kaitkan ngan rindu ni....,Rindu ni adalah satu emosi yang terjadi akibat timbulnya ingatan terhadap sesuatu. Kalau cakap pasal rindu kebanyakan kita mengaitkan perasaan terhadap yang tersayang namun sebenarnya perasaan rindu ini lebih dari itu...heheheee...


5GAMMA (SMKT) yg memang sempoi...2001

rindu boleh juga dikaitkan dengan rindu pada kenangan lalu, tempat, barang kesayangan dan sebagainya.. Biasanya perasaan rindu tu akan datang apabila sesuatu itu hilang untuk jangkawaktu yang lama tapi ada juga insan-insan yang dalam era percintaan yang merindu walaupun beberapa saat berpisah..wah... Huhuhuhu..;p Adakah anda² seme seperti itu??


bebudak 6hidayah (SKSP) 1996


masa reunion 2002

rindu ni ader positif dan negatifnya...positif kalo menjadikan perasaan rindu sebagai satu cabaran.... contoh jika seseorang itu rindu kepada kampung halaman dia akan cuba sedaya upaya untuk pulang ke kampung halaman..... tapi..... kalo tak dikawal mampu menyebabkan individu terbabit tidak mampu melaksanakan sesuatu tugas dengan baik.. ha...anda kalian tergolong dimana? positifnya atau negatifnya...kita seme tak mungkin tidak mesti pernah alami perasaan rindu ni..betul tak??? ader yang kata tak? tipula.....

my Family november 1985

apa yg aainaa rasa skang ni? rindu sangat² kat arwah ABAH.....abah banyak kongsi masalah ngan aainaa, abah jugakla tempat aainaa rujuk bila nak wat keputusan yg penting...masa result SPM kuar dulu, abahla org pertama yg aainaa call untuk bgtau keputusan w'pun takla elok maner pun result ku...abah gak la yg tlg aainaa plh nak masuk kolej maner...tapi sayang abah tak dapat tengok aainaa pakai jubah masa amik diploma dulu...(waaaaaaa...dah nangis ni......:(....) ABAH ADIK RINDU ABAH...sob...sob....


nonie kawin 2005 di kota tinggi

pada masa yg sama aainaa rindu jugak kat kengkawan masa skolah SKPSP (budak² 6HIDAYAH n 6IHSAN), SMKT (terutamanya 5 GAMMA,bebudak aspuri..kenangan fly malam mmg tak dapat dilupakan...)..geng kolejku dulu (tetutama budak DSK SEM6..mmg kita wat projek paling gempak tanpa apa² pengalaman..FIESTA MERDEKA tetap menjadi ingatan dan pengalaman berharga....dok panjat tangga pejabat kerajaan n swasta cari sponsor)...Budak² umah sewa ku..korang mmg terbaik...




Kenangan kenangan Zaman Kolej ku


kengkawan Blogger ku...aku rindu kamu...FARHANA, FAIRUZ, AIMAN...yang selalu mnjadi peneman malam ku....tq jadi kawan² aainaa...bila nak kecoh² wat hal kat YELLOW karpet lagi? asyik tak cukup korum jek....huhuu...


BTN yang paling best kat TMN NEGARA ENDAU ROMPIN

AAINAA SENTIASA RINDUKAN KAMU SEME!!!!!!!!! SAYANG KORANG SEME SANGAT²........