Demam perlawanan akhir Piala Dunia juga landa Perdana Menteri
KUALA LUMPUR: Demam Piala Dunia yang bakal berakhir Isnin ini bukan saja dirasai peminat bola sepak seluruh dunia dan tanah air, malah turut dirasai pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Razak.
Walaupun sibuk dengan tugas rasmi sebagai Perdana Menteri, Najib sempat meluangkan masa menonton perlawanan Piala Dunia sama ada siaran secara langsung atau ulangan.
Bagaimanapun, Najib mengakui beliau tidak menyokong mana-mana pasukan yang akan bertarung pada perlawanan akhir Piala Dunia kali ini kerana pasukan yang beliau sokong gagal mara ke perlawanan akhir.
“Yang anehnya kali ini, ini kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya tidak sokong mana-mana pasukan. Jika tidak, dulu-dulu saya sokong. Masa saya di Universiti Nottingham, antara pasukan (saya sokong) adalah England dan Brazil,” katanya sambil tertawa.
Perdana Menteri membuat pendedahan itu ketika ditemu bual menerusi telefon oleh DJ Radio Hot FM, Faizal Ismail dan AG yang rakaman temu bual itu disiarkan menerusi siaran radio itu, pagi semalam.
Namun apabila diajukan negara manakah yang beliau sokong antara Belanda dan Sepanyol, Najib berkata, kedua-dua pasukan mempunyai kehebatan sama.
“Dua-dua itu sama hebat. Kemampuan kedua-dua pasukan boleh dikatakan hampir sama. Tapi jika tengok pada Belanda, dia ada pemain (Arjen) Robben tu yang agak bahaya. Robben ligat, lincah dan ada keupayaan melepasi pertahanan (lawan). Jadi saya nampak boleh jadi dia ‘match winner’.
“Tetapi saya tidak kisah pasukan mana yang menang. Tak kisahlah asalkan saya seronok tengok dan pasukan terbaik menang, saya sukalah,” katanya yang jelas menunjukkan beliau seorang Perdana Menteri yang peka dan mengikuti perkembangan semasa, termasuk sukan bola sepak dunia.
Sebelum itu, Perdana Menteri mengakui, beliau lazimnya terpaksa ‘melupakan’ hasrat menonton perlawanan Piala Dunia yang disiarkan secara langsung pada awal pagi, iaitu pada jam 2 pagi.
“Sebelum ini saya selalu tengok replay sebab saya banyak tugas pada hari esoknya. Jadi jika saya pengerusikan majlis, beri ucapan nampak mengantuk, dia orang kata apalah Perdana Menteri ni.
“Dia orang tak tahu musim bola sepak kita tengok bola. Dia tengok tak apa. Dia nampak mengantuk tak apa, tapi jika Perdana Menteri nampak mengantuk, dia kutuk,” katanya.
Ketika ditanya Faizal sama ada beliau akan menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia secara langsung awal pagi Isnin ini, Najib berkata: “Tengok keadaanlah. Jika saya ada mood nak tengok saya tengok, jika tidak saya tengok replay. Tak ada masalah.”
sumber dari Bharian

1 comments:
qiam bola lg........
Latest post:Menarik!Kisah pemabuk bersolat
Post a Comment