Mencari JUARA Showdown 2010


SETELAH sembilan minggu ke udara di 8TV, Showdown 2010 semakin sampai ke penghujung dengan tiga kumpulan diumumkan layak ke peringkat akhir yang bakal berlangsung malam ini di KL Live, Kuala Lumpur.

Kumpulan terbabit ialah Wakaka Crew, Giler Battle Crew (GBC) dan Floor Fever (FF).




Satu-satunya rancangan pencarian kru tarian jalanan itu telah dimulakan sejak Januari lalu dan pada malam ini, juara sulung program tersebut bakal diumumkan yang akan membawa pulang wang tunai RM50,000.

Pada persembahan minggu lepas, HMC Phlow (HMC) menjadi kumpulan terakhir yang terkandas .

Pada persaingan Showdown 2010 minggu lalu, kelompok empat pasukan terbaik bersaing untuk merebut tiga tempat yang disediakan di gelanggang akhir malam ini.

Namun, nasib HMC tidak sebaik tiga kru tarian lain iaitu Wakaka, Giler Battle Crew (GBC) dan Floor Fever (FF) apabila mereka diumumkanlayak melangkah ke pentas akhir pencarian kru tarian jalanan terbaik itu.

Pada minggu lalu, dengan tema Tunjukkan Apa Kamu Ada, GBC yang memulakan saingan pada malam itu dilihat begitu kreatif tatkala menggabungkan tarian dan koreografi menjadi satu.

Aksi-aksi menarik daripada kumpulan yang dianggotai tujuh anak muda itu mengundang teriakan bingit penyokong yang hadir.

Ketika FF mengambil alih pentas, mood setiap mereka yang hadir sekelip mata berubah tatkala menyaksikan seorang demi seorang anggota pasukan itu mengalirkan air mata.

Dengan diiringi muzik lagu Bencinta dendangan Faizal Tahir, FF masih lagi mampu menghayunkan gerak langkah tarian syahdu mereka sekali gus meruntun perasaan penonton termasuklah juri tetap, Joe Flizzow dan Maple Loo.

Berlatar belakang klip video sorotan perjalanan kumpulan itu sejak melangkah keluar dari rumah menyahut cabaran Showdown 2010, ia nyata meninggalkan impak mendalam kepada setiap seorang dari mereka.

Tamatnya persembahan FF, suhu di KL Live hangat kembali apabila HMC membuka gerak tarian mereka.

Ternyata, meskipun sering berada di kedudukan empat tercorot sebelum ini, HMC tidak mudah mengaku kalah apabila mendapat pujian dari kedua-dua juri.

Paling ditunggu-tunggu, Wakaka tampil menguasai pentas dengan kostum pesakit mental menari dan beraksi diiringi lagu nyanyian Muse, Stockholm Syndrome.

Kehebatan Wakaka tidak perlu dipertikaikan lagi kerana saban minggu, aksi mereka pasti memukau mata penonton yang hadir.

Juri tetap pertandingan, Joe Flizzow berkata, secara tidak langsung, kesemua peserta tidak kedekut untuk berkongsi ilmu baru bersama penonton yang mengikuti siri ini.

"Dalam masa yang singkat, tugasan-tugasan yang diberikan mampu dilaksanakan bukan setakat baik, tetapi terbaik," kata anggota kumpulan Too Phat itu.

Kata-kata Joe Flizzow itu turut dipersetujui koreografer terkenal, Maple Loo.

Menurut Maple, tugas juri di gelanggang Showdown 2010 menjadi semakin rumit apabila cabaran yang diberikan kepada peserta disahut baik oleh mereka.

"Juri dicabar semula kredibiliti untuk menilai pencapaian mereka. Penilaian tidak hanya fokus kepada tarian, malah personaliti, kerja berpasukan dan penguasaan pentas turut dititikberatkan," jelasnya.

sumber dari UTUSAN





*crew pilihan aainaa...semestinya WAKAKA CREW!!!


4 comments:

Nur Aainaa Khairunnisa

yup ery...malam ni...sokong wakaka gak ek? yeeehaaaa!!!!

azuan

tanding menari ke? kat youtube ade x hehee....

Nur Aainaa Khairunnisa

yolah tanding menari lah tu...youtube tak tau la ade ke tak....8tv ader...ekekekekke...;p