Iman tiada, malu pun hilang - Nooh Gadut

BERTAUBAT nasuha segera kerana dikhuatiri mati dalam keburukan dan maksiat serta kemurkaan Allah SWT.

"Bukan sahaja pelakon itu, pengarah, penerbit dan sesiapa sahaja yang bersubahat dengan perkara itu juga perlu bertaubat nasuha."

Demikian nasihat Penasihat Agama Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut apabila diminta mengulaskan keberanian pelakon baru, Arja Lee berbogel dalam satu adegan filem ... Dalam Botol.




Bekas Mufti Johor itu memberitahu, dalam zaman moden hari ini, tindakan berbogel tidak boleh berlaku dalam apa jua alasan.

Sekiranya berlaku juga, orang tersebut tidak siuman, tiada budaya dan tergolong dalam orang jahiliah.

"Ini merupakan pencabulan hukum dengan cara berterus-terang atas alasan kebendaan duniawi. Perkara ini tidak boleh diterima masyarakat terutama kepada kanak-kanak.

"Dia mencemar peribadi dirinya sebagai seorang Muslim yang tiada pegangan agama dan bahawasanya perbuatan itu amat jijik.

"Perkara macam ini masyarakat kena kutuk apatah lagi dia yang membuat pengakuan sendiri," katanya kepada Pancaindera.

Malah lebih menyedihkan, kata Nooh, golongan haiwan pun tahu malu apabila tidak menunjukkan kemaluannya kepada manusia.

Jelasnya lagi, ekoran ilmu dan mata yang ada tidak digunakan untuk kebenaran, pelakon itu menjadi orang yang lalai dan leka kerana mengikut nafsu serakah.

"Inilah akibatnya apabila iman tiada, malu pun hilang," katapenerima Anugerah Maal Hijrah Johor 2009.

Nooh berharap, pihak yang berwajib mengambil tindak tegas seperti di zaman bekas Menteri Penerangan, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat yang menyenarai hitam artis bermasalah.

Ujarnya, pihak berkenaan perlu bertindak mengikut saluran undang-undang yang sedia ada dan jangan berkompromi dengan maksiat bagi memberi pengajaran kepada masyarakat dan contoh kepada negara Islam lain.

Mengulas kenyataan Arja Lee yang berbogel kerana seni dan kehendak watak, Nooh menegaskan, dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara.

Beliau berkata, pemahaman yang dikeluarkan itu menunjukkan individu terbabit tidak beriman dan mempersoalkan kenapa dia masih hendak mempertahankan maksiat.

"Kenapa ada manusia boleh keluar kenyataan macam itu, jangan cabar hukum Allah SWT kerana keberkatan akan hilang dan bala akan diturunkan kepada mereka.

"Kalau masih mempertahankan kenyataan itu, bermakna mereka tidak percaya al-Quran dan hadis serta boleh menyebabkan murtad," katanya dalam nada lembut.

Ditanya satu kenyataan pelakon itu terdapat segelintir masyarakat yang gemar mandi bogel, Nooh menegaskan, dalam Islam, tidak menutup aurat pun hukumnya adalah haram.

"Kalau bercakap begitu, seolah-olah dia tidak pernah ke sekolah agama dan masjid. Makan makanan haram, nerakalah tempat yang sesuai. Jangan cakap macam itu. Saya kasihan dengan pelakon itu.

"Persatuan artis perlu panggil pelakon berkenaan untuk memberi nasihat dan kaunseling. Kita kena bantu dia dan bukannya menuding jaring kepadanya," katanya sedih.

Sebagai nasihat terakhir, Nooh berkata, biarlah masyarakat artis barat sahaja yang melakukan adegan bogel itu di layar perak.

"Justeru, kepada mereka yang terlibat, saya harap mereka dapat berfikir untuk kembali kepada kebenaran.

"Apa yang kita lakukan akan menjadi contoh kepada anak-anak kelak.

"Apakah kita mahu menjadi bapa borek, anak rintik, bapa kencing berdiri, anak kencing berlari," katanya sebelum menutup perbualan.

sumer dari UTUSAN


*fikir²kanlah.....pabila ahli ulama sudah menegur.....

7 comments:

Unknown

Akhirnya ada juga yg bersuara...ingatkan ulama(ular dalam semak) tahu makan gaji jew....bagus2..tahniah kpd Datuk Nooh Gadut
Latest post:Menarik!Kisah pemabuk bersolat

sarah shafie

a ah..btul lah..dh mcm org putih dh klau mcm tu..adoi..ape nk jd.

xazryx

pengarah pon bodo gak .wat tajuk cam bangang .pastu pelakon pegi bogel smbl bagi statement .org islam yg xde otak .kejar hal duniawi saje .

Nur Aainaa Khairunnisa

sarah...tu la pasal....tujuan mereka tu tak salah...tapi cara tu yg tak betul....

Nur Aainaa Khairunnisa

xazryx....hal dunia ni macam².....

Anonymous

I am assured, that you on a false way.