BARBARA dan Chad Soper bersama anak bongsu mereka Cearra, Cameron dan Chloe.
DETROIT - Dalam sebuah keluarga yang besar, agak sukar untuk seseorang ibu mengingati hari lahir setiap anggota keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam
Namun, bagi Barbara Soper, 36 dan suaminya Chad Soper , 33, di negeri Michigan, Amerika Syarikat (AS), tugas itu mudah berbanding kebanyakan keluarga lain.
Masakan tidak, anak bongsu mereka, Cearra lahir pada 10/10/10 manakala tarikh lahir abangnya, Cameron jatuh pada 09/09/09 diikuti oleh kakaknya, Chloe yang dilahirkan pada 08/08/08.
"Chloe adalah nombor bertuah lapan, Cameron nombor bertuah sembilan dan Cearra pula nombor bertuah sepuluh," kata Barbara mengenai tarikh lahir mereka.
Menurutnya, dia dan suaminya tidak merancang kelahiran anak-anak mereka manakala seorang profesor di Universiti California, Philip Stark berkata, kebarangkalian perkara itu berlaku adalah 1 dalam 2,500 kelahiran. - Agensi
*sumber dari KOSMO
#memang unik tarikh lahir anak² mereka ni....
2 comments:
bestnya kalo dapat tarikh lahir cm ni... memandangkan tarikh lahir dh xdpt, maka kena tukar ke tarikh kawin lah pulak..hihi
kan keyyah...ala tunggu tarikh lahir anak keyyah la nanti....;p
Post a Comment