Empat qari AQ4 berentap
SEDAR atau tidak, perjalanan mencari juara Akademi al-Quran musim keempat (AQ4) sudah sampai ke kemuncaknya apabila pentas akhirnya berlangsung malam ini.
Memilih lokasi Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pertandingan akhir AQ4 dijangka sengit apabila empat peserta akhirnya mempunyai kelebihan masing-masing untuk muncul sebagai juara.
Mereka yang dimaksudkan ialah Husni Ali Hassan, 25; Muhammad Ahmad Zahid, 15; dan juga pasangan adik-beradik, Ahmad Tirmizi Ali, 25, serta adiknya, Yahya Ali, 23.
Pertandingan akhir yang akan berlangsung selama dua jam itu akan dipancarkan secara terus menerusi TV9 bermula pada pukul 9 malam.
Sepanjang berlangsungnya AQ4, purata seramai 600,000 penonton telah menyaksikannya di kaca televisyen dan selama itu juga, lapan peserta lain telah disingkirkan setiap minggu.
Menurut produsernya, Syukri Ibrahim, penganjuran kali ini menawarkan kelainan berbanding tiga musim sebelum ini.
Antaranya, episod akhir ini, program itu memperuntukkan durasi selama dua jam berbanding satu jam setengah sebelum ini.
Semuanya kerana TV9 mahu memenuhi permintaan penonton yang tidak puas mendengar komen juri menilai persembahan peserta.
Kelainan lain dalam musim baru AQ juga katanya, penerbit memberi kelonggaran kepada peserta semuda 13 tahun untuk menyertainya.
Objektifnya menurut Syukri, bagi menggalakkan golongan muda menguasai al-Quran selain memantapkan ketakwaan muda-mudi masa kini.
Pada masa yang sama, Syukri berkata, kesemua 12 peserta akhir diharuskan mempersembahkan bacaan mereka pada setiap minggu.
Jelas Syukri, peserta pada musim sebelum ini dibahagikan kepada empat kumpulan.
Hanya satu kumpulan sahaja yang mempersembahkan bacaan mereka pada setiap minggu. Jadi, mereka hanya menghadap kritikan juri sekali dalam tempoh empat minggu apabila ia digilirkan dengan kumpulan lain.
"Untuk musim ini, semua peserta perlu menyampaikan bacaan mereka pada setiap minggu. Tiada yang terkecuali," tambah Syukri yang diberi kepercayaan selama empat musim berturut-turut untuk menerbitkan AQ.
Katanya lagi, kriteria permarkahan juga diubah apabila pengetahuan peserta dalam mentafsirkan ayat-ayat al- Quran diambil kira supaya mereka lebih menghayati kandungan kitab suci itu.
Kemuncak AQ akan dihoskan oleh juara Gadis Melayu musim pertama, Aida bersama Ustaz Mohd. Zamri Zainuldin serta naib juara AQ, Sharifah Khasif Fadzilah.
AQ menawarkan juara hadiah berupa wang tunai RM30,000, trofi tajaan ZRA Glocal, pakej menunaikan umrah tajaan Irna Yakin Travel & Tours dan sebuah Al - Quran digital sumbangan ENMAC.
Debaran finalis
Bersempena dengan malam kemuncak AQ, Hits menemui kesemua finalis yang akan beradu nasib mereka malam ini.
Kesemua peserta itu, Husni Ali Hassan, 25; Muhammad Ahmad Zahid, 15; dan juga pasangan adik-beradik, Ahmad Tirmizi Ali, 25, serta adiknya, Yahya Ali, 23, mempunyai sebab kenapa mereka tidak mampu menyembunyikan debaran.
*sumber dari UTUSAN
*Jom sama² kita nantikan Malam Ni...^_^

FinaliS Akademi Al-Quran musim ke-4 bersama penerbit, penaja dan pengacara.

3 comments:
a'a..final mlm nie..Nasib baik bca blog nieh..rasanya Mohamaad menang kot..tapi semuanya suara best2..pandai2 semua baca Al-Quran..
yup iella...malam ni...=)
sure best~baguslah banyakkan lagi program cmni~walaupun sy takleh tgok sbb takde TV,sya ttp sokong!
Baru je Update tadi; Trip Ke Pangkor bahagian akhir
Post a Comment