Kiasan Andrea - PLATINUM

salam petang jumaat semua....

wah petang² ni layan makan goreng pisang ni pun sedap ni...dah lama tak makan....ehehhehe... minum plak ngan tea...wah...citer pasal makanan plak di petang hari ni ye...sudah²....ni lagu ni aainaa dengar tadi....bestla plak....lagu lama ni...penah je dengar dulu...tapi kali ni teruja la plak bila dengar...lirik die best....ehehheee....\(^_^)/




Kiasan Andrea - PLATINUM


Mekar kau bakawali
Dalam hujan dinihari
Nafas bagai terhenti
Terpegun ku perhati

Terbias ke wajahku
Tangisan mu waktu dulu
Kiasan kata-katamu
Masih tak ku mengerti

Hujan semakin lebat
Lalu berlalu pergi
Tinggal ku sendiri
Meneka dalam sepi

Kaulah jelita yang dapat ku bangga
Tiada tara tiada duanya
Kaulah jelita yang selalu ku damba
Umpama bidadari syurga

solo

Apakah erti cinta
Jika kau telah berpunya
Kiasan kata-katamu
Kini aku mengerti




*baru perasan penyanyi platinum ni Tiar Jinbara rupanya....ehehheee....^_^....hana...jom layan...


Kadangkala.....

coretan hari jumaat.....


kadang-kadang kira rasa kita sudah serasi....
walau baru semalam kita kenal...
kadang- kadang kita rasa sudah sayang...
walau semalam baru pertama kita jumpa...
kadang-kadang kita terasa rindu...
walau baru sebentar kita bersua....


kadang-kadang kita sukar meramal...
walau sudah bertahun kita kenal....
kadang-kadang perasaan kita sudah terlalu rapat...
hakikat nya kita terlalu asing....
kadang-kadang kita pura-pura tidak kenal...
hakikat nya kita saling merindu....

*wah! aainaa ke yang tulis ni? ahahahhaa....layan kan je....tetiba mood nak berpuitis bak kata Boy....^_^ yeeeehaaa!!!!!!

jom layan lagu ni.....yeay!!!!




*layan woooooooo....jiwang jap....^_^

Oh Manisnya Senyumanmu....

salam semua...
dah lama rasanya tak update blog ni...otak beku jap plus demam datang lagi.... wah! cam tora datang lagi jek.... ;p eheheheheee....

tajuk kali ni 'oh manisnya senyumanmu'... cam tajuk kumpulan elite la plak.... ehehhehe... yang pastinya kita semua mesti suka bila melihat orang tersenyum... dan menandakan mereka sedang gembira... dan ader gak yang bibir mengukir senyum tapi dalam hati menangis.... betul tak.... kekadang senyum ni leh menjadi motivasi diri.... bila dalam keadaan sedih,dan bila kita tersenyum... sekurangnya dapat mengurangkan sedikit rasa kesedihan itu... tapi awas! jangan senyum tak tentu pasal.... ader plak yang pk lain nanti..ehhehehe...;p


senyum ni plak ader macam² versi... setiap orang ade versi masing²... ader yang senyum dam menampakkan giginya... dan ader gak yang senyum tapi tidak menampakkan gigi nya... tak kisahla versi macam mana... yang penting ikhlas dalam senyuman itu...^_^.... tadi google kejap pasal senyuman ni.... terjumpa la artikel pasal Rahsia Di Sebalik Senyuman.... meh aainaa kongsikan sama²..::

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.


5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.


11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".


okla...jumpa lagi di entri akan datang...

*kurangkan gula dalam senyuman dan tambahkan gula dalam senyuman...(^_^)v


~ Geng Anak & Mak Dara Berkelah ~

salam isnin di minggu baru....

hujung minggu baru je berlalu...hujung minggu lepas agak padat la aktivitinya....tapi yang pasti ikut anak sepupu ku kuar...teman die survey barang² majlis kawin die...pastu merayap la kat bandar tu pe lagi....


Pantai Sepat

dah merayap ke ECM tengok nasyid budak² tadika...ktorang kuar plak nak g cari makan...then mak suggest makan kat tanjung lumpur....last² bila dah nak sampai tu...terus decide nak berkelah kat pantai sepat...so beli la makanan² tu then terus ke pantai....ehehhee..yang penting SATA harus di beli k....ehehheeee...;p

maka bergerakla kami ke pantai....cari port untuk sesi makan memakan..ahahhaa...apa bahasa ni....tak kisah la aainaa...layankan je...dah setting baik punya port nak makan...maka...misi menghabiskan makanan dimulakan....akak sepupu ader bawa bekal mee hun goreng...apa lagi kita belasah....leh lak masa tengah makan tu encik kambing skeluarga datang nak join plak....
pastu bermula la sesi posing bersama puanKambing...ahahhaaa...;p

malas nak citer panjang....kita tengok pic je la ek....tapi yang penting berkelah kali ni best!


shopping dulu kat kamdar


semasa menunggu sesi pembayaran...posing jap....;p


ehehheee...aksi mereka...


aainaa plak nak masuk dalam ini gambar...


beramah mesra ngan family enKambing


e'eh kambing ni nak makan tisu plak...


la....minum air mineral ke?


aainaa ngan anak spupu ku wanie...kami sebaya!


nak jugak!


suka pic ni!


aksi mak n akak spupu ku...♥

*bila la dapat berkelah lagi...g mandi sungai kat sg lembing pun best gak...dah lama gak tak g sana....^_^



Teh Hijau Melati

salam semua....

wah...hari ni entri pendek je...agak kepenatan setelah hampir seharian keluar.... badan ni agak letih..... nak citer pasal apa ek.... erm...


tadi bila dahaga aainaa beli la minuman dalam tin... skema nya.... air tin la.... pastu nampak green tea... kononnya nak cuba la air ni... aainaa beli la... bila dah minum.... pastu baru aainaa perasan..... rupanya air tu green tea jasmine.... padan la masa mula² minum tu kenapa de rasa bunga melur... uhuhuhuu....


ni la airnya....uhuhuu...

walaupun ku tak berapa suka rasanya... ku cekal kan hati tuk menghabiskan nya..... yes! berjaya..... len kali memang ku tak beli dah.... tak best!

*pengajaran....len kali baca betul² label nya.....;p

Dah Tersurat Kita Bersama


salam hujung minggu semua.....

bangun pagi ni dok layan lagu kumpulan SPOON lagi...uhuhuu....duk pasang lagunya je... ehehhee..mengimbau kenangan katanya....aduh aainaa jiwang lagi di hujung minggu....meh kita layan sesame lagu ni....^_^





Dah Tersurat Kita Bersama (SPOON)

Tak pernah terlintas hati ku
Jatuh cinta dengan mu sayang
Mungkinkah dah tersurat
Kitakan bersama
Tidak pernah aku menyangka
Kau sudi menerima diri ku
Walaupun aku hanya insan biasa

Kasih pun berbunga
Menyambut hadirmu
Doakau agar kita
Dapat terus bahagia
Buat selamanya

Waktu kau tiada hidup ku meronta
Ternyata kau dan aku
Terlalu sukar untuk oh berpisah

Oh andai ditakdir kau pergi
Tak dapat aku bayangkan
Betapa sepi hidupku
Duhai sayang


*sweet je kan lagu ni....ehehheee....ku suka...^_^


Adira Af8

salam semua....

uhuhhuhhuu... kenapakah tetiba aainaa nak tulis pasal adira af ni.... ntah ek.... ahahhaaaa... padahal sebelum ni takde la teruja sangat dengan af² ni seme... tapi kali ni takdela teruja cuma nya tertarik dan terpesona dengan suara dan bakat peserta yang sorang ni....




tetiba terminat plak ngan peserta af yang sorang ni ADIRA pelajar dari SABAH.... sore dan cara persembahan nya yang tersendiri... membuatkan diriku terkagum.... ahhahaaa... mula terpesona masa die membawakan lagu KU PERCAYA ADA CINTA... lancar je die bawa... best.... uhuhuhuh.... sore nya yang tersendiri.... kemudiannya bila die membawakan lagi BIARLAH dari NIDJI.... satu persembahan yang sempoi tapi berjaya.....




tadi...masa duk klik sana klik sini kat YOUTUBE... saje cari persembahan ADIRA masa konsert 5 (maklumla takde astro kan)... so layan kat YOUTUBE je la.... minggu lepas die membawakan lagu SERI MERSING... dan hasilnya... sangat best! lenggok suara die... kelunakan suara nya... sangat memukau.... yela... Adira ni baru umur 19 tahun kan.... tapi cara die membawakan lagu asli tu tidak kekok dan lenggoknya menjadi.... tahniah untuk ADIRA!!! harapnya akan terus kekal ke final....^_^





Nama Penuh : Siti Adira Bt. Suhaimi

Tarikh Lahir: 19 September 1991

Tempat Lahir: Hospital Ranau, Sabah

Umur : 19 tahun

Jantina: Perempuan

Bangsa : Kadazan / Dusun

Agama: Islam

Tinggi : 152cm Berat : 48kg

Status Perkahwinan: Bujang

Pekerjaan: Menganggur

Pendidikan Tertinggi: SPM

Adik Beradik: 8 orang (bongsu)

Hobi: Dengar radio, makan, tidur & berangan

Gambar Peribadi: Pendiam, pemalu, aktif, penyayang.





*kredit pic to MURAI

Sedap!!!

Salam pagi khamis semua....

sarapan pagi tadi......Lempeng kelapa ngan sambal tumis ikan bilis....mantap....sedap....dah lama tak makan sebenarnya....ehehhehhee....;p



Lempeng Kelapa


Lempeng Kelapa ngan Sambal Tumis ikan bilis


*motif pst pasal makanan ni? ahahhaaa...takde motif...saje je....ehehehe...^_^

Rindu Serindu Rindunya.......Spoon

salam petang rabu......

entri baru lagi...kali ni pasal apakah? ehehheee...^_^ masih ingatkah anda pada lirik ni

".....♫ ♪...dulu....rindu serindu rindu nya....kini benci sebencinya...mahu semahu mahu nya....malu aku tak malu.....♪ ♫......"


kumpulan SPOON

ehem...ehem....(hahahhaa....tetiba je..) tetiba bila dah dok wat entri pasal kumpulan-kumpulan muzik yang pernah mewarnai industri muzik suatu ketika dulu... tetiba plak teringat pada kumpulan yang satu ni..... SPOON....kumpulan ni memang sangat fenomena waktu tu... populariti kumpulan ini naik dengan sangat mendadak berbekalkan lagu berhantu mereka "Rindu Serindu-rindunya".... memang sangat popular la kumpulan ni.... lagu² mereka yang popular selain RINDU SERINDU-RINDUNYA, semestinya MEMORI SEKUNTUM RINDU.. SEPENUH HATI... SEKALI LAGI...KINI...dll la....

tapi di tengah² kemuncak kegemilangan kumpulan SPOON mencipta populariti...satu industri dikhabarkan dengan berita sedih yang menyayat hati.....Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik yang ketika itu berusia 19 tahun,yang juga penyanyi utama kumpulan SPOON telah ditemui mati di tepi jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 26 Disember 1999......macam² versi aainaa dengar tentang punca arwah di bunuh... masa tu aainaa f3....dan kejadian ni berlaku masa bulan puasa tak silap aainaa...dan thn lepas tak silap pembunuh nya telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati....


arwah Along Spoon

kalo tak silap aainaa perjuangan kumpulan ini diteruskan oleh adik along dengan menggunakan nama Azlong.... tapi rasanya kurang menjadi... dan akhirnya kumpulan ni berkubur begitu sahaja.... apapun... ALFATIHAH untuk arwah along....semoga aman dan tenang disana....... AMIN....




Rindu Serindu Rindunya (Spoon)

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Setelah kasih lama berlalu

Tidak mungkin kulupa
Perjanjian kita
Di bawah rumpun bambu
Di kala bulan sedang beradu oh..oh..

Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara melebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku terlukis namamu

Kalau memang tiada jodoh
Apa lagi nak ku heboh
Aku malu pada teman
Pada semua

Rindu ... rindu serindu rindunya
Namun engkau tak mengerti oh...oh
Pilu ... pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli

Malu ... semalu malunya
Namun apa daya orang tak sudi
Mahu ... semahu mahunya
Namun apa daya orang dah benci

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Aku malu



*sangat mengimbau memori lagu ni....♥♥♥

Rock Leleh

salam hari selasa semua....

ah-haaa!!! jangan pelik lak baca tajuk entri kali ni.... uhuhu.... tak tau la kenapa sejak 2 menjak ni dok melayan lagu jiwang² je.... ehehehehe... layankan je...bukan salah pun... eheheheh.... sape yang tak suka dengar tu tahan telinga je la ek.... nak wat camne.... tapi rasa nya jiwang ku takde la sampai mengaco hidup orang... layan sorang² je...

semalam masa kuar bandar sempatla g jenguk kedai cd... niat nya memang nak cari cd ni... ehehehhehe... dok perhati kat rak tu.... terus nampak cd nya... (camne diela tak jumpa ek...erm...) terus tanya adik kat kaunter tu... vcd nya mane dik.... die pun amik kan.... ehehhe... ku amik yg vcd nya la.... ehehehehe...

nak tau cd pe yang aainaa amik... ehehheee... ini la cd nya....


ahahhahaa.... jiwang ke? mane de... ni seme lagu² zaman² remaja dulu... ahahhaha... baru je wat entri pasal 3 kumpulan tu... ehehheee... dalam album ni ader 2 cd dan 20 lagu... dan salah satu nya adalah lagu baru dari kumpulan spin... dan mungkin juga salah satu lagu terakhir dari arwah.....


cd 1

1 - Mengusung Rindu - Spin
2 - Insanku Sayang Kini Menghilang - Spin
3 - Izinkanlah - Q-Face
4 - Dewanaku - Q-Face
5 - Demi Masa - Boboy
6 - Janji Seorang Kekasih - Boboy
7 - Sampai Bila - Lela
8 - Baizura - Lela
9 - Ku Menangis Kehilanganmu - Scoin
10 - Kau Kata Kau Rindu - Scoin

cd 2

1 - Bidadari - Lela
2 - Permintaan Terakhir - Lela
3 - Rindu-rinduan Jadi Kenangan - Scoin
4 - Hanya Engkaulah Kekasih ku - Scoin
5 - Episod Cinta - Boboy
6 - Dalam Benci Ada Rindu - Boboy
7 - Cinta Tak Sehaluan - Q-Face
8 - Kesal - Q-Face
9 - Janji Kita - Spin
10 - Engkau Yang Ku Cinta - Spin (lagu baru)

******************************

Engkau Yang Ku Cinta - Spin (lagu baru)

Sering kau tanyakan cintaku di mana
Sering kau menuntut ucapan asmara
Tak mungkin berdusta perasaan ini
Dan kau tak mengerti di hati

Yang sebenarnya engkau aku cinta
Permata dalam rindu ku hadiah untukmu
Saling memerlukan bila berjauhan
Harap kau mengerti perasaan ini

Kelu resah bukan sandaran
Dan gelisah bukan hukuman
Kerana kau yang ku idamkan
Bukannya mainan

Seandainya kau mengetahui
Hanya engkau yang kucintai
Itulah yang sebenar-benarnya

Usah kau tanyakan cinta ku di mana
Cukup kau menuntut ucapan asmara
Tak mungkin berdusta perasaan ini
Dan kau tak mengerti di hati...kecilku...

*************************



*sedap lagu ni...tapi agak sedih.... mengenangkan arwah yang telah pergi.... apapun alfatihah untuk arwah Achik SPIN....

Justify Full

SATA

salam hari minggu.....

tadi pergi pekan de kenduri kawin sedara....then masa balik singgah tanjung lumpur beli SATA...wah dah lama tak makan....sangat sedap!!!!! nyum....nyum....^_^




Al-Fatihah untuk Achik Spin

salam hujung minggu...


mungkin ramai sudah mengetahui tentang kembalinya Achik Spin ke rahmatullah petang tadi dalam satu kemalangan jalan raya di highway menuju ke Seremban....sayu je tengok biter pkl 12 kat rtm1 tadi....ader di tunjukkan kawasan kemalangan....kereta nya yg terbalik...dan semasa mangsa di angkat ke landrover polis....kemudian satu persatu ahli keluarga arwah sampai di hospital....sangat sayu.....


kini tiada lagi akan di dengari suara nyanyian dari nya....erm...nana pun dah kehilangan rakan duet nya....tidak lengkap la bola² api kini....erm....kini hanya tinggal rakaman suara nya untuk di dengari...apapun...doakan semoga arwah tenang di sana dan aman bersemadi.....alfatihah....

*suka lagu resah kerinduan dari spin....

New Boyz....Boboy....Q-Face

salam hari jumaat semua...

sihatkah anda semua? harap² nya begitu lah ye... ehehheee...;p kejap je dah hari jumaat kan.... cuaca sangat baik dan cerah hari ni... alhamdulillah....(^_^)v

hari ni online je terus buka blog... jenguk sana jenguk sini...pastu jenguk la blog artis popular enFairuz Selamat... sape die ni? nanti aainaa citer k... tertarik plak nak wat entri seperti yang disarankan oleh Fairuz ni... ehehheeh.... pasal apakah?

"ceritakan pengalaman anda membesar bersama ketiga2 group tu"

sah² memang aainaa membesar dengan lagu dari kumpulan² ini.... membesar ke? takla dah zaman remaja masa tu... ehehhee... ok mari kita mulakan dengan kumpulan ni dulu....


New Boyz

ahahhahaa... kumpulan ni sangat popular waktu ini... waktu ni awal 2000 kot kemuncak kegemilangan nya.. memang di akui kumpulan ini sangat fenomena pada waktu itu terutama pada gadis² remaja... kalo tak caye... bleh dikatakan abis seme tempat la nak ade pic kumpulan ni... pada buku teks... atas meja dalam kelas.. pada fail...hampir keseluruhan tempat.... pada aainaa?? aahahhahaa... nak kata minat sangat tu takde la sampai tahap macam tu... tapi lagu sejarah mungkin berulang tu memang berhantu....memang menjadi siulan....


kalo kat majalah plak... konfem muka mereka je... cakap je majalah pe... mangga.. Media hiburan... urtv... lagi apa majalah yang popular masa tu.... tak kurang gak kalo rancangan tv dan surat khabar... mesti ader... aainaa meminati kumpulan ni hanya pada awal kemunculan dengan ahli asal... tapi bila dah bertukar ganti ni.... sudah kurangla... antara lagu yang masih aainaa ingat... konfem² sejarah mungkin berulang... lukamu lukaku jua.... meraung... erm... lagi apa ek.....dah lupa arrr...ehhehehee....


walaupun ramai yang mengutuk kumpulan ni dengan mengatakan Tomok suara sengau la... apa la... lagu leleh la... apapun tahniah untuk mereka..... sekurang² mereka pernah mewarnai dunia hiburan dengan rekod yang agak cemerlang... malah kalo tak silap mereka jugak ramai peminat di Indonesia...

Boboy

ha...kalo pasal sebut pasal kumpulan boboy ni... agak popular gak mereka ni... mungkin sebab masa tu memang fenomena band budak² sekolah la kan.... kalo kumpulan boboy ni ada dua lagu mereka ni yang sangat aainaa minat dan sampai ke hari ni masih aainaa mendengar nya... ehehhee... lagu apakah??? yang pastinya lagu episod cinta... memang tangkap leleh ini lagu....


kalo cakap pasal lagu ni... sungguh ade kenangan... masa ni tahun 2001... awal² pagi kat sekolah menengah mesti akan pasang radio... pertama dengar lagu ni terus minat... peduli la kawan² nak cakap aainaa ni jiwang ke apa... yang penting cari lirik lagu ni... salin pastu tampal kat meja k.... org tampal nota... ni tampal lirik lagu...dahla nak spm masa tu.... ahahaha....;p kenangan mengusik jiwa tul...


lagi satu lagu kumpulan ni yang aainaa suka demi masa...best! layan wooo.... ahahhahaa.....^_^


Q-Face

erm...camne ek aainaa leh minat ngan kumpulan ni ek???? jap²... nak cari dlam memori 9 tahun dulu..... haaaa.... masa ni tahun 2001... tahun aainaa spm... wah dah tua rupanya.... uhuhuhu... aainaa mula minat ngan lagu izinkanlah... pastu cinta tak sehaluan... tercari-cari gak sapela kumpulan ni kan... serius aainaa sangat suka ngan suara penyanyi kumpulan ni... sape ek nama nya... FAIRUZ.... FAIRUZ SELAMAT... camtu la nama nya....;p


keratan majalah thn 2001 yang masih dalam simpanan

masa ni duk hostel.... agak susah la kan nak beli majalah ni... so duk tanya member² yang duk luar..... tapi bila balik umah hujung minggu tu sempat la duk belek paper ngan majalah mane yang ader... semata² nak cari biter pasal kumpulan q-face ni... ehehehe... kalo dah jumpa tu siap gunting dan simpan elok² ni....

dan kerana terlalu minat dengan lagu CINTA TAK SEHALUAN.... siap salin lirik lagu ni dan tampal kat katil hostel ok.... ahahahaa... sebelum tdo siap nyanyi dulu... tapi doa tidur tetap baca ok... eehehhe... sape duk katil sebelah ... sorry la ek.... ehhehe... tapi mane de sape duk katil sebelah pun... atas ader la....;p siap ader member tanya kumpulan pe ni.... so menerangla kepada mereka apa yang aainaa tau....


keratan akhbar sekitar thn 2001 tentang Q-Face

tapi serius aainaa tak tau pun masa bila si fairuz ni kuar dari kumpulan ni.... sebab tak bape amik tau sangat pasal dunia hiburan sebab masa tu nak amik spm kan... majalah dan seme berkaitan hiburan ni tolak tepi... uhuhuu.... dan aainaa tau die dah kuar kumpulan ni bila aainaa dengar lagu cinta remaja masa die dah join ANTZ... apapun... sorenya tetap ku minati hingga kini... hahahaha.... (fairuz jangan gelak baca ni k...aainaa je leh gelak....)


lirik lagu yang masih ku simpan....♥

dulu² takde mana sangat nak cari album dorang ni... sebab dok hostel nak pasang katne... skang ni je duk kumpul balik.... agak banyak la koleksi nya.... antara nya sudah semestinya la IZINKAHLAH, CINTA TAK SEHALUAN, KESAL, TERLENA DI MANIS BICARA, BISIKAN UNTUK MARIA... ehhehehe... dan yang pasti nya... keratan akhbar dan majalah tentang mereka ni ader lagi aainaa simpan sampai skang ni... dan juga lirik yang aainaa tampal masa duk hostel 9 tahun dulu... ehehhehe... sangat memberi kenangan bila di kenangkan....

dan aainaa yakin pengaruh Q-Face ni masih kuat.. dan kepada Fairuz Selamat... good luck untuk projek terbaru.... aainaa doakan semuanya berjalan lancar... kembalikan kegemilangan kamu bersama Q-Face dan ANTZ dulu... dan percaya pada bakat kamu....^_^


*fuh!!! pergh panjang nya...uhuhuuu....;p

Kad oh Kad

salam semua sahabat² ku....

sihatkah semuanya di hari khamis ni? alhamdulillah aainaa dah kembali sepenuhnya sembut.... tiada lagi batuk... selsema dan sakit tekak mahupun demam... syukur alhamdulillah....


gambar ni takde kene mengena...tapi comel la...

kad kredit kenapa kah aainaa tetiba nak cakap pasal kad kredit ni? aainaa pakai kad kredit ke? owh tidak.... dan mungkin tidak..... takutla..... ader kebaikan dan keburukannya bila pakai kad kredit ni.... dan bergantung pada individu tu jugak dan bagaimana die mengatur kewangan die...kan...kan...kan....

ok... kat sini aainaa sertakan definisi kad kredit yang aainaa google... hehehee... Kad kredit merupakan satu kaedah pembayaran yang membolehkan anda membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Apabila anda menggunakan kredit kad, pengeluar kad kredit akan membayar kepada peniaga terlebih dahulu bagi pihak anda dan kemudiannya meminta bayaran daripada anda dalam bentuk penyata bulanan.


bagi aainaa la... kad kredit ni ader kebaikan dan keburukan nya.... besela setiap sesuatu tu ada baik dan buruknya... sama ada banyak atau sikit dan bergantung pada pengguna itu sendiri la... yela... banyakla kebaikannya kalo kita guna kad kredit tu dengan betul kan.... kad kredit ni membantu kita pabila kita tak cukup wang nak bayar atau meminimakan kita membawa wang tunai... beg pun tak kembung kan... macam banyak duit je... sekurang² nya takla risau bila nak g shopping kan... pasal isu pencopet dan peragut ni kan... yela bukan kita minta perkara macam itu berlaku.... apabila boleh di elakkan... kita elak dan cegah....

kalo bab keburukan ni bila kad tu di salah guna... yela walaupun kad tu ader limit nya tersendiri tapi asyik swap je walau pun sedar kemampuan tu takat mana... mampu tak nak bayar tak bila hujung bulan.... sebab tu la ramai gak yang muflis sebab kad kredit je... bukan la aainaa nak cakap kad kredit ni tak baik... tapi kene pakai secara berhemah la dan ikut kemampuan diri la kan.... so pk² kan lah....



*wah tetiba kuar topik serius ni... uhuhuuu...;p

Kenangan Mengusik Jiwa

salam hari rabu malam khamis semua....

adekah yang wish camtu ek? malam yang mendamaikan dan menggembirakan.... ehehhee... kenapakah?


di facebook kan slalu di tag gambar² yang berkaitan ngan diri kita kan... dan tadi diriku telah di tag pada gambor kenangan 5 tahun lalu... ehehhee... gambor g kem BTN asas kat kem bina negara lipis...klako plak bila baca komen² kat pic ni....


banyak kenangan sebelum g ke BTN ni... mula² nama naik kat papan kenyataan menyatakan ader perjumpaan.... masa perjumpaan ader yang taknak g la... itula...ini la... macam² alasan dikeluarkan... yang pasti budak umah aainaa seme g masa btn asas... yeke semua? sorang tak g rasanya.... masa BTN asas ni ktorang ke kem bina negara LIPIS kat kuala lipis... perjalanan cam naik roller coaster pun de.... jalan sikit la punya bengkang bengkok.... uuhhuuu...


tak pasal² kene berucap sebab jadi penghuluwati...^_^

tapi seperti biasa la kalo BTN asas kan.... banyak LDK... kalo aktiviti kt luar je just senaman n flying fox...kawad pun de.... tpi okla... best... yang penting setiap kali BTN lagu ni akan di nyanyikan... ehehhe....kan...kan...kan....



aainaa pastu g gak BTN lanjutan.... kali ni wat kat TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN, JOHOR... perjalanan dari kuantan ke mersing jauh gakla... bertolak pagi dlm pkl 10 camtu... sampai dah petang ke kem tu.... kali ni masuk utan... best... naik boat... tdo dalam khemah.... masak seme sendiri... banyak aktiviti outdoor yag di lakukan... burung hantu la.. jungle tracking... dan yang paling best... water rafting.... sangat mengujakan walaupun memenatkan....;p


yang pasti... aainaa suka aktiviti outdoor camni... rindu nak lakukan nya... uhuhuu....;p


*hasilnya dapatla dua sijil dari hasil BTN ni...eehhehehe...;p