NurKasih The Movie? saya sudah tonton....^_^


salam hujung minggu semua....
apa yang dilakukan hujung² minggu ni? mesti ramai yang berehat dan bersantau² dirumah kan....aainaa?? arini aainaa kuar jejalan di bandar...eheheheh...sekali skala...bukan selalu..dah lama tak merayau ni....

dalam pada tu sempat la jugak memenuhkan masa dengan menonton filem yang tengah hangat kat panggung² seluruh Malaysia....secara kebetulan jek...tak rancang pun....sampai je kat mall terus ke gsc usha² tiket...mula nya tak tengok on the spot...tapi tiket dah abis la...so beli la tiket untuk lewat petang skit....semangat ni menunggu ni waktu petang....sementara tu merewang² jap la ngan mak...ehehehheee....




dalam menunggu nak masuk...sempat la tinjau² mereka² yang nak masuk panggung ni...rata² datang dengan keluar....ada ibu bapa dan anak²...ada datang ngan kengkawan...ada yang dengan suami isteri....boleh di katakan semua golongan la ada...bila masuk dalam panggung...wah! memang full la...dari depan sampai belakang memang penuh...sangat dasyat penangan filem ni....cayalah!!!




ok...filem mula di tayangkan....mula dengan adengan keretapi meletup...yeke? erm...betul la tu...pastu baru adengan flashback ke 6 bulan sebelumnya....masa sebulan selepas kematian Aliya dan Aidil masih bersedih dengan kematian Aliya yang berlaku didepan matanya...saya suka dengan watak adik Ilyas...mewarisi sifat Aidil yang tenang dan matang....pandai mengawal suasana dan faham dengan situasi ayahnya yang masih bersedih dengan kematian Uminya...




Adam dan Nur pula dalam kisah masih menanti kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga mereka...mengalami perlbagai rintangan dalam menanti kehadiran cahaya mata...di berikan dugaan dengan Nur mengalami keguguran setelah tidak berapa lama diberitakan tentang kehamilan nya....begitu juga dengan ketabahan dan kesetiaan Nur terhadap Adam dan betapa mendalam nya cinta antara Adam dan Nur sewaktu Adam hilang selepas keluar mencari cincin Nur yang hilang....walau pun dalam keadaan Nur berbadan dua die tetap tabah menjaga Adam yang sakit kesan dari peristiwa pengeboman di India dulu....

Diselit juga usaha Nur dan Adam dalam mendidik anak² terbiar yang mempunyai masalah sosial walaupun ada di antara mereka yang tidak hormat kepada mereka...kagum dengan hasil kerja kabir bhatia ini...dan di akui ada scene yang boleh membuatkan anda bergenang airmata...mungkin juga mengalirkan air mata....(*makcik sebelah aainaa siap bawa sapu tangan ok...cepat sedih makcik tu....kejap² nangis...uhuhuhu....sabar ye makcik...tapi tetap bersemangat bercerita pada suami die tentang jalan citer filem ni....)

kalo nak di katakan dari segi cinematografi die...memang terbaikla....sangat cantik....sama ada scene di Malaysi maupun di jordan...sangat cantik...masa scene tembakan yang berlaku dalam mimpi Adam pun best...sangat cantik...sangat real...berdebar kejap....pastu masa scene si syafie naswip mengamuk kat laluan bawah tanah tu....pergh...memang mendebarkan...cayalah syafie naswip...walaupun scene die tak banyak tapi cukup memberi impak yang besar...




secara keseluruhannya...filem ini memang best...dengan barisan pelakon yang memang terbaikla....watak² sampingan pun sagat kuat....syabas untuk filem NURKASIH...terbaiklah!!!!


*wah! panjang lak entri kali ni...ehehehe...=)


Selamat Hari Guru dan Selamat Ulangtahun Kelahiran...♥

pada setiap 16 Mei setiap tahun, kita akan meraikan hari guru bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mereka yang bergelar guru dalam mendidik dan melahirkan insan yang cemerlang....tahun ni tema bagi sambutan hari guru adalah "Guru Penjana Transformasi Negara"...

dapat di lihat perbezaan cabaran bagi guru² di zaman moden skang dan dulu...kalo dulu cabaran nya lebih kepada kekangan hidup tetapi skang adalah perbezaan cara hidup...cara sosial dan kecanggihan teknologi yang ada...dan ada kala nya pelajar² lebih advance dari guru² yang ada....

walau bagaimanapun cabarannya...jasa mereka tetap harus dikenang....bersusah payah mendidik melahirkan insan cemerlang...terima kasih cikgu...jasamu kami kenang....♥




Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988


di kesempatan ini aainaa nak ucapkan selamat hari guru untuk semua guru² yang pernah mengajar aainaa dari seawal tadika sehingga ke alam kolej...jasa anda² semua tidak akan dilupa...terima kasih cikgu...juga untuk rakan² sekolah yang kini bergelar guru dan pensyarah....didiklah anak bangsa sebaiknya....

*buat enKhaidzir Johar yang juga bekas pensyarah dan kini bergelar seorang guru...Selamat Hari Guru dan Selamat Ulangtahun Kelahiran...^_^

*buat Nur Aidila Lokman....Selamat Ulangtahun Kelahiran....semoga terus bahagia, sihat, tenang, aman dan segala yang terbaik untuk anda....aainaa sayang diela...♥

4 wanita ni separuh akhir pertama mentor5



Shiha, Ratnah, Salma dan Iqa....malam ni akan berlangsungnya separuh akhir pertama bagi mentor musim kelima...wah kali ni semua wanita yang bertanding...masing² de kelebihan dan kemampuan masing²....

Shiha protege bagi Tok Pah pun tak kurang hebatnya...suara mantap...pandai bermain dengan melodi dan bila banyak² kali pandang cam muka rossa pun de...uhuhuhu...tapi shiha memang mempunyai kelebihan tersendiri...vokal pun leh tahan...




bagi Ratnah protege pada afdlin ni menampakkan perubahan dari konsert pertama sehingga la layak separuh akhir pertama ni...usaha gigih dan bakat yang sedia ada akhirnya terserlah...kelebihan dalam tarian dan vokal bakal memberi saingan yang sengit kepada protege yang lain....




Salma protege pada Erra ni plak tak dapat dipertikaikan lagi la kemampuan dan kelantangan vokal nya...kasi je lagu yang bernada tinggi...pasti leh di bawa salma...setakat ni takde la terkucil lagi la...lepas semua...selalu menjadi juara setiap minggu dan selalu mendapat markah yang tinggi....nantikan malam ni adakah salma akan masih mengekalkan kejuaraan mingguan?




bila melihatkan Iqa protege Edry sememangnya mempunyai kelebihan yang banyak dari segi kemudahan kan ke'genius'an edry dalam muzik...di tambah dengan vokal dan bakal yang ada pada Iqa...




apapun pertandingan malam ini sangat sengit sebab semua protege sama seimbang...tinggal nya bagaimana mereka menggunakan kesempatan dan kelebihan masing²...ianya bergantung juga pada nasib dan undian....selamat berjuang untuk mereka²...=)


Moga bersemadi dengan aman di sana....


salam pagi rabu semua....

cuaca pagi ni mendung jek...harapnya cuaca akan kembali cerah seperti sediakala...dan situasi kembali aman di jepun setelah di timpa musibah bencana....

semalam aainaa dikhabarkan satu berita sedih dari seorang kawan tentang seorang kawan....saeorang kawan sekelas aainaa masa belajar di kolej dulu telah kembali ke rahmatullah petang kelmarin....tergamam bila baca msg tu...apapun aainaa redha..sebab ianya dah dijanjikan oleh yang Maha Esa...masa kita, kita tak tau bila....



arwah adikBoy berbaju putih....ni pic kenangan bersama arwah masa study dulu


aainaa mengenali adik Boy atau Hayrul Azizee ni dari semester 1 diploma dulu...aainaa satu kelas dengan arwah dari sem 1 sampai final sem...boleh di katakan rapat...yela sebab 3 tahun sekelas...kalo time lunch pun reramai g cafe makan...bfast pagi pun sama² kalo kebetulan jumpa...kalo ponteng kelas pun bersama²...ahahhaa..jahat kan...;p tu semua kenangan bersama arwah....

dalam kelas masa tu ada dua orang yang di panggil adik...sorang lelaki dan sorang perempuan...so nak memudahkan takut salah panggil...sorang adik Boy dan sorang adik Girl...umah yang masing² sewa masa last² sem pun dekat...satu lorong cuma nya selang beberapa umah jek...selalu la kalo nak kemana atau perlu pertolongan ke apa minta tolong ngan adik boy atau budak umah die....seapanjang aainaa kenal arwah ni, arwah seorang yang baik...takdela nakal...senang nak mesra dan menyenangkan...happening la kalo die de dalam kelas tu....



arwah berbaju biru berseluar putih berdiri kiri sekali...
*pic ni masa BBQ jamuan kelas...



last jumpa arwah kalo tak silap masa konvo dulu...dah lama dah...pastu selalu kontek dalam fb jek...pastu arwah pun dah banyak senyap...tak tau plak arwah sakit...hanya kawan² yang betul² rapat je yang tau....sampaila di khabarkan tentang berita arwah meninggal kelmarin.... semoga arwah di tempatkan bersama orang² yang soleh dan beriman...amin...ALFATIHAH....


Asmara Kembali Membara....


salam semua....
wah! melihat tajuk je...betul ke aainaa yang menulis ni...apa sudah jadi...ahahaha...sabar²...baca dulu isi kandungan entri ni ye...jangan terus wat kesimpulan...ehehhee...apa yang asmara kembali membara ni?


sebenarnya aainaa nak citer pasal drama yang akan menggantikan drama Hani kat slot lestari yang dah abis minggu lepas....rasanya ramai yang tahu...drama ASMARA kembali akan menemui penonton....kalo ni dengan ASMARA 2...akan merungkai apa sebenarnya yang berlaku pada episod akhir ASMARA..dimana sebenarnya Zaliya sebenarnya tidak mati...kenapa disembunyikan...semuanya akan disaksikan dalam ASMARA 2....




ini sedikit info dari MStar.com


"Asmara 2' Rungkai Rahsia Kematian Zaliya

PETALING JAYA: Selepas mendapat sambutan hangat dengan rating mencapai 3.1 juta penonton, drama Asmara yang disiarkan pada awal November lalu bakal muncul untuk musim kedua bermula 8 Mac, setiap Selasa, pukul 9 malam menerusi slot Lestary.

Segala persoalan pada penghujung drama Asmara lalu bakal dijawab dalam drama Asmara 2 yang bakal ditayangkan sebanyak 13 episod. Drama terbitan Suhan Movies ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara terkenal Heykal Hanafiah.




Ia masih mengekalkan teraju utama iaitu Shahz Jaszle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna Idris (Melati), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Rahim Jelani dan turut memperkenalkan watak baru lakonan Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen (Fikri) dan Marisa Yasmin (Noreen).

Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya).

Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Suatu hari, Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya.

Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawa si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?

Jangan ketinggalan untuk menonton Asmara 2 di slot Lestary, setiap hari Selasa pukul 9 malam mulai 8 Mac 2011, di TV3.

Ketahuilah kesudahan kisah cinta tiga segi antara Asmara, Zaliya dan Melati."

*kepada penggemar drama ASMARA....selamat menonton...^_^


Mentor 5 Sudah Bermula


salam hari isnin semua sahabat blogger semua....

semalam aainaa berkesempatan konsert pengenalan untuk mentor musim ke 5...semalam kesemua protege telah membuat persembahan pertama kali nya di pentas mentor...semuanya menunjuk kan bakat yang tersimpan untuk di nilai penonton dan juri....sini aainaa komen skit tentang persembahan mereka semalam...komen aainaa berdasarkan seorang penonton je ok...kalo berlainan pendapat tu...besela kan...




persembahan di mulakan dengan persembahan permulaan dari protoge afdlin shauki iaitu ratnah...afdlin ingin mencari protege yang ada bakat seperti seniman P.Ramlee...Ratnah semalam membawakan lagu Tak Ada Logika dari Agnes Monica...bagi persembahan pertama...bagi aainaa bese² je...persembahan yang selamat...apapun baru persembahan pertama...akan di nanti kan persembahan seterusnya nanti....

protege Noh Hujan, Ayish tampil dengan lagu Hapus aku...bagi persembahan pertama okla...ada kekuatan tersendiritapi bagi aainaa sore bese² je.,...belum nampak keunikan atau kelebijannya...juga menanti kejutan di persembahan diakan datang....protege Dato Sharifah Aini, Shiha pula membuat persembahan dengan lagu Hanya Aku Yang Mampu dengan muzik susunan semula...vokal yang ditampilkan boleh tahan sedap dan ader kelainan dari peserta lain...ada potensi ni....ehehheeee....




seterusnya protege Rahim Maarof, aiman mengambil pentas untuk membuat persembahan...katanya bekas pemain bola aiman ni...membawakan lagu kau dan aku tapi mula² je dah lari tempo...sore tak bape nak jelas la...susah nak komen sore nya...kene tunggu konsert akan datang...ramai yang menantikan persembahan dari protege Edry Abdul Halim....Iqa membawakan lagu Aku Cinta Padamu dari Dato' Sheila Majid..erm...kenapa perlu nyanyi mencerit² belakang tu...aish...saya kurang berminat dengan nyanyian camtu...sorry...akan menunggu apa kelainan yang akan dibawakan pada konsert akan datang....

protege terakhir yang membuat persembahan adalah dari mentor Erra Fazira iaitu Salma...ramai yang menunggu persembahan dari Salma kerana die mempunyai vokal yang sangat power...membawakan lagu bertamu di kalbu dari jac...mepersembahkan lagu tu tanpa sebarang masalah dengan vokal yang sangat bertenaga dan tak dinafikan hebat...ada style nya tersendiri...

seperti biasa mereka dibahagikan kepada dua kumpulan...iaitu A dan B...kumpulan A terdiri dari Noh Hujan, Dato' Sharifah Aini dan Afdlin Shauki...manakala kumpulan B pula Erra Fazira, Edry Abdul Halim dan Rahim Maarof....

buat setakat ni...protege pilihan saya adalah SALMA dan SHIHA...selamat bertanding untuk semua...


Jadilah Peminat Yang Beretika.....

salam blogger....
salam berhujung minggu semua....owh! hari ni hari membuang undi kan kat 2 lokasi...di kerdau dan di merlimau....dulu pernah bertanding bola jari smk kerdau...ehehhe...mas tu duk dan bersekolah di Temerloh...kenangan mengusik jiwa la plak kan....so kepada yang berkenaan sila jalankan kewajipan anda selagi sempat ni....^_^




dah lama tak update blog tetiba kuar ngan tajuk entri ni...kenapakah??? uhuhuhuu...bukan apa...semalam hangat di trending tweeter pasal #getwellsoonheechul....klik la nak tengok kenapa? kim heechul kenapa...sebab setau aainaa semalam SS3 kat shanghai...rupanya ada accident yang tak di ingini berlaku pada kim heechul masa konsert tu...




KHC tekena board yang di lempar oleh fans ke atas pentas.... yang lagi malangnya... papan board tu terkena matanya dan katanya berdarah.... wah! mesti sakit kan... uhuhhuuu... kesian... banyak komen yang menyalahkan fans tersebut... apapun mungkin ianya suatu yang tak disengajakan... tapi fans pun tak sepatutnya melemparkan sesuatu yang berbahaya ke atas pentas... yela mungkin akan mencederakan macam pe yang terjadi cam ni la kan.....



bila tengok video ni pun.... kita plak yang terasa kesakitannya.... bukan slow... kuat tu kene... padanla berdarah matanya.... apapun harapnya semuanya kembali pulih dan 2 minggu lagu mereka akan berada untuk konsert mereka di Malaysia... harapnya semua beretika ok... jangan terlalu agresif sampai mencederakan...



kesan luka di bawah mata...


sedikit info dari allkpop

"Super Junior’s Heechul injured by fan at “Super Show 3 in Shanghai” concert

On March 5th, Super Junior held their “Super Show 3” concert in Shanghai, but unfortunately, they were exposed to another incident where a member was injured by a fan.

Last time, member Yesung was hit by a projectile as he was crossing the stage; this time, it was Heechul who got hurt, as a fan’s placard hit him in the face while he was in the midst of performing....more "

tak kiralah kepada peminat artis mana sekali pun... sekalipun anda terlalu fanatik pada artis tu jangan la sampai mendatangkan rasa kurang selesa pada artisnya.. yela kita pun kene paham die pun seorang manusia jugak kan... ada hati dan perasaan... ada ketika nya penat dan perlu berehat... jangan mudah menuduh... atau membuat kesimpulan pada sesuatu perkara... sama la jugak ada antifan... kalo tak suka... dah... tak perlu nak memburukkan membuat sesuatu yang tak elok... bukan mendatangkan keuntungan pun kalo berkelakuan seperti tu.... baru la aman dunia ni.... apa yang penting sila jaga kelakuan....ok...peace!


Penang to Pahang

Salam semua Blogger...

erm terasa cam dah lama tak men tag² ni...bebaru ni aainaa dapat tag dari kawan blogger aainaa dari penang...cikDiela...dalam mood kerajinan ni aainaa menyiapkan tag ni...thanks diela sebab tag aainaa...ehehehe...tag ni pun cam menarik jek...ekekekke....


dah² jom kita mula menjawab soalan² tag nya...mari kita lihat sape yang kene...ekekekkee....^_^


1. Adakah anda rasa anda hot?

Hot? dari segi apa tu? diri sendiri? perasaan? kalo diri sendiri...rasanya takdela hot mane...bese jek...saya hanya orang biasa...kalo dari segi perasaan plak..takde hot pun...takde apa yang menimbulkan kemarahan atau yang membuatkan hati ni hot pun...semenya baik² aja....


2. Upload wallpaper yang anda guna sekarang.



3. Cerita pasal gambar ni.

wallpeper ni? erm...dah lama dah pakai...wat sendiri jek...ada apa ngan no tu? biarla ianya rahsia...boleh tak? kekekeke...kalo nak tau sila datang kuantan....ehehhehe...


4. Kali terakhir makan pizza.

pizza??? dah sangat² lama kot tak makan....dah beberapa tahun rasanya....kenapa? ntah...kurang skitla pizza...bukan pilihan utama...uhuhuhu....

5. Lagu terakhir yang anda dengar?

lagu terakhir ye? memang sedang dengar lagu ni....kalo tak berakhir² camne? uhuhuhuhu...yang skang tengah main skang ARMADA CINTA dari BOB...lagu ni memang best...muzik die...lirik die memang best...tambah plak ngan vokal bob yang sememangnya best! tak caye? try la dengar...^_^

6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?

erm...sambil² wat tag ni...dengar lagu jek...pastu tangan ni menaip jawapan...plus otak ni memerah mencari jawapan...ehehhee...ok tak jawapan tu? jangan marah ek....

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?

-> adik - mak...arwah abah...arwah nenek n keluarga yang rapat sebab aainaa anak bongsu...

-> kak aainaa - ni slalunya adik² sepupu yang yang panggil kakak

-> cikAainaa - slalunya anak² pada spupu aainaa panggik cikAainaa....nak tunggu anak sedara panggil...nampak nya takde lagi...uhuhuhu....

8. Tag 5 orang.

-> enBoy a.k.a Mat Kimon
-> cikMadie
-> cikKeyyah
-> cikHana
-> cikZue

9. Siapa orang nombor 1 dengan anda?

mamat BOY ni? die kawan blogger dari sabah...kenal die masa die kat semenanjung lagi...belum sempat nak jumpa die dah balik sabah...antara blogger lelaki yang rapat ngan aainaa la...

10. Katakan sesuatu kepada nombor 5.

cikZue....antara blogger terawal yang aainaa kenal..semoga hubungan persahabatan yang terjalis atas nama sahabat blogger ni kekal selamanya...amin....

11. Nombor 3 ada hubungan dengan siapa?

cikKeyyah??? harus la dengan bf die...kan keyyah kan...ehehhe...^^

12. Bagaimana pula dengan nombor dua?

cikMadie ni? mula² kenal kat fb...disebabkan kami sama² minat satu kumpulan ni...last² jadi rapat....seterusnya melarat ke blog..ehehehe

13. Kata-kata cinta kepada nombor 4.

hana...i love u...♥

14. Berikan fakta tentang orang yang kamu tag.

enBoy - saya kagum dengan kisah cinta beliau...^_^
cikMadie - seorang kawan dan adik yang sangat memahami...sekepala la...
cikKeyyah - sahabat blogger yang agak rapat gak...selalu menjenguk blog walau sibuk...thank keyyah...
cikHana - bakal doktor yang sangat pandai menulis...saya suka tulisannya di blog....
cikZue - blogger yang happening...

yeah!! siap jua akhirnya...memakan masa gak nak menyiapkannya...ehheheh...bukan apa...dah lama tak menjawab soalan ni kan..jadi slow la skit..tapi taip laju jek...ehehhee....okla jumpa lagi...^_^


Bila Hati Tidak Lagi Di situ....


salam hujung minggu untuk semua....

wah! pagi²dah menulis ni.... ehehehe... takpe... memandang kan tengah idea ni kan... mari kita menulis....

erm.... sejak bebepa hari ni ada beberapa teman di fb yang menanyakan kemana aainaa menghilangkan diri dari fb... kenapa dah tak jumpa kat fb...kenapa deactivate fb...kenapa tak cakap nak deactivate fb....erm...time kasih kerana bertanya dan amik berat...amat di hargai keprihatinan anda semua...sayang kamu semua....




erm camne nak mula kan ek....aainaa pun tak tau camne leh deactivatekan fb tu...seme nya dalam sekelip mata...buka fb n terus deactivatekan...tanpa pk panjang pun....dan masa deactivate tu takde lak rasa berat hati ke apa...senang hati jek...rasa aman kot....dah tak perlu terasa hati ke pa bila menghadap fb tu...mungkin gak leh di katakan nak melarikan diri kot...ehhehhee...mungkin tuk sementara waktu....mungkin gak selamanya...semenya bergantung pada keadaan....




masa mula² tu ter pk gak leh ke aainaa jauh kan diri dari fb tu...yela...dah bertahun kot aainaa ngan fb tu...dah cam teman sejati je...dah sebati kan...tapi sejak² deactivate ni...dah tak pk sangat pun...ok jek...ehehehee...cuma nya kene isi kan ngan benda lain la kan...nasib de blog ni...leh la meluahkan apa yang terasa dan mengalihkan perhatian ni...ehehehe...

buat kengkawan yang bertanya tu...bukan aainaa dah melupakan anda semua atau dah tak sayang...cuma nya aainaa perlukan masa dan ruang untuk menyendiri seketika...jangan risau aainaa tetap sayang anda semua...apapun kita masih leh kontek kat sini kan....kan...kan...sayang anda semua sangat²...♥♥♥

ehehhe...jom layan lagu ni...lagu feveret aainaa wat masa ni...ALL DAY LONG by ZE-A...




*jumpa lagi....tata...♥


....Biru...Coklat...Ungu....


salam semua blogger....

menulis di hari khamis yang cerah walaupun kelihatan agak mendung di luar tu...harap² tiada lagi hujan lah hendaknya ek...insyaAllah amin...semoga semua nya baik² aja...^_^...hari ni aainaa kembali menulis...puas apa di fikirkan apa yang aainaa nak tulis kali ni...puas pk puanya pk...tetiba aainaa nak tulis pasal warna² ni...kira cam proses mengenali diri ini la....chewah...leh camtu...ader ke yang nak kenal masalah nya...;p

kalo nak ikut kan aainaa ni minat seme warna cumanya darjah keSUKAan tu yang berlainan bagi setiap warna...aainaa tak kisah pun kalo pakai warna apa² pun..seme masuk jek...asal rasa selesa...dalam banyak² warna ni...aainaa SUKA 3 kaler ni...BIRU...COKLAT n UNGU...kenapakah? mari kita lihat sape yang kena...(sambil baling dadu ni...ekekeke...mood melalut ni...)




kalo memperkatakan pasal warna BIRU ni...sememangnya warna feveret aainaa dari dulu lagi...dari kecik² lagi....pernah dulu satu ketikanya boleh dikatakan hampir seme warna baju aainaa warna BIRU...tak kiralah sama ada tshirt...baju kurung...punya la fanatik kan...beg sekolah pun nak kaler biru ni...nasib kain skolah memang warna biru...kalo tak tak tau la kan...ekekekke...mau menangin nak waran biru gak....ohohohoo....;p




ah'ha! CoKLAT pun warna feveret aainaa tapi....tak la sefanatik cam kaler BIRU tu...BIRU tu sampai skang memang dah sebati...takleh tinggal....tapi kalo berjalan kuar shopping tu, pantang nampak warna COKLAT la..semenya di mata ni cantik...ehehehee....tapi entah kenapa plak sejak kebelakangan ni warna UNGU jadi antara warna feveret aainaa lak...sampaikan baju raya tahun lepas pun warna UNGU....agaknya baru skang ni perasan yang warna UNGU tu cantik...ekekekeke....




erm...susah naka cakap kan apa yang mempengaruhi aainaa dalam meminati warna² ini...mungkin ianya datang sendiri bila nampak warna² ni...cam ader tarikan graviti jek....bak kata orang dari mata turun ke hati....chewaaahhhh!!! dan kalo kuar berjalan ngan mak, asal nampak warna² ni mulala die mention kat aainaa sampai kekadang aainaa cakap kat mak..tukar warna lain la...takkan semenya nak warna yang sama kan...

tapi aainaa takdela seme yang aainaa jumpa warna² ni aainaa akan suka...ada yang menarik perhatian mata aainaa dan ada yang tak...bergantung pada keadaan dan situasi gakla...walaupun hakikatnya aaina ni suka warna BIRU tapi boleh di kira kot baju BIRU yang aainaa ada..sebab kalo bab pemakaian aainaa tak cerewet pasal warna..seme aainaa pakai tapi aainaa akan cuba elakkan warna PINK...kenapa? bukan tak suka...tapi kurang minat...uhuhuhu....

bila di fikirkan semula ada betulnya warna itu memainkan peranan dalam mempengaruhi emosi seseorang...yela bila seseorang itu selesa dengan sesuatu warna itu, secara tak langsung ianya akan mempengaruhi mood dan suasana persekitaran....tak kiralah warna apa yang anda suka asal ianya tak memudaratkan...warna ni ada mudarat ke? fikir²kan.....♥


Pohon Beringin dan Hantu...



salam semua blogger...

aainaa kembali menulis di hari isnin...ehehhee...menulis setelah bermalasan di tahun baru cina tahun arnab...meriah ok kat sini ngan mercun n tarian singanya...

dua tiga hari lepas aainaa terdengar lagu yang citer bawang putih bawang merah tu..ala yang masa naik buai tu...tetiba teringat pasal pokok beringin ni...ader yang tak kenal ke pokok beringin ni? ala pokok ni besar....rendang pastu banyak akar yang berjuntai²...kalo dulu² pokok beringin ni slalu dikaitkan dengan hantu...kenapa ek?



kalo zaman aainaa kecik² dulu selalu set dalam otak ni...kalo de pokok beringin mesti de hantu bergayut...kalo lalu kat pokok beringin mula la baca macam² surah sebab nak halau hantu...pastu lari laju²...tapi memang klo malam² tengok pokok beringin malam² menyeramkan...dengan akar² yang berjuntai² tu kan...isssyyhhh meremangla...pastu banyak gak dengar citer kalo budak² hilang slalu jumpa nantinya kat pokok beringin...betul ke?




dan selalunya kalo de pembinaan di sesuatu tempat atau kawasan dan kawasan tu plak de pokok beringin tua...mesti ader yang tak berani nak tebang pokok tu....tak pun kalo di tebang mesti akan de masalah pada jentera atau pekerja tu....tapi kebenarannya tak dapat di pasti kan la plak...tapi yang penting baca boleh tapi kalo nak percaya 100% tu baik jangan...ehehhee....

skang ni takyah nak seram²...jom layan lagu ni....^^




*seronok layan citer lama² ni kekadang...^^


Seribu Setia


"Bagaimanapun setianya seseorang itu...walau tidak banyak tetapi akan tetap ada berubahnya kesetiaan itu...."

erm....itu yang berada difikiran aainaa skang ni...memang seseorang itu akan setia tak kiralah dalam apa jua situasi...sama ada dalam persahabatan, percintaan, institusi keluarga dan yang berkaitan dengan hubungan...tapi..tahap kesetiaan itu tidak selamanya akan berada pada tahap yang sama...ianya tetap akan berubah mengikut aliran masa..ada diantaranya makin lama makin bertambah setianya seseotang itu...dan ada juga yang makin lama makin berkurangnya tahap kesetiaan seseorang itu....




adakalanya kita sering menyuarakan yang kita tidak pernah berubah dan masih seperti dulu tapi hakikatnya bagi pihak yang satu lagi merasakan perubahan yang sangat ketara sama ada masih sama seperti dulu atau sudah berubah...dengan hanya berdasarkan sikap keprihatinan pada seseorang belum cukup untuk menyatakan setianya seseorang itu...yela... mungkin cara setiap individu itu menyatakan kesetiaannya itu berlainan dan ada caranya tersendiri.....




setianya tu ada banyak sebab ianya berubah...antaranya kerana aliran masa... macam aainaa cakap tadi la..disebab kan peredaran masa perhubungan itu...makin lama setia itu akan pudar tapi tak semestinya bermakna tak setia cumanya sudah kurang mengekspresikannya... ianya juga mungkin terjadi disebabkan oleh batasan waktu atau halangan² yang tak dapat dielakkan...atau mungkin juga sudah beralih arah kepada yang lain...jeng...jeng...jeng...^_^


ehehee...ini sekadar apa yang terlintas di fikiran aainaa dan tidak bermakna ianya 100% benar...mungkin berlainan antara seseorang individu...tak setia bukan bermakna tak sayang...mungkin ada sebab nya tersendiri...fikir²kan selamat merenung...yeeehaaaa!!!!!!


******************************




Seribu Setia (Siti Nordiana)


Kita yakin suratannya jodoh kita
Kita sedar asmara siapa yang membara
Biarpun beribu tahun
Aku akan pertahankan
Siapa pun akan bosan
Jika sering dilupakan
Siapa pun akan mahu
Kekasihnya kekal setia


Aku masih mampu
Untuk bersamamu
Menempuh dugaan
Aku masih redha
Apa yang aku ada
Selagi kau dengan aku


( 1 )

Cinta tanpa jiwa
Tak mungkin kekal selamanya
Harta atau rupa hanya hiasan manusia
Yang pastinya pelihara secebis hati ini

( korus )

Kudoa kita bersama
Untuk esok dan selamanya
Hanya aku kekasihmu... masyurkanlah
Semikan kasih yang luka
Agar gemerlap semula
Hanya aku kekasihmu ke akhir hayat

( ulang dari 1 )

Hanya aku kekasihmu ke akhir hayat


Layan port baru 25 Januari ♥♥♥


salam sahabat blogger semua...

ehehhee...sorry aainaa dah lama tak menulis...uhuhuhu...takde pape nak tulis la...ini pun puas mengerah idea nak tulis pasal pe....walaupun entri pendek pun...jadila kan dari tak de kan.... ehehhee...

ada apa ngan 25 Januari? 25 Januari tu tarikh lahir angah aainaa...ehehhe...kebetulan die balik cuti ke umah kat kuantan ni...so sambut la skali...tapi takde kek ye...kuar makan n jejalan jek...ehehehe...dh besar kan...takdenya nak sambut meriah²...pastu g pusing tc...pastu lepak kat port baru kat taman gelora tu.....erm tak tau nak citer pe...layan pic je la ek...ehehehhee...;p



antara menu nya...



mak dan adik Inah



aainaa ngan angah a.k.a besday boy....



adik Inah berposing di tiang lampu



aainaa dan adik Inah di port lepak baru....



permandangan kat sini memang cantik.....



angah ngan along....


apapun...semalam memang seronok... dah lama tak kuar jalan² satu keluarga... ehehhee... mood HAPPY...^_^



Tika dan Saat ini.....


salam semua....


wah! dah seminggu aainaa tak menulis kan....erm...ntahla...hati ni takde...hilang ntah kemana....ops!! bukan hilang kerana dicuri ok...ehehehe....hilang mood nak menulis...idea pun kurang la...plus ngan emosi terganggu lagi...serabut ok....tapi ni tetiba rindu nak menjenguk blog ni...ehehehe...lama tak jenguk ni...mula la idea merapu ni muncul....




bila masa² cam ni mula la teringat n rindu kat arwah abah... erm...waaaa...sedih... rasa cam nak nangis pun de...rindu nak ngadu ngan abah...nak manja² ngan abah...manja? semestinya la...sah² anak bongsu kan...nak g jalan² ngan abah.... g ikut abah g keje...wah!!! rindu tu seme....kalau la masa tu boleh di undur kan....erm....




mood skang sangat² RINDU ngan arwah ABAH...=(




sayu je bila dengar lagu ni....erm....

*hanya doa mampu dikirimkan...semoga abah tenang di sana...amin...AL-FATIHAH...


Demam drama Korea Dream High


salam semua....salam hari Jumaat...
erm...ari ni apa yang aainaa nak update ek... ha...! semenjak dua menjak ni... aainaa dah kemaruk dengan drama² korea... ahahhaa... dah berjangkit ngan docHana ni... lalalalaa... abis seme citer korea... tapi tak seme la... mane yang best je la kan...




yang terbaru skang ni aainaa layan citer korea tajuknya DREAM HIGH....citer ni takde lagi tayang kat Malaysia...sebab kat korea tengah tayang skang ni...so layan online je la... kene sabar menunggu mereka² upload n sub kan dulu...uhuhuhu...tapi kerana citer nya best... ku tetap sabar menunggu....ehehhee....ok ni aainaa de skit info n sinopsis citer ni....


**********************************


Judul :Dream High
Genre: Sekolah, romantis
Episodes: 16
Tayang di : KBS2
Masa Tayang: 3 Januari – 22 Februari 2011
Waktu tayang: Isnin-Selasa 21:55


Sinopsis

Drama ini mengisahkan 6 orang pelajat dari Kirin Art High School yg berusaha menggapai mimpi mereka untuk menjadi bintang.




Kim Soo-hyun : berperanan sebagai Song Sam-dong. Seorang anak muda dari kota kecil yg tinggal bersama ibunya. Sam Dong punya cita-cita sejak kecil memiliki pertanian sendiri tetapi akhirnya jatuh cinta pada seorang gadis dari Seoul, Hye Mi. dia akan melakukan apapun untuk Hye Mi (Suzy). dia juga merupakan seorang pelajar yang dipilih oleh direktor Kirin Art High School untuk menyertai sekolah muzik itu, dimana akhirnya dia menunjukkan bakat terpendamnya dalam bidang muzik dan mengejar cita-cita menjadi seorang bintang.



Suzy Miss A : membawa watak sebagai Hye Mi, seorang gadis yg sempurna, terbaik di segala hal. Tapi, disebaliknya, dia mempunyai kepribadian yg kasar. disebabkan masalah keluarga dia terpaksa membatalkan latihan vokalnya dan memaksa diri mengikuti ujibakat untuk menjadi penyanyi pop di SMA seni Kirin. Hyemi sendiri tidak suka penampilan Sam Dong kekampungan dan akhirnya, Hyemi membantu Sam Dong menukar imej itu.




Taecyeon : mengisahkan Jin Gook seorang anak muda yatim piatu yang di asuh oleh pakciknya sebelah ayahnya, seorang peniaga dan CEO, tapi Jin Gook tidak mau tinggal bersamanya dan memilih jalan hidup sendiri dengan menari bersama teman-temannya di jalanan dan akhirnya menghadiri ujubakat Kirin Arts School. Juga menaruh hati kepada Hye Mi



Eunjung T-Ara : merupakan sahabat Hye Mi iaitu Yoon Baek Hee. Eunjung merupakan seorang gadis yang tidak pernah mendapat perhatian oleh orang-orang di sekitarnya bahkan oleh ibunya sendiri. selalu bersama Hye Mi kemanapun, akhirnya mereka berdua bersama-sama mengikuti Ujibakat di SMA seni Kirin. Di sinilah dia memulai meraih impiannya…



Wooyoung : memegang watak sebagai Jason, kembali ke korea setelah lama tinggal di USA. Jason sangat berbakat dan sempurna dalam menyanyi dan menari. Tapi, dia tidak punya jiwa bersaing. menjadikan muzik sebagai sebahagian dari hidupnya.



IU : Pil Soo seorang gadis yg kurang menarik dari segi fizikal tetapi mempunyai bakat yang luar biasa dalam nyanyian. Karakter Pil Sook sendiri adalah gadis yg ceria, gemuk tetapi cantik dan sensitif dan mudah jatuh cinta. Pil Sook nanti akan jatuh cinta dengan Jason.


**********************************

sape yang rasa nak layan citer ni jugak leh ke link ni DramaCrazy....selamat menonton...hero winter sonata pun de dalam drama ni....^_^


Gadis Semasa Sunsilk


salam semua...aainaa menulis lagi... ehehehee... tadi petang... aainaa berkesempatan tengok rancangan ni kat tv3.... rancangan pe? rancangan Gadis Semasa Sunsilk ni la... sebelum ni slalu la tengok iklannya... tak bape paham gak masa tengok iklan tu... tadi petang (11Januari2011) episod pertama... boleh tahan la... ni de sedikit info pasal rancangan ni....




Sebuah rancangan realiti yang memaparkan kehidupan seorang gadis yang bakatnya dikesan melalui laman portal YouTube, akan menemui penonton setiap Selasa bermula hari ini, pukul 6 petang.

Rancangan realiti di TV3 itu diterbitkan sebanyak 13 episod dan diberi judul Gadis Semasa Sunsilk.

Program ini bertujuan meningkatkan gaya peribadi wanita muda bagi membolehkannya menikmati kehidupan dengan penuh keyakinan.

Gadis yang masih dirahsiakan identitinya itu mempunyai bakat yang luar biasa. Dia akan mendapat bimbingan ke arah pembentukan imej dan bakat oleh komposer Ajai, pelakon Wardina dan pakar dandanan tempatan Bambang Sateto.

Rancangan itu diterbitkan oleh syarikat produksi Red Comunications Sdn Bhd. Ia diarahkan oleh Bernard Chauly.

Siri drama realiti itu akan merakamkan transformasi saat-saat manis, pahit, tawa dan tangisan yang bakal di tempuhi gadis berkenaan dalam perjalanan hidupnya.

Benard berkata, pada tiga episod pertama, rancangan tersebut akan memaparkan detik-detik penting dalam mengenal pasti seorang wanita untuk dipilih menyertai pencarian itu.

Selepas itu pula para penonton akan diperlihatkan bagaimana gadis berkenaan diberi pendedahan kepada dunia glamor selain khidmat nasihat serta bimbingan pakar dalam merealisasikan hasratnya untuk mengejar impian.

“Penonton akan dapat menyaksikan bagaimana seorang gadis yang begitu naif mendapat tunjuk ajar, bimbingan dan keyakinan dalam mengejar impian hidupnya. Ia sebuah rancangan yang menarik bagaimana sukarnya mencari seseorang melalui laman YouTube,” kata Benard.



Melda Ahmad


ni plak lagu PUTUS - Melda Ahmad yang baru tadi aainaa dengar kat rancangan tu....kira melda ni salah seorang gadis semasa yang dicari la...lagu ni dah lama ada kat Youtube cuma aainaa je yang baru dengar...ehehhee...boleh tahan la...jom layan...^_^





jangan lupa gadis semasa di tv3 setiap selasa jam 6 petang...selamat menonton...

*sumber dari MStar


Pentas AJL25 Cantik!!!!


salam pagi isnin semua.....
sungguh sejuk pagi ni.... hujan dan mendung lagi.... mentari kurang kelihatan skang... uhuhuhu... apa kene mengena ngan tajuk entri? ekekeke... macam besela entri ni sah² pasal AJL yang dah selamat berlangsung semalam kan... keseluruhan acara semalam memang meriah.... bukan je persembahan dari para artis yang bertanding tapi dari artis² lama yang membuat persembahan.... sangat best!




pertama nya...pentas AJL 25 memang cantik...sangat cantik...tak macam last year...tahun ni memang cantik....hahaha...tetiba kan...sedap je mata melihat pentas tu...nak² masa persembahan YUNA...nampak sangat oren...cantik jek...persembahan mata yang sangat cantik la pendek kata...ha lagi satu tahun ni banyak tul adengan tembak menembak...laser melaser....magik....men terjun² dalam air...men buai pun de...pastu siap ada yang kene lempang lak tu...uhuhuhu...cam kuat je kene lempang tu...uuuhuhuh...




erm....tak mahu berbicara soal keputusan semalam...yela keputusan telah dibuat....kalo suka ke tak suka ke...takleh nak wat pe kan...time je...bukan kasi kesan pun kat aainaa...ekekeke...boleh plak camtukan...boleh jek...yeah!!! aainaa mula merepek ni....ok aainaa cuma nak coret apa dan persembahan mana yang meninggal kan kesan dan menarik bagi aainaa la...ehehe...itu pandangan peribadi ok...tak de kene mengena dengan minat artis tu atau tak...




pertama²nya persembahan Yuna memang best...walaupun hanya sekadar menyanyi sambil bermain keyboard...tapi sangat mengasyikkan...latar belakang dan persembahan pentasnya sangat cantik...warna oren....walaupun simple tapi meninggalkan kesan...Yuna pun cantik malam tu...wah...suka²...susunan semula lagu tu pun best...lagi satu persembahan artis yang bagi aainaa best Hafiz dengan lagu Noktah Cinta....memang wajar Hafiz memenangi kategori vokal terbaik...persembahan vokal Hafiz memang terbaik malam tu...clear jek...cayalah...camni la baru juara....best²!kalo tengok dari gimik plak...adengan tembak tu memang real la...gempak...cayalah....




aainaa pun suka persembahan black masa lagu sofea jane...slumber...nampak rileks jek..tapi memang membuai dan mengasyikkan bila black bawa lagu tu...seronok jek dengar...vokal black tak perlu dipertikaikan...seperti biasa...memang baik....persembahan FT sah²la menarik perhatian kan...ngan prop sangkar yang besar + de akuarium kat bawah tu...tapi masa die terjun dalam air tu aainaa tak perasan sebab kat dapur masak maggie...lapo...hahahhaa...tetiba kan...ekekekek....




yang lain² nya ok la...banyak yang wat magik...ana ngan hafiz wat magik...API ngan hafiz men tembak²...ana ngan FT duk dalam sangkar...tapi sian kat shahir la...siap kene lempang tu...tapi takpe yang tukang tampar tu pun pelakon cantik nasha aziz...yup...sangat cantik nasha malam tu...sweet...adira plak men buai²...adira comel malam tu...cam adik mia sara plak....=)




apapun tahniah untuk pemenang² semalam...walaupun bukan pilihan aainaa...time jek...kalo dok bising² pun bukan leh tukar pun keputusannya...relakan aja...ekekekke...tapi puas hati la drama king de tempat plus vokal dapat kat hafiz walau ramal black...TAHNIAH untuk SEMUA....kita jumpa tahun depan...cewahhhh!

Vokal terbaik : Hafiz - Noktah Cinta
Persembahan terbaik : Faizal Tahir - Hanyut
Ketiga : Noktah Cinta - Hafiz
Kedua : Drama King - Meet Uncle Hussin
Juara : Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafalli