Santau

salam hujung minggu semua...

santau... skang ni makin banyak plak aainaa dengar citer pasal santau menyantau ni... isyh.. kenapala mesti ader lagi perkara² seperti ni.... ingatkan zaman dah moden... negara dah maju... maka pemikiran masyarakat kita makin matangla dan semakin maju... rupanya makin kolot rupanya... makin penuh hasad dengki lagi ader... sabar je la....


ni ader sikit info pasal santau ni yang sempat aainaa google untuk kita kongsi sama² :-

Santau merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.

Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman . Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca , serbuk Ipoh , bisa besi , dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah , pitam , pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.

Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.


info ni plak aainaa dapat dari sini

Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dijadikan panduan bagi mengenal pasti samada seseorang itu terkena racun atau santau. Pada kebiasaannya, akan mangsa racunmenderita serta-merta seperti berlakunya muntah darah. Mangsa santau mengambil masa lama menyebabkan mangsa tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nenas. Ini adalah kerana mangsa santau amat sensitif kepada limau nipis dan nenas.

Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:

-Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.

-Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.

-Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.

-Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.

-Lenguh seluruh anggota badan.

-Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.

-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

-Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.

-Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.

-Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak- kanak tersebut.

-Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.

-Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.

-Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.


Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:


-Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.

-Hilang daya ingatan.

-Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.

-Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.

-Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.

-Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.

-Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.

-Terjadinya kanser dan ketumbuhan.

-Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.

Amalkan membaca 3 kali setiap lepas solat dan baca 1 kali sebelum makan atau minum:


*pergh!!! risau plak bila baca info² ni...apapun sama² kita doakan kesejahteraan kita bersama supaya terhindar dari semua perkara² yang tak elok ni....yang penting dekatkan diri kepadaNYA...insyaAllah...=)


2 comments:

Fairuz Selamat

takuttt...
takuttt santai..
takuutttt

(sambil peluk bantal makan coki2)

Nur Aainaa Khairunnisa

wah! PTD datang menerjah ni....

ni takut santau ke santai?
musykil jap...

*motif peluk bantal....? bukan kat ofis ke? ;p