Makan Malam Keluarga

salam semua...♥

semalam 26 september 2009, kami sekeluarga kuar makan kat luar...huhuu... lama dah tak g makan kat luar sekeluarga.. memandangkan angah dah nak balik kl hari ni... so mak ajak kuar makan kat luar... wah... seronok².... ktorg makan katne? makan pe?... hehehee...


Aainaa ngan angah...(sama tak muka ktorg??)

ktorg g makan ikan bakar kat tanjung lumpur port besela kat kuantan ni... tapi yg kat pantai pergh... penuh giler orang.. maklumla malam minggu kan.... memang full... last² ktorg stop kat kedai ikan bakar satu ni.. apa ek namanya... lupa.... agak ramai la org kat kedai tu... tapi takla full sangat....


Menunggu menu sampai...


Menu malam itu

apa lagi masa untuk order makanan.... bab ikan aainaa yg pilih... aainaa amik ikan pari bakar ngan ikan siakap masak 3 rasa... pastu along pilih sotong goreng tepung ngan tomyam campur.... angah plak nak kerang bakar tapi dah abis la plak... pastu sayur tambahan amik kailan ikan masin...itu je menu jek.... tak banyak pun... tapi..... nak mengabiskan nya sekian....


Mak dan minuman² kami


Air dah abis makanan tak sampai lagi ni

sementara tunggu makanan sampai... sesi snap snap gambar pun bermula... tapi aainaa ngan angah je la.. sebab ktorg dua je yg giler bergambar.. hehheee...;p air semestinya sampai dulu.... punyala la lambat makanan sampai... aainaa ngan angah punya minuman dah abis dulu.. huhuuhuuu... pe lagi order lagila air... tadi tembikai laici... kali ni plak... air kelapa... hahahaa.. rasakan... tak sempat minuman kedua sampai... makanan pun sampai.. pe lagi.... tak pandang kiri kanan la.. seme fokus kat makanan.. hahhaaa.. yela lama dah tak makan sekeluarga camtukan... rasanya kat meja ktorg la paling meriah walaupun cuma 4 org... bising leh tahan... aainaa ngan angah dok sakat mak...


Hasil kerjasama kami berempat


Muka kekenyangan


mak sedaya upaya menghabiskan air kelapanya..heheee...

setel² seme makan.. pukul 11 lebih baru balik umah.... wah... kekenyangan.... jom layan gambar..=)


Raya 2009

salam semua....

lama tak update blog...maklumla bz skit time raya ni...pastu otak ni blur je bila nak update blog....tak tau nak tulis pe...hari ni agak lapang skit walaupun agak kekeringan idea nak tulis pe..takpe ku perah gak otak ni...huhuu..;p nak citer pasal pe ek..citer pasal raya la ek....


gambar family

raya pertama tu pas semayang raya kat umah berkumpul la 4 beranak ni salam² mak, angah ngan along pastu terus ngan sesi bergambar dalam keadaan tergesa²...huhuuuhuu...sebab nak terus ke kubur arwah abah plak....dalam satu kawasan g jugak lawat kubur arwah tok ngan sedara² yg lain...pastu terus ke kubur tok belah abah kat kawasan perkuburan hutan setali...dah stel seme terus ke umah adik mak kat semambu...kalo dah umah makcik ni memang lama la lepak...dah nak petang baru balik...

kita tgk citer bergambar je la ek..heheee...;p


kat umah abg spupu


family kak spupu beraya kat umah


ni plak kat umah abg spupu


ni seme sepupu


anak² spupu


akak² spupu ngan mak


ni anak spupu..comel kan..



kawan angah dari kluang (kawan zaman
sekolah rendah lagi)


beraya ke umah kawan arwah abah

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum semua...



wah..tengok kengkawan blogger dok post kad raya... aainaa pun tak nak ketinggalan post kad raya untuk semua sahabat² blogger aainaa...kaf ni wat sendiri ok... design sendiri... dah lama wat sebenarnya dari awal pose... tapi tunggu masa nak post jek... heheheee....

kepada semua sahabat² blogger aainaa... Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin kalo ader catatan atau gurauan antara kita yg membuat kan anda terasa atau berkecil hati, aainaa minta maaf k.... Harap terimala kad ini seadanya k... aainaa sayang anda semua...♥

semoga keceriaan menanti anda semua di lebaran kali ni... pada sahabat² yg akan pulang ke kampung beraya tu... berhati-hatila di jalan raya tu... pada yg memandu tu pastikan kereta anda di servis dan anda rehat secukupnya dan pandu lah secara berhemah..♥ pada yg menaiki kenderaan awam tu...jaga keselamatan diri anda k...♥

MEMBUKA PINTU REZEKI

Salams, for sharing.....

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

"setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada) .......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..."

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
♥ jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
♥ Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
♥ Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
♥ Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ... tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
♥ Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
♥ Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris...... Cuma jangan lupa doakan ibu bapa k ita setiap hari
♥ Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya...) InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,

Thanks Ya...♥♥♥


Takde pape just nak publish kad raya yang di terima....♥


Dari Bella


Dari Zue


Dari Kak Ommy


Thanks pada seme coz kasi kad raya ni... ti aainaa balas ek.... dalam proses... hehehehehe.....


TQ Hana....♥

salam semua...



Kelmarin masa dok tinjau peti pos.... ader la satu pos ekspress.... wah.. kenapa plak ni ader pos ekspress ni.. tengok nama pengirim... nurfarhana.... ahaaa.... dah ku tau.... ini tentu dari cikHana.... terus ku buka dan inilah isinya.... sangat cantik dan comel ok.... THANKS CIK NURFARHANA ABDULLAH.... ♥♥♥♥ akhirnya sampai jugak.... TQ... TQ...



Balik Kampung....

Yeay!!!



tak lama lagi mesti ramai antara kita yang akan mula bz untuk balik ke kampung halaman masing²...wah seronoknya detik tu...tapi jangan dilupakan aspek² keselamatan..tak kira lah kalau anda pulang menaiki kenderaan awam atau kenderaan sendiri...yang penting utamakan keselamatan dulu...mane perlu di servis kereta tu...servisla...baik servis awal²...jangan wat kerja last minit....nanti ader yang tertinggal...wah pesanan penaja...heheee...

bila cakap pasal balik kampung ni...banyak kenangan yang boleh diimbau...semuanya berlaku masa arwah abah ader lagi..yela abah kan keje kerajaan..so tak merantaula..tapi dalam pahang gak...tak penah kuar dari pahang....last merasa balik kampung tahun 2000 kot..masa tu duk Temerloh.....tapi paling best kenangan balik kampung masa duk kat Rompin la...



selalunya abah suka balik kampung petang raya...ala dari rompin ke kuantan bukan jauh pun...2 jam je..tapi kalo abah bawa sejam setengah jek....jalan pun bukan sibuk pun...lengang jek...pastu lalu tepi pantai plak tu...memang best... pastu.... mak akan siapkan bekal untuk berbuka sama ader kat tepi jalan atau maner² yg sempatla....seronok...



slalu nya tepi pantai la...rindunya pada moment² indah tu... waaa...rasanya cam nak turun kl je pastu okut angah balik kuantan...merasa gak balik kampung kan...tapi konfem mak tak kasi...banyak lagi keje yg tak setel kat umah ni...huhuu... aderh...banyak nye nak kene wat ni...takpe² relek la aainaa.. malam raya ti akan ku kerah abang² ku untuk kemas umah...yeay!! wah dah masuk citer kemas umahla plak...takpe²....berhenti sini dulu....jumpa lagi k..daaa..
assalamualaikum...♥

Video Klip Lagu Raya Raihan & Noh Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda


Salam semua....

tadi dok godek tenet ni terjumpa la video klip ni....bila dengar n tengok citer dalam video klip ni...tetiba teringat kat arwah abah.... masa kecik² dulu abah tak pernah miss untuk beli baju raya untuk kami 3 beradik...jalan citer video ni sangat menyentuh hati....ntah kenapa aaina mudah tersentuh dan tak sedar dah mengalir pun airmata ni....huhuhu...sedih....






Selamat menonton....♥♥♥

DUA BELAS AURAT WANITA

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng.......jadi hantu loceng..........

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.





Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Kemarahan terhadap Mesin Jahit

salam semua....wah apsal plak tajuk entri kali ni pasal mesin jahit ni???? nak beli ke??? atau....



hehehee... sebenarnya nak citer pasal kejadian semalam kat umah.... setelah lama kain² untuk wat baju raya tu terperap kat umah dan setelah dipotong dan dihantar jahit tepi.... tibalah masa untk mencantumkan bahagian² kain tersebut...

dengan semangat yang berkobar-kobar..aku pun belek² la ceraian kain² yg ader... dengan penuh semangat jugak aku mengeluarkan mesin jahit yang agak lama tak di gunakan... last pakai sebulan lepas kot... tu pun sebab nak jahitkan kain sampin along.... pastu takde guna dah... selalunya mesin ni pun akan digunakan lebih kurang setahun sekali takpun kalo ader baju yang nak dijahit... kalo tak memang duk dalam bilik je la tak berusik....

jadi, misi menjahit dimulakan dengan penuh semangat... pada mulanya segalanya berjalan lancar dan menyenangkan... tiba² mesin jahit ni wat hal.... kat bahagian jarum yg sepatutnya turun naik tu tersekat.... lekat... aderh... tension kejap... dahla tengah semangat nak jahit ni.... pe lagi laju jek tangan ni godek mesin jahit ni... dah puas tekan kat tempat jarum tu... aku pusing² plak bahagian roda dier tu..pastu cam berhasil.... aku terus kan menjahit... ku sangka panas hingga ke petang.. rupanya hujan di tengah hari... mesin tu wat hal lagi... tak bape lama menjahit dah tersekat lagi... arrrggghhhh... tension nya...!!!!

kali ni pe lagi... abis ku buka bahagian tertutup kat tepi jarum tu... abis minyak ku letak... konon nya ingat kurang minyak tu yang tersekat tu.... agak berjaya cara kali ni.. tapi tetap sama cam tadi.. elok skejap jek... huh!! aku pun dah naik fed up kali ni.... sampai dalam hati ni cakap... tahun ni tak pakai baju baru pun takpela!!!! aku tinggal je mesin jahit tu.... rasanya pahala puasa semalam berkurangan sebab dok marah ke mesin jahit tu... apala aainaa ni ngan mesin jahit pun mau marah ka.... huhuu...

tak lama pun aku majuk ngan mesin jahit tu... setengah jam pas tu aku g balik godek mesin tu... setelah berlagak seperti pomen mesin jahit yang tak bertauliah... akhirnya aku tau apa punca bahagian jarum tu tersekat... buat penat je aku dok marah mesin jahit tu.. rupanya benda simple je yg bermasalah... ade satu part dier yg longgar.. tu yg wat dier tersekat tu... just ketatkan semula n mesin tu berjalan seperti sedia kala..... yeay!!! akhirnya.... masalah selesai.. skang ni dalam mood bertungkus lumus menyiapkan baju raya aainaa, mak n adik kecik.... sepasang sorg jek... yang lain pakai baju lama... hehheee... kemalasan melanda nak potong kain lagi... lalalalaaa..♫♫♫

okla...jumpa lagi...daaa....♥

Mengimbau Kenangan

Benar kata orang, setiap detik yang berlalu itu pasti indah untuk dikenang walaupun kadang-kadang ia adalah kenangan yang paling pahit dalam sejarah...tapi pabila musim berganti musim, yang pahit itu tetap akan berubah menjadi suatu kenangan yang indah untuk dikenang...dan kadang-kadang boleh menjadi lucu....


Gambar 28/11/1985 (umo setahun)


anak abah

Kenapa perlu merindu pada kenangan dan detik-detik silam itu???? wah persoalan....huhuhuhu....mungkin ada memori bahagia yang pernah tercipta di situ tanpa kita sedari walaupun jarak memisahkan dan detik waktu berlalu... memori tetap utuh untuk teguh berdiri di situ....♥



kengkawan masa SKSP
pic thn 1996 (SKSP Kuala Rompin)


Reunion SKSP kat RBR 2002

Tapi kenapa perlu dikenang masa yang telah berlalu???? bukankah kita perlu terus mara ke hadapan tanpa perlu menoleh ke belakang lagi??? tetapi perlu diingatkan, tanpa kenangan itu mana mungkin hari ini dan hari esok tercipta...Hari esok memerlukan hari semalam dan hari ini untuk mewujudkan dirinya...♥


5Gamma 2001


budak form5 aspura aspuri SMKT 2001


destiny dorm 2001

Mengimbau kenangan dari zaman kecil sehingga kini, mana mungkin dapat dihitung kerana begitu banyak memori yang tercipta dan terlakar....ada ketikanya sehingga "jammed" memori ni kerana kesesakan memori² ini berebut berusaha menonjolkan diri mereka untuk diimbas...tentu ada di kalangan kenangan-kenngan itu sungguh bahagia dan bangga apabila sentiasa menjadi pilihan untuk diimbas....♥


BTN Mersing


lawatan ke TV3 oleh AJK Fiesta Merdeka 2005


Yes!! derma darah!!!


kenduri kawin nonie 2006




ni masa g kl n genting beberapa bulan lepas

*untuk cikHana...jangan tersengih-sengih baca entri ni k...entri ni di tulis tatkala otak ku di bawah pengaruh kenangan silam...huahuahuaaaa....aainaa mereng jap...


Raya 2008

HIDUP = 3 HARI + 2 NAFAS




"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah .

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga .
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Danmereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya ... lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
... di dunia jua di akhirat kelak serta
di dalam rahmat Allah s.w.t.

Dia Maha Sempurna - UNGU

Dia Maha Sempurna - UNGU



* cari tempat sembunyi
oh dimanakah aku bisa sembunyi
cari tempat sembunyi
oh dimanakah aku bisa sembunyi

dia maha besar
dia maha melihat
dia maha tinggi
dia maha sempurna

tak ada satu pun yang luput dari penjagaannya
tak ada satu pun yang luput dari pandangannya
tak ada satu pun yang luput dari penglihatannya
tak ada satu pun yang luput dari pengawasannya

repeat *

dia maha kuasa
dia maha segala
tiada satu pun yang mampu menandinginya

lailahaillallah lailahaillallah
lailahaillallah lailahaillallah

repeat *

TAG dari Bie Azreena sekali lagi...♥♥♥

Yeay Mari menjawab!!!

1) Anda rasa anda hot?
Hot la sangat time² sahur ni...dah ujan kat luar tu..

2)Upload gambar2 kesayangan anda?



3)Kenapa anda suka/sayang gambar ini?
rindu pada kenangan kenangan ni bersama mereka² semua...Rindu nak wat event lagi ngan dorg....kalo dapat kumpul balik seme² ni mesti syok n kecoh suasana...sayang sangat² la kat korang ♥

4)Bila kali terakhir anda tak puasa?
tahun lepas la....memang wajib tertinggal kan...huhuhu...

5)Lagu terakhir yang dengar?
Wali Band - Tetap Bertahan

6)Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
dok layan facebook sambil dok dengar lagu...

7)Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?
Adik..(mak ngan arwah abah angan arwah nenek je yang panggil)

8)Tag lagi 7 orang tanpa rasa kekesalan..
-Nur Farhana
-Aiman Haqimy
-Ommy Firuz
-Fairuz Selamat
-Atie
-Zue
-sape yang rajin

Yes!!! siap!!! ♥♥♥