Tag dari Muhammad Firza Mohamed Jamri

ader lagi TAG...layan kan je la...

1. Anda rasa anda hot?

hot ke?? erm...no komen leh??? huhuu

2. Upload gambar kesayangan anda



3. Kenapa anda suka gambar ini?

kenapa saya suka gambar ni? kenapa saya suka gambar ni? sebab ia best!!! heheee...sweet sangat....♥♥♥

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?

sudah lama tak makan...bertahun kot...

5. Lagu terakhir anda dengar?

♫♫...I want to spend my lifetime loving you...♫♫

6. Apakah yang anda buat sambil selesaikan tag ini?

dengar lagu kat mp3 ni...layan fb..

7. Selain dari nama anda sendiri anda suka di panggil?

erk...pe ek??? pendengar yg setia...huhuuhuhu....

8. Tag lagi 6 orang tanpa rasa kekesalan.

farhana [yeayea!!!!]
Nuyulz [my luvly fren]
Fairuz Selamat [sungguh bz ngan teater cuci nya..]
siti firuz [mak dara terdiva ni..;p]
bieAzreen [kawan blogger ku di kejauhan]
zue [bawaku terbang ek zue...;p]


****Siapa no.1 kepada anda??
kawan blogger ku yang paling sempoi....tempat berkongsi cerita..hehheeee....tul tak hana????

****Bagaimana pulak no.3??
fairuz selamat??? sape dier??? artis...huhuuu....;p

****Pendapat anda pada angka 4??
angka 4??? E.M.P.A.T

****Kata sesuatu tentang orang no.2??
Nuyulz?? myluvly fren...♥

****Bagaimana pulak no.5?
bie?? ok² aja...(wah tak tau nak komen pe ni)

****Pendapat anda pada angka 6??
angka 6? kalo terbalik kan jadi 9...yeay!!!


PAPADOM SANGAT BEST!!!!

Assalamualaikum semua sahabat² blogger...



rasa cam lama plak tak menulis kat sini... takde idea yg melintas di fikiran ni nak tulis pasal pe... tapi kebetulan hari ni aainaa ngan mak kuar ke bandar... saje jalan²... aainaa cadang kat mak jom g tengok wayang... mak ok jek... pastu aainaa pilih nak tengok citer PAPADOM... yela agak teruja la nak tengok... sebab banyak komen yg aainaa baca mengatakan citer ni best dan sarat ngan mesej.... memang teruja la nak tengok.... semangat berkobar-kobar ni... heheeee...;p






antara babak dalam PAPADOM

banyak elemen yg diketengah kan dalam filem ni... pasal budaya... perpaduan... kasih sayang.... cemburu.. cinta... semua ader... yang paling utama... kasih sayang seorang ayah terhadap anak gadisnya... sangat bertuah anak itu... aainaa tak pandai sangat nak komen lebih² pasal citer ni... bagi aainaa kalo cite tu berjaya buat aainaa rasa tak bosan... makna citer nya best sebab sedar² je dah nak abis...


elemen masyarakat muhibah..♥

citer ni jugak berjaya wat aainaa nangis banyak kali.. sangat sedih ok.... pertama masa Mun meninggal... dan aainaa paling sedih sekali masa presentation filem pendek Mia masa dah nak last² tu... sangat sedih ok.... plus teringat kat arwah abah.... huhuhuu....=( tapi tiap kali tengah layan feeling sedih... terus masuk unsur klako... terbantut nak layan perasaan... huhuhhuhu.... tapi memang di akui la citer PAPADOM ni memang best!!!! so mane yg lum g tengok tu sila² la ye jejakkan kaki anda ke panggung² yg berdekatan ek menonton filem ni...

ni ader sinopsis citer PAPADOM aainaa lampirkan :-

"Mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta? Itulah yang berlaku kepada Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Wasiat isteri agar menjaga anak mereka , Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Saadom sering memeluk dan mencium Mia, di hadapan kawan-kawannya. Mia sedikit malu. Waktu rehat, Saadom akan menghantar makanan kepada Mia dan kawan-kawannya di sekolah. Adakalanya kawan-kawan Mia menolak makanan tersebut kerana mereka mahu diet. Saadom sering juga melepak di dalam kawasan sekolah Mia, demi memastikan keseleamatan Mia. Adakalanya Saadom diminta keluar oleh Pengetua.. Masalah besar timbul apabila Mia perlu memilih universiti. Saadom mahu Mia memilih yang dekat-dekat sahaja, tetapi Mia pula mahu belajar jauh daripada bapanya. Mia mahu bebas daripada bapanya. Saadom jadi panik. Bagaimana dengan janjinya terhadap arwah isterinya yang telah mewasiatkan Saadom menjaga Mia dengan baik? Mampukah Saadom mendidik Mia hingga berjaya menggenggam segulung ijazah?!! Nantikan kemunculan 'Papadom' sebuah karya Afdlin Shauki di pawagam berhampiran anda...."



p/s : Sayangila ibu bapa anda selagi mereka masih ada... mungkin ader cara mereka menzahirkan kasih sayang mereka pada anda tidak kene pada tempat dan ketika nya... tapi percaya la mereka melaku kan itu kerana kasih sayang yang tidak berbelah bahagi....


sementara menunggu masuk panggung

♥♥♥...HARGAILAH IBU BAPA KITA SELAGI HAYAT MEREKA MASIH ADA...♥♥♥

KAKI KU......

APA SUDAH JADI NI?????? KAKIKU????

kalo sakit kepala tampal koyok.....kalo sakit kaki????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tampal koyok pun OK kan??? heheheee...;p


.
.
.
.
.



Dah dekat seminggu kaki kiri ni sakit... bila jejak tu kat tumit ngan tepi tumit tu sakit.... tak tau kenapa... nak kata ader terhentak... takde rasanya....nak kata bengkak pun tak rasanya.. cuma sakit jek... kenapa ek? adakah????? jeng... jeng..... jeng.... pape pun doa yg terbaik jek... smoga cepat hilang sakitnya ni..... AMIN....♥


p/s :-w'pun sakit kaki ni.... tetap berjalan ikut mak sdara petang tadi g menjemput saudara mara ke kenduri kawin spupu ku hujung bulan ni.. wawawawaaaa.... sakit kaki??? ku tolak tepi... yeayyy!!!!



♥...MINATKU...♥


Assalamualaikum semua....

lama rasanya tak tulis kat blog ni... buntu la... takde topik yg nak di kongsikan... kalo ader pun... sekerat je... pastu terus hilang idea nak sambung.... huhuuu.... takpe² kali ni aainaa nak kongsi salah satu kegemaran aainaa... apa la agak² nya kegemaran aainaa ni ek... huahuahuaaa... wat suspen jek.. padahal takde la suspen maner pun...


Antara koleksi Novelku

aainaa ni sebenarnya minat membaca... dari zaman sekolah rendah lagi... kalo zaman sekolah dulu kan slalu ader jualan buku² kan... buku yang pasti tak ketinggalan ialah buku novel remaja yang pasal penyiasatan tu... apa namanya dah lupa... yang mengisahkan sekumpulan sahabat yang diketuai Azrul.. pastu ader seekor monyet peliharaan dier nama bujal... buku tu memang feveret aainaa masa zaman sekolah rendah...


Kisah Satu Malam

bila dah masuk sekolah menengah dier dah ubah skit... wawawaaaaa... dah lebih kepada majalah hiburan... sebut je majalah pe yg aainaa tak beli... dulu tak pernah miss ni setiap bulan mesti beli... dah masuk form 3..aainaa mula layan novel tulisan
ahadiat akasyah... lagenda budak setan, kisah satu malam dan banyak lagila... tapi itu semua pinjam ngan kengkawan belaka... tak penah beli lagi... tau je la novel kan mahal... wawawaaaaa.. alasan....


Lagenda Budak Setan

pastu dah abis zaman sekolah menengah, melangkah plak ke zaman kolej... dan di sinila segalanya bermula... wah cam citer apa jek ayatnya..... dapat pulak member satu umah yang majoriti nya pencinta novel... hehheheheee... bila ader novel baru je mesti cari... pastu tukar² baca... semenjak tu jugak la aainaa start kumpul novel sendiri.... dalam koleksi aainaa sekanrang ader lebih 10 novel... dan hanpir kesemuanya terbitan alaf 21 dan tulisan
NORHAYATI BERAHIM... penulis pujaan ku.... hasil tulisan nya tak pernah gagal untuk buat aainaa menangis... wawawaaaa... jiwangnya.... nak wat camner... katanya jiwa sensitif... huhuuu...;p


Novel Paling Tebal (805 muka surat)

novel yang paling melekat dalam jiwa aainaa dan aainaa still ingat jalan citernya adalah semesti
"DIOMBAK RINDU" dan sambungannya "CINTA TIADA AKHIRNYA"... jangan ingat drama je ader sambungan... novel pun ader tau... hehheee... memang menyayat hatila citer tu... tapi yg seronoknya happy ending... heheheheee...


Antara Koleksi Terbaru

aainaa plak kalo ngadap novel ni memang tak pandang benda lain dah... akan fokus pada tu je... kalo leh nak habiskan terus novel tu... pernah sekali tu punya nak abiskan satu novel ni aainaa sanggup berjaga dari malam sampai pukul 6pagi semata-mata nak tau kesudahan citer tu... pastu mula pagi esoknya mata sembab hasil gabungan tak cukup tido ngan menangis... hehheee.....

wah!!! panjang plak tulisan aainaa kali ni... nak kalah kan cikHANA ke??? wawawaaaaa.... banyak plak idea berebut nak kuar untuk dicoretkan... hehheee... lancar je menaip ni...

ok.. jumpa lagi di entri akan datang...

p/s:- kekalkan minat membaca dikalangan kita... tak kirala novel ke... majalah ke... tak kisah asalkan ianya bahan bacaan yg elok.... ingatlah "MEMBACA SATU AMALAN MULIA"... yeay!!!!!


PANADOL MERBAHAYA???




JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya?? Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.



Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak . Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.



Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.
Sumber :- http://www.omaQ.org


Tapai Ubi vs Tapai Pulut

Assalamualaikum semua...♥

baru semalam aainaa makan tapai pulut...sedapnya.... makan plak sejuk²..memang sangat sedap... letakla banyak pun memang akan aainaa habiskan...aainaa memang penggemar tapai... heheheee.... dua² jenis tapai aainaa makan, tapai ubi dan tapai pulut..



tapai ubi plak skang aainaa suka makan kalo ianya digoreng celup tepung ...ala cam goreng pisang tu....skang ni kalo kat pasar malam merata jual...sangat sedap ok....tapi kalo di beri pilihan antara tapai ubi dan tapai pulut.....tapai pulut adalah pilihan utama...kenapa? sebab ianya BEST!!!! hehehee...;p

bawah ni ader info skit pasal tapai

Tapai pulut merupakan sejenis makanan tradisional di Malaysia dan amat digemari dikalangan penduduk pantai timur, terutamanya di Terengganu, dan Kelantan.

Bahan utama yang digunakan untuk membuat tapai pulut adalah, beras pulut dan ragi. Beras pulut ini dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya dicampurkan dengan serbuk ragi. Kemudian, nasi pulut bercampur ragi ini dibungkus di dalam daun khas dan kemudiannya diperam beberapa hari sehingga menghasilkan rasa masam.

Di Terengganu khasnya, tapai pulut seringkali dihidangkan di musim perayaan.



Selain tapai pulut, terdapat juga tapai ubi.