Dah Sampai....
anda sihat hari ni?? harap² semua sihatla ek dalam situasi sekarang ni yang menularnya kes² H1N1 ni...semoga semua sahabat aainaa di jauhkan dari virus tersebut...amin...♥
entri hari ni pasal apa ek? heheheeee...erm....semalam kan....lepas balik pada klinik teman mak wat checkup....masa nak buka pintu pagar umah tu...nampakla kat dalam peti surat tu ader pos ekspress...wah aainaa dapat pos ekspress... huhuu....aainaa amikla...padahal dah tau dah dari mane...saje je nak wat suspen kononnya....amik terus masuk dalam kete semula sebab nak g klinik lagi satu...mak ader temujanji doktor gak...wah banyak nya klinik mak ni...hhuuu...
dalam kete aainaa buka la pos ekspress tu...nak tau apa di dalam nya????? haaaaaa inila dier....
cd enFAIRUZ SELAMAT!!!!!
tapi simpan smula...balik umah baru dengar...hehheeee....
setelah berulang kali memutar lagu² dalam CD en FAIRUZ SELAMAT... aainaa telah jatuh hati sama lagu "Alahai Sayang"...lagu irama malaysia....aainaa memang suka irama malaysia.... best²!!! ♥... lagu ni mesra telinga....wah mesra telinga..ye la melodi dier kita cepat tangkap...memang layanla.... lagu lain bukannya tak best, BEST!!!! ♥ tapi lagu ni baru kali pertama dengar...yang lain dah penah dengar sebelum ni..heheee...;p
okla...tu je nak citer sebenarnya...jumpa lagi ek di entri akan datang...daaaaaa......♥
p/s :- TQ pada Fairuz n enRamlee atas kerjasama anda..(wah kerjasama apa la tu...huhuu...;p)
Yasmin meninggal dunia - Kembali ke rahmatullah 3 hari selepas diserang angin ahmar
KUALA LUMPUR - Pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad (gambar) yang mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak sejak Khamis lepas meninggal dunia malam tadi.
Yasmin, 51, kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 11.30 malam di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya selepas tiga hari berada dalam koma setelah menjalani pembedahan membuang darah beku di kepalanya.
Yasmin yang terkenal sebagai pengarah filem Sepet, Gubra dan Talentime rebah secara tiba-tiba semasa bermesyuarat bersama penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa serta beberapa kakitangan Media Prima di Sri Pentas, TV3, sekitar pukul 3 petang Khamis lalu.
Beberapa jam sebelum itu, adik iparnya, Datuk Dr. Zakaria Zahari memberitahu media, Yasmin masih menerima bantuan alat sokongan hayat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar Damansara.
kredit berita dari Kosmo
P/S - Al-Fatihah untuk arwah Yasmin Ahmad...salam takziah buat keluarga Yasmin Ahmad
Rawang to Genting
kali ni untuk entri kedua untuk hari ini....wah tak agak² sampai dua untuk hari ni.....kebetulan banyak yg berlaku hujung minggu aritu...tu yang banyak plak untuk dicoretkan dan untuk dikongsikan bersama.....
heheheee....sambungan dari entri sebelumnya....tak lama pastu kawan² aainaa sampai...nurul dari putrajaya pun sampai...kemudiannya farah pun sampai nak jemput ktorg tumpang umah dier kat bandar tasik puteri, rawang...dari pekeliling ke bandar tasik puteri tu amik masa dalam sejam gak....dalam kete tu macam↓3 citer kuar...teruja kan lama tak jumpa...dalam asyik berborak tu tak sedar dah nak sampai...ktorg tak terus ke umah...ktorang lepak g makan jap...then baru balik umah.....walaupun masing² penat...tapi bila dah berkumpul tu abis seme citer kuar...badan ni walau pun penat,tapi mata ni tak plak nak tdo....ktorang wat pillow talk sampai pkl 4 pagi....seme kenangan masa belajar dikorek smula..seme kengkawan lama menjadi bahan cerita....
hari kedua...bangun pagi cuci muka seme sempat lagi tolong farah sediakan b'fast...wah rindu nak masak ramai² camni....dah setel seme...pas bfast terus bersiap nak g taman Garing Jaya....nak g jumpa shida...sebenarnya shida tak tau ktorg datang sebab kami cakap tak dapat datang...bila dah kasi salam n shida kuar terkejut dier tgk ktorg datang..hehehee...surprise....!!! bermulala aksi bergambar..heheheee...;p pastu bercerita itu dan ini...setelah hampir sejam lebih,ktorg pun minta izin nak balik..ader gak rasa sedih..yela ti 2thn tak jumpa....nampak mata shida bergenang...ktorg sakan menyakat shida..kononnya nak balik petang tu la....tapi....
tapi farah ajak naik genting dulu...so dari umah shida ktorg pun gerak naik genting...semenya plan last minit...huhuu...ktorg lalu kot batang kali...sebelum tu singgah jap kat tempat berkelah kat batang kali tu...apa ntah namanya...takpasti....lepak² jap..amik gambo, main air jap..then terus gerak naik genting...pastu terjadila peristiwa yg agak melucukan...tetiba nurul cakap
"farah, elok² bawa kete...kita nak g pekeliling ni kan?"..lebih kurang camtula...
aainaa ngan farah dah mula senyum²..aainaa ngan farah pun cakap,
"nurul, kenapa main kat luar kete tu? meh masuk meh..."..pastu ktorang gelak...
"nurul...kita on the way naik genting la ni..kata kaki dah sejuk.."..skali lagi ktorg gelak..memang klakar sangat masa tu...
sampai atas ktorg just jejalan je kat dalam n taman² kat luar tu..tak main pun...yela last minit plan kan...heheheee....dah pkl 4lbh aainaa cakap kat farah,takpela aainaa balik esok(isnin) pun takpe..nurul yg dengar pun nak balik isnin gak..so memasing call mak memasing bgtau tak jadi balik hari ahad...so lepak la lama skit kat atas tu...dekat pkl 7 baru ktorg turun....terus g pekeliling cari tiket...setel seme balik la ke bandar tasik puteri semula...seme tdo awal sebab penat....
wah panjang la plak entri kali ni...cam wat cerpen la plak....tapi memang hujung minggu yang menyeronokkan.....bila la agaknya dapat jumpa dorg lagi...okla jumpa lagi di entri akan datang....daaaaaa...^_^
18/07/09 (bengang!!!)
wah lama tak update ni...bukannya malas ok...tapi takde bahanla untukdicoretkan..heheheee...
apa kene mengena tarikh di atas ngan entri kali ni? heheeee....ader peristiwa yg agak membengangkan berlaku...mmg bengang plus tension la....camni ceritanya...pada tarikh seperti diatas..wah cam tulis surat rasmi plak...aainaa turun kl sebab nak g jumpa kawan masa blaja diploma dulu yang nak ke India sambung master dier...kira nak jumpa la dulu sebelum dier g sana...
ok berbalik pada cter asal...aainaa patutnya naik bas TRANSNASIONAL pkl 3.30ptg..aainaa sampai kat terminal pkl 3.15...ader pmpuan cina sorg tengah tunggu bas yg sama....tunggu la sampai 3.30 bas nya tak sampai²...ader sorang lelaki cina yg nak naik bas yg sama g kat kaunter tanya...dorg cakap sebab 4 org je yg nak naik, so dorg gabungkan ktorg ngan bas pkl 4.30..leh camtu? tapi okla sebab tak la lama sangat menunggu....tapi.....yang membuatkan kami² ni agak berapi bila bas 4.30 sampai, driver tu tak kasi naik padahal bas tu bukan penuh pun...pastu driver tu leh blah g2 je tinggalkan ktorg 4 org....bengang tak?
masing² seme tak puas hati terus menyerang kaunter tiket kat atas...tapi dalam masa yg sama kesian gak kat makcik yg jaga kaunter tu..tapi tengah marah kan..ktorg seme minta pulang balik duit tiket....pastu leh lak tanya pe kata kalo naik bas pkl 6.30...aainaa jwbla..kalo nak naik bas pkl 6.30 watpe belik tiket 6.30...huhuuu....pastu dapat jugak minta dipulangkan duit...pastu cina lelaki tu terus belikan tiket bulan restu pkl 5....terus turun n naik bas....sampai kl pkl 8lbh camtu...cepat giler....nasib angah aainaa datang tunggu kat pekeliling sebelum kawan aainaa jemput...kalo tak....bosan gak tunggu sensorang...
p/s:- pasni memang takkan naik TRANSNASIONAL dah...balik aritu pun naik plusliner..lagi syok...
TAG dari Bie Azreena
mestila mak ngan abah..tapi skang ni hanya tinggal mak...seme nye kongsi ngan mak....
NAME A PERSON THAT YOU REALLY WISH TO MET IN REAL LIFE FOR THE FIRST TIME?
sorang je ke? kalo 3 leh tak? boleh je kan
-NurFarhana Abdullah
-Fairuz Selamat
-AimanHaqimy
CHRISTINA OR BRITNEY?
Christina kot.....britney kurang la.....
DO YOU DO YOUR OWN LAUNDRY?
kenkadang untuk baju² tertentu.....
THE MOST EXCITING PLACE YOU WANT TO GO?
sungai....wah semalam baru je g sungai....tapi just main kat tepi je la...bergambo je lebih
CAMERA OR MP3 OR HP?
HP....seme ader kat situ....
POINT OUT 5 THINGS ABOUT THE PERSON WHO TAGGED YOU?
peramah, mesra, comel, agak gila² aainaa rasa, sweet....
3 THINGS I SAY TOO OFTEN?
wah......tetiba.....erk....
BOOK I'VE RECENTLY?
novel
4 SONGS I COULD LISTEN TO OVER AND OVER AGAIN?
jaiho, lady, ratu novella, selalu mengalah
3 THINGS I LEARNED LAST YEAR?
last year? erm.....banyak gakla....
8 PEOPLE TO TAG?
Nur Farhana
Fairuz Selamat (ini budak nak kene ni!!!)
AimanHaqimy
Zue
Pal
Boy
OmmyFiruz
balkidz_hunny
......
Hukum Horoskop
entri baru lagi...kali ini untuk berkongsi info pasal satu email yang aainaa terima....
"salam sejahtera ?
Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9.
Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.
Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.
SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.
Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.
Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,' katanya.
Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 'Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.'
Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.
Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu. Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.
Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.
'Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan. 'Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul pe rasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja.
Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.
'Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini,' katanya. Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.
Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.
Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.
'Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi.
Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak,' katanya.
Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.
Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.
Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.
Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.
Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.
Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.
'Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan,' katanya.
Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tukang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan... Paling ditakuti kalau ianya menyebabkan kita syirik, maupun sengaja atau tidak. Tiada maaf untuk mereka yang telah syirik..."
Award
ni entri pendek je....just nak publish award dari sahabat² blogger...
yang pertama ni dari kak OmmyFiruz....heheee....tq Kak..ti leh kasi lagi....
yang kedua dari BieAzreena...walau pun baru kenal dah dapat award ni...time kasih ye Bie....
Final Mentor3
hari ni cuma nak berkongsi info tentang konsert final mentor3.....apa yang aainaa tau melalui pemerhatian di kaca tv la...
ari tu masa tengok jurnal mentor yang memaparkan persiapan setiap peserta final...dapatla saksikan beberapa artis yang akan berduet dengan peserta akhir ni...antaranya :-
Black akan berduet ngan Mus May dan Shamrin Fotograf
Chaq akan berduet ngan adik dier sendiri Stacy
bagaimana persembahan mereka ti....saksikan pada AHAD,12 Julai 2009 pukul 9 malam di TV3....
jumpa lagi...daaaaaa...^_^
p/s - siapa juara pilihan anda...kongsi²la bersama...=)
Genap 7 tahun
entri kali ni aainaa tujukan khas untuk arwah abah aainaa....walaupun dah lewat 3 hari....
tanggal 5 julai 2009 hari tu genap sudah 7 tahun pemergian arwah abah ke rahmatullah.... pejam celik,dah 7 tahun abah tak bersama kami sekeluarga... sungguh pantas kan masa berlalu....
rasanya baru semalam aainaa balik umah dan tengok abah duduk atas kerusi kat ruang tamu tu...rasa cam baru lagi aainaa cium tangan abah sebelum balik ke hostel.... waaaaaaaaaaa...... rindu nya kat arwah abah...tahun ni jugak, tahun ke 7 kami sekeluarga tak beraya bersama abah... rindu nak salam dan cium tangan abah di pagi raya.....tiap² kali raya abah mesti kasi duit raya walaupun masa tu dah abis sekolah....kalau la dapat ku putar kembali waktu itu.....
terlalu banyak kenangan manis aainaa bersama abah...maklumla aainaa ni anak bongsu dan anak tunggal perempuan....dan paling rapat ngan abah....kemana je abah g mesti aainaa mengekor...huhuu...sampai abah g keje luar masuk felda amik bacaan hujan pun aainaa ikut...itu sebelum masuk sekolah lagi la... heheheee...aainaa ingat lagi masa kecik²...aainaa suka peluk kaki abah..yela abah kan tinggi.... penah skali dulu sampai tersalah peluk kaki org lain...huhuu..;p
abah ni seorang yang sangat sukakan bunga orkid...apa jenis bunga orkid yang abah takde...asal ader yang baru je mesti abah beli...abah siap wat bangsal lagi untuk bunga² orkid kesayangan dier.....bila abah dah takde ni..mak pula yang jaga bunga² orkid tinggalan arwah abah...aainaa just tolong skit² je..tak bape pandai..w'pun dah tak banyak cam dulu sebab banyak tinggal kan kat rompin masa pindah dulu.....masa pindah temerloh dulu...satu lori tu hanya penuh ngan bunga orkid abah jek...hehheee...
kalo nak tau abah ni dulu peminat hindustan n dangdut...tapi dangdut amalina je tau... yang lain abah tak minat....hehehee...asal ader citer hindustan baru je mesti beli...huhuu....ingat lagi abah penah suruh aainaa beli vcd amalina yang ader lagu memori daun pisang tu...huhuuh ader lagi dalam simpanan...banyak lagi kenangan manis bersama arwah abah..kalo nak list kat sini tak cukup ruang plak...
walau apapun, abah tetap di hati adik,angah, along ngan mak....kami semua rindu dan sayangkan abah...smoga abah tenang disana......amin....
tapi yang pergi tetap pergi...apa yg penting, aainaa sebagai anak hanya mampu mendoakan kesejahteraan abah di sana....amin.....
Turun KL
erm....g kl tak kemana pun sebenarnya..anak spupu aainaa baru kawin awal tahun aritu...skang ni wife dier dah ngandung...saje je g tengok n kebetulan dorg pindah umah baru....saje je la nak kenal² umah...hehheeee...tapi ku bukan paham sangat jalan kat kl tu...huhuu....layan kan jek...kalo setakat dari MRR2 tu nak g umah angah ku kat ampang n umah anak sppu ni tau la skit²...kalo ke tempat lain mmg mati kutu la....huhuu....
sampai kat umah anak spupu tu dalam pukul 1 lebih....angkat² barang seme...setel dalam pkl 2...then makan² jap....terus tdo...huhuuu....esoknya tak kemana pun...aainaa just ikut mak n kak spupu g jalan TAR..tempat wajib dorg kalo datang kl....kalo ikutkan...aainaa ader janji ngan kawan masa kolej dulu nak jumpa..tapi last minit tak jadi...dier kene balik kg kat tangkak...so aainaa temankanlah mak ngan kak spupu g shopping kat jalan TAR n sogo..huhuu...sampai² jek...ramainya giler org...aainaa lemah tul kalo ramai² org ni....gamble jek....redah jek...
pusing...punya pusing...punya pusing....last² dapat la tudung yg ingin di beli..huhuhuu....dah setel seme gerak naik lrt dalam pkl 6lbh... then sampai umah dalam 7 lbh.. huhuuu... mandi²...lepak kat umah jek malam tu....esok nya tak kemana pun cuma pagi nya g tesco beli barang nak masak steambot..lupa plak nak amik gambonya...huhuu....then petangnya lepak² kat umah je.....
then tghri tadi gerak balik kuantan...pkl 1 kuar dari tol gombak...aainaa sampai umah dalam pkl 4 kat umah...kete tak banyak plak hari ni kat highway....
sekian dulu entri kali ni...huhuuu....bye² semua....jumpa lagi...=)
Umur Yang Sesuai Untuk Berkahwin.
sabar semua...jangan terkejut baca tajuk entri kali ni...heheheee....bukan aainaa nak kawin.....hehheee...;p
tadi dok bersembang ngan mak pasal angah aainaa...yela dier tu dah ader makwe..family sama family pun dah kenal...tapi ntah bila nak kawin nya....umo angah pun dah 28 tahun ni....mak pun teringin nak tengok angah tu kawin..yela dalam 3 org anak dier ni...angah tu je yg ader makwe....hahaaa....along dulu ader...tapi skang aainaa pun tak tau la ader ke tak....aainaa?? hahahahaaa...single ok....wah pengakuan....=)
ok....bila dah sembang ngan mak pasal tu,tetiba terpk...pada pandangan anda² semua tentang umur yang sesuai untuk berkahwin? bagi aainaa...bukan bergantung pada usia tetapi sejauh mana kematangan seseorang tu...maksud aainaa matang dari segi tanggungjawab....kalo duit dah cukup tapi rasa tanggungjawab tu takde takleh gak..mau haru biru rumahtangga tu...betul tak? pemikiran pun harus la matang...yela bila nak buat sesuatu keputusan tu perlulah berfikir ngan matang dan waras...bukan leh ngan sambil lewa dan tangkap muat jek.... tanggungjawab dalam perkahwinan ni cukup berat...sebab bukan hanya membabitkan pasangan suami isteri je, malahan keluarga di kedua-dua belak pihak....satu keluarga yang besar...itu pendapat aainaa....
aainaa ader sikit cari info tentang usia yang sesuai untuk berkahwin :-
"Aisyah r.a adalah satu-satunya seorang perawan (dara) ketika diperisterikan oleh Rasulullah SAW. Bahkan ketika itu umur beliau masih kanak-kanak lagi sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a. maksudnya:
“Bahawasanya Nabi saw telah mengahwini Aisyah sedang (ketika itu) ia berumur enam tahun dan Aisyah tinggal bersama Nabi semasa ia berumur sembilan tahun”..
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Menurut Mazhab Empat, Islam tidak menentukan had umur untuk berkahwin. Ini bermakna bahawa kanak-kanak kecil juga boleh berkahwin. Walau bagaimanapun menurut Seksyen 8, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 menyatakan: “Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu”.
Menurut Seksyen tersebut perkahwinan kanak-kanak di bawah umur hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah. Hal ini bukanlah berlawanan dengan pendapat Mazhab Empat kerana hakikatnya kebenaran dari Mahkamah adalah bertujuan memberi peluang kepada Mahkamah untuk menyelidiki gadis tersebut dari segi latar belakang, keadaan fizikal, kemampuan untuk berumah tangga demi menjaga kepentingan kanak-kanak tersebut. "
okla dulu...kalo ader cadangan atau mahu berkongsi pendapat...sila² kan la berkongsi....
p/s ;- aainaa akan ke kl petang ni sampai hari isnin...so aainaa tak mungkin online untuk tempoh itu....kalo ader yg rindu (wah ader yang rindu ke???) tu sms la...ok semua....have fun di hujung minggu....=)
Laman Sosial
bertemu lagi di entri baru ni....kali ni apa yg nak dicoretkan ek? errrmmmm....
tetiba aainaa terpk kan pasal laman sosial....tahu kah sahabat² semua pe laman sosial? ala "Social Networking"...cam MySpace, Facebook, Tagged, Hi5, Friendster dan yang lain² la....nak sebut seme mmg banyak.....ini mungkin antara yang familiar....
sekian dulu untuk entri kali ni....jumpa lagi...daaaaaa.......peace no war....