Mentor musim ke 5


Sharifah Aini sertai Mentor musim kelima

PETALING JAYA 10 Dis. - Berbekalkan pengalaman lebih 40 tahun sebagai penghibur telah melayakkan Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar dipilih menyertai program realiti, Mentor musim kelima (Mentor 5).

Selain Sharifah Aini, lima artis terkenal negara yang turut terpilih sebagai mentor dalam rancangan terbitan TV3 itu ialah Erra Fazira, Afdlin Shauki, Rahim Maarof, Edry Abdul Halim dan vokalis kumpulan Hujan, Noh.




Pengumuman kesemua mentor tersebut diumumkan dalam satu sidang akhbar yang berlangsung di Sri Pentas, di sini, hari ini.

"Sebelum membuat keputusan muktamad memilih enam mentor ini, kami telah membuat saringan terlebih dahulu dengan menyenaraikan 10 hingga 15 calon yang sesuai.

"Menerusi beberapa perbincangan yang dilakukan, kami sepakat untuk memilih enam calon ini berdasarkan kelebihan dan pengalaman yang ada dalam diri mereka.

"Kami optimis dengan enam orang mentor ini yang mampu memberikan impak untuk musim ini," jelas Penerbit Mentor 5, Muhamad Sufian Isa.

Kesemua mentor yang terpilih hadir pada sidang akhbar itu kecuali Sharifah Aini yang kini berada di Mekah.

Walau bagaimanapun, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Hapuslah Airmatamu itu sempat memberikan sepatah dua kata menerusi rakaman video.

"Insya-Allah, saya akan menggunakan pengalaman 42 tahun dalam industri untuk membantu bakal protege saya," katanya dalam rakaman tersebut.

Uji bakat Mentor 5 akan bermula di Sabah pada 18 dan 19 Disember ini manakala 1 dan 2 Januari 2011 akan diadakan di Sarawak.

Sementara itu, uji bakat di Semenanjung Malaysia pula akan berlangsung selama empat minggu berturut-turut bermula 15 Januari di Sri Pentas, TV3.


*sumber dari UTUSAN


1 comments:

lynda

like ur blog..follow me..:)