Bekas Permaisuri saman Uncle Seekers


KUALA LUMPUR 3 Dis. - Bekas Raja Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aishah Abdul Rahman semalam memfailkan saman terhadap pengkaji paranormal, Syed Abdullah Hussien Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana bertindak melanggar maklumat sulit beliau.

Peguam T. Gunaseelan berkata, Siti Aishah selaku plaintif turut memfailkan saman yang sama ke atas bapa Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas sebagai defendan kedua.



T. GUNASEELAN dan Anthony M. Sebastian melihat sebuah akhbar tabloid yang tertera gambar Cik Puan Siti Aishah Abdul Rahman berkenaan kes saman di Kuala Lumpur, semalam.


Menurutnya, Mahkamah Tinggi Temerloh menetapkan tarikh pendengaran interparte pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.

''Cik Puan Siti Aishah memfailkan saman tersebut semalam dan pihak peguam telah menyerahkan saman tersebut kepada Syed Abdullah selaku defendan pertama.

''Syed Abdullah menerima saman tersebut pada pukul 3.45 petang di kediamannya di Janda Baik hari ini, bagaimanapun Syed Hussein tidak kelihatan kerana mempunyai urusan di Melaka,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya, di sini hari ini.

Hadir sama peguam Anthony M. Sebastian yang turut mewakili bekas Raja Permaisuri Agong itu.

Gunaseelan menjelaskan, saman tersebut dibuat oleh Siti Aishah berikutan pihak defendan membuat pelanggaran maklumat sulit plaintif menerusi blog www.uncleseekers.blogspot.com dan beberapa akhbar tempatan.

Kata beliau, pelanggaran itu adalah berhubung maklumat plaintif ketika mendapatkan 'rawatan' daripada defendan pertama.

Menurutnya, dalam saman tersebut Siti Aishah turut memohon untuk mendapatkan perintah injunksi bagi melarang defendan pertama dan kedua daripada melakukan perkara berikut:

* Dilarang mendedahkan secara lisan, melalui blog mereka, blog wakil mereka, surat khabar berhubung sebarang maklumat plaintif yang diperolehi semasa memberi rawatan, tidak kira secara diri atau melalui wakil-wakil, pekhidmat-pekhidmat, ejen-ejen atau ahli keluarga

* Dilarang daripada menerbitkan sebarang buku, majalah, risalah atau terbitan melalui blog, laman web sama ada secara diri atau melalui wakil-wakil, pekhidmat, ejen atau ahli keluarga berhubung maklumat plaintif yang diperolehi semasa memberi rawatan.

Berikut adalah antara pernyataan dalam tuntutan yang difailkan:

* Jun 2010, plaintif meminta defendan pertama membantu menangani masalah emosi ekoran defendan pertama mengemukakan diri dia berkelayakan untuk mengubati orang yang menghidap gangguan emosi atau tekanan mental.

* Difahamkan plaintif akan membayar defendan pertama untuk rawatannya dan defendan akan menjalankan tugas sebagai profesional.

* Defendan akan merahsiakan segala maklumat plaintif iaitu secara komunikasi sepanjang proses mengubati atau kaunseling plaintif. Defendan pertama tidak akan mengeksploitasi plaintif.

* Atas permintaan defendan pertama, plaintif telah membayar defendan pertama sejumlah RM15,000 sebagai balasan bagi 'rawatan' yang diberi defendan pertama.

* Pada 29 Jun 2010 berlaku perselisihan faham antara plaintif dengan defendan pertama dan plaintif telah menamatkan rawatan.

* Pada November 2010, defendan pertama telah mendedahkan maklumat komunikasi antara beliau dengan plaintif ketika memberikan rawatan, di dalam laman blognya.

Berikut antara butir pendedahan:

* Plaintif menjalani 'rawatan' dengan defendan pertama, gambar plaintif dan defendan pertama, gambar rumah dan keluarga plaintif, maklumat ketika sesi komunikasi plaintif dengan defendan pertama.

* Defendan pertama mendedahkan maklumat 'rawatan' dan sesi komunikasi yang rahsia kepada surat khabar tempatan.

* Kedua-dua defendan juga mendedahkan perkara-perkara yang berkaitan hubungan profesional antara plaintif dengan defendan pertama.



`*sumber dari UTUSAN


*BHARIAN - Siti Aishah saman Uncle Seekers

*KOSMO - Janji Siti Aishah dilanggar

*HMETRO - Halang dedah maklumat sulit


3 comments:

ohlala

ohho~no comment.tapi mmg patut pun aishah buat ni.hmmm

sarah shafie

kena sman dh uncle seekers..huhu..