Pabila Marah

Assalamualaikum semua sahabat² semua....

tetiba je petang tadi terpikir pasal topik ni...tapi nak menulis di kala tu tak sempatla sebab dah di amanahkan oleh mak tuk masak mee kari...wah menu tadi mee kari ok sahabat² ku sekelian...wah lari topik la plak...hehheee...

ok²...kembali ke pangkal jalan...aainaa nak tanya ni..anda² semua kalo marah...apa yg anda lakukan??? adakah anda akan terus marah kat org tu balik atau pada seiapa la... atau anda akan berdiam diri atau pendam jek perasaan marah tu??? maner satu??? atau ader cara lain anda lepas kan kemarahan anda tu??? ni ader skit maklumat tentang nafsu dan marah ni untuk dikongsikan...



"Imam Ghazali memberikan contoh tentang sifat marah dan mengikut kemahuan hawa nafsu yang menjadi satu daripada punca besar keburukan akhlak seseorang. Sebenarnya kedua-dua tabiat ini boleh dikawal dan dikendalikan dengan melatihnya sedikit demi sedikit. Bahkan agama memang menyuruh manusia berbuat demikian.

Hawa nafsu dan sifat pemarah itu wajib dikawal dan dikendalikan. Salah satu cara yang dianjurkan oleh agama ialah dengan selalu berpuasa. Untuk menundukkan kedua-dua sifat itu manusia perlu berjuang, sama tarafnya dengan berjuang dalam peperangan jihad. Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar terhadap sesiapa yang berjaya dalam perjuangan ini. Sebaliknya mereka tidak berjaya dan hidup dengan menurut kehendak hawa nafsu, tidak kira halal dan haram. Maka akan dibalas dengan azab seksaan yang tidak terperi sakitnya.

Walau bagaimanapun seperti yang diterangkan di atas, nafsu, syahwat dan marah itu ada tempatnya yang memberi faedah kepada manusia. inilah tujuannya Allah SWT memberikan kedua-dua sifat itu. Misalnya manusia mempunyai nafsu untuk makan, maka ia mestilah ditunaikan kerana jika putus makanan maka manusia itu akan mati. Tetapi cara menyediakan makanan dan makan itu hendaklah sederhana sahaja, jangan berlebih-lebihan. Firman Allah dan Surah al-A'raf ayat 31 yang bermaksud: .."Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau: sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas".

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Makanlah serta minumlah dan bersedekahlah dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah) asalkan jangan kerana bermegah-megah dan menyombong diri, dan jangan pula melampau-lampau, kerana Allah suka melihat kesan nikmat-nikmat Nya kepada hambanya".

Kesimpulannya, tujuan dikawal hawa nafsu bukanlah hendak mencabutnya sama sekali dari akar umbinya atau menghapuskannya dari tubuh manusia yang dituntut hanyalah untuk mengembalikannya ke tempat yang benar dan sederhana. Sifat marah misalnya, dituntut agar tahu mempertahankan diri, jangan sampai mendiamkan diri atau terlalu pengecut walaupun diri atau umat Islam seluruhnya diancam dan dimusuhi, demikian juga jika hhukum-hukum agama dipersenda dan dicabuli. Sabar ada batasannya. jangan sampai dipijak. jangan sampai maruah dijatuhkan.

Dalam hubungan ini, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah (Hadis Riwayat Muslim dan Anas)

Dalam usaha melatih diri untuk mengawal hawa nafsu, kadang-kadang nafsu syahwat itu dapat menguasai jiwa manusia sehingga akal yang sempurna pun terlepas daripada mengendalikannya, tidak terdaya untuk menahannya daripada melakukan perkara-perkara yang keji atau maksiat. Tetapi apabila ia segera menyedari keterlanjurannya itu lalu bertaubat dan berazam untuk kembali kepada yang benar, maka insya Allah ia akan berjaya dan budi pekertinya akan berubah semula kepada yang baik dengan izin Allah."



kalo aainaa plak...aainaa ni jenis susah nak marah org depan²...paling teruk pun aainaa tarik muka atau pun aainaa jauhkan diri....tapi kalo dah sampai melampau memang akan sembur gak la....tapi susah la nak tengok aainaa marah org..tapi payahla nak tengok aainaa marah direct kat org...paling koman pun aainaa akan merungut sensorang jek....mungkin jugak aainaa ni seorang yang suka pendam kot...payah nak lepaskan kemarahan tu...tapi org cakap org yg cam aainaa ni bahaya ek...maksudnya bila dah lama pendam tu bila kalo meletup tu akan bentang habis²an segala yg telah di pendam...betul ke??? setakat ni tak pernah lagi berlaku pada aainaa....anda² semua penah lalui tak?? kalo ader apa kata kita share sama² pengalaman tu...

okla jumpa lagi k...daaa...♥♥♥

0 comments: