di TAG



'STATE 5 INTERESTING THINGS ABOUT Fairuz Selamat'

1. Ting tong
2. baik
3. artis (wah....!!!)
4. berbakat
5. Acuuuuuuuu!!! (ops!!!!)


'TELL 10 THINGS ABOUT MYSELF'

1. Pendiam
2. anak bongsu
3. anak tunggal perempuan
4. suka jadi pemerhati
5. susah nak marah..dan suka pendam...
6. suka tengok citer hantu...♥
7. suka asam pedas ikan pari...nyum..nyum...♥
8. berdarah jenis A
9. suka ikan keli masak sambal
10. suka minum teh ais

CHOOSE 10 BLOGGER AS MY AWESOME BLOGGER BUDDY

sape yg rajin nak wat...sila wat ek....♥♥♥

Salam Kemerdekaan ke 52





Salam Kemerdekaan Yg ke 52
1 Malaysia!!!!
Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan.!!!

AAINAA BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA!!!!

YEAY!!!

♥...I ♥ MALAYSIA...♥


Pabila Marah

Assalamualaikum semua sahabat² semua....

tetiba je petang tadi terpikir pasal topik ni...tapi nak menulis di kala tu tak sempatla sebab dah di amanahkan oleh mak tuk masak mee kari...wah menu tadi mee kari ok sahabat² ku sekelian...wah lari topik la plak...hehheee...

ok²...kembali ke pangkal jalan...aainaa nak tanya ni..anda² semua kalo marah...apa yg anda lakukan??? adakah anda akan terus marah kat org tu balik atau pada seiapa la... atau anda akan berdiam diri atau pendam jek perasaan marah tu??? maner satu??? atau ader cara lain anda lepas kan kemarahan anda tu??? ni ader skit maklumat tentang nafsu dan marah ni untuk dikongsikan...



"Imam Ghazali memberikan contoh tentang sifat marah dan mengikut kemahuan hawa nafsu yang menjadi satu daripada punca besar keburukan akhlak seseorang. Sebenarnya kedua-dua tabiat ini boleh dikawal dan dikendalikan dengan melatihnya sedikit demi sedikit. Bahkan agama memang menyuruh manusia berbuat demikian.

Hawa nafsu dan sifat pemarah itu wajib dikawal dan dikendalikan. Salah satu cara yang dianjurkan oleh agama ialah dengan selalu berpuasa. Untuk menundukkan kedua-dua sifat itu manusia perlu berjuang, sama tarafnya dengan berjuang dalam peperangan jihad. Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar terhadap sesiapa yang berjaya dalam perjuangan ini. Sebaliknya mereka tidak berjaya dan hidup dengan menurut kehendak hawa nafsu, tidak kira halal dan haram. Maka akan dibalas dengan azab seksaan yang tidak terperi sakitnya.

Walau bagaimanapun seperti yang diterangkan di atas, nafsu, syahwat dan marah itu ada tempatnya yang memberi faedah kepada manusia. inilah tujuannya Allah SWT memberikan kedua-dua sifat itu. Misalnya manusia mempunyai nafsu untuk makan, maka ia mestilah ditunaikan kerana jika putus makanan maka manusia itu akan mati. Tetapi cara menyediakan makanan dan makan itu hendaklah sederhana sahaja, jangan berlebih-lebihan. Firman Allah dan Surah al-A'raf ayat 31 yang bermaksud: .."Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau: sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas".

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Makanlah serta minumlah dan bersedekahlah dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah) asalkan jangan kerana bermegah-megah dan menyombong diri, dan jangan pula melampau-lampau, kerana Allah suka melihat kesan nikmat-nikmat Nya kepada hambanya".

Kesimpulannya, tujuan dikawal hawa nafsu bukanlah hendak mencabutnya sama sekali dari akar umbinya atau menghapuskannya dari tubuh manusia yang dituntut hanyalah untuk mengembalikannya ke tempat yang benar dan sederhana. Sifat marah misalnya, dituntut agar tahu mempertahankan diri, jangan sampai mendiamkan diri atau terlalu pengecut walaupun diri atau umat Islam seluruhnya diancam dan dimusuhi, demikian juga jika hhukum-hukum agama dipersenda dan dicabuli. Sabar ada batasannya. jangan sampai dipijak. jangan sampai maruah dijatuhkan.

Dalam hubungan ini, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah (Hadis Riwayat Muslim dan Anas)

Dalam usaha melatih diri untuk mengawal hawa nafsu, kadang-kadang nafsu syahwat itu dapat menguasai jiwa manusia sehingga akal yang sempurna pun terlepas daripada mengendalikannya, tidak terdaya untuk menahannya daripada melakukan perkara-perkara yang keji atau maksiat. Tetapi apabila ia segera menyedari keterlanjurannya itu lalu bertaubat dan berazam untuk kembali kepada yang benar, maka insya Allah ia akan berjaya dan budi pekertinya akan berubah semula kepada yang baik dengan izin Allah."



kalo aainaa plak...aainaa ni jenis susah nak marah org depan²...paling teruk pun aainaa tarik muka atau pun aainaa jauhkan diri....tapi kalo dah sampai melampau memang akan sembur gak la....tapi susah la nak tengok aainaa marah org..tapi payahla nak tengok aainaa marah direct kat org...paling koman pun aainaa akan merungut sensorang jek....mungkin jugak aainaa ni seorang yang suka pendam kot...payah nak lepaskan kemarahan tu...tapi org cakap org yg cam aainaa ni bahaya ek...maksudnya bila dah lama pendam tu bila kalo meletup tu akan bentang habis²an segala yg telah di pendam...betul ke??? setakat ni tak pernah lagi berlaku pada aainaa....anda² semua penah lalui tak?? kalo ader apa kata kita share sama² pengalaman tu...

okla jumpa lagi k...daaa...♥♥♥

Lagu² Lama

Salam Jumaat semua.....

pejam celik dah hari ketujuh kita berpuasa....amacam ader ok tak pose kali ni??? alhamdulillah pose kali ni dan setakat ni masih berjalan lancar....



semenjak² bulan pose ni ntah kenapa suka sangat melayan lagu² lama dari kumpulan 4U2C.... antaranya FIONA semestinya... video game, bibit cinta...p astu 2bd#1, gadis penggoda... kembalilah fiona, darling i love u.... itu antara nya yg selalu di ulang putar... syok gak dok layan lagu lama² ni....



lagu² 4U2C kalo tak silap aainaa zaman² aainaa sekolah rendah...lama giler dah...huhuu...lagi satu lagu yang duk layan skang ni runut bunyi untuk filem silat lagenda...silat lagenda ngan ceritera...hehheee....filem animasi katun pertama malaysia kan...hehehee...2 lagu tu mmg best...layan...

okla semua..selamat berbuka ....♥

1 Ramadhan 1430


Assalamualaikum semua sahabat² aainaa...

Alhamdulillah selesai sudah kita semua melaksanakan ibadah puasa untuk hari pertama... puasa hari pertama aainaa alhamdulillah berjalan lancar...



banyak jugak aktiviti yang di lakukan hari ni.... pagi² lagi dalam pukul 10 pagi, aainaa, angah ngan mak ke kawasan perkuburan bukit ubi untuk membersihkan kawasan kubur arwah abah.... agak lama tak mengunjungi nya.... alhamdulillah tak berapa semak.... hanya daun-daun kering kelihatan di atas pusara abah... pejam celik... dah 7 tahun kami melakukan rutin yg sama setiap kali tibanya bulan puasa... sekjap je masa berlalu...



seperti biasa aainaa menjalankan tugas seperti biasa menjalan kan tugas menyapu daun² kering dan mencabut rumput² yg tumbuh meliar di atas pusara abah.... pastu cuci skit dapur pusara abah ngan air bersih.. begitu juga nisan yg teguh berdiri tegak... mak ngan angah membersihkan kawasan sekitar pusara abah.... lepas dah bersih tu mak akan bakar daun² kering tu... kalo tak bakar ti daun² tu akan terbang semula... tapi kami tak tinggalkan camtu jek... ktorg tunggu sampai pembakaran nya abis....



sementara tu kami semua ke pusara arwah nenek yg tak berapa jauh dari pusara arwah abah.... pusara arwah nenek agak bersih... mungkin ader anak cucu nenek datang membersihkan nya... sempat jugak la kami sedekahkan alfatihah untuk arwah nenek... banyak jugak pusara saudara mara yg kami singgah dan sedekahkan alfatihah...



kami kembali ke pusara arwah abah... aku mula membacakan surah alfatihah dan sedikit doa untuk ku titipkan untuk arwah abah... ntah kenapa tetiba perasaan sebak menerpa tatkala batu nisan ku sentuh.... hiba je rasanya... hampir menitik airmata ini.... aku terlalu rindukan kenangan berpuasa bersama arwah abah... setiap kali bulan puasa kami sekeluarga pasti akan berterawih bersama... dan abah la yg akan menjadi imamnya.... wah rindu nya kenangan tu.. tak lupa juga juadah kegemaran abah tatkala berbuka puasa... bubur pulut hitam.... waaaa.... sedih....=(



setel kerja bersih membersih ni dalam pkl 12 lebih.... agak lama kami kat sana.... setelah berpuas hati... kami pun meninggalkan kawasan perkuburan dan kembali ke rumah.... kalo nak di ikutkan kami selalu membersihkan pusara arwah abah sehari sebelum puasa... tapi menunggu angah pulang dari kl... thn ni pertama ramadhan baru dapat kami laksanakan... alhamdulillah....

ini saja coretan untuk hari ini...jumpa lagi...daaaa....♥ ♥ ♥

Fadhilat Bulan Ramadhan

Asslamualaikum semua...
sihat seme? alhamadulillah aainaa sihat² je....
yeay!!! tak lama lagi dah nak masuk bulan pose... suka²... ♥ ♥ ♥.. lagi 3 hari je dah nak pose... sungguh excited..heheee.... aainaa nak wish salam ramadhan pada semua.... pose leklok... takmo ponteng² k....kecuali ader sebab yg kukuh...



aainaa ader nk kongsikan skit fadhilat bulan Ramadhan ngan anda semua...jom kita kongsi reramai...♥

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

sekian untuk entri kali ni...jumpa lagi di bulan Ramadhan nanti...yeay!!! selamat berpuasa ye semua....love u all...♥♥♥

daaaa...assalamualaikum....

Filem Patriotik Malaysia

Assalamualaikum semua sahabat² aainaa....



entri kali ni tetiba terdetik nak tulis pasal filem² patriotik yang ader kat Malaysia ni... yela kita semua dah nak masuk ke bulan kemerdekaan kan...bersesuaian la kan...



ok...kalo kita tengok kat Malaysia ni rasanya filem patriotik yang kita ader dan di hasilkan oleh penggiat filem boleh di kira rasanya... maaf kalo ader yg aainaa tak ingat.... ini antara nya yg aainaa ingat.. "SARJAN HASAN, LEFTENAN ADNAN, EMBUM, PALOH, HATI MALAYA, BUKIT KEPONG"... itu antara yg aainaa ingat... kalo ader yg tertingal...maaf...huhuu....

antara filem² yg aainaa senaraikan...aainaa hanya pernah tengok filem "SARJAN HASAN, LEFTENAN ADNAN, BUKIT KEPONG, EMBUN"... Yang lain aainaa tak penah tengok... paloh tu penahla cuba nak tengok... tapi takleh nak layan la.... huhuuhu....



filem pertama yang aainaa tengok sudah semestinya SARJAN HASAN... dari kecik lagi selalu dimainkan di kaca tv... memang bestla... paling suka part masa dorg kecik... masa dier blaja mengeha tu... best... rajin dari kecik lagi...



filem kedua yg aainaa tengok BUKIT KEPONG.... filem ini mengisahkan perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota. Filem ini menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara.



filem ketiga LEFTENAN ADNAN...citer ni aainaa suka...tak tau kenapa....walau di ulang berkali² tetap akan tengok...mungkin cara jalan citer dier menarik dan tak membosankan....sini aainaa sertakan sinopsis cite ni... "Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh anggota tentera British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi berminat menjadi tentera, namun ibubapa beliau tidak merestui kemahuannya itu. Adnan nekad, bersama beberapa orang rakan, mereka keluar dari kampung dan menuju ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Di situ mereka mendaftarkan diri dan menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adnan melayakkannya terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Ketika Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh musuh."



filem ke empat filem EMBUN...citer ni mengisahkan semangat perjuangan seorang wanita dalam menuntut kemerdekaan...filem ni aainaa thk wayang ok...hehheee...;p sinopsis filem embun "Embun yang berusia 17 tahun adalah wanita Melayu yang mempunyai semangat emansipasi dan daya juang yang tinggi. Dia bukan seperti wanita sezamannya yang asyik terperap di dapur atau banyak mengalah dalam dominasi lelaki Bayu ditangkap kerana membuat perhimpunan tunjuk perasaan terhadap orang Jepun. Embun memberanikan diri untuk bertemu Jeneral Kurugawa untuk memohon dibebaskan abangnya itu. Malangnya, Embun ditangkap Leftenen Akishi dan gadis itu diperkosa secara beramai-ramai. Leftenan Koishi yang baru ditukarkan ke situ melihat kejadian perkosaan terbabit dan menyelamatkan Embun. Embun menjadi lebih sedih apabila ayahnya, Pak Harun dibunuh. Sejak kejadian itu, Embun menjadi lebih bersemangat dan menyimpan dendam terhadap tentera Jepun. Dengan bantuan Koishi, Embun bertemu Kurugawa untuk membincangkan mengenai pembebasan Bayu. Dia disyaratkan supaya bekerjasama dengan Koishi untuk memujuk orang Melayu supaya menyokong Jepun menerusi program pembangunan di Kampung Bukit, Bayan Lepas."

inila antara filem patriotik tempatan yang pernah aainaa tonton... sempena bulan kemerdekaan ni marilah kita sama² semarakkan nya....



p/s :- anda² semua dah kibarkan JALUR GEMILANG???

Mari Shalawat - Wali

Assalamualaikum seme....
hari ni takde posting yang istimewa...sekadar nak kongsi lagu ni...

aainaa suka pengisian lirik dier....♥




Lirik Mari Shalawat - Wali

Shalatullah salamullah, 'ala Thaha Rasulillah
Shalatullah salamullah, 'ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Daripada kita pacaran
Lebih baik kita shalawatan
Daripada kita berduaan
Nanti bakal di hasut setan

Awas jangan dekat-dekatan
Kitakan belum ada ikatan
Daripada dekat-dekatan
Mending kita shalawatan

BUkan aku tak suka padamu
Bukan aku tak mau denganmu
Tapi aku mau liat dulu
Setebal apa imanmu

Sudahlah engkau lupakan
Anggap saja kita ta'arufan
Sudahlah jangan kau pikirkan
Mending kita shalawatan

Majlis Pertunangan lagi (08/08/09)

assalamualaikum seme sahabat semua....

sihat² seme??? alhamdulillah...aainaa??? tak bape sihatla....batuk²,sakit tekak seme ader...kepala ni pun berat jek n penat skit....



hari khamis lepas aainaa ke kuala lumpur...kawan aainaa masa blaja dulu, Farah bertunang...aainaa naik bas pukul 3.30..sampai dalam pkl 7 camtu...Farah dah tunggu kat pekeliling...pastu aainaa teman Farah berbukan pose kat pasar malam jalan kuching....pastu cari skit buah²an untuk hantaran...terus ke tempat farah tempah hantaran kat selayang....pastu terus balik bandar tasik puteri....sampai dekat pukul 11 gak...lepak² jap..mandi then tdo..

-------------------------------------------------------------------------------------

esoknya pagi² lagi dah bangun ikut farah,ma n abah g pasar borong selayang....beli barang² untuk di jamu pada tetamu² yg hadir...agak lama jugakla kat sana hampir setengah hari...huhuu...ader satu penemuan yg agak menarik kat sana....apa dia? ni ha..tengok gambar ni...



petangnya plak..aainaa ngan farah keluar g pandan indah g amik adik farah yg blaja pastu amik spupu farah...pastu tak balik lagi....singgah plak kat selayang mall...cari barang skit nak tambah untuk hias hantaran...dah setel seme baru balik bandar tasik puteri....

-------------------------------------------------------------------------------------


Aainaa dan Huda


Aainaa dan Farah

hari yg di nanti telah pun tiba...wah cam acara apa jek...pagi tu setel² apa yg patut...make up apa seme siap...rombongan pihak lelaki sampai dalam pukul 3.....Huda pun ader join rombongan lelaki...wah lamanya tak jumpa Huda...rindu lorrr...bila dah jumpa ni macam² citer kuar...org sibuk bincang kat luar...ktorang berborak kat belakang...huhuu...ampun...teruja lama tak jumpa...





pas bebrbincang seme apa yg patut,...syarat² seme....setel....tiba la masa untuk sarung cincin..seperti besela...dua cincin...satu cincin risik satu lagi cincin bertunang....sekejap je majlis dah setel....kemas² apa yg patut...bila dah selesai...masa untuk berehat...


TAHNIAH FARAH DAN FAIZOL

------------------------------------------------------------------------------------

keesokkan nya hari ahad..aainaa kemas² barang sebab dah nak balik....tapi kene g usha tiket dulu kat pekeliling...smbil tu nak hantar adik spupu farah balik...dier baik lrt kat pekeliling tu...cari punya cari tiket takde yg awal...paling awal pun pkl 5.30....mula farah tak kasi amik tiket tu sebab dier risau sampai lewat...tapi aainaa cakap takpela...esok dier ader hal...payah nak hantar....so dier pun dier alasan aainaa....sementara menunggu pkl 5.30 tu ktorg pun g la lepak kat tasik titiwangsa jap....wah....terbuka la seme citer lama masa blaja dulu...seronok sangat....lama tak di ungkit kisah² lama dulu...waaaa....sedih plak rasa...pukul 4 lebih ktorg gerak ke pekeliling smula....tunggu nak naik bas..dah salam seme...sedih la plak nak berpisah....bila la plak dapat jumpa lagi...nasib tak nangis...huhuu...



aainaa sampai kuantan pkl 9.10 malam....terus jalan kaki ke tempat tunggu bas nak balik umah...tanya driver tu dier cakap bas gerak pkl 10.30..pergh lambat lagi..nak naik teksi malam² ni tak berani...so tawakal je la lepak situ tunggu sensorang...call mak bgtau bas ke umah pkl 10.30....mak cakap ok...tengah lepak menunggu masa..datang la dua adik laki ni join menunggu bas...borakla ngan adik ni...banyak plak bertanya...dari mana...kenapa seonsorang....berani ke??? layankan jela....pastu leh plak wat lawak ngan pantun ntah paper....okla dari bosan duk sensorang...

naik bas pukul 10.30 sampai umah dekat pkl 11...wah redah hujan plak tu...kepala dah berat ni...mandi² seme sempat lagi online jap...just simpan gambar dari kamera n check pe yg patut....pastu telan panadol n terus tdo....bangun pagi ni badan panas....aderh...demam la plak....tak suka.....tapi nasib tak teruk sangat....

wah panjang la plak entri kali ni....sekian dulu seme...assalamualaikum...daaaa....♥

Ke KL lagi....




Aainaa ke KL lagi hari ni sampai Isnin....untuk apa? kawan aainaa ni nak tunang hari sabtu ni...so aainaa takkan online sampai isnin....bila dah balik ti aainaa update k...♥

Majlis Pertunangan...(01/08/09)

Assalamualaikum semua sahabat aainaa....

sihat seme? aainaa alhamdulillah sihat tapi ader penat skit....knp penat??? meh aainaa citerkan...



sebenarnya semalam (01/08/09) berlangsungnya satu majlis pertunangan dengan meriahnya walau pun agak kelam kabut pada awalnya....sape yg bertunang agaknya ek??? aainaa?? owh tidak....bukan aainaa tapi anak sepupu aainaa.....


hantaran dari pihak perempuan 9 dulang

anak spupu aainaa ni namanya Syazwani...walau pun aainaa ngan maknya sepupu....tapi ktorg dua ni sebenarnya sebaya....aainaa ngan mak tdo umah kak spupu dari hari jumaat...yela nak tolong apa yg patut..dari wat hantaran sampaila ke wat tirai tempat nak sarung cincin....tapi bukan aainaa sorg wat..aainaa cuma tolong² je apa yang patut....heheheee...


hantaran dari pihak lelaki 7 dulang

tadi aainaa ader cakap majlis berlangsung dengan meriah tapi agak kelam kabut kan...nak tau apa yg kelam kabut...meh aainaa citer...pihak lelaki sepatutnya sampai pukul 12.30....jadi ktorg seme bersiapla cam bese...anak spupu pun tengah di solek n aainaa lepak sekali..hp ngan kamera tinggal kat bawah..tengah bersolek ni,dalam pukul 12, tetiba kak ipar anak spupu aainaa masuk bilik dan bgtau pihak lelaki dah sampai....gila tak kelam kabut.... nasib make up just tinggal nak touch up n pakai tudung je....agak kelam kabut la jugak.... nasib seme berjalan lancar...


Alan dan Wanie

sepatutnya pihak lelaki maklum kan la dorang dah gerak....takla terkejut di buatnya tengok dah sampai depan umah....apa guna nya teknologi kalo tak d gunakan...apapun semenya dah berlalu dan alhamdulillah semuanya dah selamat...apapun "SELAMAT BERTUNANG UNTUK WANIE DAN ALAN"...


Wanie dan Aainaa

majlis selesai dalam pukul 1 lebih...aainaa ngan mak balik umah dah malam semalam pas siap tolong kemas apa yg patut...disebankan agak kepenatan...awal gak la tdo...huhuu....


anak spupu Aainaa ni bakal menyusul
insyaAllah bulan 10 ni

tapi kalo ader majlis macam ni...satu je perkara yg aainaa kurang minat aderlah....."SOALAN PANAS" dari makcik² ku.... huahuauaaaaa.... ader sorang lagi kak spupu ku cakap.. "wani dah lepas... pasni aainaa la plak ek..."... owh tidak.... mentang² ktorg sebaya... aainaa lambat lagila.... kenapa aainaa plak di tuju ngan soalan tu.. ramai lagi anak² spupu ku yang bakap menyusul....bukan aainaa ok...calon pun takde...huhuu...


bergambo pas majlis dah habis

okla dah habis citer....jumpa lagi di entri akan datang...daaa....assalamualaikum...♥