Moga bersemadi dengan aman di sana....


salam pagi rabu semua....

cuaca pagi ni mendung jek...harapnya cuaca akan kembali cerah seperti sediakala...dan situasi kembali aman di jepun setelah di timpa musibah bencana....

semalam aainaa dikhabarkan satu berita sedih dari seorang kawan tentang seorang kawan....saeorang kawan sekelas aainaa masa belajar di kolej dulu telah kembali ke rahmatullah petang kelmarin....tergamam bila baca msg tu...apapun aainaa redha..sebab ianya dah dijanjikan oleh yang Maha Esa...masa kita, kita tak tau bila....



arwah adikBoy berbaju putih....ni pic kenangan bersama arwah masa study dulu


aainaa mengenali adik Boy atau Hayrul Azizee ni dari semester 1 diploma dulu...aainaa satu kelas dengan arwah dari sem 1 sampai final sem...boleh di katakan rapat...yela sebab 3 tahun sekelas...kalo time lunch pun reramai g cafe makan...bfast pagi pun sama² kalo kebetulan jumpa...kalo ponteng kelas pun bersama²...ahahhaa..jahat kan...;p tu semua kenangan bersama arwah....

dalam kelas masa tu ada dua orang yang di panggil adik...sorang lelaki dan sorang perempuan...so nak memudahkan takut salah panggil...sorang adik Boy dan sorang adik Girl...umah yang masing² sewa masa last² sem pun dekat...satu lorong cuma nya selang beberapa umah jek...selalu la kalo nak kemana atau perlu pertolongan ke apa minta tolong ngan adik boy atau budak umah die....seapanjang aainaa kenal arwah ni, arwah seorang yang baik...takdela nakal...senang nak mesra dan menyenangkan...happening la kalo die de dalam kelas tu....



arwah berbaju biru berseluar putih berdiri kiri sekali...
*pic ni masa BBQ jamuan kelas...



last jumpa arwah kalo tak silap masa konvo dulu...dah lama dah...pastu selalu kontek dalam fb jek...pastu arwah pun dah banyak senyap...tak tau plak arwah sakit...hanya kawan² yang betul² rapat je yang tau....sampaila di khabarkan tentang berita arwah meninggal kelmarin.... semoga arwah di tempatkan bersama orang² yang soleh dan beriman...amin...ALFATIHAH....


Asmara Kembali Membara....


salam semua....
wah! melihat tajuk je...betul ke aainaa yang menulis ni...apa sudah jadi...ahahaha...sabar²...baca dulu isi kandungan entri ni ye...jangan terus wat kesimpulan...ehehhee...apa yang asmara kembali membara ni?


sebenarnya aainaa nak citer pasal drama yang akan menggantikan drama Hani kat slot lestari yang dah abis minggu lepas....rasanya ramai yang tahu...drama ASMARA kembali akan menemui penonton....kalo ni dengan ASMARA 2...akan merungkai apa sebenarnya yang berlaku pada episod akhir ASMARA..dimana sebenarnya Zaliya sebenarnya tidak mati...kenapa disembunyikan...semuanya akan disaksikan dalam ASMARA 2....




ini sedikit info dari MStar.com


"Asmara 2' Rungkai Rahsia Kematian Zaliya

PETALING JAYA: Selepas mendapat sambutan hangat dengan rating mencapai 3.1 juta penonton, drama Asmara yang disiarkan pada awal November lalu bakal muncul untuk musim kedua bermula 8 Mac, setiap Selasa, pukul 9 malam menerusi slot Lestary.

Segala persoalan pada penghujung drama Asmara lalu bakal dijawab dalam drama Asmara 2 yang bakal ditayangkan sebanyak 13 episod. Drama terbitan Suhan Movies ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara terkenal Heykal Hanafiah.




Ia masih mengekalkan teraju utama iaitu Shahz Jaszle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna Idris (Melati), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Rahim Jelani dan turut memperkenalkan watak baru lakonan Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen (Fikri) dan Marisa Yasmin (Noreen).

Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya).

Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Suatu hari, Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya.

Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawa si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?

Jangan ketinggalan untuk menonton Asmara 2 di slot Lestary, setiap hari Selasa pukul 9 malam mulai 8 Mac 2011, di TV3.

Ketahuilah kesudahan kisah cinta tiga segi antara Asmara, Zaliya dan Melati."

*kepada penggemar drama ASMARA....selamat menonton...^_^


Mentor 5 Sudah Bermula


salam hari isnin semua sahabat blogger semua....

semalam aainaa berkesempatan konsert pengenalan untuk mentor musim ke 5...semalam kesemua protege telah membuat persembahan pertama kali nya di pentas mentor...semuanya menunjuk kan bakat yang tersimpan untuk di nilai penonton dan juri....sini aainaa komen skit tentang persembahan mereka semalam...komen aainaa berdasarkan seorang penonton je ok...kalo berlainan pendapat tu...besela kan...




persembahan di mulakan dengan persembahan permulaan dari protoge afdlin shauki iaitu ratnah...afdlin ingin mencari protege yang ada bakat seperti seniman P.Ramlee...Ratnah semalam membawakan lagu Tak Ada Logika dari Agnes Monica...bagi persembahan pertama...bagi aainaa bese² je...persembahan yang selamat...apapun baru persembahan pertama...akan di nanti kan persembahan seterusnya nanti....

protege Noh Hujan, Ayish tampil dengan lagu Hapus aku...bagi persembahan pertama okla...ada kekuatan tersendiritapi bagi aainaa sore bese² je.,...belum nampak keunikan atau kelebijannya...juga menanti kejutan di persembahan diakan datang....protege Dato Sharifah Aini, Shiha pula membuat persembahan dengan lagu Hanya Aku Yang Mampu dengan muzik susunan semula...vokal yang ditampilkan boleh tahan sedap dan ader kelainan dari peserta lain...ada potensi ni....ehehheeee....




seterusnya protege Rahim Maarof, aiman mengambil pentas untuk membuat persembahan...katanya bekas pemain bola aiman ni...membawakan lagu kau dan aku tapi mula² je dah lari tempo...sore tak bape nak jelas la...susah nak komen sore nya...kene tunggu konsert akan datang...ramai yang menantikan persembahan dari protege Edry Abdul Halim....Iqa membawakan lagu Aku Cinta Padamu dari Dato' Sheila Majid..erm...kenapa perlu nyanyi mencerit² belakang tu...aish...saya kurang berminat dengan nyanyian camtu...sorry...akan menunggu apa kelainan yang akan dibawakan pada konsert akan datang....

protege terakhir yang membuat persembahan adalah dari mentor Erra Fazira iaitu Salma...ramai yang menunggu persembahan dari Salma kerana die mempunyai vokal yang sangat power...membawakan lagu bertamu di kalbu dari jac...mepersembahkan lagu tu tanpa sebarang masalah dengan vokal yang sangat bertenaga dan tak dinafikan hebat...ada style nya tersendiri...

seperti biasa mereka dibahagikan kepada dua kumpulan...iaitu A dan B...kumpulan A terdiri dari Noh Hujan, Dato' Sharifah Aini dan Afdlin Shauki...manakala kumpulan B pula Erra Fazira, Edry Abdul Halim dan Rahim Maarof....

buat setakat ni...protege pilihan saya adalah SALMA dan SHIHA...selamat bertanding untuk semua...


Jadilah Peminat Yang Beretika.....

salam blogger....
salam berhujung minggu semua....owh! hari ni hari membuang undi kan kat 2 lokasi...di kerdau dan di merlimau....dulu pernah bertanding bola jari smk kerdau...ehehhe...mas tu duk dan bersekolah di Temerloh...kenangan mengusik jiwa la plak kan....so kepada yang berkenaan sila jalankan kewajipan anda selagi sempat ni....^_^




dah lama tak update blog tetiba kuar ngan tajuk entri ni...kenapakah??? uhuhuhuu...bukan apa...semalam hangat di trending tweeter pasal #getwellsoonheechul....klik la nak tengok kenapa? kim heechul kenapa...sebab setau aainaa semalam SS3 kat shanghai...rupanya ada accident yang tak di ingini berlaku pada kim heechul masa konsert tu...




KHC tekena board yang di lempar oleh fans ke atas pentas.... yang lagi malangnya... papan board tu terkena matanya dan katanya berdarah.... wah! mesti sakit kan... uhuhhuuu... kesian... banyak komen yang menyalahkan fans tersebut... apapun mungkin ianya suatu yang tak disengajakan... tapi fans pun tak sepatutnya melemparkan sesuatu yang berbahaya ke atas pentas... yela mungkin akan mencederakan macam pe yang terjadi cam ni la kan.....



bila tengok video ni pun.... kita plak yang terasa kesakitannya.... bukan slow... kuat tu kene... padanla berdarah matanya.... apapun harapnya semuanya kembali pulih dan 2 minggu lagu mereka akan berada untuk konsert mereka di Malaysia... harapnya semua beretika ok... jangan terlalu agresif sampai mencederakan...



kesan luka di bawah mata...


sedikit info dari allkpop

"Super Junior’s Heechul injured by fan at “Super Show 3 in Shanghai” concert

On March 5th, Super Junior held their “Super Show 3” concert in Shanghai, but unfortunately, they were exposed to another incident where a member was injured by a fan.

Last time, member Yesung was hit by a projectile as he was crossing the stage; this time, it was Heechul who got hurt, as a fan’s placard hit him in the face while he was in the midst of performing....more "

tak kiralah kepada peminat artis mana sekali pun... sekalipun anda terlalu fanatik pada artis tu jangan la sampai mendatangkan rasa kurang selesa pada artisnya.. yela kita pun kene paham die pun seorang manusia jugak kan... ada hati dan perasaan... ada ketika nya penat dan perlu berehat... jangan mudah menuduh... atau membuat kesimpulan pada sesuatu perkara... sama la jugak ada antifan... kalo tak suka... dah... tak perlu nak memburukkan membuat sesuatu yang tak elok... bukan mendatangkan keuntungan pun kalo berkelakuan seperti tu.... baru la aman dunia ni.... apa yang penting sila jaga kelakuan....ok...peace!