9 Januari 2011 ~ Anugerah Juara Lagu 25


salam semua....
kembali menulis di blog ni...agak suram ye blog ni... sudah hilang kemana warna warninya.... bukan tidak menjenguk... ada cuma tiada pembaharuan dalam coretan... eehehehe... kini aainaa kembali menulis... kebetulan ada yang ingin di bicarakan...




pasti semua sudah sedia maklum, ahad ni akan berlangsung lagi satu acara anugerah yang berprestij bagi penulis lirik dan pencipta lagu di Malaysia iaitu Anugerah Juara Lagu yang ke 25 akan berlangsung..akan berlaku kah lagi kontroversi seperti tahun lepas? dan siapakah dan lagu manakah yang bakal membawa pula trofi juara lagu kali ni? kita saksikan nanti... di sini aainaa senaraikan finalis yang akan bertanding ahad nanti...rumusan yang di beri berdasarkan pandangan peribadi sebagai peminat industri muzik...jika ader yang kurang setuju...jangan marah ok...sekadar pandangana peribadi...


Senarai Penuh Finalis AJL25:

Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
*lagu ni antara lagu yang baik dari gabungan mereka ini...dan di akui setiap hasil mereka tidak pernah menghampakan...faizal jugak tidak menghampakan dalam menyampaikan lagu ini...apakah gimik yang bakal di sajikan oleh faizal nanti? kita tunggu dan lihat.....ada potensi untuk menang...

Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
*lagu ini juga disebut antara yang akan sangkut...kerna apakah? kerna populariti lagu ini atau populariti yang dari penyanyi ini...apapun ini kali pertama shahir beraksi di pentas final...apakah kelainan nya? tunggu...

Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
*lagu dari hafiz ni..boleh tahan dan sedap di dengar...tapi berjayakah lagu ini merangkul apa² anugerah malam itu nanti? erm...susah nak diramal...erm...bagi aainaa lagu ni biasa² ajek...jangan marah ye....

Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain




*lagu ni di hasilkan tatkala MUH tidak mempunyai vokalis dan menjadikan ianya special projek bersama black...satu kombinasi yang baik...lagu ini ada sesuatu dan mungkin akan sangkut mana² anugerah...vokal black tak perlu diragukan lagi....harap² ada la sangkut pada lagu ni...

Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
*lagu ni...erm..sedap didengar dengan vokal adira yang lantang...tak dinafikan...melihatkan persaingan dari yang lain²...erm...susah untuk dijangka...apapun lagu dari edry ini mungkin juga berpeluang...atau juga adira bakal dapat anugerah vokal...mungkin juga

Cinta Sempurna – Yuna




*mungkinkah lagu ni akan mengulangi semula kejayaan Yuna seperti lagu dan sebenarnya...lagu ni aainaa takdela slalu sangat dengar....tapi di akui lagu ni juga boleh tahan sedap nya...mungkin juga akan merangkul anugerah..sape tahu...tuah YUNA....

Pelita – Loque/Loque/A.P.I
*erm lagu ni aainaa tak bape familiar jadi tak tau nak komen pe...uhuhuhu...

Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
*lagu ni untuk kali keduanya tomok kembali beraksi di final AJL....sebelum ni untuk lagu rindu terhenti...apakah gimik untuk kali ni? rambut barukah? nantikan....

Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor




*unik sebab menggunakan nama seorang pelakon popularkan...tapi liriknya kalo diperhatikan betul² tak merujuk pun rasanya...ehhehehe...boleh tahan gak lagu ni best dan menjadi siulan....

Mencari Konklusi – Noh/Noh/Hujan
*diakui lagu² dari hujan mempunyai pengaruh dan cara yang tersendiri...skali dengar kita dah leh cam yang lagu ni dari kumpulan hujan...dengan kata lain ada trademark tersendirila...kebarangkalian untuk menang tu susah nak ramal la...sebab bila ramal selalu tak kene...ekekeke...

Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
*sangat mengasyik dan memang masyuk la melodi n lirik lagu ni...sangat membuai..aainaa suka...walaupun nampak simple tapi menarik dan memberi impak yang kuat pada pendengar...lagu yang sangat kuat....

Ekstravaganza – Sam/Bunkface
*lagu yang sangat bertenaga....memang bunkface la kan...ehehhe...apapun no komen...sebab tak bape familiar ngan lagu ni...

Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
*semestinya kalo stacy sudah pasti lagu dance...antara penyanyi yang hebat dalam tarian...tidak akan jemu bila melihat persembahannya...sangat mantap vokal dan persembahan nya...mungkin persembahan terbaik menjadi milik stacy?

Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
*penyanyi ini mempunyai penampilan yang tersendiri dimana sentiasa berbaju kurung atau kebaya bila membuat persembahan....lagu ni ok² la...takde la menarik perhatian aainaa sangat....namun tetap memberi cabaran kepada lagu² lain yang bertanding....

harapan untuk AJL kali ni persembahan nya mantap² dan kemenangan kepada meraka yang sepatutnya....ehehehe...selamat berjuang kepada semua artis dan komposer yang bakal bertanding nanti...all the best!


*feveret aainaa DRAMA KING, SOFEA JANE n SELAMAT MALAM....♥


4 comments:

FarhanaDr

Saya plak memilih Sofea Jane dan Hanyut.. Go Black Go FT.. Hehe.. ;)

Nur Aainaa Khairunnisa

hana...kamu pilih black dan ft ya....ehehhee...=)