Datangnya 2011 dan perginya 2010....


tak bape jam je lagi kita dah nak masuk tahun baru 2011... segala kenangan suka duka pahit manis yang di lalui pada 2010 pasti akan kekal menjadi kenangan abadi buat kita semua yang pastinya akan tetap manis untuk di kenang sampai bila².... untuk semua teman² blogger.... selamat menyambut tahun baru 2011... semoga segala yang terbaik akan menjadi milik kita semua...^_^




untuk mereka² yang keluar meraikan detik 12 2011 nanti hati dan jaga diri...takmo la melakukan apa jua perkara yang kurang enak....selamat berhibur dalam keadaan aman ok...PEACE!







Nasib Kita (Mael XPDC)

Datang dan pergi
Segala menanti
Menentukan arah
Meragut kerinduan
Hanyalah satu lagi
Sedang bersembunyi
Kenyataan yang tidak dapat dilihat
Ia tidak akan dapat kau lihat

Warnanya serupa
Namun ianya tidak sekata
Sememang banyak bezanya
Itu yang diperlukan
Mengheret ke dasar lautan
Api atau pun syurga

Di kala tidur yang semakin tak lena
Memisahkan semangat kita yang membara
Bermimpikan indah bila di capai ia tiada
Betapalah sukar menentukannya

Melihat hitam belum tahu di mana lubuknya
Siang dan malam bezanya
Sekali pandang mana tahu di sana ada bencana
Banyak lagi kisahnya

Melihat hitam belum tahu di mana lubuknya
Siang dan malam bezanya
Sekali pandang mana tahu di sana ada bencana
Banyak lagi kisahnya

Berikan jalan menuju pulau harapan ( 2X )
oh oh oh... oh oh oh...



*walau dah lewat...tahniah juga untuk team bola sepak kebangsaan kerana berjaya menjulang piala suzuki AFF dengan jayanya...^_^


slot zehra TV3 : Ustaz Amirul

'Ustaz Amirul' Papar Kisah Ustaz Berpoligami'



Ashraf Muslim


AMPANG: Ustaz Amirul, drama terbaru di slot Zehra menampilkan seorang ustaz yang hidup dalam dilema dalam percintaan sehingga dia memilih untuk hidup berpoligami.

Bagi pengarahnya, Ahmad Idham, drama Ustaz Amirul cuba merungkai tentangkisah hidup seorang ustaz dari kaca matanya sebagai seorang manusia biasa.

"Biasanya kita melihat ustaz sebagai seorang yang baik dan alim tetapibagaimanapun seorang ustaz tidak boleh lari dari nafsu dan perasaancinta.

"Jadi saya cuba menyampaikan cerita tentang kisah cinta seorang ustaz yang dalam dilema kerana mencintai dua orang wanita," katanya semasa sidang media pelancaran drama itu di Restoran Istana Bambu, di sini, Selasa.

Menurut Idham, dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyunting Ashraf Muslim melakonkan watak Ustaz Amirul.

Idham tekad mengambil Ashraf untuk memegang watak utama itu dan sanggup menunggu sehingga pelakon itu betul-betul mempunyai masa terluang.



Para pelakon Ustaz Amirul.


Ini kerana Idham berasa yakin watak itu hanya layak dibawakan oleh Ashraf selain permintaan daripada pihak TV3 sendiri.

"Saya dah lama bincang dengan Ashraf tentang cerita ini dan setelah dia bersetuju, baru kita memulakan penggambaran," ujarnya lagi.

Drama ini akan disiarkan di TV3 mulai 7 Januari ini, setiap Jumaat pukul 9 malam.

Ustaz Amirul, sebuah drama rantaian terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd yang skripnya ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim.

Drama ini membawa penonton menyelami perjalanan emosi seorang ustaz yang dicabar oleh pelbagai rintangan dan dugaan realiti, cinta, keluarga dan diri-sendiri.

Selain Ashraf, turut membintangi drama ini adalah Eira Syazira, Siti Saleha, Lydiawati, Safura, Kuna, Zarynn Min, Fauzi Nawawi dan Zoey Rahman.

*sumber dari Mstar

*cam best jek citer ni....nantikan tayangan nya bermula 7Januari2011...^_^

Anugerah Skrin 2010...rangkuman...


salam berhujung minggu semua...selamat menyambut hari krismas jugak... erm arini nak tulis apa ek... ok semalam selamat sudah berlangsungnya majlis Anugerah Skrin 2010.... walaupun agak bosan dengan skrip pengacara yang meleret²... layan kan je la... persembahan yang ok nya bagi aainaa cuma masa pembukaan iaitu persembahan dari adibah nor, noryn aziz n jac.... suka tengok penampilan noryn aziz skang... sopan... harap kekal begitu....



suka persembahan ni dan paling menyerlah...♥


dan satu lagi persembahan yang menarik adalah persembahan dari teater terima kasih cinta yang bakal di pentaskan pada februari 2011 tak silap aainaa...sangat menarik gubahan semula lagu Cinta tu....sedap di dengar...persembahan lain²...bese jek...bosan.....ni antara petikan MStar tentang anugerah tersebut....


Antara Garisan, Muallaf Ungguli ASK2010


Norkhiriah dan Fauzi Nawawi memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama dan Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2010 di PWTC,


Jumaat. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
KUALA LUMPUR: Drama arahan Shahrul Ezad Mohamedin, Antara Garisan berjaya dinobatkan sebagai Drama Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2010 yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Jumaat malam.

Drama yang membariskan pelakon-pelakon seperti Azma Aizal Yusoof, Norkhiriah dan Ungku Ismail itu menewaskan empat buah drama lain iaitu Sebelum Akhirat, Dalil Cinta, Kaki dan Perempuan.


Sharifah Amani memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi filem Muallaf.


Drama ini turut memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik iaitu Norkhiriah yang sebelum ini pernah meraih anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada ASK2007, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Azma Aizal Yusoof) dan Lakon TV Terbaik (Shahrul Ezad Mohamedin).

Kategori Pengarah Terbaik Drama dianugerahkan kepada Murali Abdullah menerusi drama Sebelum Akhirat.

Fauzi Nawawi pula berjaya menewaskan Fahrin Ahmad, Rosyam Nor, Syed Ali dan Ungku Ismail bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi lakonannya di dalam drama Sebelum Akhirat.

Sementara kemenangan Filem Terbaik berpihak kepada Muallaf arahan Yasmin Ahmad.


Bront Palarae meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem Belukar.
Filem tersebut turut memenangi anugerah Pengarah Filem Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik Filem (Sharifah Amani).


Turut memenangi anugerah ASK2010 adalah Pelakon Lelaki Terbaik Filem iaitu Bront Palarae menerusi filem Belukar.

Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima trofi serta hadiah lawatan ke Los Angeles.

Trofi disampaikan oleh barisan artis terkenal seperti Erra Fazira, Nasha Aziz, Fahrin Ahmad, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara, Fouziah Gous dan Fizz Fairuz.

Turut hadir ke majlis berprestij itu adalah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, isteri Datin Seri Maznah Rais, Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar dan Ketua Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan.


Drama rantaian Nur Kasih memenangi anugerah Drama Rantaian Terbaik.


Acara tersebut telah dihoskan oleh Vanidah Imran dan Awal Ashaari serta disiarkan secara langsung di TV3.

Secara keseluruhan, ASK 2010 mempertandingkan 24 kategori meliputi drama,filem dan penerbitan dalaman.

Sepuluh kategori drama bakal dipertandingkan termasuk Anugerah VideografiTerbaik yang baru diperkenalkan pada tahun lepas.

Manakala jumlah filem yang dipertandingkan kekal tujuh kategori dan enam kategori penerbitan dalaman.

Anugerah Skrin 2010 ini mempertandingkan 17 buah drama, 12 drama rantaian dan lima drama komedi. Manakala kategori filem pula 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan kali ini.

Calon-calon yang dipertandingkan terdiri daripada terbitan yang ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010.

Senarai pemenang Anugerah Skrin 2010:

Kategori Filem

Filem Terbaik: Muallaf

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Palarae (Belukar)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani (Muallaf)

Pengarah Terbaik Filem: Yasmin Ahmad (Muallaf)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fazura (Pisau Cukur)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)

Lakon Layar Terbaik Filem: Shamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri

Drama Terbaik: Antara Garisan

Pelakon Lelaki Terbaik: Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)

Pelakon Wanita Terbaik: Norkhiriah (Antara Garisan)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Azma Aizal Yusoof (Antara Garisan)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat)

Pengarah Terbaik: Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)

Lakon TV Terbaik : Shahrul Ezad Mohamedin (Antara Garisan)

Drama Rantaian Terbaik: Nur Kasih

Drama Komedi Terbaik: Simpang 3

Kategori Penerbitan Dalaman

Dokumentari atau Majalah Terbaik: Epik Suatu Ketika (Laskar Senoi) (Astro Prima)

Bual Bicara Terbaik: Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu (RTM)

Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)

Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular

Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2010 Episod 10 (8TV)

Laporan Khas/ Berita Terbaik: Aduan Rakyat Berbumbung Langit (TV3)

Videografi Terbaik: Datang Bulan

Anugerah Yasmin Ahmad: Shaheizy Sam


*bila tengok senarai pemenang.... ada segelintir nya cam tak patut menang jek... uhuhuhuhuhuhu....


Damai Hati Itu


hari ni seperti biasa suasana dan cuaca nya dingin je...maklumla musim tengkujuh sudah kembali...pastinya bumi ini akan sentiasa basah dengan limpahan hujan yang memberi kesejukan dan kedinginan kepada setiap isi bumi....cuaca yang mendung juga silih berganti dengan hujan renyai² yang menjadi peneman sejak kebelakangan ini...sudah kedengaran juga berita beberapa kawasan yang mulai dinaiki air banjir...harap ianya tidak terlalu teruk dan akan kembali pulih seperti sediakala....insyaAllah amin....^_^




alangkah damainya rasa di hati bila dapat melihat senyuman sang mentari menghiasi kebangkitan di siang hari...walau kadang kala mentari seakan malu untuk memunculkan diri...apatah lagi terpaksa bersaing dengan kelompok² awan yang terlalu berat yang terlalu ingin melepas kan hujan di mana²....kadangkala hujan itu membawa kedamaian...dan adakala terikan mentari itu mendamaikan....walaupun suasananya berbeza ia tetap mendamaikan dalam cara masing²....mentari memberi kehangatan....hujan memberi kedinginan...

kita akan merasai kedamaian itu dengan cara tersendiri...walau dalam apa jua situasi dan keadaan yang penting itu perlu tenang...jangan ada gangguan yang menghantui...jangan biarkan apa jua menggugat kedamaian hati...berfikirlah dengan tenang dan logik akan sebelum membuat sesuatu...jangan di paksa hati untuk menangisi sesuatu yang terjadi kerana ianya hanya akan membebankan dan menjadi tanda hitam di dalam hati...jangan di bebankan hati itu dengan sesuatu yang mana mungkin hati itu bisa menerima kerana hati itu bukan tempat untuk longgokan barang yang tidak perlukannya...simpanlah sesuatu yang indah di dalam hati agar kedamaian akan selalu berada di sekitarnya tanpa ada kekacauan....




jangan dilupakan damai itu...kerana damai itu akan membawa ketenangan dan kegembiraan...peliharalah kedamaian itu jangan sampai ada yang mengganggu sehingga ianya di lupakan....agak sukar untuk mengembalikan kedamaian setelah ianya di lupakan....jadi...berwaspadalah...


*pabila kemengarutan menjelma....inilah hasil coretannya....uhuhuhuhuuu...^_^


Buaya Tembaga Dijumpai Terdampar Di Pantai Teluk Chempedak

KUANTAN: Pengunjung pantai peranginan Teluk Chempedak di sini malam tadi digemparkan dengan penemuan seekor buaya tembaga seberat kira-kira 200 kilogram.


Tiga Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengikat buaya tembaga sepanjang tiga meter dan seberat kira-kira 200 kilogram yang terdampar di pantai Teluk Chempedak, Kuantan, Isnin malam. Turut melihat sekumpulan orang ramai.


Penolong Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuantan Mohamad Irwanis Seni berkata, seramai lapan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuantan bergegas ke pantai itu sebaik menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan buaya berkenaan pada 8 malam.

Beliau berkata pihaknya terus menangkap buaya berkenaan yang terdampar berhampiran kawasan batu-batu di pantai itu.

"Buaya sepanjang tiga meter itu tidak terlalu agresif ketika ditangkap," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Katanya reptilia berkenaan kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang lewat malam tadi.

Pengarah Perhilitan Pahang Khairiah Mohd Shariff berkata reptilia itu telah dilepaskan ke habitat semulajadinya pagi ini.

"Pengunjung Pantai Teluk Chempedak tidak perlu risau dengan penemuan buaya berkenaan kerana pantai berkenaan bukan tempat haiwan itu bermain," katanya.

Khairiah berkata, buaya itu mungkin tersasar keluar dari habitat asalnya ketika air pasang di muara Sungai Kuantan. - BERNAMA


*sumber dari Mstar

*nampak gayanya boye ni sesat gak nya...nak join 'boye'² yg de kat tc tu...


Mentor musim ke 5


Sharifah Aini sertai Mentor musim kelima

PETALING JAYA 10 Dis. - Berbekalkan pengalaman lebih 40 tahun sebagai penghibur telah melayakkan Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar dipilih menyertai program realiti, Mentor musim kelima (Mentor 5).

Selain Sharifah Aini, lima artis terkenal negara yang turut terpilih sebagai mentor dalam rancangan terbitan TV3 itu ialah Erra Fazira, Afdlin Shauki, Rahim Maarof, Edry Abdul Halim dan vokalis kumpulan Hujan, Noh.




Pengumuman kesemua mentor tersebut diumumkan dalam satu sidang akhbar yang berlangsung di Sri Pentas, di sini, hari ini.

"Sebelum membuat keputusan muktamad memilih enam mentor ini, kami telah membuat saringan terlebih dahulu dengan menyenaraikan 10 hingga 15 calon yang sesuai.

"Menerusi beberapa perbincangan yang dilakukan, kami sepakat untuk memilih enam calon ini berdasarkan kelebihan dan pengalaman yang ada dalam diri mereka.

"Kami optimis dengan enam orang mentor ini yang mampu memberikan impak untuk musim ini," jelas Penerbit Mentor 5, Muhamad Sufian Isa.

Kesemua mentor yang terpilih hadir pada sidang akhbar itu kecuali Sharifah Aini yang kini berada di Mekah.

Walau bagaimanapun, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Hapuslah Airmatamu itu sempat memberikan sepatah dua kata menerusi rakaman video.

"Insya-Allah, saya akan menggunakan pengalaman 42 tahun dalam industri untuk membantu bakal protege saya," katanya dalam rakaman tersebut.

Uji bakat Mentor 5 akan bermula di Sabah pada 18 dan 19 Disember ini manakala 1 dan 2 Januari 2011 akan diadakan di Sarawak.

Sementara itu, uji bakat di Semenanjung Malaysia pula akan berlangsung selama empat minggu berturut-turut bermula 15 Januari di Sri Pentas, TV3.


*sumber dari UTUSAN


Santan Kelapa Sawit - Setanding santan kelapa


TUKANG masak terkenal, Chef Liza Zainol dan Chef Zam, masing-masing mengakui sajian yang dimasak menggunakan santan kelapa jauh lebih enak berbanding masakan yang dimasak tanpa santan kelapa.

“Memang tidak dapat dinafikan masakan yang dimasak dengan santan kelapa berasa lebih enak,” ujar Chef Zam.

“Ia menjadikan masakan berasa lebih berlemak,” tambah Chef Liza pula.




Lantaran itulah nasi lemak, kari ikan atau daging, masak lemak cili api, cendol, kuih tepung pelita dan banyak lagi hidangan lain sering menjadi menu ulangan dan kegemaran masyarakat Malaysia.

Malah, melangkaui sempadan negara, santan sebenarnya sudah mengisi masakan negara rantau Asia Tenggara sejak lama dahulu.

Namun, aroma dan rasanya yang sedap itu sering dibayangi kandungan lemak tepu yang tinggi.

“Buat mereka yang menitikberatkan kesihatan, mereka akan memilih susu segar sebagai alternatif kepada santan. Tetapi rasanya berbeza kerana lemak susu lain rasanya.

“Kalau saya ke luar negara pun, saya tidak akan menggunakan santan kelapa ketika membuat demonstrasi masakan kerana orang di sana terutama Eropah secara terbuka akan menegur jika saya berbuat demikian.

“Maklumlah, mereka sangat prihatin dengan amalan makan secara sihat.

“Jadi chef di sana juga akan memasak menggunakan susu segar bagi mendapatkan rasa berlemak itu,” kongsi Chef Liza.

Daripada pengamatan Chef Zam pula, masakan menggunakan santan kelapa semakin mudah ditemui di Amerika Syarikat dan Britain berikutan restoran Asia yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di sana.

“Orang Amerika dan Britain memang dikenali kerana berani mencuba segala macam makanan, jadi saya percaya mereka semakin terbuka untuk menerima masakan yang dimasak menggunakan santan,” luahnya.


TIDAK seperti santan kelapa, santan sawit perlu melalui proses penghasilan di kilang.


Kebaikan

Menariknya, pada tahun lalu, ketika negara berdepan dengan ‘kelumpuhan’ bekalan santan kelapa yang serius, sekumpulan pengkaji menemukan pengganti yang lebih hampir kepada santan kelapa berbanding susu segar.

Jika selama ini minyak masak dapat diperah daripada sabut kelapa sawit, Ketua Penyelidik, Bahagian Pemakanan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Zaida Zainal dan pasukannya berjaya memerah santan daripada sumber yang sama.

Menurut laporan mereka, santan baru itu setanding santan kelapa dari segi rasa dan rupa.

Chef Liza dan Chef Zam bersetuju.

“Jika dari segi rasa, memang tidak jauh beza. Malah, dari segi rasa berlemak, santan sawit dan santan kelapa boleh dikatakan setanding.

“Menariknya, santan sawit tahan lebih lama dan bebas kolesterol. Boleh dikatakan santan sawit ialah salah satu alternatif terbaik kepada santan kelapa,” hujah Chef Zam.

Chef Liza yang diberi peluang oleh Kumpulan Ramly, pengeluar burger terkenal, untuk memasak produk Ramly menggunakan santan sawit pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pertanian Antarabangsa 2010 (MAHA) di Serdang, Selangor yang berakhir hari ini mendapati santan sawit dua kali ganda lebih pekat berbanding santan kelapa.

“Jadi ia mungkin lebih menjimatkan dari segi penggunaan,” katanya.

Penghasilan santan sawit bermula apabila Zaida dan pasukannya berjaya menghasilkan santan sawit serbuk dengan teknik penyemburan kering pada tahun 1998.



SELAIN minyak masak, buah kelapa sawit kini berpotensi dijadikan santan.


Namun Zaida, Suid Abdul Aziz, Wan Rosnani Awg Isa, Dr. Nor Aini Idris dan Azman Ismail meneruskan kajian ke atas sumber yang sama dan akhirnya berjaya menghasilkan santan sawit dalam bentuk cecair pula.

Jelas Zaida, minyak kelapa sawit yang digunakan untuk membuat santan diproses daripada minyak sawit mentah yang berwarna jingga pekat daripada bahagian mesokarp (sabut) sehingga bertukar menjadi kuning keputihan selepas melalui proses penapisan.

Ia berbeza berbanding minyak kelapa sawit olein untuk masakan yang difraksinasikan dan ditapis sehingga menjadi kuning jernih.

Santan baru itu tidak meningkatkan kadar kandungan kolesterol LDL (tidak baik) dalam badan sekali gus tidak menjejaskan jantung, berlainan dengan santan kelapa yng mengandungi lemak tepu yang boleh meningkatkan kandungan LDL dan mengurangkan kolesterol HDL (baik) yang diperlukan badan.

Lemak tidak tepu dalam santan sawit itu juga, kata Zaida, tidak menggalakkan pembentukan mendakan kolesterol pada dinding arteri yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok.

Selain itu, santan sawit juga kaya dengan vitamin A dan E semula jadi yang baik untuk kesihatan.

Komersial

Ciptaan Zaida dan kumpulannya itu turut memenangi beberapa anugerah.

Antaranya diiktiraf Pertandingan Reka Cipta Antarabangsa Geneva 2000, Anugerah Inovasi 1998 daripada MPOB yang dikenali sebagai Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) pada waktu itu dan memenangi pingat emas dalam Pameran Reka Ripta, Inovasi, Rekaan Industri dan Teknologi 1999.

Pengarah Urusan Premium Food Corporation Sdn. Bhd. (PFC), Jasri Mohd. Rashid, 50, bagaimanapun berdepan sedikit tentangan apabila cuba mengkomersialkan santan sawit itu pada tahun lalu.

Usahanya menggantikan santan kelapa dengan santan sawit pernah ditepis mentah-mentah sebagai tidak sedap.

“Saya masak nasi lemak menggunakan santan daripada kelapa sawit dan memberi seorang kenalan merasanya.

“Saya memberitahunya ia tidak menggunakan santan kelapa tetapi sebaliknya santan sawit. Dia dengan cepat mengatakan nasi lemak itu tidak sedap.

“Saya keluarkan satu lagi hidangan nasi lemak yang sama tetapi saya katakan ia dimasak menggunakan santan kelapa. Terus dia kata, ‘Ha, ini barulah sedap’.

“Jadi sebenarnya ia tentang mentaliti orang kita yang sudah terlalu biasa dengan santan kelapa,” ujar Jasri.

Menjalankan ujian demi ujian untuk melihat penerimaan orang ramai terhadap santan sawit, selain mengajak teman-teman makan di rumah, Jasri juga pernah meminta tuan rumah yang mengadakan sebuah kenduri untuk menggunakan santan baru itu dalam masakannya tanpa memberitahu tetamu terlebih dulu.


ZAIDA (kanan) berjaya ‘memerah’ santan daripada kelapa sawit sejak tahun 1998.


“Selepas mereka makan barulah saya beritahu mereka bahawa makanan yang mereka makan itu dimasak menggunakan santan sawit.

“Reaksi mereka sangat positif. Ada yang mengatakan tidak dapat membezakan rasa masakan itu berbanding masakan yang dimasak menggunakan santan kelapa.

“Ada yang kata lebih enak daripada biasa. Pendek kata mereka dapat menerimanya,” kongsi Jasri yang turut menyertai MAHA 2010.

Menurut Jasri, hampir 95 peratus pengunjung gerai mereka di tapak ekspo itu mengatakan mereka tidak pernah mendengar tentang santan sawit.

“Daripada ribuan orang yang mencuba sampel masakan kami hanya seorang dua yang mengatakan ia tidak sedap,” ujar Jasri.

Seorang akauntan secara profesional, Jasri yang sebelum ini berkhidmat di bahagian kawalan kewangan untuk syarikat gergasi, Nestle Malaysia selama lebih 10 tahun, yakin dengan potensi santan sawit sebagai pengganti santan kelapa.

“Bukan saja bebas kolesterol dan rendah lemak, sifat kimianya membuatkan ia lambat rosak atau basi.

“Sifat itu mampu memberi sumbangan yang besar terutama kepada peniaga makanan kerana makanan mereka akan lambat rosak atau basi,” ujarnya.

Dalam kajian Zaida, santan sawit mampu bertahan sehingga beberapa hari tanpa berubah bau dan warna serta rasa kerana kandungan asid lemak berangkap panjang (C-IU) ke atas.

Berbeza berbanding santan kelapa yang mempunyai jangka hayat kurang dari lima jam dalam suhu bilik.


*sumber dari KOSMO


Bekas Permaisuri saman Uncle Seekers


KUALA LUMPUR 3 Dis. - Bekas Raja Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aishah Abdul Rahman semalam memfailkan saman terhadap pengkaji paranormal, Syed Abdullah Hussien Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana bertindak melanggar maklumat sulit beliau.

Peguam T. Gunaseelan berkata, Siti Aishah selaku plaintif turut memfailkan saman yang sama ke atas bapa Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas sebagai defendan kedua.



T. GUNASEELAN dan Anthony M. Sebastian melihat sebuah akhbar tabloid yang tertera gambar Cik Puan Siti Aishah Abdul Rahman berkenaan kes saman di Kuala Lumpur, semalam.


Menurutnya, Mahkamah Tinggi Temerloh menetapkan tarikh pendengaran interparte pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.

''Cik Puan Siti Aishah memfailkan saman tersebut semalam dan pihak peguam telah menyerahkan saman tersebut kepada Syed Abdullah selaku defendan pertama.

''Syed Abdullah menerima saman tersebut pada pukul 3.45 petang di kediamannya di Janda Baik hari ini, bagaimanapun Syed Hussein tidak kelihatan kerana mempunyai urusan di Melaka,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya, di sini hari ini.

Hadir sama peguam Anthony M. Sebastian yang turut mewakili bekas Raja Permaisuri Agong itu.

Gunaseelan menjelaskan, saman tersebut dibuat oleh Siti Aishah berikutan pihak defendan membuat pelanggaran maklumat sulit plaintif menerusi blog www.uncleseekers.blogspot.com dan beberapa akhbar tempatan.

Kata beliau, pelanggaran itu adalah berhubung maklumat plaintif ketika mendapatkan 'rawatan' daripada defendan pertama.

Menurutnya, dalam saman tersebut Siti Aishah turut memohon untuk mendapatkan perintah injunksi bagi melarang defendan pertama dan kedua daripada melakukan perkara berikut:

* Dilarang mendedahkan secara lisan, melalui blog mereka, blog wakil mereka, surat khabar berhubung sebarang maklumat plaintif yang diperolehi semasa memberi rawatan, tidak kira secara diri atau melalui wakil-wakil, pekhidmat-pekhidmat, ejen-ejen atau ahli keluarga

* Dilarang daripada menerbitkan sebarang buku, majalah, risalah atau terbitan melalui blog, laman web sama ada secara diri atau melalui wakil-wakil, pekhidmat, ejen atau ahli keluarga berhubung maklumat plaintif yang diperolehi semasa memberi rawatan.

Berikut adalah antara pernyataan dalam tuntutan yang difailkan:

* Jun 2010, plaintif meminta defendan pertama membantu menangani masalah emosi ekoran defendan pertama mengemukakan diri dia berkelayakan untuk mengubati orang yang menghidap gangguan emosi atau tekanan mental.

* Difahamkan plaintif akan membayar defendan pertama untuk rawatannya dan defendan akan menjalankan tugas sebagai profesional.

* Defendan akan merahsiakan segala maklumat plaintif iaitu secara komunikasi sepanjang proses mengubati atau kaunseling plaintif. Defendan pertama tidak akan mengeksploitasi plaintif.

* Atas permintaan defendan pertama, plaintif telah membayar defendan pertama sejumlah RM15,000 sebagai balasan bagi 'rawatan' yang diberi defendan pertama.

* Pada 29 Jun 2010 berlaku perselisihan faham antara plaintif dengan defendan pertama dan plaintif telah menamatkan rawatan.

* Pada November 2010, defendan pertama telah mendedahkan maklumat komunikasi antara beliau dengan plaintif ketika memberikan rawatan, di dalam laman blognya.

Berikut antara butir pendedahan:

* Plaintif menjalani 'rawatan' dengan defendan pertama, gambar plaintif dan defendan pertama, gambar rumah dan keluarga plaintif, maklumat ketika sesi komunikasi plaintif dengan defendan pertama.

* Defendan pertama mendedahkan maklumat 'rawatan' dan sesi komunikasi yang rahsia kepada surat khabar tempatan.

* Kedua-dua defendan juga mendedahkan perkara-perkara yang berkaitan hubungan profesional antara plaintif dengan defendan pertama.



`*sumber dari UTUSAN


*BHARIAN - Siti Aishah saman Uncle Seekers

*KOSMO - Janji Siti Aishah dilanggar

*HMETRO - Halang dedah maklumat sulit


BAS lagi...

*********************

Bas terbakar di lebuh raya


KUALA LUMPUR: Sebuah bas RapidKL yang membawa kakitangan awam hangus berhampiran susur keluar Desa Petaling, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, lewat petang semalam.

Difahamkan, bas terbabit yang disewa khas untuk membawa penumpang dari Sungai Besi menghala ibu kota tiba-tiba berasap sebelum terbakar.



MARAK...bas yang terbakar di tempat kejadian, semalam.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Dua jentera bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi serta Taman Desa dihantar ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran. Operasi memadamkan kebakaran itu mengambil masa 45 minit.


“Hasil siasatan awal, kebakaran itu berpunca dari arah belakang bas sebelum merebak. Bas itu sempat berhenti di bahu jalan,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Sementara itu, seorang saksi kejadian yang ditemui berkata, bas terbabit dipercayai rosak pada enjin apabila melihat kepulan asap dari arah belakang bas sebelum dia memaklumkan perkara itu kepada pemandu bas.


“Pemandu itu memberhentikan bas di bahu jalan sebelum kami turun. Api mula merebak pada badan bas dan hangus keseluruhannya.


“Pemandu terbabit cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api, namun tidak berhasil kerana ia marak cepat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

`sumber HMETRO


*********************

Lapan tercampak



REMUK...keadaan bas yang remuk selepas melanggar bahagian belakang bas ekspres lain di kilometer 420.8 di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur Bukit Tagar, petang semalam.

HULU SELANGOR: Seorang pemandu bas ekspres dan sembilan penumpangnya cedera parah selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang sebuah bas ekspres lain yang turut terbabit dalam kemalangan di Kilometer 420.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur berhampiran susur Bukit Tagar, di sini, semalam.

Jurucakap polis berkata, kejadian membabitkan dua bas ekspres dan sebuah lori kira-kira jam 6.15 petang semalam berlaku selepas bas ekspres yang membawa sembilan penumpang dari Setiawan, Perak, cuba mengelak melanggar lori di hadapannya yang secara tiba-tiba memasuki laluannya.


“Pemandu bas terbabit terkejut apabila sebuah lori di lorong paling kiri lebuh raya tiba-tiba memasuki laluan hadapannya menyebabkan dia cuba mengelak sambil menekan brek.

“Pada masa sama, sebuah lagi bas ekspres lain yang mengekori belakang bas berkenaan gagal mengelak sebelum merempuh bas di hadapannya itu. “Rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu bas di belakang sekali yang juga dari Setiawan, Perak menuju Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Sepang, cedera parah di kaki akibat tersepit,” katanya.


Menurutnya, lapan daripada 18 penumpang yang berada dalam bas di belakang sekali cedera apabila kebanyakan mereka tercampak di dalam bas yang remuk di bahagian hadapan.


“Kebanyakan mangsa yang cedera diselamatkan orang ramai sebelum dibawa keluar dari bas terbabit. Kebanyakan mangsa yang masih dalam keadaan terkejut dan kesakitan diberi rawatan kecemasan sementara menunggu ketibaan ambulans.


“Tidak sampai 15 minit kemudian empat ambulans dari Hospital Tanjung Malim, Hospital Kuala Kubu Baru dan Hospital Sungai Buloh tiba di lokasi kejadian sebelum membawa mangsa yang cedera ke hospital,” katanya.


Bagaimanapun, katanya semua penumpang bas ekspres yang melanggar bahagian belakang lori berkenaan terselamat.

Seorang mangsa yang cedera, Fauziah Abdilah, 41, berkata, dia terkejut dengan kejadian yang hampir meragut nyawanya dan penumpang lain.



ROSAK...bahagian belakang bas ekspres selepas dilanggar bas ekspres lain.


Menurutnya, kejadian berlaku sekelip mata apabila bas berkenaan tiba-tiba bergegar sebelum berhenti mengejut.


“Akibatnya saya tercampak dan kepala melanggar kerusi di hadapan. Hentaman kuat menyebabkan kepala saya berpinar dan hampir pitam,” katanya sambil memegang dahinya yang lebam.


Fauziah berkata, keadaan mungkin menjadi tragedi lebih dahsyat sekiranya bas berkenaan dipandu laju atau tercampak ke laluan bertentangan.


“Walaupun bersyukur kerana terselamat, saya mungkin terlepas penerbangan pesawat Air Asia untuk ke Kota Kinabalu, Sabah, malam ini. Kemalangan ini boleh dielak jika bas berkenaan dipandu dalam jarak selamat,” katanya.


Sementara itu, pemandu bas, Muhammad Asraf Nordin, 36, yang terselamat berkata, dia cuba mengelak sebuah lori di hadapannya yang tiba-tiba memasuki laluannya tanpa memberikan lampu isyarat.


Menurutnya, dia cuba menekan brek, tetapi terlanggar sisi lori terbabit menyebabkan cermin hadapan bas pecah.


“Namun, belum sempat saya menarik nafas lega, sebuah lagi bas ekspres merempuh kuat belakang bas dipandu saya. Namun, saya dan sembilan penumpang lain bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.


Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya masih menyiasat punca kemalangan terbabit dan akan mengambil keterangan dua pemandu bas dan seorang pemandu lori berkenaan.

`sumber HMETRO