Mata Kekal Sihat


SETIAP hari, mata sering terdedah kepada pelbagai unsur yang mampu merosakkan mata.
Antaranya adalah pendedahan mata kepada cahaya matahari, udara tercemar, bakteria, alat solek juga skrin komputer yang akhirnya boleh mengakibatkan mata mengalami jangkitan, alahan, kecederaan dan kelesuan.

Cahaya matahari

Pendedahan kepada sinaran ­ultraungu daripada cahaya ­matahari secara berpanjangan misalnya boleh menyebabkan katarak.

Walaupun sinaran UV bersifat lut sinar atau tidak nampak dengan mata kasar, ia boleh menyebabkan kerosakan pada beberapa bahagian mata.

Dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan keadaan yang tidak dapat dibaik pulih jika kita tidak berusaha untuk melindungi mata.




Justeru, penjagaan mata yang ­betul sememangnya penting. Elakkan berada di luar tanpa ­penjagaan mata yang betul terutama sekitar jam 12 tengah hari kerana sinaran UV ketika itu berada dalam pancaran paling kuat.

Pastikan cermin mata gelap yang digunakan boleh menghalang kedua-dua jenis sinaran iaitu UVA dan UVB secara berkesan. Meskipun kita mengenakan ­cermin mata gelap, usah memandang tepat ke arah cahaya matahari.


Skrin komputer

Memandang skrin komputer untuk jangka masa lama juga akan meletihkan mata dan boleh menyebabkan kerosakan.

Apabila menggunakan ­komputer, pastikan mata dapat ­berehat seketika. Alihkan ­pandangan dari skrin dan pandang objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit.

Selain itu, pada setiap jam, pastikan mata mendapat rehat secukupnya.

Jangan lupa untuk mengelipkan mata kerana mata yang kurang berkelip boleh mengurangkan air mata bagi melincirkan mata sekali gus menyebabkan mata kering dan tidak selesa.

Kekalkan jarak yang sepatutnya antara mata dan skrin dengan ­kejelasan skrin yang betul. ­Kedudukan yang baik juga membantu untuk mengelakkan diri daripada mudah rasa sakit di bahagian otot dan belakang badan.

Skrin komputer pula seharus­nya berada pada jarak 20 hingga 30 inci dari mata, iaitu kira-kira ­setengah depa.




Membaca

Cahaya yang mencukupi sangat penting untuk membaca.

Bagi mereka mempunyai penglihatan yang normal, cahaya lampu 60 watt hingga 100 watt paling sesuai. Bagi mereka mempunyai tahap penglihatan kurang baik, pastikan cahaya lampu berada dalam lingkungan 150 watt hingga 200 watt.
Usah berbaring ketika membaca. Bahan bacaan pula harus berada pada jarak 33 sentimeter (sm) hingga 40 sm.


Menonton televisyen

Seeloknya, jarak televisyen dari mata haruslah berada kira-kira dua meter. Jika anda gemar menonton televisyen dari jarak dekat, lakukan ujian penglihatan kerana menonton pada jarak sedemikian memang tidak elok diamalkan.

Sekiranya mempunyai masalah seperti mata merah, sakit teruk pada mata, penglihatan kabur, benda asing di dalam mata apatah lagi kecederaan pada mata, dapat­kan nasihat doktor.

*sumber dari myMetro


Lotong mula jaga Sukan Komanwel


NEW DELHI - Ketika 100,000 pengawal keselamatan dikerahkan untuk menangani sebarang ancaman militan, 10 ekor lotong semalam memulakan tugas di luar beberapa lokasi bagi mencegah monyet lain daripada menjejaskan kemeriahan Sukan Komanwel XIX.

Bilangan haiwan itu akan dipertingkatkan dalam tempoh beberapa hari sehingga majlis pembukaan sukan tersebut pada Ahad ini.




Kehadiran monyet sering mengganggu kehidupan penduduk New Delhi terutama di timur ibu negara India itu dan satu serangan pada 2007 menyebabkan timbalan datuk bandar, S.S Bajwa maut terjatuh dari rumah teresnya.

Lotong kelabu ialah sejenis monyet gergasi dengan muka berwarna gelap menjadi penawar popular bagi mengusir spesies monyet lain. Majlis Perbandaran New Delhi menggunakan taktik lama untuk menakutkan primat kecil dengan menggunakan khidmat lutung.

"Kami menempatkan 38 ekor lotong dan ia cara berkesan menghalau monyet-monyet biasa. Kami menyewa haiwan ini dengan jurulatihnya dan sebaik tugas berakhir, haiwan-haiwan itu akan balik ke tempat asal," kata jurucakap majlis perbandaran itu, Anand Tiwari

Seekor lotong kini mengawal ibu pejabat jawatankuasa pengelola Sukan Komanwel 2010 di sini manakala beberapa ekor lagi haiwan itu dilihat sudah diletakkan di hadapan Stadium Talkatora dan Stadium Nasional.

Lotong sering digunakan sebagai pengawal di beberapa bangunan pejabat di New Delhi dan kebanyakan jurulatih untuk haiwan itu pula berasal dari negeri Rajasthan.

Selain monyet, tikus juga menjadi ancaman sehingga menyebabkan pihak berkuasa bandar raya itu melancarkan operasi dengan memasang 600 perangkap dan 100 kilogram racun tikus untuk membersihkan semua lokasi sukan. - Agensi

*sumber dari KOSMO


Panggung pertama di Terengganu


JIKA sebelum ini penduduk Terengganu perlu memandu jauh sehingga ke negeri-negeri jiran untuk menonton filem-filem menarik, kini mereka tidak perlu bersusah payah dengan adanya panggung wayang baru yang mula beroperasi 25 September lalu di Kemaman.

Pawagam terbaru berkenaan yang mempunyai lima panggung dengan 780 tempat duduk, dibangunkan di dalam pusat beli-belah serba moden iaitu Mesra Mall yang bernilai RM100 juta serta dimajukan oleh KLCC (Holdings) Sdn. Bhd.



SELEPAS sekian lama Terengganu sepi tanpa sebuah pawagam, TGV Mesra Mall dibuka atas permintaan ramai.


Ketua Pegawai Operasi TGV Cinemas, Kenny Wong berkata, TGV ingin membekalkan semua orang termasuk pelancong dengan pengalaman menonton filem yang menghibur dan menyeronokkan.

"Dengan pembukaan multipleks ini, penduduk Kemaman kini boleh menyelami keseronokan menonton wayang yang dijanjikan oleh TGV Cinemas," katanya.


Menurut beliau, TGV Mesra Mall menampilkan reka bentuk serba baru dan kontemporari yang berasaskan konsep keremajaan, selaras dengan usaha TGV Cinemas untuk menarik minat golongan muda.

"Wajah baru ini diperkenalkan pertama kali sempena pembukaan multipleks Wangsa Walk April lalu yang mendapat sambutan menggalakkan.

"Reka bentuk yang menitikberatkan keselesaan penonton dan memperlihatkan persekitaran berasaskan gaya hidup serta ruang menunggu yang lapang akan membuatkan penonton berasa santai sementara menunggu tayangan filem bermula," katanya.

Mesra OKU

Tambahnya, tempat duduk dalam pawagam memberikan ruang antara tempat duduk yang lebih lebar dan ruang letak kaki yang lebih panjang untuk menjamin keselesaan pengunjung.

Ujarnya, multipleks itu juga menitikberatkan golongan kurang upaya (OKU) dengan menyediakan keperluan tandas yang direka bentuk khas untuk mereka termasuk laluan bagi kerusi roda dari foyer ke pawagam.

"Kami cuba menyediakan ruang santai yang sempurna untuk pelanggan kami kerana kami mahu menjadikan pengalaman ke pawagam bukan sahaja sekadar menonton wayang tetapi untuk bergembira bersama insan tersayang," katanya.



Mesra Mall di Kemaman menjadi lokasi panggung wayang pertama di Terengganu.


Sebagai menghargai sokongan penonton di Terengganu, sempena pembukaan TGV Mesra Mall baru-baru ini, TGV memberikan ganjaran tiket percuma untuk dua sesi pertama tayangan pada hari pembukaan. Sebanyak 1,000 tiket habis diberikan kepada pengunjung pada 25 September lalu.

Selain itu, mereka yang membeli set kombo pula mendapat minuman Coca-cola atau F&N Seasons Soya dalam tin secara percuma.

TGV Cinemas adalah pemilik dan pengendali pawagam multipleks terulung di Malaysia yang terletak di pusat beli-belah utama di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

Setakat ini TGV sudah mempunyai 15 multipleks dengan 114 skrin dan hampir 23,000 tempat duduk.

*sumber dari KOSMO


Pilih la yang Seeloknya

Oleh: Abi Muslih

Kebiasaannya, sebelum seseorang anak lahir ke dunia, ibu dan bapa sudah berkira-kira untuk mencari nama yang sesuai untuk anak yang tersayang. Mencari nama yang baik bukan untuk mendapat pujian. Atau untuk melambangkan status sosial dan seumpamanya. Tetapi ia adalah satu ibadah yang dituntut oleh agama.

Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda’ r.a. katanya, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu.




Memperelokkan nama bermaksud memilih nama yang selari dengan tuntutan Islam. Memilih nama perlu ada tujuan. Bukan sekadar untuk memudahkan panggil atau untuk menggabungkan nama ibu dan bapa serta datuk-datuk dan nenek-nenek, bahkan ia berkaitan dengan soal pembentukan peribadi anak itu. Bukankah panggilan itu mengandungi doa. Setiap orang yang memangilnya, dikira membuat doa untuknya.

Jika seorang anak itu namanya ‘Mujahid’ yang bermaksud seorang pejuang atau orang yang berjihad, setiap orang akan memanggilnya dengan gelaran pejuang. Secara tidak langsung dia didoakan untuk menjadi pejuang pada jalan Allah swt. Sebaliknya jika seorang itu dinamakan dengan nama ‘Hazan’ yang bermaksud Berdukacita, setiap orang akan memanggilnya sebagai seorang yang sedang sedih dan berdukacita. Secara tidak langsung pangilan demi panggilan itu boleh memberikan kesan kepadanya.

Nama Yang Tidak Baik

Malangnya hari ini, terdapat segelintir masyarakat yang kurang mengambil berat soal nama. Ada yang memilih nama yang kelihatan indah tetapi hakikatnya tidak mempunyai apa-apa erti, atau lebih malang lagi ia membawa erti yang negatif. Mereka suka nama-nama yang nampak moden seperti Natasya, Zana, Susan, Hyfa, Dayanty atau seumpamanya. Lebih menyedihkan lagi, jika nama-nama itu ditiru atau diambil nama-nama orang kafir.
Ada juga yang menggabungjalin nama ibu dan bapa. Mereka lakukan tanpa mengambil kira maksud gabungan perkataan itu . Contohnya, ibu yang bernama Safrina dan bapa bernama Ihsan, anaknya diberi nama Safih Insan, yang bermakna ‘Manusia yang Bodoh’. Kadang-kadang nama yang digabungkan itu menjadi panjang tanpa sebarang erti seperti Nor Sajamifulah Niruszam atau seumpamanya.

Terdapat dikalangan ibu bapa yang cuba memberikan nama yang baik tetapi mereka tersilap langkah, contohnya meletakkan perkataan Abdul atau lebih tepatnya ‘Abd yang membawa maksud Hamba dengan perkataan lain selain nama-nama Allah seperti Abdul Muhammad, dan Abdul Musa. Ada juga yang silap dengan hanya meletakkan perkataan Abdul untuk anaknya. Jika mahu ringkas mereka sebenarnya boleh menggunakan nama Abduh yang bermaksud HambaNya.

Kadang-kadang terdapat ibu bapa yang mahu menggunakan kreativiti dengan menamakan anaknya sempena sesuatu peristiwa atau tempat sehingga menjadi janggal seperti Mohd Felda, Nor Malaysia, Saiful Johori, Mohd Toyota, Siti Sukom dan seumpamanya. Mereka sebenarnya menjadikan anak-anak mereka mangsa ejekan sepanjang hayat.

Jika bapa tersilap memilih nama, maka sewajarnya dia berusaha agar nama itu ditukar kepada nama yang lain. Rasulullah s.a.w. pernah bertindak menukar nama seseorang dengan nama yang lebih baik. Al-Termizi dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Sayyidina Umar bin Al-Khattab r.a. mempunyai seorang anak perempuan namanya ‘Aashiah (Penderhaka), maka Rasulullah s.a.w. menukarkan namanya menjadi Jamilah (Yang Cantik).

Sebaik-baiknya para bapa merujuk kepada para ilmuan atau sekurang-kurangnya membelek buku-buku panduan sebelum memilih nama yang sesuai untuk anak. Ingatlah bahawa nama itu adalah identiti terpenting bagi seseorang manusia. Kesan pemberian nama itu bukan terhenti setakat di dunia sahaja bahkan melarat sehingga ke akhirat. Oleh itu, menjadi kemestian kepada para bapa untuk memilih nama yang baik-baik.




Nama Yang Baik

Rasullullah s.a.w. menganjurkan agar anak-anak dinamakan dengan nama-nama yang mempunyai maksud baik atau dinisbahkan kepada orang yang baik. Bapa-bapa boleh memilih nama-nama Rasul seperti Hud, Nuh, Ilyasak dan lain-lain; atau nama para Sahabat seperti Mus’ab, Mu’az, Talhah, Zubair, Handzalah dan lain-lain; atau nama para ‘ulama’ seperti As Syafie, Al Bukhari, As Subki, Al Andalusi, Al Tabari, Al Nakhai’i, Al Zamakhsyari, Ibnu Qayyim, Ibn Taimiyyah, Al ‘Izz, dan lain-lain. Mudah-mudahan anak itu, dapat menghayati kehebatan tokoh-tokoh silam lantas menjadikannya sebagai ikutan.

Antara nama yang afdhal ialah nama yang dinisbahkan kepada nama Allah, tetapi dimulai dengan kalimah ‘Abd. Nama-nama Abdullah, Abdul Quddus, Abdul Jabbar, Abdul Qahhar, Abdul Fattah, Abdul Mu’izz dan lain-lain adalah contoh bagi kategori ini. Di samping itu para bapa digalakkan memilih nama-nama yang mempunyai nama indah dan seboleh-bolehnya tepat dengan nahu Arab. Contohnya nama Saif bermakna pedang, tetapi nama Saiful tidak mempunyai apa-apa makna kecuali jika disandarkan kepada perkataan lain seperti Saiful Islam yang bermaksud Pedang Islam. Sebaik-baiknya juga nama yang dipilih itu menepati kesesuaian jantinanya.

Kesimpulannya, ibu bapa yang akan menyambut bayi perlu membuat persediaan awal sebelum tiba masa kelahiran. Persediaan seperti, membanyakkan bacaan al-Quran, berzikir dan bertafakur serta mencari nama yang sesuai untuk anak perlu diutamakan. Sebagai pendidik, ibu dan bapa tidak boleh mengambil lewa soal-soal ini. Ingatlah, apa yang disemai hari ini, itulah yang akan dituai esok hari.




*artikel ni aainaa amik dari email yang aainaa terima....^_^


Bayi Tiga Bulan Tercekik Susu


PUTRAJAYA: Seorang bayi perempuan yang berusia tiga bulan menemui ajal yang dikatakan akibat tercekik susu yang diberikan pengasuhnya di sini Selasa lalu.

Selepas diberikan susu, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz dibiarkan bersendirian sementara pengasuhnya memasak di dapur.



Bayi perempuan, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz, tiga bulan, yang maut selepas tercekik susu yang diberikan pengasuhnya pada Selasa lepas.-Foto BERNAMA.


Bapa bayi berkenaan Mohd Fairuz Mohamad Stap, 31, berkata pada hari itu, isterinya Haney Usmiza Abdul Hamid, 30, seperti biasa menghantar bayi mereka kepada pengasuh pada pukul 8 pagi sebelum pergi kerja.

"Farisha baru sahaja sembuh daripada selesema dan isteri saya sudah memaklumkan perkara itu kepada pengasuh tersebut.

"Kemudian kira-kira 10.30 pagi, isteri saya menerima panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan anak kami tidak sedarkan diri.

"Isteri saya bergegas ke rumah pengasuh tetapi dimaklumkan jiran pengasuh itu, bayi saya sudah dibawa ke Hospital Putrajaya.

"Di unit kecemasan, isteri saya dimaklumkan bayi kami sudah meninggal dunia," katanya.

Mohd Fairuz berkata Farisha adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan dihantar untuk dijaga pengasuh berkenaan sebaik isterinya habis pantang selepas bersalin.

Menurutnya, beliau difahamkan bahawa pengasuh berkenaan mempunyai sijil latihan dan lesen untuk mengasuh kanak-kanak serta dipantau sebulan sekali oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Pusat Asuhan Malaysia.

Selain Farisha, pengasuh tersebut yang mempunyai pengalaman selama empat tahun dalam penjagaan kanak-kanak, turut menjaga lima kanak-kanak lagi.

Fairuz berkata beliau menganggap kejadian tersebut sebagai takdir dan belum bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh itu.

"Pengasuh itu juga sudah memohon maaf. Namun saya berharap kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi dan semua pengasuh perlu menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin," katanya.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Mohd Khairun Aseh yang turut mengunjungi keluarga mangsa hari ini berkata, pihak bertanggungjawab perlu bertindak tegas dalam perkara tersebut dengan memastikan semua pengasuh sama ada pengasuh di rumah atau Taska diberikan latihan sepatutnya untuk mengelakkan lebih banyak kejadian yang sama berlaku. - BERNAMA

sumber dari MStarOnline


dugaanNYA


assalamualaikum semua....
aainaa dalam proses merancak kan balik blog ni...tapi atas faktor² kesihatan membataskan...otak pun tak bape nak berfungsi dengan stabil lagi ni...uhuhuhuu...

raya kali ni banyak tul dugaan yg datang pada diri aainaa sendiri....dugaan camne?? dugaan pada kesihatan aainaa...mula² skali masa raya ketiga leh plak penyakit lama datang menjengah...dah la semangat beraya tengah berkobar-kobar...pe penyakit lama tu? sakit pinggang sampai nak bangun pun tak leh...aainaa penah kene beberapa tahun dulu...tapi kali ni takde la sampai tak leh nak bangun tapi pergerakan tu terbatas la....tapi sebab semangat nak beraya...ku tahan jua...ikut gak family beraya...sudah nya...malam tu mula la makin teruk jadi ya....jalan pun dah cam robot gayanya....tapi nasibla tak melarat sakitnya...2,3 hari pastu dah sembuh.....




time raya ni bukan setakat sakit pinggang je...berjangkit plak selseme ngan angah....waaaaa....tau je la kan kalo selsema ni mula la pening...sangat la tak selesa...pastu ngan sore sengau nya....aderhla....nasib baik jugak selsema ni cepat sembuh....eehehehee....




pada raya ke sembilan...skali lagu dugaan melanda.... waaaaaa.... aainaa demam teruk.... tak penah² aainaa kene demam seteruk ni...seharian tak bangun...panas badan tak yah citerla...memang panas sangat²...lembik selembik²nya...bukan je aainaa yang demam...mak pun demam...so ader dua pesakit kat umah tu...yang pempuan demam...dua² terlantar baring je...so tukang masak kita aritu adalah along...dan menu nya adalah telur goreng...nasi putih n kicap...waawawaaaaa...okla tu kan....dari takde langsung...2,3 hari gakla lembik...kalo bangun pun terhuyung-hayang....skang ni alhamdulilah dah semakin pulih....walaupun belum sepenuhnya....tapi....tetiba datang lak sakit gg....waaaaaa....sabo je la...uhuhuhuu.....




harap²... lepas ni aainaa akan sembuh sepenuhnya seperti sediakala... insyaAllah... amin... doa²kanlah ye....^_^


Persediaan dan Raya 2010


salam semua...
sejak bulan puasa yang lalu...aainaa jarang² kan dapat update blog.... bukan apa... bukan malas pun... tapi ntah ek... ilham tu macam main sorok² la plak... kejap ader kejap datang.... bila dah datang n semangat nak menaip tetiba plak menghilang... haishhh... penat tau main kejar² ni.... so aainaa update je la apa yang aainaa mampu kan.....



mak di apit dua bodyguard nya...ekekeke...


jalan² cari barang....;p


erm.... kali ni aainaa nak kongsikan pasal pe ek? erm...sudah semestila raya la kan.... adik beradik aainaa mula kumpul semuanya kat umah mak ni pada hari selasa... malam rabu tu angah dah sampai kat umah dari keje terus die bertolak balik kuantan... walaupun isnin pagi tu baru je die balik kl... hahahaaa... alhamdulillah semuanya ader....cukup kami 4 orang sekeluarga.... ahahahhaa adik beradik bukan ramai pun.... 3 orang je... pastu seme bujang... harus la seme kumpul umah mak kan... lagi mau bising.... ekekekke....



cari songkok baru....


esoknya hari rabu...bermula la misi mencari barang² untuk kelengkapan hari raya...bahan² mentah n barang² umah mane yg tak lengkap lagi...seme cari la...ari rabu tu...ni abis seme nak follow ni...lokasi utama pasar besar kuantan...muahhahaa... yang pasti nya tetiba je kan bandar kuantan ni penuhi dengan jam yang beraneka rasa...uhuhuhu...memang sesak la nak ke pasar tu... haish....jemu duk dalam kete... mana tak jam...kat area pasar tu la terminal bas...pastu bazar ramadhan... pastu kawasab jualan sempena nak raya kan...seme nya tertumu pada satu lokasi....



hasil roti jala setelah penat menjala


dah siap membeli apa yang patut dan kepanasan kat bandar...balik la ke umah untuk menyelesaikan apa yang patut kat umah la plak...nasib kemas umah n pasang langsir seme dah wat awal...kalo tak, memang tak terkejar la aainaa nak wat sorang.... tapi yang bagusnya tahun ni...abg²ku rajin tanpa di minta tolong...syabas²...lagi memudahkan keje ku dan mak...yeaaahhhh....!!!



ni namanya gaya bebas...^_^


ni baru satu keluarga mak sedara...dah ramai camni...


kalo citer pasal malam raya plak...sudah semesti nya lah penyediaan juadah untuk pagi raya kan....pada mulanya mak nak wat nasi impit n kuah kacang ngan ketupat palas ngan rendang....tapi tetiba plak aainaa dengan berbesar hatinya nak wat roti jala ngan kuah kari...so menu pagi raya adalah roti jala ngan kari ayam berserta ketupat palas ngan rendang daging...kerana masih was² sama ada nak wat atau tak roti jala...maka aktiviti menjala bermula pasa pukul 1 pagi...muahahhaaa... setelah penat berjuang menebar jala...akhirnya perjuanganku tamat pkl 4pagi... pastu sambung plak wat kari ayam..... last² curi² tdo jap sampai pkl 7 lebih....



lagi ahli keluarga mak sedara...kira sepupu² la ni seme...


mak(berdiri) bersama kakak mak ngan kakak sepupu ku....

seperti biasa la kalo pagi raya kan....semayang raya...pastu salam² ngan keluarga...pastu snap² gambar family....then terus ke umah mak saudara....dan bermula la sesi ziarah menziarah...tiap² tahun family ktorang memang akan berkonvoi ramai² ke umah mak² sedara n bapa sedara...seronok...meriah... alhamdulillah raya kali ni meriah...walau dah 8 tahun arwah abah takde....=)



keletah anak spupu aainaa yg sorang ni
memang mencuri perhatian...comel...^_^


*pic sudah di upload....sebahagian je ni....^_^


cikMadie...cikMadie...cikMadie....Happy Besday...♥



*klik untuk besarkan...


...bila kau letih dan hilang semangat...
...Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya...

...bila tangismu berpanjangan dan hatimu kedukaan...
...Allah telah mengira titisan airmatamu...

...bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu...
...Allah setia disisimu...

...bila kau telah mencuba segalanya tp xtahu tujuan...
...Allah ade jalan penyelesaiannya...

...bila xade yg bererti buatmu, keliru dan kecewa...
...Allah adalah jawapannya...

...jgn bersedih di hari lahirmu...
...ingatlah Allah sentiasa ada untukmu...

...tabahkan atimu...
...bersyukurlah masih di panjangkan umurmu...



...Selamat Hari Lahir Sahabatku...
~::cikMADIHAH WAHIT::~


*tu kek nya dah ader dalam poster tu ye cikMadie...ehehehee...^_^

Sambut Aidilfitri lebih awal


KANGAR – Ketika orang ramai sibuk meneka sama ada Aidilfitri jatuh pada hari ini atau Jumaat, sekumpulan pengikut fahaman Jamiatul Al-Nadzir Awwallun sudah menyambut hari raya itu di sebuah rumah kedai yang dijadikan surau di Seriab di sini semalam.



PEGAWAI JAIPs menyoal siasat ahli kumpulan Jamiatul Al-Nadzir Awwallun di sebuah rumah kedai di Seriab, Kangar semalam.


Tindakan mereka menyambut hari raya awal terbongkar apabila anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) menyerbu surau tersebut ketika sembilan orang ahli kumpulan itu sedang mendengar khutbah raya kira-kira pukul 9.30 pagi.

Ketika ditahan, kumpulan tersebut telah selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri dan menyediakan pelbagai kuih raya serta juadah seperti ketupat, rendang serta laksa.

Pengarah JAIPs, Abdul Malik Hussin (gambar) berkata, penahanan ahli kumpulan disebabkan mereka melanggari titah diraja dalam menentukan tarikh puasa dan hari raya.

“Kumpulan ini didapati telah menyambut Aidilfitri lebih awal daripada masyarakat Islam di negara ini di surau yang bernama Mosalla Al-Zakirin tempat pengikut mereka beroperasi.

*sumber dari KOSMO


Dapat lima saman dalam SEJAM!!!

SETIU - Sikap memandang mudah seorang pemandu bas ekspres terhadap undang-undang jalan raya memakan diri sendiri apabila dia dikenakan lima saman hanya dalam tempoh sejam dalam satu operasi penyamaran oleh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini semalam.



ANGGOTA JPJ menyaksikan pemandu bas yang dikenakan saman (kanan) menulis maklumat peribadi di Setiu semalam.



Saman atas pelbagai kesalahan itu dikeluarkan menerusi operasi khas yang dilakukan sempena Ops Sikap ke-22 bermula dari terminal bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dekat sini sehingga ke Stesen Penguat kuasa JPJ Air Sejuk di sini.

Pemandu berusia 62 tahun itu didapati memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta melanggar lampu isyarat.

Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, ketika lelaki itu ditahan, dia dengan selamba mendakwa tidak menyedari melakukan kesemua kesalahan tersebut.


*sumber dari KOSMO


♥....Selamat Hari Raya Aidilfitri....♥

salam semua...

wah..skang zaman dah canggih...tiada lagi atau sudah kurang yang hantar kad raya. by pos...memandangkan harga setem pun dah naik kan...so cara mudah n cepat + murah...kita post kat blog sendiri jela...tak pun fb kan.... aainaa pun tak nak ketinggalan post kad raya untuk semua sahabat² blogger aainaa... kad ni wat sendiri ok... design sendiri...dah lama wat sebenarnya dari awal pose...tapi tunggu masa nak post jek...heheheee....




kepada semua sahabat² blogger aainaa...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan Batin

kalo ader catatan atau gurauan antara kita yg membuat kan anda terasa atau berkecil hati, aainaa minta maaf k....terimala kad ini seadanya k...aainaa sayang anda semua...

semoga keceriaan menanti anda semua di lebaran kali ni...pada sahabat² yg akan pulang ke kampung beraya tu...berhati-hatila di jalan raya k...pada yg memandu tu pastikan kereta anda di servis dan anda rehat secukupnya dan pandu lah secara berhemah..pandu cermat jiwa selamat.... pada yg menaiki kenderaan awam tu...jaga keselamatan diri anda dan barang² anda k...^_^


Galaxy Tab saingi iPad


BERLIN, Jerman – Firma Korea Selatan, Samsung Electronik semalam mempamerkan sebuah komputer terbaru dikenali sebagai Galaxy Tab bagi menyaingi populariti komputer iPad keluaran Apple Inc.


KOMPUTER Galaxy Tab (kanan) dan komputer iPad (kiri).


Eksekutif Telekom Eropah Samsung, Thomas Richter pada pameran kepenggunaan elektronik terbesar di dunia anjuran Pertunjukan Radio Berlin (IFA) di sini menyatakan, gajet tersebut menawarkan kemudahan sidang video bergerak dan perbualan video selain fungsi Bluetooth, Wi - Fi dan rangkaian telefon pintar 3G.

Menurutnya, komputer keping nipis itu seberat 380 gram dan dilengkapi skrin sentuh 18 sentimeter iaitu tiga kali ganda lebih besar daripada skrin telefon pintar iPhone tetapi kira-kira satu pertiga lebih kecil berbanding skrin iPad.

Jelas Richter, Galaxy Tab didatangkan dengan sistem operasi Android 2.2 keluaran syarikat Google Inc. yang boleh membaca kod Protokol Alih Hiperteks 5 (HTML5) dan memainkan Adobe Flash Player tidak seperti iPad.

Gajet berkenaan akan membolehkan pengguna melayari Internet dan membuka e-mel sama seperti sebuah komputer biasa, tambahnya.

“Komputer keping Samsung Galaxy direka untuk membolehkan pengguna memaksimumkan pengalaman dalam talian mereka di mana sahaja mereka berada,” kata ketua perniagaan telekom Samsung, J.K. Shin.


SEORANG lelaki merakamkan gambar seorang wanita dengan komputer Galaxy Tab di pertunjukan Radio Berlin, Jerman semalam.


Harga komputer itu akan bergantung kepada pembekal telekomunikasi dan ia bakal dipasarkan di Eropah pada bulan depan sebelum dijual di Amerika Syarikat (AS) serta Asia pada musim luruh ini.

– AP


*sumber dari KOSMO


Kuih..kuih...kuih....sedap!!!

Varieti 39 jenis talam

PENGUNJUNG bazar Ramadan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan pasti tertarik dengan deretan kuih-muih yang kemas tersusun dan kelihatan begitu menyelerakan.

Kuih berwarna-warni yang dijual oleh Durah Ibrahim, 26, itu membuatkan pelanggan rambang mata untuk membuat pilihan.




Durah menjual sebanyak 39 jenis kuih-muih seperti kuih talam, seri muka, kuih lapis, puding dan koleh.

Bermula dari pukul 3 petang hingga 6 petang, gadis itu yang ditemani oleh ibunya, Sharifah Anisah Sheikh Abdullah, 53, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah serta dua adiknya, Suraya, 24, dan Atiqah, 16, tidak menang tangan melayan pelanggan.

Sejak hari pertama berniaga di bazar Ramadan sekitar pukul 5 petang, sebahagian daripada kuih-muih itu habis dijual. Reputasi kuih Kak Pah atau Sharifah Home Made Cake yang mempelopori perniagaan kuih talam di Pasar Tani Wakaf Che Yeh meningkat berbanding bulan-bulan biasa.

Kali ini merupakan tahun kedua mereka berniaga di bazar Ramadan. Antara kuih-muih yang sering menjadi pilihan pelanggan termasuklah kuih talam cendol, talam gula merah, talam jagung, talam kacang hijau, seri muka durian, seri muka jagung, seri muka kayu manis dan pelbagai jenis puding.

“Kami sediakan 39 jenis kuih-muih untuk mereka pilih dan kebiasaannya mereka akan mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan sama ada dengan menungan panjang dan perbincangan antara mereka. Malah, ada juga yang tidak melepaskan peluang merakam foto kuih-muih tersebut.

Kualiti rasa

“Lucu juga melihat gelagat pelanggan, tapi sekurang-kurangnya gaya persembahan produk seperti pengusaha donat terkemuka di bandar raya besar dapat kami aplikasi di sini,” jelas Durah ketika ditemui baru-baru ini.


SHARIFAH ANISAH (kiri) dan Durah menyiapkan kuih talam untuk dijual di bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan.


Tambah Durah, keluarganya sangat menitikberatkan kualiti rasa dan keaslian dalam pembuatan kuih-muih yang dijual. Kuih seri muka durian misalnya, menggunakan isi durian asli tanpa menggunakan perisa tiruan.

“Jika kuih yang dijual agak lembik atau pecah di bahagian tepi, kami tidak akan jual kerana mahu menjaga kualiti,” kata Durah bahawa kuih-muih tersebut dijual pada harga RM2 untuk lima ketul.

Sebagai bukti keberkatan mencari rezeki pada bulan puasa, jualan kuih-muih mereka mencatatkan keuntungan di antara RM1,400 hingga RM1,500 sehari. Proses mengadun dan mengukus kuih-muih bermula dari pukul 3 pagi hingga 11 pagi sebelum berniaga pada sebelah petang.

Tahun lalu, hasil jualan mereka mencatat lebih RM25,000 sebulan sepanjang berniaga di bazar Ramadan. Selain kuih-muih, pendapatan tersebut diperoleh hasil jualan lebih 1,000 biji kek coklat.

“Mummy yang jadi mastermind semua ini, saya dan adik-adik mengikut sahaja,” ujarnya yang mempunyai tiga orang kakak yang sudah berkahwin.

Adik Durah, Suraya, yang bertindak sebagai pengawal kewangan memberitahu, setiap hari lebih 24 kilogram (kg) santan digunakan di samping 205 biji telur, 15 kg gula halus, 4.5 kg gula merah, lima tong gas untuk memasak dan 435 buah bekas polisterina untuk mengisi kuih.

Perbelanjaan untuk membuat kek dan kuih pada bulan Ramadan menelan kos di antara RM500 sehingga RM600 sehari.

Suraya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, dia sebenarnya merancang untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana sejurus tamat pengajian tahun lalu.

“Tetapi pengalaman membantu keluarga berniaga secara serius sejak tahun lalu membantutkan perancangan saya seketika.

“Walaupun letih kerana hanya dapat tidur kurang lima jam sehari tetapi hasilnya cukup berbaloi. Misalnya, tempahan kek hari raya untuk tahun ini sahaja sudah mencecah 300 biji.

“Siapa lagi boleh membantu mummy, rugi jika saya tidak memanfaatkan peluang dan kepakaran yang beliau turunkan pada kami,” katanya yang bertanggungjawab membina laman web http://sharifahhomemakecake. multiply.com bagi memperkenalkan kuih dan kek mereka kepada pelanggan.

Koleksi buku masakan

Keluarga itu baru sahaja pulang ke Kelantan tahun lalu setelah suami Sharifah Anisah, Ibrahim Mohamad, 58, yang berasal dari Tumpat, bersara sebagai jurutera syarikat Telekom Malaysia di Kuala Lumpur.


Durah (kanan), Sharifah Anisah dan Suraya mengambil tempahan dalam talian.


Sharifah Anisah yang berasal dari Kampung Kubur Kuda, Kota Bharu mengikut suaminya ke Kuala Lumpur sejak tahun 1985. Mereka menetap di sana lebih 25 tahun bersama enam anak perempuan mereka.

Berkahwin pada usia 17 tahun, wanita yang tidak mempunyai sebarang pengalaman secara formal dalam dunia masakan itu sebenarnya mempunyai minat memasak yang amat mendalam.

Ketika di Kuala Lumpur, dia sanggup mencari guru masakan hingga ke Singapura demi untuk mengumpul pelbagai tip masakan. Bahkan, Sharifah Anisah mempunyai lebih 200 koleksi buku masakan.

Sharifah Anisah mula giat menerima tempahan selepas setahun melahirkan anak bongsunya. Ramai kenalan dan penduduk di sekitar kawasan perumahannya di Taman Ehsan, Kepong menempah hidangan dan lauk-pauk tradisi seperti nasi kerabu dan ayam percik atau juadah moden seperti puding dan kek coklat.

Melalui hebahan dari mulut ke mulut, dia mendapat tempahan dengan jualan yang mencecah di antara RM5,000 hingga RM6,000 sebulan.

Kini, Sharifah Anisah hanya menumpukan kepada tempahan membuat kek dan kuih talam untuk majlis kenduri kahwin, jamuan pejabat dan majlis hari jadi selain berniaga di pasar tani. Istimewanya, sebahagian besar resipi kuihnya diolah dan dicipta sendiri. Bagaimanapun katanya, untuk menghasilkan berpuluh jenis resipi kuih seperti yang disediakan hari ini bukanlah satu perkara mudah. “Sudah berpuluh kilogram adunan tepung yang terbuang dan saya juga sudah puas menangis apabila kuih-kuih yang diadunkan tidak menjadi tetapi saya tidak pernah putus asa.

“Saya suka menjamu orang makan dan melihat mereka tersenyum puas dengan masakan saya. Walaupun hanya belajar sehingga tingkatan tiga, saya bersyukur kerana minat yang mendalam membolehkan saya berkenalan dengan ramai orang dari pelbagai golongan kerana hidangan yang saya hasilkan,” katanya.


DURAH dengan dapur-dapur pengukus kuih di rumahnya di Kampung Tunjung, Kota Bharu, Kelantan.


Rezeki Sharifah Anisah semakin murah setelah kembali ke negeri kelahirannya. Nekad memperkenalkan kuih talam yang masih kurang peminatnya di negeri Cik Siti Wan Kembang berbanding negeri lain, dia dan anak-anaknya memilih untuk berniaga di Pasar Tani Wakaf Che Yeh yang terletak lima kilometer (km) dari rumahnya di Kampung Tunjung, Jalan Kuala Krai.

Setiap minggu di pasar tani, tidak kurang 100 biji kek coklat habis dijual di samping 36 dulang kuih yang menjadi produk wajib mereka. Ditambah dengan tempahan daripada individu, pejabat kerajaan, syarikat swasta dan orang kenamaan, secara purata jualan kuih-muihnya mencecah di antara RM7,000 hingga RM12,000 sebulan.

Sharifah Anisah berkata, kejayaan yang diperoleh adalah berkat sokongan daripada suaminya.

Apakah perancangan masa depannya? “Kami lebih selesa beroperasi dan memasak dari rumah, barulah kena dengan nama, namun terserah kepada anak-anak saya jika mereka mempunyai rancangan lain pada masa akan datang,” katanya.

*sumber dari KOSMO