Tiga Cahaya Di Hari Kiamat




Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.

Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga
, orang yang derhaka kepada ibubapanya.


Keempat
, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.


Kelima, orang yang suka minum arak."


Destinasi Cinta

Assalamualaikum sahabat² semua....

salah hujung minggu.....
"Destinasi Cinta"....macam² leh di tafsirkan dengan ayat ini....sama ada destinasi cinta pada seseorang....pada ibu bapa...mahupun pada Yang Maha Esa...aainaa malas nak huraikan panjang².....mari kita sama² fikirkan di mana "Destinasi Cinta" kita yang sebenarnya....^_^...

semenjak dua menjak ni aainaa cukup terkesan dengan lagu ni....



Destinasi Cinta

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku.. Ya Allah..


enjoy mendengarnya!!!!!


Anugerah Juara Lagu ke 24

lagu² yang layak adalah.....

1. Aku Scandal - Hujan



2. Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah



3. Aurora - Estranged



4. Bengang - Akim



5. Aku Rindu Sayang Kamu - Black



6. Dan Sebenarnya - Yuna



7. Rindu Terhenti - Tomok



8. Pakai Buang - Stacy



9. Kau & Aku - Aizat

10. Pergi - Aizat



11. Situasi - Bunkface



12. Bencinta - Faizal Tahir



13. Cinta Adam Dan Hawa - Misha Omar



14. Masih Jelas - Hafiz




best²!!!!!! sangat teruja untuk saksikan AJL24....=)

Sijil Pelajaran Malaysia

salam semua....

baru teringat hari ni semua adik² yang lahir tahun 1992 menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)... selamat Berjaya untuk semua..... harap² senang dan tenang menghadapi peperiksaan....=)



bila bercerita pasal SPM ni teringat plak zaman amik spm dulu...huhuu...dah brapa lama ek berlalu??? erm...dah 7 tahun berlalu...wah sungguh lama sudah meninggalkan uniform sekolah...hehheee....bila di ingatkan semula...sememangnya kenangan zaman sekolah ni paling indah dan seronok...yela seme nye masih enjoy...hehheeee...aainaa la antara nya...

masa SPM dulu aainaa amik sains teknologi...amik lk (lukisan kejuruteraan) tapi tak amik Bio....hehheee....LK subjek kegemaranku...memang minat sangat...kalo time kelas LK memang berkobar² nak g kelas LK....kalo dah start melukis tu memang syok...dari satu helaian ke satu helaian aainaa siapkan...

masa spm paper LK memang teruja n semangat yang amat nak g amik exam...hehheee...paling awal sampai n paling awal kuar dewan exam...huhuu...sejam awal plak tu....tak percaya? percaya lah..hehheee...;p subjek elektif ni la result yg paling aainaa skor skali n bangga...elektif lain agak kurang la...huhuuuu...;p



kalo kimia ngan fizik plak... memang suka time wat eksperimen... syok dan teruja.... tapi.... time jawab exam... wawwaaawawaaaa... sorry aainaa ni bukan jenis cepat mengingat... huhuu.... spm pun cukup makan jek.... add math lagi la... hahhaaaa...;p

kalo cakap kenangan masa spm plak...hehheeee...ni la kenangan yg aainaa takleh lupa...hehheee...ktorg bebudak f5 aspura n aspuri fly malam... hahhahaaa...masa tu exam seterusnya lagi dua hari tak silap.... dan paper seterusnya add math tak silap.... memang giler la masa tu ...memang nak release tension baru pas paper kimia kot...dah tak ingat dah...tapi memang syok arr...tak kantoi pun...hahhaaa...jahat tak??? maner ader jahat...nakal jek...=)

hasilnya result spm???? tidakla terlalu mngecewakan dan tidakla terlalu membnggakan walaupun masa dapat result tu dulu terus nangis....kenapa??? biarla hanya diri ini yang tau...huhuuu...;p



kepada adik² yang menduduki SPM tu "BUAT YANG TERBAIK"...apapun mulakan dengan Bismillah dan doa...insyaAllah semua nya akan berjalan dengan lancar...dan paling penting...sebelum melangkah menuju ke tempat peperiksaan, mintala doa restu dari ibu dan ayah...sesungguh restu mereka amat penting dalam setiap tindakan dan perbuatan kita...

Saya Sudah Tengok!!!!

Assalamualaikum semua....

petang² selasa apa anda semua buat ha??? heheee....



Saya Sudah Tengok!!! apa yg dah aainaa tengok???? heheee...aainaa dah tengok citer PISAU CUKUR ahad lepas....hheheee...takde keje kan...so ajakla mak g tengok wayang....secara keseluruhannya filem ni tidak menghampakan....notbad la...tapi ader la skit kekurangan sana sini....tapi sangat kagum usaha pihak produksi mewujudkan suasana kapal pelayaran tu...sangat cantik dan mengujakan...dalam 5 bintang aainaa kasi 3.5 kot....salah satu sebab kenapa aainaa nak tengok citer ni sebab aainaa suka lakonan FAZURA..sangat natural...hehheee...;p



suka gak ngan lakonan pelakon baru yang bawa watak Faqir tu...slumber jek....tak nampak kekok...♥



ni ader sinopsis filem ni :-

"Filem Arahan Bernard Chauly ini mengisahkan tentang Bella(Maya Karin) dan Intan(Fazura) yang pergi bercuti di atas kapal mewah Putri Duyung dengan harapan untuk mendampingi lelaki – lelaki kaya selepas Bella tewas dalam pertandingan Siapa Mahu Kahwin Jutawan. Di atas kapal itu, Bella telah berjumpa dengan Datuk Hisham(Eizlan Yusof) dan cuba mendampinginya dengan mempergunakan seorang jejaka kacak, Faqir(Shahredza Minhat) untuk mencapai impian itu. Faqir sebenarnya sukakan Bella dan cuba memikat Bella walaupun dia sedar Bella hanya mahukan lelaki kaya sahaja.



Intan pula yang bertugas sebagai pengacara sebuah rancangan jenayah pula mempunyai seorang sugar daddy iaitu Datuk Salleh(Radhi Khalid) yang sudah berkahwin tetapi tidak ikut serta bersama mereka belayar di atas kapal mewah itu kerana terpaksa menjaga isterinya yang koma selepas membuat sedutan lemak untuk kelihatan lebih cantik.



Kebetulan ketika pelayaran, mereka bertemu dengan Datuk Zakaria yang datang belayar bersama tiga isterinya(Khatijah Tan, Umie Aida dan Shafirah Sofia) serta dua anaknya Suri(Liyana Jasmay) dan Johan(Nas-T). Dalam percutian ini, Datuk Zakaria ditemui mati disyaki termakan jeruk yang mempunyai racun tikus. Jadi, seorang detektif, Ari(Aaron Aziz) yang menyiasat misteri pembunuhan Datuk Zakaria ini mencabar Intan(Fazura) agar membuktikan bahawa beliau boleh membantunya mencari siapakah pembunuh Datuk Zakaria dan bukannya hanya bersandarkan pada wajah yang cantik sahaja."



p/s :- satu² melekat dalam ingatan aainaa ni tentang filem ni adalah telatah FAZURA yang suka menyebut ayat² seperti "Owh My Gucci!Owh My Prada! Oh, My Dior! Owh My LV! "...sangat menarik....=)



♥♥♥



Mak dapat cucu....?

assalamualaikum semua...salam hari minggu.....

aderh....ngantuk betul mata ni...tidur ku terganggu dek kerana batuk ni...asyik terjaga je semalam...perit tul tekak....sore pun dah lain ni...dah lama tak kene batuk teruk camni sampai sore pun dah lain....malam semalam plak dah tau batuk...g makan ayam goreng...banyak lak tu..memang saje cari penyakit...huhuhu...;p


bulatnya mata ini budak...geram tul!!!

tajuk tu cam best jek kan....anak mak yg mane plak kawin dan dapat cucu ni??? setau aainaa adik beradik aainaa maner ader yg kawin lagi walaupun seme dah memang layak kawin pun...huhuuhu...;p

hahaahhahaaa...agak suspen tajuknya kan.... takdela.. sebenarnya awal pagi tadi kucing aainaa "Miko" melahirkan....hehheee....kenapa aainaa cakap cucu??? mak tu kalo ngan kucing² dier memang dier manjakan....kalo bercakap ngan kucing pun bahasakan diri mak...so tu yg aainaa cakap cucu...


Miko dan anak²nya...=)

kali ni miko punya anak 4...tak cam selalu..3 ekor jek...mula tengok tadi nampak 3 je...sekor lagi tak perasan...bila salinkan alas dier tu baru perasan ade 4 ekor....warna apa??? kali ni seme nya hitam...huhuhuu...takpe...janji comel²...tu je kot yang aainaa nak citer kan...jumpa lagi...daaaa

assalamualaikum....♥

p/s :- ni ader aainaa letakkan pic kenduri semalam (07/11/2009)...kenduri sambut menantu sepupu aainaa...



mak sedara ku


anak sepupuku Adam Danial


Pengantin sedang berarak


e'eh sape kat tepi tu????


Family Mak sedara


pengantin bersanding


Danial pun nak menepung tawar mak iti dier


smile....=)

Ramalanku Benar Belaka - Umbrella

meh layan lagu ni....heheee...;p





Ramalanku Benar Belaka (Umbrella)

Hingga ke saat ini
Pelbagai persoalan
Tak henti melanda
Untuk ku memikirkannya

Kau memilih diriku di atas dasar apa
Apakah kerana cinta
Atau pelepas sepi cuma

Seumpama dedaunan yang telah gugur bertaburan
Membiarkan ranting dimamah usang
Apakah semua itu akan terjadi padaku
Andainya benar maka tepatlah apa yang kuramalkan

Waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilanganmu
Susah payah kita semai benih cinta
Menempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain di hatimu bertakhta

Hingga ke saat ini
Ku masih mengenangkan
Detik-detik terindah
Kesudahan aku parah

Kenduri....kenduri...kenduri....

Assalamualaikum....

wah agak lama aainaa tak menulis kat blog ni ek....takde cerita yang menarikla untuk dicoretkan di sini...aainaa sebenarnya baru balik dari umah mak sedara kat pekan.... sepupu aainaa yg sebaya ngan aainaa kawin semalam...nasib takde soalan panas semalam... hehheee...;p huh!! memang penat...




Yati menunggu saat diijabkabulkan


Yati dan Ijoy kini sah sebagai suami isteri

aainaa lepak kat pekan dari petang jumaat..malam tu sepupu aainaa nikah...lepas je nikah... mula la aktiviti mengemas dan menyediakan apa yg patut...tak banyak gambar aainaa ambil sebab aainaa agak sibuk dan bateri kamera agak lemah..wah lemah tu...hhuhuuhuu...tdo pun lewat...dekat pukul 3 baru tdo...tu pun tdo antara lelap ngan tak lelap jek...camne tu???? esoknya plak awal² pagi dah bangun...


mak² sedara,sepupu² lepak kat khemah pas majlis nikah

semalam, 31/10/09...adalah hari besar nya...atau hari persandingan...tapi pagi tu mak sedara ader wat kenduri cukur jambul skit untuk cucu²nya...agak meriah...pagi tu aainaa kene jadi tukang ambil gambar..huhuuh...layankan je...dalam pukul 11 lebih aainaa last minit kene tolong kat meja pengantin...wawwawwaaa...tolong hidang makanan...agak sibuk di situ...ngan hujan turun renyai² sekejap...sampai pengantin sampai pun aainaa tak perasan...sedar² dah ader kat depan umah mak sedara...nak tengok persembahan silat....nasib set up meja pengantin dah siap seme...hehheee....


majlis cukur jambul anak sepupu

agak ramai jugak tetamu yang datang...maklumla...arwah ayah saudara aainaa ni penghulu Pekan...memang ramaila kenalan arwah yang datang...ngan kengkawan spupu aainaa lagi... memang agak memenatkan....majlis selesai dalam pukul 4 petang...time tu aainaa dah lepak kat depan tv...memang penat ngan pening kpala lagi...sambil tunggu turn nak masuk bilik air....


"::...Selamat Pengantin Baru Yati dan Ijoy...::"


masa makan beradap

malam tu aainaa memang rasa tak sedap badan...mak sedara aainaa pun tanya kenapa cam senyap je...die rasa badan aainaa....waaaaaa...panas sesangat!!!! baru je baik demam dah demam semula...nasib kaki ku dah ok....tak sakit dah....terus cari panadol telan...terus lepak atas tilam nak tdo tapi takleh nak tdo..last² dekat pukul 2 baru leh tdo...


lengkap mak dan adik beradik nya

tadi petang baru balik umah...hehehee...panas dah kurang skit...tapi badan masih panas lagi....

p/s :- doakan aainaa cepat baik demam ek...=)