SAYA SUKA DURIAN BELANDA


salam hari rabu semua....
hari ni aainaa nak berkongsi satu email yg aainaa dapat dari kawan aainaa...sangat berguna info nya...yang mungkin ada yg sudah mengetahui dan mungkin juga ader yg belum mengetahui nya...jom kita baca dan kongsikan bersama...=)


*************************************



DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER

Durian Belanda atau Soursop , buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.




Hasil penyelidikan membuktikan "pohon ajaib" dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon "ajaib" ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini.

Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi... kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu. Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother's milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.




*sangat rugi pada sape yg tak suka durian belanda...jus die pun sangat sedap...^_^


Malam Nisfu Sya'aban

Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.




Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku
catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman &
pohonlah segala yang baik dan munafaat.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.




Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof di dalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Muflis Muda


Ramai eksekutif terjerat godaan kad kredit untuk hidup mewah

KUALA LUMPUR: Seramai 38,357 individu berusia 25 hingga 44 tahun diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei lalu, trend yang amat membimbangkan kerana status itu boleh menjejaskan masa depan golongan muda. Ini bermakna 41 orang bankrap setiap hari yang antaranya berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit hingga banyak hutang tertunggak selain pinjaman peribadi. Kebanyakan pemegang kad kredit di kalangan golongan muda menggunakan kemudahan itu untuk berbelanja barangan tidak penting, mewah serta mengeluarkan wang tunai untuk perbelanjaan harian.




Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, berkata dalam tempoh itu, 80,348 kes direkodkan muflis membabitkan semua golongan. Ini bermakna 41 orang muflis setiap hari.

“Sepanjang tempoh itu, golongan berusia 35 hingga 44 tahun paling ramai diisytiharkan bankrap.

“Golongan pertengahan umur (35 hingga 44 tahun) mencatatkan 25,229 kes atau 31.4 peratus kes diikuti golongan 45 hingga 54 tahun dengan 21,051 kes (26.2 peratus), golongan berusia 25 hingga 34 tahun (13,128 kes atau 16.34 peratus) dan 55 tahun ke atas 9,722 atau 12.1 peratus),” katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, daripada 80,348 kes muflis itu, kes pinjaman sewa beli kenderaan mencatatkan 19,380 kes atau 24.12 peratus daripada keseluruhan kes. Ini bermakna, setiap hari ada 10 pembeli kenderaan diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan hutang dan keseluruhannya 41 individu diisytiharkan bankrap.

Jumlah itu diikuti faktor kegagalan menyelesaikan pinjaman peribadi dengan 9,464 kes (11.78 peratus), pinjaman perniagaan dengan 8,786 (10.93 peratus), pinjaman perumahan (6,022 kes atau 7.49 peratus) dan hutang kad kredit (4,417 kes atau 5.5 peratus).

Faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan jumlah itu ialah hutang cukai pendapatan (882 kes), penjamin korporat (4,291 kes), penjamin sosial (3,726), biasiswa atau pinjaman pelajaran (147) dan lain-lain faktor (23,333 kes).

Jika diambil kira jumlah tidak direkodkan iaitu merujuk kepada kes yang dilaporkan sebelum 2005, jumlah sebenar kes bankrap adalah 217,577 kes.

Abdul Karim turut mengakui kebanyakan kes muflis membabitkan golongan muda adalah berkaitan penggunaan kad kredit tidak terkawal dan gagal membayar balik hutang dalam tempoh ditetapkan berbanding kes golongan lebih berusia yang majoritinya berkaitan soal pinjaman perumahan, kenderaan dan perniagaan.

Bagaimanapun, katanya, mereka yang sudah diisytiharkan muflis masih berpeluang membuat rayuan termasuk berunding dan merayu tindakan itu tidak diteruskan serta membuat perkiraan bagaimana hutang boleh dijelaskan sekiranya kes petisyen kebankrapan belum difailkan ke mahkamah.

Berdasarkan jumlah aduan diterima, masalah berkaitan pinjaman peribadi didapati meningkat dengan ketara bermula dengan 1,487 kes pada 2005, menurun kepada 961 kes (2006) tetapi meningkat semula kepada 1,425 kes (2007), 1,506 kes (2008) dan 2,806 kes pada 2009.

Mengikut Akta Kebankrapan 1967, ada tiga cara bagaimana mereka boleh melepaskan diri daripada status muflis iaitu melalui pembatalan perintah penghukuman; pelepasan dengan perintah mahkamah dan pelepasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi.

Mengulas situasi itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhamad Sha’ani Abdullah menyifatkan ia suatu yang membimbangkan kerana status muflis itu sendiri dianggap menutup masa depan mereka.

“Ada pengadu yang datang ke FOMCA mengakui terlebih berbelanja, sanggup berhutang semata-mata mahu hidup gaya mewah,” katanya.

“Mereka sanggup beli set teater rumah yang mewah, aksesori kereta mahal, televisyen canggih sedangkan itu tidak begitu penting berbanding keperluan asas lain. Lebih banyak berhabis duit membeli rumah,” katanya.

*sumber dari Bharian

*bijak la dalam berbelanja....^_^



Kunjungan Kemboja tinggal kesan - FARAH DIANA ANUAR kini bertudung...♥


DIA pernah bertudung sewaktu mengendalikan program Rasa Halal Orient yang ke udara di Astro Oasis sepanjang lima musim berturut-turut.

Namun ketika itu, Farah Diana Anuar, 24, dilihat seperti memenuhi tuntutan program berkenaan semata-mata.

Namun apabila melihat penampilan bekas bintang program realiti Akademi Fantasia 2 (AF2) itu bertudung lagi ketika mengendalikan program Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di TV9 pada 11 Julai lalu, ramai mula tertanya-tanya.




Adakah itu imej kekal Farah? Atau adakah kerana Farah sekadar mengikut tema bersempena sambutan Israk dan Mikraj?

"Memang inilah imej saya sekarang dan semoga ia akan berkekalan.

"Saya sudah mengambil keputusan untuk bertudung apabila muncul di khalayak umum. Peralihan ini tidak didorong oleh mana-mana pihak atau sengaja dirancang, sebaliknya atas kehendak dan kemahuan diri saya sendiri.

"Semuanya berlaku secara kebetulan. Saya membuat keputusan untuk bertudung sehari sebelum sambutan Israk dan Mikraj, baru-baru ini. Kebetulan pula pada hari itu, saya terbabit dengan program NLKO. Memang saya sendiri tidak sangka semuanya berlaku secara kebetulan.

"Sebelum ini, saya pernah beritahu ayah yang saya mahu bertudung selepas pulang daripada penggambaran program Rasa Halal Orient di Kemboja tahun lalu.
Click Here

"Ketika di Kemboja, saya melihat dan melalui pengalaman yang amat berharga terutama kanak-kanak kecil yang hidup dalam kedaifan dan serba kekurangan.

"Cukup terharu saya melihat kanak-kanak itu mampu menghafal al-Quran dalam suasana serba kekurangan. Kehidupan mereka sangat daif dan bergantung harap kepada bantuan orang ramai.

"Sebenarnya, dari kecil lagi saya sudah dilatih keluarga kalau ke mana-mana tempat yang memerlukan saya memakai tudung, saya akan pakai tudung. Saya sudah biasa bertudung, jadi saya tiada masalah untuk terus kekal bertudung, malah rasa lebih selesa pula," jelas Farah.

Tambahnya, memang ramai di kalangan kru dan penerbitan NLKO ketika itu terkejut dengan penampilannya, malah ramai memberi galakan.




Begitu juga keluarga yang sentiasa memberi sokongan penuh kepada kerjaya seninya.

Bercerita mengenai aktiviti seni, Farah yang pernah popular dengan lagu Antara 2 mengakui karier dalam bidang pengacaraan agak sibuk berbanding nyanyian.

Begitupun ia tidak bermakna dia sudah meninggalkan terus bidang seni suara.

Sebaliknya, ramai yang tidak tahu dia sebenarnya masih aktif memenuhi undangan menjayakan persembahan nyanyian.

"Alhamdulillah rezeki dalam bidang pengacaraan sekarang semakin bertambah. Begitupun, tidak bermakna saya melupakan bidang nyanyian. Mungkin ramai yang tidak tahu saya masih menyanyi kerana kerap menjayakan persembahan pada majlis tertentu.

"Buat masa ini, pembabitan sebagai pengacara dalam NLKO hanya pada Jumaat jam 8 hingga 10 pagi dan kadang kala Sabtu dan Ahad pada waktu yang sama.

"Saya akui sekarang banyak fokus kepada pengacaraan. Tugas sebagai pengacaraan juga bukan mudah. Banyak perkara dan isu semasa yang perlu diketahui.

"Tugas pengacara program itu juga menuntut pengorbanan yang tinggi. Saya terpaksa bangun seawal jam 4 pagi untuk ke Sri Pentas kerana menetap di Putrajaya. Apatah lagi mengendalikan program yang disiarkan secara langsung bersama pengacara berpengalaman seperti Aziz Desa.

"Saya berasa bertuah kerana diberi peluang bergandingan dengan Abang Aziz. Sedikit sebanyak memberi peluang kepada saya untuk belajar dan menimba pengalaman dalam bidang pengacaraan daripada mereka yang mahir," katanya.




Berbicara mengenai album, Farah yang dibantu ahli keluarga di bawah pengurusan dan syarikat sendiri, Farah Diana Entertainment pernah tampil bersama album sulung, Antara 2 dan diikuti album kedua, Fantasia yang berada di pasaran beberapa hari sebelum penutupan syarikat Maestro Talent pertengahan tahun lalu.

Dia juga tidak pernah serik untuk menghasilkan album pada masa akan datang, malah dalam perancangan mencari beberapa single baru.

Ditanya mengenai desas-desus Farah dijangka menamatkan zaman solo tidak lama lagi, dia enggan mengulas lanjut. Begitupun dia mengakui berkawan dengan seseorang yang dianggapnya istimewa.

"Memang saya sedang berkawan dengan seseorang yang di luar dari bidang seni. Soalan lanjut mengenai individu itu biarlah dirahsiakan dahulu. Apabila tiba masa yang kelak saya pasti akan memaklumkan mengenainya. Soal jodoh saya hanya berserah kepada Tuhan," katanya.


PROFIL
NAMA SEBENAR: Farah Diana Anuar
TARIKH LAHIR: 25 Januari 1985
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
PROFESION: Penyanyi, pelakon, pengacara dan jurucakap produk
JURUCAKAP PRODUK: Power Roots, Intimate, Syahirah
PROGRAM: Fulus Mania (Durian Runtuh) di Astro Ria, Rasa Halal Orient di Astro Oasis musim 1 hingga 5, Generasi Asli @ 1Malaysia, Nasi Lemak Kopi O di TV9
ALBUM: Antara Dua, Fantasia
DRAMA: Akademi
FILEM: Man Laksa
PENCAPAIAN: Artis Harapan Terbaik AIM12, Hadiah Penghargaan Top 10 New Singers Prize di Festival Muzik Asia, Shanghai 2005, Artis Baru Wanita Popular ABPBH05

*sumber dari HMETRO

*alhamdulillah....semoga berkekalan dengan imej sebegitu...amin...^_^



Karaoke tutup sepanjang Ramadan di PERLIS


KANGAR - Kaki karaoke mungkin perlu bermuhasabah diri ekoran langkah kerajaan negeri Perlis mengeluarkan arahan menutup semua pusat karaoke pada sepanjang Ramadan bermula Ogos ini.



KEPUTUSAN kerajaan negeri Perlis menutup operasi pusat-pusat karaoke termasuk di Arau sepanjang Ramadan wajar diikuti oleh negeri-negeri lain.



Keputusan tersebut menjadikan Perlis negeri pertama di negara ini mengeluarkan arahan tersebut bertujuan memuliakan kedatangan Ramadan.

Yang Dipertua Majlis Perbadanan Kangar (MPK), Rosli Mat berkata, keputusan itu juga diharap dapat membantu usaha kerajaan untuk mencegah kegiatan maksiat di pusat hiburan berkenaan.

"MPK tidak akan memperbaharui atau melesenkan premis hiburan karaoke sepanjang bulan mulia itu walaupun kami menerima banyak permohonan,'' katanya kepada pemberita di sini malam kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan operasi pematuhan lesen-lesen kepada premis perniagaan berbentuk hiburan seperti pusat karaoke dan kafe siber di sekitar Kangar dan Arau.

Menurut Rosli, lesen pusat karaoke diselia oleh Unit Pentadbiran Daerah (PTD) dan setiap kelulusan mengambil kira pelbagai aspek seperti kawasan persekitaran dan pandangan masyarakat setempat.


*sumber dari KOSMO

*alhamdulillah...^_^


Majikan beri amah RM14 juta


SINGAPURA - Seorang amah Filipina yang setia berkhidmat selama lebih 20 tahun menjadi jutawan segera kerana majikannya memberikannya sebanyak S$6 juta (RM14 juta) menerusi wasiat, lapor sebuah akhbar semalam.



GAMBAR menunjukkan apartmen yang dipercayai menjadi tempat tinggal Christine bersama majikannya di Singapura.


"Sama ada memiliki atau tidak wang itu, saya merupakan amah yang paling bertuah di Singapura," katanya yang dikenali dengan nama Christine.

Berusia 47 tahun dan masih belum berkahwin, dia enggan mendedahkan identiti dirinya dan mahu dikenali sebagai Christine kerana bimbangkan keselamatannya di Filipina yang merupakan negara yang sering menjadi lokasi penculikan untuk mendapatkan wang tebusan.

Dia mendapat wasiat itu daripada majikannya yang juga seorang wanita, Dr. Quek Kai Miew yang meninggal dunia pada tahun lalu semasa berusia 66 tahun.

Kekayaan segera itu meliputi wang tunai dan sebuah pangsapuri mewah berhampiran pusat beli-belah Orchard Road.

Dia sangat rapat dengan majikannya.

Christine yang kini sedang memohon menjadi penduduk tetap Singapura menyatakan bahawa kekayaan itu tidak akan dapat mengubah gaya hidupnya.

Amah tersebut turut menjaga ibu doktor itu dan dia diberitahu akan menjadi seorang penerima wasiat yang sedang disediakan oleh majikannya pada 2008.

"Tidak ada rahsia di antara kami. Saya tidak terkejut apabila diberitahu berapa banyak yang saya akan perolehi" katanya.

Christine berasa kecewa setahun lalu apabila majikannya meninggal dunia.

"Kematian itu amat mengecewakan saya kerana tempoh saya bersama dengan doktor itu lebih lama daripada saya bersama ibu saya," tambahnya.

"Saya akan berasa sedih setiap kali saya teringatkan dia (majikannya)," kata amah tersebut. - AFP


sumber dari KOSMO


*sangat beruntung amah tu.....^_^



Bahaya di Sebalik Gula


KEKURANGAN bekalan dan kenaikan harga runcit gula menimbulkan persoalan.Apa yang ada pada gula sehingga pengguna yang bijak turut membiarkan diri mereka menjadi semut sanggup berebut kerana bahan pemanis itu?


Justify Full
GULA yang tersembunyi terdapat dalam makanan.


Gula memudaratkan kesihatan. Gula itu racun. Gula penyebab pelbagai penyakit kronik. Ini antara perkara negatif yang dikaitkan dengan gula. Malah pepatah Melayu ada juga menyebut mati semut kerana gula.

Namun, di sebalik impak negatif yang dikaitkan dengan pengambilan gula secara berlebihan, adalah jelas sesetengah pengguna di negara ini masih tidak mahu mengambil peduli bahaya yang disebabkan oleh gula.

Kepada mereka, kesihatan mungkin bukan isu utama dalam kehidupan mereka. Peringatan atau nasihat baik daripada pakar pemakanan atau perubatan bak masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Mahu tidak mahu gula pasir menjadi sebahagian daripada kehidupan masa kini sehinggakan ada yang seperti tidak boleh hidup tanpa bahan pemanis itu.

Menurut Ensiklopedia bebas, Wikipedia, bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula ialah tebu kuning dan tebu hitam.

Dilaporkan kira-kira 107 buah negara menanam tebu untuk menghasilkan sekitar 1,324 juta tan gula. Negara pengeluar terbesar gula, mengikut Wikipedia ialah Brazil, India, China dan Pakistan.

Batang tebu yang tebal menyimpan sukrosa. Secara ringkasnya, gula dihasilkan daripada air tebu yang kaya dengan sukrosa.

Rasa gula sememangnya manis tetapi di sebalik kemanisan itu ia sebenarnya mengundang bahaya. Pada tahun 1929, Sir Frederick Banting, individu yang menemui insulin iaitu hormon utama mengawal metabolisme glukos dalam tubuh manusia mendapati, diabetes adalah penyakit lazim di kalangan pemilik ladang tebu warga asing di Panama sementara pemotong tebu yang terdiri daripada penduduk peribumi Panama tidak menghidap penyakit kronik itu.

Sebabnya? Pemilik ladang tebu mengambil gula putih halus yang dihasilkan daripada tebu pada kadar yang banyak sedangkan pemotong tebu sekadar mengunyah keratan tebu. Impak negatif gula putih turut ditekankan oleh pakar pemakanan dunia yang tersohor, Dr. William Coda Martin.

Punca penyakit

Pada tahun 1957, beliau tampil mengklasifikasi gula putih halus sebagai racun. Martin membuat takrifan itu daripada segi perubatan kerana gula merupakan antara bahan yang jika diaplikasi ke tubuh, ditelan atau diproses di dalam tubuh akan menyebabkan atau mungkin menyebabkan penyakit.

Beliau turut mengklasifikasi gula sebagai racun kerana kandungan vitamin dan galiannya rendah. Apa yang tinggal hanyalah karbohidrat tulen.

Gula akan melahap vitamin dan galian yang berharga daripada tubuh manusia untuk tujuan pencernaan dan detoksifikasi.

Pengambilan gula setiap hari juga dilapor menghasilkan keadaan lebihan asid dan galian di dalam tubuh dan ketidakseimbangan ini perlu diperbetulkan.

Selain gula pasir dan gula perang sebagai bahan pemanis, terdapat bahan pemanis lain seperti madu dan sirap maple serta gula yang tidak dapat dilihat.

Pakar pemakanan tempatan, Mary Easaw John menjelaskan bahawa gula yang tersembunyi boleh ditemui di dalam roti, aiskrim, coklat, pastri, pai dan kuih-muih.



GULA dihasilkan daripada batang tebu yang tingi kandungan sukrosa.


"Untuk membuat roti, ia memerlukan yis atau ragi. Bahan ini pula memerlukan gula untuk mengaktifkannya dan memastikan roti menjadi," katanya. Jeli dan jem juga mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Sebagai contoh, 60 peratus kandungan jem adalah gula. Sepotong kuih pula, katanya, mengandungi setengah sudu teh gula, sementara minuman berkarbonat pula mengandungi lapan hingga sembilan sudu teh gula.

Justeru, kita sebenarnya tidak memerlukan gula pasir halus dalam kehidupan harian. "Apa yang perlu ialah mendidik cita rasa kita. Kalau hendak pun mengambil gula pasir, enam atau tujuh sudu teh gula pasir halus sudah memadai. Ini termasuk gula yang tersembunyi seperti dalam kek dan manisan yang lain.

"Gula yang berlebihan dalam tubuh manusia akan disimpan sebagai lemak.

"Ini berbeza jika kita makan sayur atau buah-buahan, ada galian dan vitamin dan ia tidak disimpan dengan cara begitu," katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya berhati-hati apabila mahu membeli makanan yang sudah diproses.

"Ambil sedikit masa untuk teliti label makanan. Periksa kandungan lemak dan gula," kata Easaw John.

Sebuah agensi berita Barat baru-baru ini melaporkan, makanan ringan menjadi punca ledakan penyakit diabetes di rantau Asia Tenggara.

Kajian mendapati, kira-kira 11 peratus lelaki dan 12 peratus wanita di bandar raya Ho Chi Minh, Vietnam, tanpa mereka sedar menghidap diabetes Jenis 2, tidak termasuk empat peratus rakyat negara itu yang disahkan sebagai pesakit diabetes.

Diabetes Jenis 2, paling lazim disebabkan paras lemak dan gula yang tinggi dalam pemakanan di samping kurang senaman. Ia boleh menyebabkan kegagalan ginjal dan penyakit jantung.

Di peringkat global, Persekutuan Diabetes Antarabangsa menganggarkan menjelang tahun 2025 seramai 147 juta orang penghidap diabetes berusia 60 tahun atau lebih.

Statistik negara turut menunjukkan peningkatan dalam jumlah penghidap diabetes.

Pada tahun 2009, sebanyak 17 peratus daripada 27 juta penduduk menghidap diabetes sementara data tahun 2006 pula menunjukkan 21 peratus rakyat mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obes.

Apakah kita mahu terus menikmati kemanisan gula dan menjadi penderita penyakit diabetes atau penyakit kronik lain terutama pada usia senja kita? - Bernama


sumber dari KOSMO



CUAK!!!!! ingatkan dah hilang.........



salam malam selasa semua...

erm.... hari ni cuma entri pendek jek.... ekekekeke... cuma nak citer pasal kejadian semalam... kejadian apakah? serius sangat ke sampai nak citer dalam blog ni... ahhahahaha.... bertenang semua... semalam kan hari minggu kan... lepak umah je... takde perancangan pun nak g memaner.... so dalam pukul 12 lebih tu... tetiba teringat nak layan lagu² lama ni....

carila cd kat depan radio dalam bilik ni.... sebab seme cd yg aainaa punya aainaa letak kat situ satu tempat... puas duk cari takde plak dalam susunan cd tu.... haishhh.... mane lak aainaa letak ni? yang ader tinggal cover kertas cd tu je.... time nak layan la tak jumpa plak cd tu... uhuhuuh.... puas aainaa cari... sampai kat rak TV kat hall tu aainaa cari... puasla selongkar segala cd yang ader .... tak jumpa²... aduh la...

setelah hampir 2 JAM mencari dan menyelongkar segala.... termenung berfikir mane aainaa letak cd tu.... aainaa cari semula kat bawah rak tv... selongkar bawah paper tu semua... akhirnya..... yeaaahhhh jumpa..... ingatkan dah hilang...fuh! lega...^_^....cd apa yg aainaa cari semalam??? nak tau.....ni die...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


VCD Rock Leleh...yeaahhhh!!!!


*dah jumpa tu dh penat...malas plak nak layan...uhuhuhuhu.....;p


Mari Kita Binta Ayat....(^_^)V

salam hujung minggu semua....
rasanya dah beberapa hari aainaa tak buat entry baru... uhuhuhu... sekadar masuk kat blog... jenguk sana sini... tak terasa nak update pun melainkan ader bahan menarik nak di kongsi.... lagipun... duk melayan menda lain... uhuhuu... tu yang kurang skit aktiviti berblog beberapa hari ni.... cinta beralih arah katanya... tapi tak mungkin melupakan.. ekekkekee... katanya nya....;p

sejak kurang berblog ni... rajin plak mengupdate status kat fb ngan ayat yang aainaa wat dengan menggabungkan tajuk² lagu dari kumpulan² popular zaman² dulu.... setiap satu ayat tu... seme tajuknya dari kumpulan yang sama ok... ekekekkekeee... nak tengok hasil nya? jom...jom.,..jom!!!!

**********************

SLAM



SENDIRI dan TERASING DALAM SEPI.... JANJI DIPATERI setelah DAMAI yang telah SATUKAN HATI KITA... TIADA AKU JEMU dalam mencari JALAN KEINDAHAN....

**********************

ANTZ



RESAH dan KESEPIAN dalam MENANGGUNG CINTA setelah TERLENA DI MANIS BICARA dalam meniti EPILOG CINTA yang membangkit kan rasa PRASANGKA bahawa TIADA YANG PERCUMA dalam mencari dan menemui CINTA ABADI...

**********************

SPOON



SEKALI LAGI di atas PUNCAK RINDU KASIH SAYANG dapat ku lihat TUJUH GUNUNG TUJUH LAUTAN yang bisa melahirkan rasa RINDU SERINDU-RINDUNYA lantas mengharapkan INTAN JADI KENYATAAN.... KINI dengan SEPENUH HATI izinkan daku MEMOHON DIRI dan TENANGKANLAH JIWA agar kita mampu menjadi SAHABAT ROMANTIS demi MENGECAP BAHAGIA....

**********************

SPIN



di saat MALAM SEMAKIN DINGIN... masih segar DALAM INGATAN bahawa benarlah bagai dikata DEKAT DISAYANG JAUH DIKENANG seperti JANJI KITA untuk SATUKAN RINDU dengan hadirnya UTUSAN RINDU yang MENGUSUNG RINDU dengan RELA diri ini DISELUBUNG RINDU lantas mengakui bahawa ENGKAU YANG KU CINTA dan pastinya TIADA BEZA DISISINYA....


*pening gak masa mula² nak wat ayat gabung tajuk² lagu ni...ekekekee....^_^


Nama menjadi DOA

SALAH satu perkara yang membezakan antara seorang individu dengan individu yang lain ialah nama.

Pemberian nama manusia adalah suatu perkara yang amat penting kerana seseorang itu akan dipanggil mengikut nama yang telah diberikan. Malah, nama juga ibarat penanda untuk dikenal pasti oleh orang lain.




Bagi para artis tempatan, mereka lebih senang menggunakan nama singkatan ataupun samaran untuk dikomersialkan kepada umum.

Sehinggakan nama komersial yang digunakan itu bunyinya jauh berbeza daripada nama asal yang sekadar menghiasi pada kad pengenalan mereka.

Ada yang mempersoalkan, wajarkah nama samaran digunakan sekadar untuk mempermudahkan promosi seseorang artis berkenaan ataupun mahu dilihat sebagai seorang artis yang glamor dan popular?

Mengikut sejarah Melayu, penggunaan nama samaran sudahpun wujud sejak zaman duhulu lagi seperti tokoh-tokoh Melayu, Tok Janggut yang nama asalnya adalah Mat Hassan Panglima Munas, Tok Gajah (Mat Kilau Imam Rasu), Datuk Maharaja Lela (Pandak Lam) dan Datuk Bahaman (Abdul Rahman).

Penggunaan nama samaran tersebut adalah untuk mempermudahkan pengaruh aura kekuatan mereka pada waktu itu. Sama seperti para artis, kebanyakan mereka mengubah nama secara keseluruhan atau mengambil nama singkatan adalah untuk memudahkan masyarakat umum mengingati mereka.

Ada juga yang mengubah nama kerana mahu mengikut konsep genre muzik yang dibawakan agar ia tampak selari dengan imej yang dibawakan.

Antara artis-artis terkenal yang menggunakan nama lain daripada nama asal ialah, Awie (Ahmad Azhar Othman), Abot (Norimah Muhammad), Ajai (Mohd Faizal Maas), Jay Jay (Mohd Fauzi Darus), Lydiawati (Salina Zaimon) dan Anita Sarawak (Ithnaini Mohamed Taib Salleh).

Bagaimanapun, ada juga sebilangan artis yang nama komersialnya digunakan oleh pihak syarikat rakaman atau syarikat produksi filem atau drama itu sendiri bagi memudahkan promosi produk yang dihasilkan.


NAMA Ella mudah diingati peminat kerana ringkas tetapi menarik.


Jaminan populariti

Sebagai seorang penerbit filem yang tersohor, Datuk Yusof Haslam tahu citarasa masyarakat mengenai pelakon-pelakon kegemaran mereka.

Bukan sahaja bergantung pada paras rupa atau nama, bakat lakonan perlu diutamakan.

Bagi Yusof, walaupun nama komersial diperlukan, seboleh-bolehnya, nama asal dikekalkan dengan gabungan nama tambahan lain.

"Saya mengambil contoh nama Fazira Wan Chik. Saya cuma menambahkan Erra di depan dan bila disebut, Erra Fazira, ia sedap didengar.

"Begitu juga dengan Ziana Zain yang nama asalnya Siti Roziana Zain. Pada pendapat saya mahu nama glamor macam mana sekalipun, biarlah nama asal masih ada kerana ia diberi oleh ibu bapa kita.

"Lagipun ia tidak menjamin populariti. Cuba lihat nama Datuk Siti Nurhaliza, namanya biasa dan orang kata kampung, tetapi dia mampu memberikan nilai komersial yang tinggi pada namanya dan semua ini kerana usaha kerja kerasnya.

"Ada nama artis yang sedap pun, popularitinya tidaklah tinggi mana. Jadi semua itu bergantung pada individu itu sendiri.

"Jika mempunyai nama yang sangat pelik dan memalukan, rasanya tidak salah untuk mengubah nama itu.

"Bagaimanapun, nama glamor tidak banyak membantu dalam karier artis kerana semua itu bergantung kepada rezeki masing-masing," katanya.

Tambah Yusof, dia kurang gemar bila semakin ramai artis muda yang menggunakan nama yang berasal dari Barat.

Pengubahan nama seseorang artis sebenarnya merupakan peranan yang amat penting dalam industri hiburan tempatan. Ini kerana apabila seseorang itu menjadi artis, individu perlu menjadikan dirinya komersial, justeru nama yang glamor dan senang diingati peminat sangat penting sebagai penjenamaan kepada artis tersebut.

Selama lebih daripada 10 tahun berkecimpung dalam industri hiburan, Pengurus Artis dan Repertoir Warner Music, Che Mok atau nama sebenarnya Mukhtaza Ahmad, merasakan nama komersial mampu diingati sehingga akhir hayat walaupun pada satu tahap itu, artis berkenaan sudah tidak lagi berkecimpung dalam dunia seni.

Pernah menaikkan nama penyanyi-penyanyi popular seperti Siti Sarah, Spider, Exist, Elly Mazlein, Deja Moss, Farahdiya, In Team, Ahli Fiqir dan Jinbara, Che Mok memberitahu, kebanyakan artis yang memiliki nama yang panjang akan diringkaskan atau diubah berdasarkan perbincangan yang dibuat antara syarikat rakaman dan pihak artis.

"Kita perlu ingat, selain bakat dan paras lupa, nama juga antara yang akan menjadi perhatian umum dan jika kita menggunakan nama panjang, ia menyukarkan orang luar untuk mengingati artis tersebut.


HASIL gabungan nama yang diberikan oleh sahabat, nama sahabatnya itu dan nama kekasih sahabatnya tersebut, lalu muncul nama Abby Abadi.


"Tetapi perlu berhati-hati ketika pemilihan nama dibuat kerana nama pendek yang kurang sedap didengar mampu menjejaskan imej artis itu sendiri.

"Ada juga artis yang mahu menggunakan nama gelaran yang dipanggil sejak kecil untuk dikomersialkan dan kami akan lihat adakah ia sesuai dengan imej, konsep lagu serta 'kecantikan' nama tersebut," katanya yang sedang dalam proses membentuk bintang kelahiran program realiti TV, MyStarz LG iaitu Wana, Nashrin dan Tom.

Bagaimanapun, tegas Che Mok, penukaran nama seseorang artis itu bukan kerana populariti ataupun mengharapkan penjualan album yang tinggi, tetapi cukup jika dapat menarik perhatian umum.

Malah, dia juga tidak bersetuju jika ada yang mengatakan artis-artis mengubah nama mereka untuk tampil lebih urban.

"Bagi saya, nama kampung juga boleh menjadi komersial jika sedap didengar dan tidak semestinya nama-nama urban mudah diingati dan perlu diingat, seseorang artis itu akan mempunyai pelbagai golongan peminat, tidak kira sama ada orang bandar atau kampung.

"Apapun, berdasarkan pengamatan saya, artis-artis kini ramai yang selesa menggunakan nama asal mereka untuk dikomersialkan pada umum. Seingat saya, nama artis yang pernah saya cadangkan ialah Tiar Jinbara (Shamsul Bakhtiar Zakaria)," katanya.

Maksud buruk

Namun begitu di sebalik pelbagai nama glamor yang dipilih mewakili diri mereka sebagai artis, ada sesuatu yang negatif di sebaliknya. Pemilihan nama-nama artis untuk dikomersialkan sebenarnya amat penting, lebih-lebih bagi golongan Islam, agar maksudnya tidak memberi maksud yang buruk.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Perdana (JPM), Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, pemilihan nama komersial artis amat penting kerana nama yang digunakan akan sentiasa disebut-sebut dan menjadi doa kepada artis berkenaan.

"Tidak salah jika ingin menggunakan nama gelaran kerana Nabi Muhammad S.A.W juga pernah memberi nama gelaran kepada sahabatnya, Abdul Al-Rahman kepada Abu Hurairah r.a. kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing.


HATTAN menggunakan namanya ini sejak di bangku sekolah lagi.


"Begitu juga dengan Saidina Abu Bakar yang mendapat gelaran As-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra dan Mikraj.

"Macam nama seorang artis bernama Fana, bukan mahu mengkritik, tetapi sekadar mahu memberitahu bahawa maksudnya adalah hancur, teruk dan rosak. Itu adalah satu doa jika nama itu kerap disebut oleh teman-teman serta peminat.

"Saya faham, mereka merupakan artis dan kadang kala mereka perlu menukar nama untuk perhatian umum, tetapi biarlah nama yang dipilih itu nama yang baik dan boleh dijadikan doa," tegasnya.

sumber dari KOSMO

*TAHNIAH untuk WAKAKA CREW yang memenangi SHOWDOWN2010!!!!!


Mencari JUARA Showdown 2010


SETELAH sembilan minggu ke udara di 8TV, Showdown 2010 semakin sampai ke penghujung dengan tiga kumpulan diumumkan layak ke peringkat akhir yang bakal berlangsung malam ini di KL Live, Kuala Lumpur.

Kumpulan terbabit ialah Wakaka Crew, Giler Battle Crew (GBC) dan Floor Fever (FF).




Satu-satunya rancangan pencarian kru tarian jalanan itu telah dimulakan sejak Januari lalu dan pada malam ini, juara sulung program tersebut bakal diumumkan yang akan membawa pulang wang tunai RM50,000.

Pada persembahan minggu lepas, HMC Phlow (HMC) menjadi kumpulan terakhir yang terkandas .

Pada persaingan Showdown 2010 minggu lalu, kelompok empat pasukan terbaik bersaing untuk merebut tiga tempat yang disediakan di gelanggang akhir malam ini.

Namun, nasib HMC tidak sebaik tiga kru tarian lain iaitu Wakaka, Giler Battle Crew (GBC) dan Floor Fever (FF) apabila mereka diumumkanlayak melangkah ke pentas akhir pencarian kru tarian jalanan terbaik itu.

Pada minggu lalu, dengan tema Tunjukkan Apa Kamu Ada, GBC yang memulakan saingan pada malam itu dilihat begitu kreatif tatkala menggabungkan tarian dan koreografi menjadi satu.

Aksi-aksi menarik daripada kumpulan yang dianggotai tujuh anak muda itu mengundang teriakan bingit penyokong yang hadir.

Ketika FF mengambil alih pentas, mood setiap mereka yang hadir sekelip mata berubah tatkala menyaksikan seorang demi seorang anggota pasukan itu mengalirkan air mata.

Dengan diiringi muzik lagu Bencinta dendangan Faizal Tahir, FF masih lagi mampu menghayunkan gerak langkah tarian syahdu mereka sekali gus meruntun perasaan penonton termasuklah juri tetap, Joe Flizzow dan Maple Loo.

Berlatar belakang klip video sorotan perjalanan kumpulan itu sejak melangkah keluar dari rumah menyahut cabaran Showdown 2010, ia nyata meninggalkan impak mendalam kepada setiap seorang dari mereka.

Tamatnya persembahan FF, suhu di KL Live hangat kembali apabila HMC membuka gerak tarian mereka.

Ternyata, meskipun sering berada di kedudukan empat tercorot sebelum ini, HMC tidak mudah mengaku kalah apabila mendapat pujian dari kedua-dua juri.

Paling ditunggu-tunggu, Wakaka tampil menguasai pentas dengan kostum pesakit mental menari dan beraksi diiringi lagu nyanyian Muse, Stockholm Syndrome.

Kehebatan Wakaka tidak perlu dipertikaikan lagi kerana saban minggu, aksi mereka pasti memukau mata penonton yang hadir.

Juri tetap pertandingan, Joe Flizzow berkata, secara tidak langsung, kesemua peserta tidak kedekut untuk berkongsi ilmu baru bersama penonton yang mengikuti siri ini.

"Dalam masa yang singkat, tugasan-tugasan yang diberikan mampu dilaksanakan bukan setakat baik, tetapi terbaik," kata anggota kumpulan Too Phat itu.

Kata-kata Joe Flizzow itu turut dipersetujui koreografer terkenal, Maple Loo.

Menurut Maple, tugas juri di gelanggang Showdown 2010 menjadi semakin rumit apabila cabaran yang diberikan kepada peserta disahut baik oleh mereka.

"Juri dicabar semula kredibiliti untuk menilai pencapaian mereka. Penilaian tidak hanya fokus kepada tarian, malah personaliti, kerja berpasukan dan penguasaan pentas turut dititikberatkan," jelasnya.

sumber dari UTUSAN





*crew pilihan aainaa...semestinya WAKAKA CREW!!!


♥...Apa Artinya Cinta...♥

salam pagi isnin semua....
pasti nya pagi ni mesti ramai yang akan memperkatakan tentang kejayaan pasukan bola sepak Sepanyol menjuarai piala dunia dengan kemenangan 1-0....walaupun aainaa tak follow sangat piala dunia kali ni...tapi aainaa amik tau juga la...ti cakap tak ikuti perkembangan plak kan....orang duk berbual pasal piala dunia tapi kita ternganga jek kan....apapun TAHNIAH buat SPAIN....=)




wah! panjang pula mukadimah pagi ni pasal bola...padahal nak post pasal benda lain ni....ekekeke...kali ni aainaa nak kongsi lagu yang aainaa duk layan dari malam semalam....lagu apa? lagu dari Melly dan Ari Lasso....sebenarnya lagu ni dah lama rasanya...tahun 2006 atau 2007 camtu...tapi baru nak minat kan...ekekekkee...slalu aainaa ni lambat....tapi memang di akui la...lagu² ciptaan Melly ni memang sedap²....lagu mane satu yang cakap? ni lagu nya.....jom layannnzzzz....





Apa Artinya Cinta
Artist: Melly Goeslaw Feat Ari Lasso


Tiba-tiba engkau ada
Kemudian engkau hadir
Laksana kerdil ku memeluk
Lihat aku lebih dalam

Di matamu ku melihat
Ada cinta yang tersirat
Sirami hati merebak

Barangkali aku salah
Ku terdiam bukan bisu
Tahu engkau besar malu
Tutupi rasa gelisah

Biar saja waktu nanti
Yang menikmati kisah ini
Bersamamu aku senang

Belum juga kah kau menyadarinya
Akulah yang pantas untuk kau cintai
Di bawah langit biru aku bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Arti cinta ini sudah menelan waktuku
Siang malam hanya untuk pikirkan engkau
Sejuta kali aku berani bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Biar saja waktu nanti
Yang menikmati kisah ini
Bersamamu aku senang

Belum juga kah kau menyadarinya
Akulah yang pantas untuk kau cintai
Di bawah langit biru aku bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta



*skang ni melayan movie "APA ARTINYA CINTA"....^_^

Iman tiada, malu pun hilang - Nooh Gadut

BERTAUBAT nasuha segera kerana dikhuatiri mati dalam keburukan dan maksiat serta kemurkaan Allah SWT.

"Bukan sahaja pelakon itu, pengarah, penerbit dan sesiapa sahaja yang bersubahat dengan perkara itu juga perlu bertaubat nasuha."

Demikian nasihat Penasihat Agama Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut apabila diminta mengulaskan keberanian pelakon baru, Arja Lee berbogel dalam satu adegan filem ... Dalam Botol.




Bekas Mufti Johor itu memberitahu, dalam zaman moden hari ini, tindakan berbogel tidak boleh berlaku dalam apa jua alasan.

Sekiranya berlaku juga, orang tersebut tidak siuman, tiada budaya dan tergolong dalam orang jahiliah.

"Ini merupakan pencabulan hukum dengan cara berterus-terang atas alasan kebendaan duniawi. Perkara ini tidak boleh diterima masyarakat terutama kepada kanak-kanak.

"Dia mencemar peribadi dirinya sebagai seorang Muslim yang tiada pegangan agama dan bahawasanya perbuatan itu amat jijik.

"Perkara macam ini masyarakat kena kutuk apatah lagi dia yang membuat pengakuan sendiri," katanya kepada Pancaindera.

Malah lebih menyedihkan, kata Nooh, golongan haiwan pun tahu malu apabila tidak menunjukkan kemaluannya kepada manusia.

Jelasnya lagi, ekoran ilmu dan mata yang ada tidak digunakan untuk kebenaran, pelakon itu menjadi orang yang lalai dan leka kerana mengikut nafsu serakah.

"Inilah akibatnya apabila iman tiada, malu pun hilang," katapenerima Anugerah Maal Hijrah Johor 2009.

Nooh berharap, pihak yang berwajib mengambil tindak tegas seperti di zaman bekas Menteri Penerangan, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat yang menyenarai hitam artis bermasalah.

Ujarnya, pihak berkenaan perlu bertindak mengikut saluran undang-undang yang sedia ada dan jangan berkompromi dengan maksiat bagi memberi pengajaran kepada masyarakat dan contoh kepada negara Islam lain.

Mengulas kenyataan Arja Lee yang berbogel kerana seni dan kehendak watak, Nooh menegaskan, dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara.

Beliau berkata, pemahaman yang dikeluarkan itu menunjukkan individu terbabit tidak beriman dan mempersoalkan kenapa dia masih hendak mempertahankan maksiat.

"Kenapa ada manusia boleh keluar kenyataan macam itu, jangan cabar hukum Allah SWT kerana keberkatan akan hilang dan bala akan diturunkan kepada mereka.

"Kalau masih mempertahankan kenyataan itu, bermakna mereka tidak percaya al-Quran dan hadis serta boleh menyebabkan murtad," katanya dalam nada lembut.

Ditanya satu kenyataan pelakon itu terdapat segelintir masyarakat yang gemar mandi bogel, Nooh menegaskan, dalam Islam, tidak menutup aurat pun hukumnya adalah haram.

"Kalau bercakap begitu, seolah-olah dia tidak pernah ke sekolah agama dan masjid. Makan makanan haram, nerakalah tempat yang sesuai. Jangan cakap macam itu. Saya kasihan dengan pelakon itu.

"Persatuan artis perlu panggil pelakon berkenaan untuk memberi nasihat dan kaunseling. Kita kena bantu dia dan bukannya menuding jaring kepadanya," katanya sedih.

Sebagai nasihat terakhir, Nooh berkata, biarlah masyarakat artis barat sahaja yang melakukan adegan bogel itu di layar perak.

"Justeru, kepada mereka yang terlibat, saya harap mereka dapat berfikir untuk kembali kepada kebenaran.

"Apa yang kita lakukan akan menjadi contoh kepada anak-anak kelak.

"Apakah kita mahu menjadi bapa borek, anak rintik, bapa kencing berdiri, anak kencing berlari," katanya sebelum menutup perbualan.

sumer dari UTUSAN


*fikir²kanlah.....pabila ahli ulama sudah menegur.....

'Pasukan pilihan saya dah kalah' - PM

Demam perlawanan akhir Piala Dunia juga landa Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Demam Piala Dunia yang bakal berakhir Isnin ini bukan saja dirasai peminat bola sepak seluruh dunia dan tanah air, malah turut dirasai pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Razak.



*pic dari Google


Walaupun sibuk dengan tugas rasmi sebagai Perdana Menteri, Najib sempat meluangkan masa menonton perlawanan Piala Dunia sama ada siaran secara langsung atau ulangan.
Bagaimanapun, Najib mengakui beliau tidak menyokong mana-mana pasukan yang akan bertarung pada perlawanan akhir Piala Dunia kali ini kerana pasukan yang beliau sokong gagal mara ke perlawanan akhir.

“Yang anehnya kali ini, ini kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya tidak sokong mana-mana pasukan. Jika tidak, dulu-dulu saya sokong. Masa saya di Universiti Nottingham, antara pasukan (saya sokong) adalah England dan Brazil,” katanya sambil tertawa.

Perdana Menteri membuat pendedahan itu ketika ditemu bual menerusi telefon oleh DJ Radio Hot FM, Faizal Ismail dan AG yang rakaman temu bual itu disiarkan menerusi siaran radio itu, pagi semalam.

Namun apabila diajukan negara manakah yang beliau sokong antara Belanda dan Sepanyol, Najib berkata, kedua-dua pasukan mempunyai kehebatan sama.
“Dua-dua itu sama hebat. Kemampuan kedua-dua pasukan boleh dikatakan hampir sama. Tapi jika tengok pada Belanda, dia ada pemain (Arjen) Robben tu yang agak bahaya. Robben ligat, lincah dan ada keupayaan melepasi pertahanan (lawan). Jadi saya nampak boleh jadi dia ‘match winner’.

“Tetapi saya tidak kisah pasukan mana yang menang. Tak kisahlah asalkan saya seronok tengok dan pasukan terbaik menang, saya sukalah,” katanya yang jelas menunjukkan beliau seorang Perdana Menteri yang peka dan mengikuti perkembangan semasa, termasuk sukan bola sepak dunia.

Sebelum itu, Perdana Menteri mengakui, beliau lazimnya terpaksa ‘melupakan’ hasrat menonton perlawanan Piala Dunia yang disiarkan secara langsung pada awal pagi, iaitu pada jam 2 pagi.

“Sebelum ini saya selalu tengok replay sebab saya banyak tugas pada hari esoknya. Jadi jika saya pengerusikan majlis, beri ucapan nampak mengantuk, dia orang kata apalah Perdana Menteri ni.

“Dia orang tak tahu musim bola sepak kita tengok bola. Dia tengok tak apa. Dia nampak mengantuk tak apa, tapi jika Perdana Menteri nampak mengantuk, dia kutuk,” katanya.

Ketika ditanya Faizal sama ada beliau akan menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia secara langsung awal pagi Isnin ini, Najib berkata: “Tengok keadaanlah. Jika saya ada mood nak tengok saya tengok, jika tidak saya tengok replay. Tak ada masalah.”


sumber dari Bharian


Tiada cinta tiga segi


MENERUSI siri ketiganya, The Twilight Saga: Eclipse, Bella Swan (lakonan Kristen Stewart) masih terbelenggu dalam cinta tiga segi yang kompleks dan berdepan dilema untuk membuat keputusan sukar kerana perlu memilih antara kawan baiknya, Jacob Black (Taylor Lautner dan lelaki yang dicintainya, Edward Cullen (Robert Pattinson).




Masalahnya, jika dia memilih Edward, Bella perlu menamatkan hidupnya dan bertukar menjadi puntianak. Ia satu dilema kerana Edward selalu menentang idea itu kecuali Bella bersetuju untuk berkahwin dengannya.

Itulah penghujung New Moon yang membuatkan peminatnya tidak sabar menanti jawapannya. Eclipse selepas Twilight dan New Moon telah mengumpul jutaan pengikut di seluruh dunia.

Bagi mereka yang telah menonton dua filem sebelumnya, harapan dan permintaannya lebih tinggi. "Salah satu sebab mengapa saya menyukai filem ini adalah kerana ia tidak tersasar jauh daripada bukunya. Eclipse merupakan kegemaran saya kerana buat kali pertama, tiga watak utama sering dilihat bersama.

"Dalam dua edisi sebelumnya, Bella hanya akan bersama antara Jacob atau Edward. Jadi saya menyukai kerumitan cinta tiga seginya. Ceritanya juga lebih 'gelap' dan sarat dengan aksi," kata Taylor.

Menjalani penggambaran majoritinya di Vancouver, Kanada filem arahan David Slade itu menelan belanja AS$68 juta (RM218 juta). Bagi mendalami filem yang mula ditayangkan di pawagam Malaysia bermula semalam itu, ikuti petikan temu bual Taylor, 18, yang disediakan oleh Nusantara Edaran Filem.

Anda merupakan peminat siri buku Twilight?

Taylor: Saya perlu mengaku bahawa saya tidak tahu mengenai buku Twilight sebelum saya pergi uji bakat. Namun, selepas mendapat watak sebagai Jacob Black, saya mula membaca dan kini merupakan peminat setia.



MENERUSI Eclipse, cinta Jacob, lakonan Taylor semakin membuak-buak terhadap karakter lakonan Kristen, Bella.


Mengapa anda rasa buku dan filem Twilight sangat berjaya?

Disebabkan watak-wataknya. Semua orang yang membaca buku atau menonton filemnya akan merasakan diri mereka boleh dikaitkan dengan watak. Selain daripada itu, kepelbagaian watak dan juga perkara yang diharungi membuatkan pakej plotnya menarik.

Pandangan anda terhadap Jacob Black? Bagaimana wataknya berkembang dalam edisi ketiga itu?

Saya rasa Jacob memiliki banyak sisi berbeza. Dia seorang yang ramah tetapi juga serius pada masa tertentu. Jika dilihat dari segi perkembangan watak, dia masih mempunyai persamaan dengan New Moon. Cuma kali ini, dia lebih matang. Dia kini lebih memahami dirinya dan perlu mengendalikan perasaan cinta. Dia menjadi bengang pada mulanya kerana dia rapat dengan Bella dan kemudian cintanya ditolak.

Bagaimana edisi ketiga ini meneroka hubungan antara Bella, Edward dan Jacob?

Saya sukakan Eclipse kerana ia meletakkan dilema cinta tiga segi pada aras tertinggi. Twilight dan New Moon melakukan tugas baik sebagai asas kepada Eclipse. Dalam cerita pertama, ia mengembangkan cinta antara Edward dan Bella. Menerusi siri keduanya, hubungan antara Bella serta Jacob dikembangkan. Kali ini, mereka bertiga dikaitkan bersama yang membuatkan ceritanya amat menarik.

Dalam cinta tiga segi itu, apa yang boleh ditawarkan oleh Jacob kepada Bella yang tidak boleh diberikan oleh Edward?

Jacob pandai menggoda dengan menggunakan ayat romantik yang menyakinkan Bella untuk memilih dia. Apabila Jacob memberitahu bahawa Bella tidak perlu berubah jika mereka bercinta, Bella menarik nafas lega. Ini kerana dia tidak perlu bertukar menjadi puntianak dan meninggalkan semua orang di sekelilingnya.

Tapi bukankah bersama dengan serigala jadian juga memerlukan perubahan dalam hidupnya?

Bukannya bermaksud bersama dengan serigala jadian adalah sesuatu yang normal tetapi sekurang-kurangnya dia masih boleh terus menjadi Bella. Jika dia menjadi puntianak, dia perlu menghentikan dengupan jantungnya. Ia tidak akan menjadi normal lagi.

Permintaan dan jangkaan peminat sentiasa meningkat. Adakah anda berasa bertanggungjawab terhadap peminat?

Ya. Perkara paling penting bagi kami adalah untuk memuaskan hati penonton kerana bukunya amat menarik. Kami tahu permintaan peminat dan berharap tidak akan mengecewakan mereka. Nasib baik mereka (peminat) sentiasa memberikan sokongan.

Bercakap mengenai peminat, pernahkah anda terfikir bahawa rangkaian filem itu akan diminati di seluruh dunia?

Tidak. Rasanya tidak ada sesiapa di antara kami yang pernah terfikir. Semasa kami merakamkan Twilight, tidak ada sesiapa yang tahu impaknya. Ia lebih besar daripada jangkaan dan semakin mengembang setiap hari.



SIRI ketiga Twilight ini berjaya mengumpul kutipan tiket bagi tayangan pembukaan di pawagam Amerika Syarikat mencecah RM218 juta.


Kelebihan untuk bekerja dengan orang yang sudah dikenali?

Kurang tekanan dan anda rasa seperti berada di rumah apabila orang di sekeliling sudah mengenali anda. Ia lebih selesa kerana anda juga mengenali pelakon lain. Kami lebih terbuka untuk berbicara.

Ceritakan sedikit mengenai kelainan antara Twilight dan Eclipse.

Lebih banyak aksi dan buat kali pertama saya berpeluang untuk bercium dengan Bella. Itu mungkin perkara terbesar dalam Eclipse. Kristen seorang yang menakjubkan dan kami seronok berlakon bersama. Puntianak Victoria sedang memburu Bella. Jadi Jacob, Edward dan keluarganya serta serigala jadian lain perlu bergabung untuk melindungi dia.

Bagaimana pula dengan Robert Pattinson?

Dia seorang aktor yang baik dan saya sentiasa ketawa apabila berada di sisinya. Dia antara manusia paling kelakar yang pernah saya temui. Menerusi siri sebelum ini, saya hanya mempunyai beberapa babak bersama Robert. Jadi saya amat teruja kerana dalam Eclipse, saya ada banyak adegan bersamanya. Cabarannya adalah saya perlu membenci dia dalam sesetengah babak. Kami perlu menjerit semasa kita dan dia menepuk bahu saya. Sebaik saja mereka hentikan rakaman, kami terus ketawa. Ia adalah sukar untuk bertindak kejam terhadap Robert.

Ceritakan sedikit persediaan anda untuk filem ketiga itu.

Secara fizikal, saya hanya perlu teruskan senaman. Namun, untuk mengekalkan bentuk badan berotot bukan satu kerja yang senang kerana ada kalanya saya terlalu sibuk. Jika saya ketinggalan satu sesi, saya perlu lebih berusaha pada sesi akan datang. Dari segi makanan, saya ada menipu beberapa kali kerana saya tidak boleh menolak daripada menikmati kelazatan aiskrim. Saya juga membaca buku Twilight dan perlu meneliti watak saya.

Apakah pengertian nilai persahabatan bersama Robert dan Kristen buat anda?

Saya tidak dapat bayangkan merakamkan francais ini tanpa mereka. Ia akan menjadi satu mimpi ngeri. Kami bertiga amat rapat dan ia banyak membantu kerana semasa menjalankan rakaman, kami boleh berbicara. Apabila kami menjalankan kerja promosi, perasaannya seperti sedang bercuti sama. Kami pastinya akan mengekalkan persahabatan kami walaupun selepas francais Twilight.

Pernahkah anda sendiri terlibat dalam cinta tiga segi?

Ini satu soalan yang popular. Mungkin semasa muda, saya ada menyukai gadis yang juga diminati beberapa lelaki lain. Pada zaman remaja, perasaan cinta itu bukan sesuatu yang serius. Jadi saya tidak pernah terlibat dalam cinta tiga segi. Saya tidak mahu berada dalam situasi itu. Saya mahu berada dalam situasi Bella dan bukannya Jacob atau Edward. Ia tidak seronok.

Anda merupakan antara pelakon lelaki Hollywood yang sedang meningkat naik. Perasaan anda apabila menjadi kegilaan ramai?

Saya tidak pasti tetapi ia amat mengujakan. Francais ini merupakan platform yang menakjubkan dan saya amat berterima kasih dengan peluang dan status ini. Saya berasa seronok membikin filem dan bertemu dengan ramai orang berbakat. Ia satu pengalaman yang tidak boleh dijual beli.

Impak negatif selepas menempa populariti?


MENJADI buruan paparazi selepas menempa nama menerusi siri filem Twilight.


Terdapat sisi baik dan buruknya. Apa yang paling ketara adalah hidup peribadi anda terganggu. Apabila ada 12 kereta paparazi di hadapan rumah anda pada waktu pagi bukan satu perkara yang normal. Tapi, saya lihat ia memberikan lebih banyak kebaikan dan saya rasa pengorbanan ini amat berbaloi.

Perkara paling pelik yang pernah anda lalui bersama peminat?

Semasa saya berada di Australia untuk mempromosikan filem ini, saya perlu melalui acara karpet merah. Sekurang-kurangnya 4,000 peminat berkumpul dan ada seorang peminat yang mempunyai tatu serigala di tangannya. Dia menyuruh saya untuk tandatangan di bawah serigala tersebut. Selepas itu, saya mendapat tahu bahawa dia telah mencacah tatu tandatangan saya. Itu sesuatu yang gila.

Bagaimana anda menyeimbangkan kehidupan anda?

Sentiasa berada di sisi keluarga dan kawan-kawan anda. Sekarang saya hidup dalam dunia berbeza tetapi perlu kembali ke dunia normal. Sekarang kami masih melakukan benda sama yang dilakukan sebelum ini. Kami akan duduk di rumah dan menonton TV. Mengekalkan dunia normal amat penting kerana saya tidak mahu mendapat tekanan seperti artis lain.

sumber dari KOSMO

*aainaa mau tengok movie ini...sape nak teman????


Mohd Juara Mentor4 VS FiQ Juara Mentor2????

salam semua....
selamat malam rabu semua... ehehehe...dh lama rasanya tak menulis entri di malam hari...ekekekkee... malam ni citer ap ek yg best kat tv malam ni? erm.... apa ek? ha! malam ni ader "Showdown 2010...Diaries from the Streets"..... pkl 11.30 malam nanti.... ehehhee.... wajib tengok tu....^_^



*pic sumber dari MstarOnline


berbalik kepada tajuk ye semua.... wah! dah kenapa ni? dorang gaduh ke apa? satu dunia dah tahu kan MOHD si protege si ZIANA ZAIN ni adalah juara baru untuk program MENTOR... dan si FIQ ni plak juara mentor musim ke 2... protege kepada AMY SEARCH... pheeewwwiiitttt!!!! dorang gaduh ke? bukan ke aritu elok je dorang ni berduet masa final mentor aritu?



smart tul pic ni...wawawawaaa....lompat jangan tak lompat....
*pic sumber dari
MstarOnline


hahahahhaaaa..... mane ader dorang gaduhla... memandai je kan korang ni... rilek²... bawa bertenang semua... apa yg cuba aainaa sampaikan di sini adalah.... pasal persembahan dorang malam tu... masa dorang duet lagu TIGA MALAM TANPA BINTANG ngan lagu BUJANG SENANG TU.... memang satu kombinasi yang sangat baik dan mantap... aainaa suka... waaaaaaaaaaa........ lagu pun best...uhuhuhu....

ahahahhaaa.... jom kita layan persembahan dorang... TQ la ye pada mereka yg mengupload kat Youtube tu... eekekekkeee... layannnnnn!






*Rooooccckkkkkk uuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!


Tyson menangis di Raudah


MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.



TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, semalam.



Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.


Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.


“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam.


Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.


Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.


Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.


Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.


Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya.


Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.


“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.


Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. - Agensi

sumber dari Hmetro

*ALHAMDULILLAH...AMIN....^_^


...Setelah 8 Tahun Pemergianmu...


salam semua....
hari ni 5 Julai 2010... genap sudah 8 tahun pemergian arwah abah aainaa tersayang en AHMAD BIN AB LATIF ke rahmatullah.... tepat pada 12.20 tghari.. bersamaan 5 Julai 2002 pada hai jumaat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan....




masih aainaa ingat dengan jelas lagi waktu itu... along datang jemput aainaa kat kolej... tetiba along datang ke kelas jumpa lect... ingatkan kenapa.... along just cakap abah masuk hospital... takde plak along cakap abah dah tak sedarkan diri... along minta kebenaran lect untuk bawa aainaa ke hospital....

sampai je hospital aainaa terus naik tingkat lapan n ke katil abah.... apa yang aainaa lihat... abah sudah terbaring atas katil dah dah tak sedar kan diri... masa aainaa dapatkan mak... mak just cakap... 'adik...bacakan Yasin untuk abah...'... aainaa terus ke bilik air amik wudhuk... terus capai AlQuran yang ader kat wad tu dan bacakan Yasin di tepi katil abah....



antara gambar terakhir arwah abah.....


setelah hampir separuh surah Yasin aainaa bacakan tetiba katil abah dikerumuni sebilangan doktor yang memeriksa abah... aainaa beralih tempat ke kepala abah... untuk menghabiskan bacaan... belum sempat aainaa abiskan... tetiba aainaa terdengar salah seorang dari doktor yang mengatakan abah sudah tiada.... waktu tu aainaa macam tak percaya.... namun aainaa tetap kuatkan hati untuk menamatkan bacaan aainaa...



ye! aainaa memang anak manja abah....


setelah itu aainaa terus mendapatkan mak... aainaa genggan seeratnya tangan mak..... aainaa dapat lihat ketabahan mak yang tidak mengalirkan setitik pun airmata tatkala itu...aainaa kuatkan diri untuk tidak menangis.... mana mungkin aainaa menangis di depan mak... setelah selesai segala urusan membawa pulang jenazah arwah abah ke rumah... arwah abah di mandikan di surau taman umah aainaa.. depan umah aainaa jek.... aainaa cuma tak dapat menahan rasa sebak tatkala di minta mencium jenazah arwah abah... namun setelah di pujuk oleh mak saudara... aainaa berjaya menenangkan hati untuk menerima seadanya.... segalanya berjalan lancar hinggala semasa menurunkan jenazah arwah abah ke liang lahat... alhamdulillah syukur...



gambar kami sekeluarga...masa ni aainaa baru berumur setahun


kini setelah 8 tahun berlalu... aainaa fikir aainaa boleh menulis entri ni tanpa mengalirkan airmata... namun aainaa salah... tatkala menaip entri ni.... laju saja airmata ini mengalir bersama dengan ingatan pada detik dan suasana kejadian pada tarikh yang sama 8 tahun lalu...





*untuk abah...adik sentiasa mendoakan kesejahteraan dan ketenangan abah di sana... semoga abah sentiasa aman dan di tempatkan bersama orang² yang soleh dan beriman... ALFATIHAH.... AMIN....

Justify Full

Tiga Lagu Iringi Setiap Peserta Mentor 4



TIGA finalis Mentor musim keempat iaitu Nani, Mohd. dan Adi bakal berentap Ahad ini di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan setiap daripada mereka akan menyanyikan tiga buah lagu.

Mereka akan menyampaikan tiga buah lagu secara berselang-seli, sebuah lagu, persembahan solo dengan lagu pilihan masing-masing dan berduet bersama artis pilihan.



Siapa bakal bergelar juara? Dari kiri: Adi, Nani dan Mohd.


Nani akan menyampaikan sebuah lagu baru ciptaan mentornya, Azmeer berjudul Terhenti Di Tanda Koma, selain menyampaikan medley Suci Dalam Debu dan Livin’ Da Vida Loca.

Gadis lincah dari Sarawak ini akan mengakhiri percaturannya di pentas Mentor dengan persembahan duet bersama lagenda Rock, Ramli Sarip membawakan medley lagu Istilah Bercinta dan Jikalau Berkasih.

Sementara, Mohd. iaitu protege penyanyi Ziana Zain tampil dengan lagu baru ciptaan Aswandy dan Sham Kamikaze berjudul Cinta, menyampaikan lagu pilihan Tragedi Oktober dan Itu Kamu, selain berduet dengan Juara Mentor Musim Ke-2, Fiq menggegarkan dewan itu dengan lagu 3 Malam Tanpa Bintang dan Bujang Senang.

Protege penyanyi Dayang Nurfaizah, Adi pula akan menyampaikan sebuah lagu ciptaan Omar K berjudul Tafsirkan Cinta, selain dua lagu pilihan Kenangan Terindah dan Suatu Janji. Dia akan berduet bersama Aizat menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu.

Selepas Pija, Fiq dan Black diumumkan sebagai juara Mentor pada musim sebelum ini, pastinya persoalan utama menunggukan siapa pula kali ini yang bakal menjejaki langkah mereka? Malam Ahad ini merupakan malam penentuan adakah usaha gigih mereka selama hampir empat bulan akan membuahkan hasil.

Mungkin agak tidak keterlaluan jika menyifatkan Mentor 4 adalah yang paling sengit sejak program ini diterbitkan bermula tahun 2005.

Malah, Pengarah Muzik tanahair terkenal, Ramli MS juga turut sama merasai bahang pertandingan selain bersetuju pusingan peringkat akhir Mentor 4 itu adalah paling hebat berbanding sebelumnya.

Katanya: ”Ketiga-tiga finalis cukup bertenaga dan mampu menyampaikan lagu dengan baik. Melalui vokal mereka, tidak banyak beza tetapi Mohd. mempunyai kelebihan dengan vokal yang lebih lantang.”

Format pemarkahan pada Mentor akhir dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus dari juri profesional dan 30 peratus melalui undian khidmat pesanan tingkas (SMS).

Bagaimanapun 20 peratus lagi adalah pilihan juri awam yang terdiri daripada penerbit program hiburan, pelajar-pelajar muzik, wartawan dan golongan semi-profesional dalam bidang muzik.

Penerbit eksekutif dan pengarah Mentor 4, Mohd Sufian Isa berkata: “Protege yang layak menjejakkan kaki ke peringkat akhir ini merupakan yang terbaik hasil kerja keras mereka sendiri dan mentor masing-masing.

”Persedian yang mereka lalukan hanya dalam masa seminggu sahaja dan mereka telah memanfaatkan tempoh itu sepenuhnya.

"Apatah lagi pada tahun ini mereka akan memperkenalkan lagu ciptaan terbaru yang dijangka bakal menambat hati ramai.

”Berita baik untuk penonton setia Mentor, program ini tidak berakhir sehingga malam Ahad ini sahaja sebaliknya penonton masih boleh menonton episod terakhir pada 11 Julai, pukul 9 malam yang memaparkan kisah suka dan duka kesemua protege sepanjang perjalanan Mentor 4 selama satu jam.”

Johan bagi pertandigan itu akan membolehkan pemenang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi manakala naib johan memenangi wang tunai, RM30,000 dan trofi. Tempat ketiga juga tidak akan pulang dengan tangan kosong dan akan menerima RM10,000.

Kesemua hadiah wang tunai dikongsi bersama mentor dan protoge masing-masing.


sumber dari MstarOnline

*mohammad berduet ngan FIQ tu....wah! eksited nak tengok...weeeehuuuuuuuu!!!!!!!!