Hukuman gantung dikekalkan kepada pembunuh penyanyi along spoon


PUTRAJAYA - Seorang anggota polis tetap akan menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon 11 tahun lalu.



GAMBAR fail menunjukkan Mohamed Ya’cob dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Seremban selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana membunuh Along Spoon pada 26 Disember 1999.

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang dibuat selepas mendapati Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi'ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya pada 10 April 2002.

Dua lagi hakim dalam panel tersebut ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md. Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Sewaktu keputusan itu diumumkan, Mohamed Ya'cob, 44, dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kelihatan tenang.




*sumber dari KOSMO

0 comments: