Rahsia Salleh Yaccob


salam pagi selasa semua...

pagi ni nasib malang skit buat aainaa..jatuh dari tangga pas kuar bilik air pagi tadi...uhuhuuhu....sakit kat kaki kiri ni sebab bergesel ngan tangga ngan jatuh plak kaki kiri ni berlipat kan.....uhuhuhu...buruk nya jatuh....bengkak gak la kaki kiri ni....ni pun dah mula berdenyut-denyut ni...aderh.....ok lupakan pasal kesakitan.....

sebenarnya aainaa nak citer pasal apa yang aainaa baca kat paper UTUSAN online tadi.....jom kita baca....


"SEBILANGAN besar daripada kita akan ketawa besar setiap kali menonton filem Madu Tiga arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Dalam lakonan bersulam humor itu, banyak mesej mengenai cerita benar lelaki yang berkahwin tiga diceritakan.

Kepada yang tiada pengalaman ini, ia meninggalkan seribu tanda tanya apakah sampai begitu sekali kehidupan lelaki yang memiliki isteri lebih daripada satu?

Kisah lelaki kahwin banyak ada pertaliannya dengan seorang individu ternama tanah air yang sering menjadi bahan usikan rakan ketika di konti radio.

Dia bukanlah lelaki asing bagi kita. Setiap pagi dia menceriakan pagi kita dengan telatah lucu semasa bersiaran dengan Raja Azura atau Kak Ungku dan Krill (Khairil Rashid) di konti Sinar FM.



Lelaki bernama Salih Yaccob tidak takut berterus-terang dengan masyarakat yang dia mempunyai isteri lebih daripada satu!

Biar sekalipun kisah dia kahwin banyak sering dijadikan bahan usikan, namun lelaki berusia 49 tahun dan ayah kepada 11 orang anak hasil daripada empat perkahwinan tidak pernah berkecil hati.

"Saya tidak pernah berbohong kepada isteri apabila ingin berkahwin lagi. Walaupun bagi wanita bermadu itu pahit, saya bersyukur kerana ketiga-tiga isteri saya menerima ketentuan hidup ini.



"Dari segi hukum Islam seorang lelaki boleh berkahwin sampai empat orang tanpa kebenaran isteri. Tetapi menghormati undang-undang syarie yang ditetapkan, saya meminta izin isteri setiap kali ingin berkahwin lagi."

untuk selanjut nya sila ke UTUSAN online.....


0 comments: