Pontianak balai polis???

BETONG: Kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang yang dikaitkan dengan pontianak didakwa sering mengganggu anggota dan pegawai polis bertugas pada waktu malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baru Betong di sini, sejak sebulan lalu. Ia berlaku beberapa hari selepas IPD berkenaan berpindah ke lokasi barunya iaitu kira-kira dua kilometer dari Jalan Kuek Huat Wee bersebelahan Stadium Betong, April lalu. Betong terletak kira-kira 150 kilometer dari Kuching.



*sekadar gambar hiasan


Sejak itu, satu demi satu kejadian menyeramkan dialami anggota bertugas apabila mereka mendakwa ternampak wanita misteri dalam lokap di IPD baru berkenaan.


Malah, kejadian itu berlarutan beberapa hari selepas itu dengan anggota lain turut mendakwa melihat kelibat lembaga terbabit ‘menyamar’ rakan setugas mereka.


Menurut sumber, lembaga terbabit kelihatan berlegar-legar di IPD itu namun tidak menjawab apabila ditegur.


“Wajahnya sama dengan seorang anggota bertugas di sini. Apabila ditegur untuk diberikan tugas seperti diarahkan pegawai atasan, ‘anggota’ terbabit hanya mendiamkan diri,” katanya.


Beliau berkata, anggota polis berkenaan hanya menyedari jelmaan itu selepas menghubungi rakannya untuk memaklumkan tugas yang perlu diselesaikan.



*sekadar gambar hiasan


“Kejadian seumpama itu kerap berlaku sejak IPD berpindah ke sini. Ada anggota polis memberitahu ketika bertugas pada waktu malam, mereka diganggu seorang wanita yang menjelma dengan berpakaian serba putih dan berambut panjang.


“Malah, ia turut dilihat berada di kerusi pegawai atasan dan ada anggota hampir pengsan apabila mereka disergah makhluk halus itu,” katanya.


Dalam kejadian terbaru minggu lalu, seorang anggota penyiasat hampir pengsan dan terpaksa melompat dari tingkap dua bangunan berkenaan selepas melihat lembaga itu berdiri di depannya.


“Ketika itu, saya hendak keluar dan mengunci pintu kaca di pejabat. Tiba-tiba saya nampak seseorang berlari di belakang saya. Saya nampak jelas menerusi pintu kaca dan terus beristighfar.

untuk berita penuh...HMETRO


11 comments:

Fareast

ini betul2 seram nie.. siap main2 ngan anggota polis tu..

Nur Aainaa Khairunnisa

ehehheee...jadi polis skang kene kuat semangat....bukan nak lawan penjahat je...pontianak pun..uhuhuu...=)

sarah shafie

uishh..pontianak..seram tuh.

Keyyah

ohho cabaran baru tuk seorang polis..wakaka..
tapi sebenarnya kat mana2 pn ada menda ni..huhu

Nur Aainaa Khairunnisa

sarah...uhuhuu...sian kat polis tu...

Nur Aainaa Khairunnisa

yup...betul tu keyyah...mungkin sebab balai tu balai baru kan..pontianak tu nak melawat kawasan kot...;p

Anonymous

pontianak tu pon nk tlg polis tangkap pnjnayah

Nur Aainaa Khairunnisa

ehehehee..dulu cita² nak jadi polis kot...;p

watchalawatco

pontianak tu mesti salah sorang mangsa kena tembak leh polis.. haha :)

Nur Aainaa Khairunnisa

wan...ehehhee...agak nya la tu....ehehhee...macam² andaian kuar ni....;p

Anonymous

Bodoh!!! Korang ni stakat pontianak pun takut??? Nama jak polis...buat malu jak. Aku benda2 mcm tu kacang jak...satu jak aku takut hanya Tuhan.