Kad oh Kad

salam semua sahabat² ku....

sihatkah semuanya di hari khamis ni? alhamdulillah aainaa dah kembali sepenuhnya sembut.... tiada lagi batuk... selsema dan sakit tekak mahupun demam... syukur alhamdulillah....


gambar ni takde kene mengena...tapi comel la...

kad kredit kenapa kah aainaa tetiba nak cakap pasal kad kredit ni? aainaa pakai kad kredit ke? owh tidak.... dan mungkin tidak..... takutla..... ader kebaikan dan keburukannya bila pakai kad kredit ni.... dan bergantung pada individu tu jugak dan bagaimana die mengatur kewangan die...kan...kan...kan....

ok... kat sini aainaa sertakan definisi kad kredit yang aainaa google... hehehee... Kad kredit merupakan satu kaedah pembayaran yang membolehkan anda membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Apabila anda menggunakan kredit kad, pengeluar kad kredit akan membayar kepada peniaga terlebih dahulu bagi pihak anda dan kemudiannya meminta bayaran daripada anda dalam bentuk penyata bulanan.


bagi aainaa la... kad kredit ni ader kebaikan dan keburukan nya.... besela setiap sesuatu tu ada baik dan buruknya... sama ada banyak atau sikit dan bergantung pada pengguna itu sendiri la... yela... banyakla kebaikannya kalo kita guna kad kredit tu dengan betul kan.... kad kredit ni membantu kita pabila kita tak cukup wang nak bayar atau meminimakan kita membawa wang tunai... beg pun tak kembung kan... macam banyak duit je... sekurang² nya takla risau bila nak g shopping kan... pasal isu pencopet dan peragut ni kan... yela bukan kita minta perkara macam itu berlaku.... apabila boleh di elakkan... kita elak dan cegah....

kalo bab keburukan ni bila kad tu di salah guna... yela walaupun kad tu ader limit nya tersendiri tapi asyik swap je walau pun sedar kemampuan tu takat mana... mampu tak nak bayar tak bila hujung bulan.... sebab tu la ramai gak yang muflis sebab kad kredit je... bukan la aainaa nak cakap kad kredit ni tak baik... tapi kene pakai secara berhemah la dan ikut kemampuan diri la kan.... so pk² kan lah....



*wah tetiba kuar topik serius ni... uhuhuuu...;p