Deman + Batuk + Selsema

salam Jumaat semua...

ehehehe....hari hari jumaat..hari ni sudah tentunya yang lelaki nya segak berpakaian baju melayu...manakala yang wanita nya pula manis berbaju kurung mahupun kebaya...sungguh manis di pandang mata...sihat kah anda? kalo sihat alhamdulillah....


diri ini? sihatkah? aainaa kurang sihat....dah hampir seminggu ni...bermula ngan sakait tekak sampai suaranya pun dah bertukar jadi sore rock ni...kalo nyanyi lagu rock ni memang masyukla....pastu mula batuk² dan skang ni selsema la plak...and demam skit....dan bila selsema ni kepala mula la asyik pening je....aderh....ubat dah pun di ambil...dan harap² aainaa akan cepat sembuh la....amin...^_^

bila cakap pasal batuk dan selsema ni...tetiba tangan ni gatal je nak google pasal petua untuk mengatasi batuk dan selsema ni...dan ni ader aainaa kongsikan sikit yang aainaa perolehi dari sini...selamat mencuba...



1. SUP AYAM
Hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.

*sup ayam...best²...ahahhaa...kalo demam n batuk memang suka makan sup...baru selera nak makan...^_^

2. MAKANAN PEDAS
Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.

*yeay! memang makanan pedas kesukaan ku....i like ♥

3. BAWANG PUTIH
Di akui boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk. tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran kamu atau kunyahkan seulas dua bawang putih mentah.

*saya memang penggemar bawang putih..kalo leh seme masakan nak letak bawang putih...♥

4. AIR
Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masak dan jus buah-buahan. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.

*elakkan kopi? erm...teh leh tak? ehehheee...;p

5. BUAH-BUAHAN SITRUS
Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan bitamin c yang tinggi, sekiranya kamu merokok, kamu memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.

*slalu minum teh o ais limau...okla tu kan?

6. SUMBER VITAMIN C
Selain buah-buahan sitrus, kamu juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang, lada hijau, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk.

*kentang? i like...♥

7. HALIA
Air rebusan hali bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selsema dan batuk.

*minum air halia? owh tidak...ku tak suka....tapi kalo halia dalam masakan okla....


erm...keberhasilannya? aainaa pun tak pasti..tapi tak salah untuk mencuba kan....♥

*mak kalo pening kepala selalu letak air asam jawa kat kepala....mak kata nak sejuk kan kepala...tapi aainaa tak penah wat pun...tapi mak selalu la...erm...

4 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira

Sup ikan.. Hehehehe.. Orang sakit pon elok gak makan sup ikan walaupun ku tak suke.. Huhu..

Nur Aainaa Khairunnisa

sup ikan? erm....ku tak bape suka sup ikan...ehehhee...tukar sup ayam, sup daging atau sup sayur leh drHana?

pal7

da ok ke demam batuk dan selsema tuh?...

Nur Aainaa Khairunnisa

alhamdulillah...dah semakin ok...thanks pal....lama tak nampak....;p