ABPBH 09


salam semua....

walau pun dah dua hari berlalu kan...tetap gak nak tulis...tapi aainaa bukan la nak tulis pasal pemenang² nya....itu seme orang dah tahu dan tak perlu di pertikaikan...lagipun itu seme peminat yang menentukannya kan...ehehhehe.....apa yang aainaa nak ulas....wah ulas tu..cam pengulas sukan la plak rasanya....takde maknanya aainaa...jangan perasan ok....;p


aainaa cuma nak komen pasal persembahan artis² pada malam tu....tapi kalo ader yang aainaa komen ni tak sama pada pendapat anda jangan la marah...ini cuma pandangan peribadi aainaa sebagai penonton dan peminat industri hiburan k...peace...(^_^)v


ABPBH kali ini membuka tirainya dengan persembahan dari Faizal Tahir dan Duo Kumpulan Popular ABPBH 2009, Bunkface membawakan lagu REVOLUSI....satu gabungan yang menarik dan penuh bertenaga....dan ramai peminat bersorak menyaksikan gabungan ini....nampaknya FT sudah kembali....sangat mengujakan persembahan nya kali ni dan penuh bertenaga...memang berbaloi....tapi sudah pulih sepenuhnyakah FT?


hiburan seterusnya adalah dari kumpulan One Nation Emcees (One) dan Datuk M Daud Kilau menyanyikan gabungan lagu Raja Gelek dan Cek Mek Molek...suka melihat aksi kumpulan di atas pentas...sangat bertenaga...mantap tariannya terutama dari mimi penyanyi nya tu...menghiburkan....kemudiannya persembahan dari Azlan & The Typewriter dengan lagu Kelibat Si Penyair...bese je...tiada kelainan pun...ehehhee..


Pasangan Hero dan Heroin Nur Kasih
Pelakon TV Lelaki dan Wanita Popular

part persembahan ni aainaa suka...persembahan dari artis² baru yang terdiri dari pelakon dan penyanyi muda membawakan rangkaian lagu² popular dari KRU dan ciptaan nya FANATIK,KINI dan AWAS...penyanyi baru ini terdiri dari Akim, Aril, Dafi dan Hafiz...manakala artis wanita Marsha, Ainul Aishah, Diana Danielle dan Farlyana....memang di akui ader yang sore nya ok dan tak ok...tapi yang menjadi persoalan aainaa kenapa malam tu hafiz cam semput jek...erm...tapi dafi ok la plak nyanyi malam tu....camne tu?


pic kredit to Sensasi Selebriti

seterusnya kehangatan malam abpbh di reda kan seketika dengan segmen khas memperingati arwah ustaz Asri dengan persembahan khas dari Rabbani, Munif (Hijjaz) dan Nazrey Johani mendedangkan lagu Kau Pergi Jua yang di ubah sedikit liriknya....sangat menyentuh hati....rasa mau nangis je waktu tu....


Bila tiba persembahan dari Adam ngan Stacy dengan lagu Menggegar dunia...tak perlu komen banyakla...memang mantapla dengan aksi tarian mereka...memang bergegarla Genting tu agaknya....ehehhee....i like....♥ simbolik bagi segmen Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat yang diterima Datuk Khatijah Ibrahim, Dayang Nurfaizah dan Alyah diberi kesempatan berharga menyanyikan dua buah lagu nostalgia nyanyiannya iaitu Ku Pendam Sebuah Duka dan Doa Buat Kekasih. Malah untuk lagu kedua, beliau turut menyanyi sama.


persembahan penutup pula menyaksikan gabungan dari Wings, Black dan Jaclin Victor menyanyikan lagu² popular wings seperti Sejati, Peronda Jaket Biru dan Opera Hidup cukup....memang menghangatkan suasana dengan vokal mantap dari Awie dan Black...tapi kehangatan terencat skit bila jac asyik salah lirik dan salah masuk...sangat mengganggu persembahan....aduhla...spoil betul la....


segala keseluruhan persembahan abpbh09 kali ni okla...tak seperti tahun lepas...yang lagi berjaya menghiburkan hatiku..ehehehhee...;p tahniah juga buat pengacara nya sheera dan kak engku yang sangat bijak mengawal majlis dengan usikan² yang menceriakan majlis....

*tahniah buat semua pemenang....^_^
*comel anak sheera...baik je masa bawa naik atas pentas tu....
*pic kredit to Berita Harian


0 comments: