Saya Sudah Tengok!!!!

Assalamualaikum semua....

petang² selasa apa anda semua buat ha??? heheee....



Saya Sudah Tengok!!! apa yg dah aainaa tengok???? heheee...aainaa dah tengok citer PISAU CUKUR ahad lepas....hheheee...takde keje kan...so ajakla mak g tengok wayang....secara keseluruhannya filem ni tidak menghampakan....notbad la...tapi ader la skit kekurangan sana sini....tapi sangat kagum usaha pihak produksi mewujudkan suasana kapal pelayaran tu...sangat cantik dan mengujakan...dalam 5 bintang aainaa kasi 3.5 kot....salah satu sebab kenapa aainaa nak tengok citer ni sebab aainaa suka lakonan FAZURA..sangat natural...hehheee...;p



suka gak ngan lakonan pelakon baru yang bawa watak Faqir tu...slumber jek....tak nampak kekok...♥



ni ader sinopsis filem ni :-

"Filem Arahan Bernard Chauly ini mengisahkan tentang Bella(Maya Karin) dan Intan(Fazura) yang pergi bercuti di atas kapal mewah Putri Duyung dengan harapan untuk mendampingi lelaki – lelaki kaya selepas Bella tewas dalam pertandingan Siapa Mahu Kahwin Jutawan. Di atas kapal itu, Bella telah berjumpa dengan Datuk Hisham(Eizlan Yusof) dan cuba mendampinginya dengan mempergunakan seorang jejaka kacak, Faqir(Shahredza Minhat) untuk mencapai impian itu. Faqir sebenarnya sukakan Bella dan cuba memikat Bella walaupun dia sedar Bella hanya mahukan lelaki kaya sahaja.



Intan pula yang bertugas sebagai pengacara sebuah rancangan jenayah pula mempunyai seorang sugar daddy iaitu Datuk Salleh(Radhi Khalid) yang sudah berkahwin tetapi tidak ikut serta bersama mereka belayar di atas kapal mewah itu kerana terpaksa menjaga isterinya yang koma selepas membuat sedutan lemak untuk kelihatan lebih cantik.



Kebetulan ketika pelayaran, mereka bertemu dengan Datuk Zakaria yang datang belayar bersama tiga isterinya(Khatijah Tan, Umie Aida dan Shafirah Sofia) serta dua anaknya Suri(Liyana Jasmay) dan Johan(Nas-T). Dalam percutian ini, Datuk Zakaria ditemui mati disyaki termakan jeruk yang mempunyai racun tikus. Jadi, seorang detektif, Ari(Aaron Aziz) yang menyiasat misteri pembunuhan Datuk Zakaria ini mencabar Intan(Fazura) agar membuktikan bahawa beliau boleh membantunya mencari siapakah pembunuh Datuk Zakaria dan bukannya hanya bersandarkan pada wajah yang cantik sahaja."



p/s :- satu² melekat dalam ingatan aainaa ni tentang filem ni adalah telatah FAZURA yang suka menyebut ayat² seperti "Owh My Gucci!Owh My Prada! Oh, My Dior! Owh My LV! "...sangat menarik....=)



♥♥♥



4 comments:

~RoY @ AzRuL~

best ke tgk kat teruntum??? tak pernah try lagi tgk wayang kat sana....
p/s: balik ktn hujung minggu ni, nak tgk wayang lar!!! tp tak tau kat mane; teruntum atau megamall??hurmmm...any suggestion???

Nur Aainaa Khairunnisa

best ke tak??? bagi aainaa ok jek...baru 3 kali jek g tengok wayang kat teruntum ni...aircond sangat sejuk...seat pun ok.....huhuhu...;p

ni kes malas nak g mega yang kenkandang ramai sangat orang kat gsc tu...kat teruntum takla sangat...pastu dekat ngan umah....itu yg penting...heheee...;p

p/s:- yg kat ECM tak tau dah buka lum cinema nye...

nida

betul ni awk,x rugi kalu sy p tgk pisau cukur?

Nur Aainaa Khairunnisa

erk...camne ek nak cakap...kalo suka tengok citer yg sempoi n tak berat ok...aainaa suka citer camni....insyaAllah tak rugo...=)